edot_jamil Publish time 22-4-2007 06:57 PM

selalunya peserta saya datang dari serata malaysia..sebab tu saya buat di kuala lumpur supaya senang sikit peserta nak cari tempat kursus..kalau encik "gemukkkkk" boleh kumpulkan dalam 30 dan cari tempat utk adakan kursus saya tiada masalah utk mengadakan kursus tersebut di ipoh..utk idea tersebut amatlah sesuai di adakan di kawasan student..boleh refer pada encik malik tokei kedai dobi di ipoh kerana beliau amat pengalaman dalam mesin coin operated..gambar kedai beliau ada saya post kan sebelum ini...jauhnya lokasi nak belajar buat sabun berkenaan..kalau di kl saya berminat juga nak hadir..kalau ada buat di kuala lumpur tolong nyatakan dalam forum ini ye...

:)

[ Last edited byedot_jamil at 22-4-2007 07:27 PM ]

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 08:47 PM

Reply #40 edot_jamil's post

terimakasih.saya dan kawan-kawan saya memang berminat.malah tahun lepas, hampir-hampir kami dah nak mengorak langkah.nasib baiklah kami sedar yang dengan isu modal, back-up funds dan 0 experience, tiada gunanya kami redah sebegitu.

harleena Publish time 23-4-2007 10:33 AM

Gemukkkkk, tak sangka ko ada jiwa usahawan gak. Saya doakan berjaya suatu hari nanti.

edot_jamil Publish time 23-4-2007 10:33 AM

Reply #41 Gemukkkkkkk's post

betul tu..jangan kelam kabut dalam membuat keputusan..lagi lagi dalam meniaga..sebab sekali kita terjebak modal bukan skit..so kalau separuh jalan amat lah rugi..baik kita kaji dulu betul2tentang perniagaan yg kita hendak ceburi tu sama ada ia sesuai ke tidak dengan kita punya diri..:)

Dilto Publish time 23-4-2007 11:08 AM

Originally posted by edot_jamil at 11-4-2007 09:44 AM
reply utk "adinaroon"

Anda boleh bermula dgn RM15k sepertimana yg ditawarkan.
tetapai BERHATI2 pihak2 ini kemungkinan menjual mesin2 2nd hand
yang telah dibaiki pulih ( refurbished ...

refer kat dobi wash n dry dan D'mama
kalau mcm ni la bentuk appearance dobi ni kan....berapa kah modal minimum yg diperlukan

[ Last edited byDilto at 23-4-2007 11:09 AM ]

fauziss Publish time 23-4-2007 05:57 PM

Reply #40 edot_jamil's post

InsyaAllah En. Jamil, kalau ada sebelah KL nanti saya bagitau. Saya sendiri dah pergi kursus tu sebelum ni dan rahsianya apa2 sabun yg kita pakai selama kosnya amatlah kecil dan yang penting kita boleh proses sendiri di rumah tanpa perlu gunakan mesin. Pengalaman saya selama ini saya gunakan detergent yg berjenama (kononnya :loveliness:), harga mahal skit takper janji puas hati dan harganya melebihi RM10/kg. Rupa-rupa kalau buat sendiri kosnya di bawah RM2.00/kg sahaja. Sungguh berbaloi.

Kalau ada anak muridEn. Jamil (biz kedai dobi) yg ada di sebelah utara yang tak join forum ni bolehlah tolong sampaikan.
Terima Kasih.

----------------------------------------------------
http://usahawansabun.fotopages.com/

[ Last edited byfauziss at 23-4-2007 11:08 PM ]

edot_jamil Publish time 25-4-2007 08:34 PM

hujung minggu ni kursus terpaksa dibatalkan atas sebab sebab yg tak dapat di elakkan..kursus seterusnya adalah pada 12 & 13 mei 2007..saya minta maaf

edot_jamil Publish time 29-4-2007 07:58 AM

Reply #44 Dilto's post

Minta maaf encil dilto saya terlupa nak balas soalan awak..

macam dobi d'mama dan juga wash & dry..modal utk dobi d'mama adalah sekitar rm15k ke rm20k manakala utk wash & pula adalah sekitar rm30k..

disini saya kongsikan sedikit kaedah cucian biasa yg dilakukan di dobi saya..

1)walau sedikit mana pun baju customer, saya tak galakkan kita basuh baju customer campur dengan baju customer lain..kita takkan rugi buat cucian asing asing..percayalah..

2)mesti asingkan warna gelap dengan warna cerah..kalau taknak asingkan pastikan tiada warna yg turun..cara nak tau warna tu turun atau tidak..kita rendam dalam baldi yg di isi dengan campuran sabun dan air..kalau turun kita asingkanlah...

3)utk baju kemeja pastikan kita gosok tempat tempat yg selalu kotor seperti kolar dan pergelangan tangan, utk seluar slack pulak kat area peha dan poket...ini penting ye sebab customer hantar baju ke dobi utk bersih...kalau hantar dobi baju kemeja kita sama je kotor kat bahagian leher baik dia cuci sendiri kat rumah..

4)nak lipat baju..keluar dari dryer terus lipat..jangan simpan dalam bakul lama lama sebab nanti berkedut..kalau dah berkedut kita masuk je balik dalam dryer selama 5 ke 10 minit dan lipat..hilang kedut dia..( jangan bungkus baju tu masa tengah panas ye )

5)utk comforter lepas keluar dari dryer jangan kita terus lipat dan masuk dalam plastik..pastikan kita "air dry" di luar dulu utk membiarkan haba panas keluar ..kalau kita terus bungkus..haba panas tu akan membuatkan ada wap air dalam plastik..dan kalau biar lama comforter tu akan lembab , masam dan paling teruk akan timbul taik lalat..cara nak selesaikan?beli je la yg baru hehe :L

kalau sesiapa di luar sana ada idea idea ...kongsi kongsilah di forum ini..sama sama kita belajar dan berkongsi ilmu..

Dilto Publish time 29-4-2007 01:00 PM

Reply #46 edot_jamil's post

en jamil,

kursus hujung bulan mei on tak? 26 dan 27 mei??

edot_jamil Publish time 29-4-2007 02:42 PM

kursus seterusnya adalah pada 12 dan 13 mei...:)

meedee Publish time 30-4-2007 01:03 PM

en jamil... saya ada beberapa soalan:

1. sebagai permulaan pembukaan kedai dobi, bolehkah en jamil supply bahan2 seperti sabun dan chemical?
2. berapa lama biasanya proses untuk mendapatkan machine tersebut? hari ni beli esok dapat? boleh installment?
3. macam mana nak approach management kondominium untuk dapatkan lot kedai?

btw, isteri saya pernah hantar sms kepada en jamil tahun lepas bertanyakan kursus dobi tersebut tetapi tiada jawapan.

terima kasih.

edot_jamil Publish time 30-4-2007 06:12 PM

Reply #50 meedee's post

jawapan utk

soalan 1

ya saya ada bekal kan

soalan 2

depend on what type of machine u want to use and stock.selalunya machine2 biasa tiada masalah..masalah sekarang adalah pada machine dry clean..

soalan 3

kene pergi ke management office dan apply dari situ lah..lain management lain procedurenya..

saya mmg tak rply sms..harap maklum ye..tak larat saya nak reply semua sms:funk: ..harap maklum ye..:o kalau nak apa apa update mengenai kursus dobi ataupun maklumat pasal dobi boleh talifon saya ataupun postkan di forum..kalau boleh jangan la sms ye..

zakiharun Publish time 1-5-2007 05:46 PM

kalau dobi kat kaw perumahan ok tak?

leh jalan x?


http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
ketika naim menutuhnya dari belakang, tangan smdarsita masih sempat mencapai mouse utk mendelete post

edot_jamil Publish time 1-5-2007 11:11 PM

Reply #52 zakiharun's post

dobi lah paling cantik di lakukan di kawasan perumahan...

puchek Publish time 6-5-2007 11:09 PM

Bro edot_jamil

Saya berminat dgn perniagaan ini. Jika saya bercadang memulakan perniagaan di Johor Bahru bolehkah saudara bantu dan berapakah fee perunding yang tuan tawarkan. Boleh berikan gambaran ringkas perkhidmatan perunding itu.

Madura1 Publish time 7-5-2007 02:46 AM

Originally posted by togeh at 27-3-2007 09:58 PM
wah bro jamil....info yang betul2 berguna....
patut mod digestkan thread ni....creadit tu bro jamil....

elok gak mod digestkan thread ni......

woh_getoh Publish time 7-5-2007 03:21 PM

wah cik jamil.. cantek btol la thread nih.. very informative.. berminat nak attend kursus tu..tapi jauh plak.. belah pantai timur nih..

maybe next kursus bley attend kot..

koko2 Publish time 8-5-2007 10:04 AM

En Jamil...camana caranya nak attend kursus pd 12 & 13 mei ni..?

1) Tempat kat mana?

2) cara bayaran RM250 camana?

3) Tempat tinggal tak termasukkan..?

4) daftar bila..?

deadtadpole Publish time 9-5-2007 09:51 AM

bOsannn nyer makan gaji !!!

en. jamil,
saya dan rakan2 amat berminta dan memang bercadang nak bukak kedai dObi
Harap kita dpt bertemu satu hari nanti di seminar en. jamil

Kitaorg dah terlalu bOsan kerja bermati-matian makan gaji tapi cukup bulan dapat duit banyak tuuu gakkkk:'(:I

Sekurang2nya kalau kitaorg bekerja bermatian utk company sendiri, puas hati sikit... :lol:

puchek Publish time 9-5-2007 11:49 AM

Bro edot_jamil

Soalan saya berkaitan consultancy services masih belum dijawab. Mohon jawapan.
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: DOBI [MERGE]


ADVERTISEMENT