AdieSen Publish time 23-5-2011 09:39 PM

Puteri Santubong Puteri Sejinjang


Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Puteri Santubong Puteri Sejinjang begitu sinonim dengan negeri Sarawak. Menjadi lagenda sejak zaman berzaman. Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu Burung Kenyalang.

Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan negeri yang terbahagi kepada terbanyak kawasan dan mengandungi sungai terpanjang di Malaysia, bunga yang terbesar di dunia, serta rama-rama yang terbesar di dunia. Gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua, dan orang yang pertama muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini telah menunjukkan Sarawak yang unik dan tersendiri.
Kawasan pelancongan di Sarawak terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya seperti Kampung Budaya Sarawak. Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luarnegara yang terletak di bahagian Kuching termasuklah Gua Angin dan Gua Pari, Taman Ranchan, Taman Hidupan Liar Matang dan Pusat Pemeliharaan Orang Utan Semenggoh.

Lagenda Puteri Santubong, Puteri Sejinjang

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.
Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.
Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi. Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.
Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi.
Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.


sumber dari :
http://sukns.blogspot.com/2009/04/puteri-santubong-puteri-sejinjang.html

Komrade Publish time 23-5-2011 09:45 PM

misteri tul kedua2 puteri nih..

stryder_cats Publish time 24-5-2011 06:16 PM

mcm2 versi kita dgr pasal kedua2 puteri ni kan...

Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejenjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.
Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).
Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.
Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

p/s : cerita ni sya dpt dr pesona batik.com

eva Publish time 21-6-2011 11:10 PM

Post Last Edit by eva at 21-6-2011 23:12

mmg wujud kisah putra dan putri yg melarikan diri tu.. mmg ada keturunan mereka d tanah melayu dan sarawak. cuma mereka nie very down to earth dan tak reveal identiti mereka..politik zmn tu mmg teruk.. kadang2 gara2 kalah sabung ayam pon boleh menyebabkan putra naik berang dan bunuh anak memanda mentri. sudahnya memanda menteri balas dendam dan bunuh semua keluarga Sultan and only spare 2 lil babies jer.

so bg i x mustahil la kisah 9 putra dan puteri yg membawa diri ke Sarawakn then dorg lari pula ke Tanah Melayu. About perpindahan dr Borneo ke Tanah Melayu nie dah lama wujud.. i thought ibu sedara 1st Sultan of Sarawak yg bersemadi di Santubong tu pon sebenarnya isteri kepada Sultan Pahang rasanya. I dont know isteri yg ke berapa k. Perkahwinan campur between puteri2 Brunei dan Sultan Pahang dan Johor memang dah lama wujud.

asyura108 Publish time 22-6-2011 01:06 AM

Reply 44# eva

Saya setuju.Intermarriages between Brunei Sultanate and of Malaysian often took place in the past for few reasons. If I am not mistaken, Brunei and Johor especially, still have blood relations and thus such marriages link family relations. Politics is also one of the reasons why. Kerabat Johor dan Pahang dan juga negara China adalah beberapa buah negara yang mana puteri/putera mereka menjadi sebahagian daripada kerabat diraja Brunei melalui perkahwinan.

eva Publish time 26-6-2011 11:04 PM

Reply 45# asyura108


    btol tu

kerepektempe Publish time 10-10-2011 05:47 PM

Gunung Santubong tue ada mcm muka 0rg kan...???Pernah gi Sarawak, 0rg kat sana tunjukkn gunung tue.....

jualtshirt.com Publish time 11-10-2011 04:04 PM

xtakut plak puteri2 nie tinggal kat atas gunung sorang2.....

jemahjacjon Publish time 12-12-2011 11:17 AM

oo, bru tau ttg kwujudan cerita ni.. best la pulak.

ratuiphone Publish time 13-12-2011 04:57 PM

percaya dgn tak percaya je dgn kisah nie..
tapi cerita dia tetap jadi kebanggan rakyat sarawak khusus nye
Pages: 1 2 [3]
View full version: KISAH PUTERI SANTUBONG & PUTERI SEJINJANG DARI SEGI SUDUT SEJARAH


ADVERTISEMENT