edot_jamil Publish time 11-6-2007 09:21 PM

as'kum semua..

disini saya ingin menyatakan kursus dobi seterusnya akan di adakan pada 23 & 24 haribulan jun..

sesiapa berminat boleh daftar dengan menghantarkan nama dan nombor talifon ke alamat email saya edot_jamil@yahoo.com

Seorang rm250

terima kasih..

Jamil Ahmad
e-dot's laundry station
5433 jalan j9,
taman melawati
53100 kl

012-2292907

ya betul tu..paling best bila kita meniaga tiada hutang...tiap tiap hari amik untung jerkk..mmg seronok..

Gemukkkkkkk Publish time 12-6-2007 12:35 PM

Reply #80 edot_jamil's post

terimakasih untuk info ni, en. edot!

JFK Publish time 16-6-2007 01:52 PM

1-kasi la tau dgn telus brp harga mesin tersebut.
2-dan adakah ianya disewa atau dijual.
3-ada waranti atau tidak.
4-biasanya apakah masalah yg sering berlaku atas mesin tersebut.(mustahil xde masalah kan..so citer je la )
5-dan apakah jaminan selepas jualan..sebab sesetangah org dia sediakan dua jaminan..jaminan lepas jualan dan jaminan lepas tangan.
6- ada kos penghantaran ke
7-dan apa-apa lagi yg tidak dinyatakan diatas tetapi yang akan tetap didedahkan oleh USAHAWAN MUSLIM yang hanya takut kepada tuhan dan untung hanyalah sebagai alat mencapai keredhaan ilahi.

zamri_dobi Publish time 16-6-2007 02:49 PM

Reply #2 JFK's post

Terima kasih JFK King untuk soalan yang diberikan.

1-kasi la tau dgn telus brp harga mesin tersebut.

untuk mini package, RM 34,000
2 washer & 2 dryer ( both kapasiti 10.5 kg ) boleh basuh toto,comforter & carpet lembut
mesin2 ini dilengkapi dgn ' coin operated ' setting dgn harga RM 3.50 per cycle
package ini juga diberikan stok softner, detergent, plastic & hanger sebulan
piping & wiring also auto water pump cover dalam package
*renovation, steam iron, mesin basuh carpet tidak termasuk dalam package

untuk medium package, RM 51,000
3 washer & 3 dryer coin operated
yg lain2 sama seperti di atas

large package, RM 66,000
4 washer & 4 dryer
yg lain2 juga sama dalam mini package

2-dan adakah ianya disewa atau dijual.
semuanya untuk di jual , sewa tidak disediakan

3-ada waranti atau tidak.

maintenance & warranty setahun
training free diberikan untuk belajar fixed machine sekiranya ada problem

4-biasanya apakah masalah yg sering berlaku atas mesin tersebut.(mustahil xde masalah kan..so citer je la )

masalah biasa berlaku sangkut duit ( mudah diperbaiki ), selalunya terjadi sekiranya wang palsu
dimasukkan ( 50 sen, banyak dah sekarang wang palsu.. saya set di coin slot dgn original syiling ) dan juga sekiranya customer masukkan syiling dgn laju sebelum display menandakan jumlah duit yg masuk juga boleh menyebabkan duit sangkut.

pada mesin washer pula , dalam masa 2 tahun jarang berlaku masalah sekiranya diselenggarakan dgn baik... kalau adapun seperti bendasing tersangkut pada kipas water pump ( boleh di keluarkan dgn mudah ). Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh datang terus ke ofis, saya akan ceritakan segala2nya untuk fixed problem sekiranya berlaku masalah kerana ianya mudah diselenggarakan.

untuk dryer, biasanya berlaku termo switch blur, menyebabkan alat pemanas not function properly, nak tukar termo switch juga adalah mudah.

5-dan apakah jaminan selepas jualan..sebab sesetangah org dia sediakan dua jaminan..jaminan lepas jualan dan jaminan lepas tangan.

seperti saya katakan di atas, warranty & maintenance free setahun, dalam masa yang sama anda diberikan training untuk menyelenggarakan mesin secara percuma. selepas warranty tamat setahun, harga2 spare part adalah reasonable dan labour charge untuk fixed problem RM 40. tetapi anda digalakkan belajar fixed the problem krn ianya mudah di repair.

6- ada kos penghantaran ke

termasuk dalam package ( untuk selangor & KL sahaja ), tapi untuk diluar kawasan masih boleh dirunding

7-dan apa-apa lagi yg tidak dinyatakan diatas tetapi yang akan tetap didedahkan oleh USAHAWAN MUSLIM yang hanya takut kepada tuhan dan untung hanyalah sebagai alat mencapai keredhaan ilahi.

Alhamdulilah, dengan keberkatan Allah saya masih bertahan di dalam business laundry coin operated selama 4 tahun lebih ( 3 bulan pertama R&D sendiri ) sehinggalah sekarang. InsyaAllah saya akan menerangkan segala ilmu yang ada untuk di kongsi bersama.

entrepreneur_78 Publish time 16-6-2007 04:35 PM

waahhh... details xplanation yg diberikan...
bagus2...
interesting.... tp location mesti la strategik yer dak...
kalau tempat yg org xbyk nak guna laundry nih...
letih gak laaa...

zamri_dobi Publish time 16-6-2007 05:21 PM

Reply #4 entrepreneur_78's post

ya... lokasi kena startegik seperti berdekatan dengan Universiti @ kolej @ pun apartment/kondo. Sebagai contoh outlet yang dah buka di damansara damai yg banyak apartment di sana. alamatnya :

Kedai Dobi Apple D Orange
C-G09 Suria Plaza, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor.
Owner : :) Asfaraha : 019 6222076

http://i179.photobucket.com/albums/w320/zamrirazak/Picture018.jpg
gambar mesin di kedai puan asfaraha di damansara damai

Untuk keterangan lanjut boleh lah menghubungi saya, zamri 019 2238079 @
Z&Z Network Trading
HG008, Jalan LP 7/4, Taman Lestari Perdana
43300 Seri Kembangan Selangor.
Tel : 03-89428870 @ fax : 03-89488525

edot_jamil Publish time 16-6-2007 06:45 PM

sama sama....

apa lagi ek yg nak diceritakan mengenai dobi?saya dah tiada idea dah utk bercerita mengenai dobi...

:)

entrepreneur_78 Publish time 16-6-2007 07:19 PM

tgk la... kalau umah aku dh siap... n modal pun ade...
leh la aku buka kedai kat umah aku tu...
:D

boyan Publish time 16-6-2007 07:57 PM

tul.. aku pun teringin benda ni... tunggu.. tungguuuu... modal sat... sikit2...

entrepreneur_78 Publish time 16-6-2007 08:53 PM

inshaallah bro...
bleh tu... teruskan usaha... :D

maneez Publish time 17-6-2007 10:21 AM

en edot, kalau modal kita kecik let say, rm 20-30K, adakah practical kalau kita bukak laundry collection centre kat mana-mana kawasan yang kita rasa sesuai (penduduk ramai) dan sewa separuh kedai untuk tujuan tu.

lepas tu buat kerja laundry kat rumah (kira cam home based)?

Apa pendapat en edot?

zamri_dobi Publish time 17-6-2007 12:01 PM

Untuk mengetahui lebih details tentang package , sila layari :
<a href="http://photobucket.com" target="_blank"><img src="http://i179.photobucket.com/albums/w320/zamrirazak/dobi.jpg" border="0" alt="Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket"></a>

[ Last edited byzamri_dobi at 17-6-2007 12:06 PM ]

I-chi-ban Publish time 17-6-2007 06:21 PM

Aku cuma nak buat suggestion kpd sesiapa yang berminat: Aku ciplak idea ni dari tempat cuci keta tempat aku tinggal skrg.... pagi tagi aku gi basuh keta.... tak mcm kat lama aku .... siap ada coffe house dan internet service.....

kalau nak buat dobi layan diri ni..... cuba buat konsep yang sama.... sediakan tempat internet service sekali..... target area mesti kat kolej atau universiti... saya Univ selangor ke.... sambil tunggu dobi baju tu.... bole serve internet.... mungkin dpt tarik pelanggan kot.... cuba fikirkan.... bagi aku OK... tapi aku tak interested.... aku interested buat benda klain guna konsep sama.... gud luck...

edot_jamil Publish time 17-6-2007 07:23 PM

sememangnya tiada masalah....ikutkan dah ada 2 3 org buat mengikut concept begini..kemudian bila bisnes dan stabil dan maju..kita besarkan lah perniagaan kita..sememangnya satu idea yg bagus utk permulaan...

cymax Publish time 17-6-2007 07:44 PM

hmmm..menarik gak yea...
:hmm:

ZISAM Publish time 17-6-2007 08:06 PM

Reply #10 I-chi-ban's post

kalau nak buat internet service rasanya tak sesuai sebab kos nya tinggi. kalau setakat nak buat cafe, itu idea yg baik

seachNdestroy Publish time 17-6-2007 08:47 PM

en endot.. untuk bulan Julai, bile ek kursus ni akan diadakan? bulan ni macam sibuklah pulokkk...

I-chi-ban Publish time 18-6-2007 10:16 AM

Originally posted by ZISAM at 17-6-2007 08:06 PM
kalau nak buat internet service rasanya tak sesuai sebab kos nya tinggi. kalau setakat nak buat cafe, itu idea yg baik


aku tengok internet setting dia simple aje....mcm tak besar aje kos dia sbb tak mcm internet kat tempat lama aku...canggih manggih gitu..... dia ada dlm 3 buah PC utk pelanggan yang menunggu .... bukan full service utk walk in.... anyway...ian hanya sekadar cadangan..................

zamri_dobi Publish time 18-6-2007 10:27 AM

Terima kasih cadangan I-chi-ban, memang bernas.
konsep yg di cadangkan oleh I-chi-ban memerlukan modal yang tidak terlalu besar dan pulangan yang besar.
Sekiranya konsep ini hendak dilaksanakan, modal untuk package coin operated laundry akan menjadi
rendah .
Bermakna, sekiranya ada satu shop lot, bahagikan kedai kepada 2 bahagian, satu untuk cyber cafe dan
satu lagi untuk laundry. Di hadapan kedai, ada seorang operator yang mengawal access penggunaan computer
dan laundry mesin dengan menggunaan perisian yang di kawal di komputer operator, jadi... pengendalian konsep
ini nampak lagi berkesan dan fully occupied.
Apa yang dapat saya rumuskan, konsep sebegini hanya memerlukan modal sekitar rm 50,000 untuk 10 biji
pc dan 4 unit mesin laundry tidak termasuk renovation.

Untuk saya modified coin operated laundry kepada kawalan oleh perisian computer, saya memrlukan R&D lebih
kurang 2 bulan.

JFK Publish time 18-6-2007 11:23 AM

Reply #3 zamri_dobi's post

bagus..very professional..
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: DOBI [MERGE]


ADVERTISEMENT