Syd posted on 9-7-2007 09:56 AM

Hukuman sebat terhadap kanak-kanak

Hukuman sebat terhadap kanak-kanak perlu diharamkan
Oleh Halina Mohd Noor

Merotan patut dijadikan kaedah akhir bentuk disiplin, kawal tingkah laku anak


MALAYSIAantara negara yang masih mengamalkan hukuman sebat atau korporal dikalangan pesalah juvana dan kanak-kanak walaupun tindakan itu ditolakkebanyakan negara maju di seluruh dunia.

Berdasarkan laporanGlobal Initiative bagi mengakhiri hukuman korporal di kalangankanak-kanak, Malaysia tersenarai sebagai negara yang mengamalkanhukuman itu sama ada di rumah, sekolah dan dalam sistem hukuman sepertiinstitusi pemulihan serta penjara.

Hukuman korporal diharamkansama sekali di 18 negara di Eropah dan Asia Barat menghalang hukumanitu dilakukan ke atas kanak-kanak di rumah, sekolah dan sistem hukuman,manakala negara seperti United Kingdom membenarkan sesetengah hukumankorporal dilakukan di sekolah dan sistem hukuman sebagai caramendisiplinkan kanak-kanak berkenaan.

Di Mesir, korporal tidak dibenarkan di sekolah mahupun dalam sistem hukuman.

Berdasarkandefinisi, hukuman korporal bermatlamat membetulkan atau mengawaltingkah laku kanak-kanak, tetapi ia bersifat keganasan fizikal yangbermatlamat menyebabkan kanak-kanak merasai kesakitan tanpa kecederaan.

Berdasarkan sifatnya itu, kebanyakan negara maju di seluruh dunia menganggap ia sebagai mencabuli hak kanak-kanak.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/9cit5b.jpgPensyarahUndang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr FarahNini Dusuki, berkata hukuman berdasarkan kekerasan fizikal yang tidakdisekat di rumah dan di sekolah berkemungkinan boleh menyebabkan iaberlarutan menjadi kes dera.

“Mula-mula memang hendakdisiplinkan anak dengan merotan, tetapi lebih bahaya ia boleh menjadikes deraan fizikal. Kanak-kanak tidak faham mengapa mereka dikasari dantidak mustahil mengulangi kesalahan sama dan hukuman bersifat kekerasanberulang.

“Tidak dinafikan dalam Islam, ibu bapa dibenarkanmerotan anak, tetapi ada batasannya. Rasulullah ada mengatakan anakyang berusia 10 tahun dan ingkar sembahyang boleh dipukul keranakanak-kanak berusia 10 tahun dianggap sudah boleh faham kesalahanmereka,

Syd posted on 9-7-2007 09:57 AM

Merotan di sekolah hanya tindakan akhir


HUKUMAN korporal seperti rotan bukanlah satu keutamaan yang diamalkan di sekolah sebaliknya hanya dilaksanakan sebagai pilihan terakhir.

Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata pada amnya hukuman murid mengikut langkah ditetapkan atau gabungan daripada beberapa hukuman mengikut budi bicara pengetua atau guru besar.

“Murid bermasalah biasanya dirujuk kepada kaunselor sekolah. Jika tiada perubahan, kita beri amaran pertama, kedua dan ketiga. Selepas amaran ketiga, jika masih melakukan kesalahan, baru kita rotan. Ini diikuti dengan gantung sekolah dan terakhir sekali, buang sekolah,

Syd posted on 9-7-2007 09:57 AM

Kekerasan bukan kaedah berkesan untuk didikan


KANAK-KANAK yang sering dirotan atau disebat oleh ibu bapa boleh menjadi lebih agresif apabila dewasa dan tidak mustahil mereka boleh terjebak ke dalam kancah jenayah.

Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Kuala Lumpur, Dr Sheila Marimuthu, berkata hukuman rotan atau sebat bukanlah kaedah berkesan untuk mendidik kanak-kanak kerana ia hanya meninggalkan kesan jangka pendek saja.

“Kanak-kanak hanya akan ingat mengenai kesalahan yang dilakukan itu pada masa mereka dirotan saja dan kemudian terus lupa. Itulah sebabnya, saya tidak bersetuju jika hukuman bersifat fizikal ini dikenakan ke atas anak-anak.

“Dalam jangka panjang, ia tidak mengajar anak sebaliknya hanya menambahkan lagi sikap agresif dalam dirinya. Kalau diteliti, kanak-kanak yang sering dirotan ini lebih nakal kerana mereka tidak takut lagi jika dirotan,

my-alja posted on 9-7-2007 02:17 PM

tgk pada karektor anak2 gaklah....ada yg jenis keras kepala memang kena rotan utk tujuan mengajar...bukan utk menunjukkan mak/ayah lebih berkuasa...

me tak tolak kaedah merotan nie secara 100%, w/pun tak pernah simpan dlm rumah...anak2 kena diajar limit sedari kecil, jgn terlalu give-in dlm benda yg boleh menyusahkan hidup mereka kemudian hari...

ada satu kes yg terjadi dikalangan mak2 disini...ade sorang anak pompuan yg berusia 9 thn dipulaukan oleh  kesemua kawan2 disekolah...sebab terlalu manipulative....

muslyn posted on 9-7-2007 04:22 PM

negara2 yg' menentang keras' rotan tu, anak2 depa jadi baik ke bila besar? yg i nampak, lagi kurang ajar ada lah.. lagi rosak akhlak ada lah.. umur belasan tahun dah legal to have sex.. anak boleh sue parents.. anak boleh shout kat mak pak, "shut up!"

skrg2 cikgu2 tak leh rotan budak2 jahat! pasal tu lagi ramai budak jahat kat sekolah skrg! my former student dulu pernah tunjuk middle finger kat i, twice! report-> terus kena rotan & gantung! padan muka! tapi seblm rotan dia sudah kena 'duuushh' kat abdomen dia dgn tgn ku yg cepat & tangkas! that's my reflex action dgn perangai kurang ajar ni..!  pastu, terus uncle & mak dia jumpa aku! mau saman! :lol: :lol:  ingat takut ke saman2 ni.. I'm a strong believer of berani kerana benar. even if i get into trouble, i'm not easily intimidated. Setakat rakyat ca ya nun alif biasa je nak saman aku, aku tak heran lahh..
mak pak ni ingat anak2 diorg ni baik.. can't blame them 100% pun sbb kat rumah or bila jumpa diorg dgn parents diorg, pijak semut pun tak mati! tapi kat sekolah, kalah setan!

speedo posted on 10-7-2007 01:24 AM

aku setuju 200 % ngan muslyn, budak2 sekarang kurang ajar dan tak boleh disentuh , pasai tu budak2 sekarang semua mcm setan dan iblis , masa zaman aku dulu nak angkat muka kat cikgu tak berani dan satu lagi hormat kat cikgu, budak2 sekarang sentuh sikit saman mcm haramjadah . walaupun aku bukan cikgu tapi bini aku cikgu mcm2 cita aku dengaq pasai budak sekolah.
aku dulu kalau kena pukul cikgu tak berani nak bagitau makbapak aku bukan apa kalau bagitau kat depa kena 2nd round kena belasah,:lol:  org tua2 dulu2 percaya kat cikgu

my-alja posted on 10-7-2007 12:58 PM

Reply #6 speedo's post

hahahah...samalah kita speedo...

agaknya zaman dah berubah, anak2 lebih dipercayai drp org2 tua...:o

anak2 nie plak cam ada split idendity kot, kat rumah cam malaikat dgn mak/ayah....agaknya pi sekolah cam hantu, sapa nak percaya....

tu sebab me percaya, cikgu dan mak/ayah kena ada kerjasama...takleh jumpa masa nak ambik report card aje, bila cakap benda tak elok...mulalah defensive

my-alja posted on 10-7-2007 12:59 PM

Originally posted by muslyn at 9-7-2007 04:22 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
negara2 yg' menentang keras' rotan tu, anak2 depa jadi baik ke bila besar? yg i nampak, lagi kurang ajar ada lah.. lagi rosak akhlak ada lah.. umur belasan tahun dah legal to have sex.. anak bole ...


wow....dasat nyer akak mus nie....

cemana kes kena saman tu, citerlah sket.....:lol:

muslyn posted on 11-7-2007 11:42 AM

Reply #6 speedo's post

betul speedo... kat sekolah pun tak berani buat jahat! takut cikgu report! kalua tak buat homework ke, apa ke,.. biar lah ku terima hukuman dgn cikgu & mintak cikgu tak report. kalua tak,.. confirm aku kena hukuman 2nd round dgn parents aku! :lol: :lol:

alja, alaahh dia tak saman pun! dia nak tunjuk eksyen & besar perut dia je! i kesian kat mak dia.. nangis2 sambil cerita dia sedih bila anak dia ckp perut sakit sb cikgu tumbuk! tu pun dah salah fakta tu! i didn't punch him, I hit him with the back of my hand! Abih tu, depan muka aku dia tunjuk middle finger dia sampai 2 kali. Semua sbb dia salah faham apa yg i ckp! Dah dia tu yg tak paham BM, pastu nak marah aku pulak! padahal aku ckp lain, dia faham lain! :mad:  bila marah, nak tunjuk lah middle finger dia tu! cehh!

I demand an appology fm him & i appologized to the mother. Tapi unlce dia tak puas hati lagi! nak call NTV7 pulak. Cikgu2 lain apa lagi! pun naik angin lah! one of them said, what do you want her to do now. You want her to kiss your nephew is it? aku sungguh terharu tgk cikgu2 yg backing aku time tu! padahal aku baru je tak sampai 1 mth jadi substitute teacher situ.

Delifrance posted on 11-7-2007 12:19 PM

Originally posted by muslyn at 11-7-2007 11:42 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
betul speedo... kat sekolah pun tak berani buat jahat! takut cikgu report! kalua tak buat homework ke, apa ke,.. biar lah ku terima hukuman dgn cikgu & mintak cikgu tak report. kalua tak,.. confi ...


muslyn..ko tanak bukak kelas tuition ke? aku nak antar anak2 aku kat ko nih..

:lol: :lol: :lol:

muslyn posted on 11-7-2007 04:22 PM

Originally posted by Delifrance at 11-7-2007 12:19 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif



muslyn..ko tanak bukak kelas tuition ke? aku nak antar anak2 aku kat ko nih..

:lol: :lol: :lol:


wahkakakakahaha:lol: :lol:

bole..bole..! tapi aku cuma ajar subject rock music. MCm Jack Black cite School of Rock.
abih lah anak kau!...:lol:

tina_turner posted on 16-7-2007 06:43 PM

setuju more 100%... walau apa sekali pun anak kita buat hukuman sebat bukan jln
penyelesaian...:mad: :mad: :mad:

kerana ada byk cara kita boleh didik anak tapi bukan dg sebat...:o

akakbosan posted on 17-7-2007 07:26 AM

Originally posted by my-alja at 9/7/07 02:17 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
tgk pada karektor anak2 gaklah....ada yg jenis keras kepala memang kena rotan utk tujuan mengajar...bukan utk menunjukkan mak/ayah lebih berkuasa...

me tak tolak kaedah merotan nie secara 100% ...

Setuju benor dengan my-alja. Ada budak yang kita boleh deal dengan guna 'psikologi' etc.. tapi ada setengah2 budak lain yang tak boleh  nak rule out 'merotan'/menyebat. Bukan la rotan/sebat sampai siksa sampai anak2 tepon Teledera (ada lagi ke talian tu?).. more of 'symbolic'.  

Akak rasa akak ngan adik2 akak membesar tak macam setan (tak macam setan ke? :lol:) sebab masa kecik2 dulu takut ketitir kena sebat.  Mak/ayah jegil aje dah kecuuuttt. :lol:  "Spare the rod and spoil the child", that's an English saying. Heran lak sebab sekarang ni they all la yang sibuk2 kata sebat anak ni salah.... Hmmm..

Syd posted on 26-7-2007 09:32 AM

Menghukum remaja dengan rotan
Oleh NURUL IZZAH SIDEK

KINI heboh dibincangkan mengenai pelajar-pelajar dirotan oleh guru dan ibu bapa bertindak balas terhadap perbuatan tersebut. Para pelajar yang masih remaja dan memerlukan pendidikan daripada guru, ada ketikanya menghadapi masalah disiplin. Merotan adalah tindakan terakhir setakat yang diizinkan oleh peraturan.

Sebelum itu nasihat dan kaunseling diberikan supaya masalah disiplin dapat diatasi. Ada ketikanya hukuman rotan menyebabkan para pelajar mendapat pengajaran. Ada kalanya dengan merotan menyebabkan para pelajar mempunyai perasaan dendam dan bertindak balas secara diam-diam dan nyata.

Oleh itu, sekolah menjadi serba salah. Ibu bapa kadang-kadang hilang cara dan akhirnya remaja dan pelajar menjadi mangsa. Sekiranya ibu bapa datang ‘menyerang,

DUDAensem posted on 26-7-2007 11:18 AM

Tengok jenis kesalahan yg depa buat. Kalau setakat depa pukul adik, kita mai khabaq biasa aje, bg nasihat. tp kalau kesalah curi duit ka, gaduh kat sekolah ka, ponteng sekolah ka, memang patut kena sebat. Tp area yg nak disebat mesti area yg selamat, hak tapak kaki ka, tapak tangan ka, jgn kat belakang badan, kesian depa, kalau cedera kita jugak kena hantaq depa ke hospital. Kekuatan pukulan tu pun kena kawal sesuai dgn usia anak tu. Yg penting masa makpak nak punish tu biarlah makpak bukan dlm keadaan marah tp keadaan rasional so perbuatan bg pengajaran tu dpt dilaksana dlm suasana yg boleh sedarkan depa, jgn sampai depa benci kita pulak.

midori88 posted on 26-7-2007 11:26 AM

Reply #15 DUDAensem's post

aku setuju..tgk jenis kesalahan..

KakFie posted on 27-7-2007 06:45 PM

Originally posted by DUDAensem at 26-7-2007 11:18 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Tengok jenis kesalahan yg depa buat. Kalau setakat depa pukul adik, kita mai khabaq biasa aje, bg nasihat. tp kalau kesalah curi duit ka, gaduh kat sekolah ka, ponteng sekolah ka, memang patut ke ...

setuju....kak fie personally tak dismiss rotan sebagai satu option ..

masa kecik selalu gak la kena rotan...tapi tak pernah membenci parents.   Tapi selalu jugak dengar anak-anak yang membenci parents bila selalu dihukum.  Rasanya approach parents tu silap la ...kalau tidak anak2 tak akan membenci parents.  Nak merotan/menghukum pun ada kaedahnya.  Dah banyak dah dibincang dalam forum ni....

tina_turner posted on 27-7-2007 07:30 PM

sebat ini bukan menjadikan budak 2 baik tapi bertambah jahat... 4 me mak bapak
lah yg patut d salahkan...:P

tina_turner posted on 27-7-2007 08:17 PM

Originally posted by KakFie at 27-7-2007 06:45 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


setuju....kak fie personally tak dismiss rotan sebagai satu option ..

masa kecik selalu gak la kena rotan...tapi tak pernah membenci parents.   Tapi selalu jugak dengar anak-anak yang mem ...


mcm mana anak tak benci mak bapak... bila dah marah semua blh jadi...
sebab mak bapak ini kalau dah pukul anak sampai lupa diri... ini lah yg
buat anak2 bila besar jadi benci kat mak bapak...:o :o :o  

mak bapak kena ingat nak pukul blh tapi jgn melampau...:L :L :L

Syd posted on 4-9-2007 09:18 AM

Rotan pelajar di khalayak dikaji
Oleh S. ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 3 Sept.

Syd posted on 4-9-2007 11:40 AM

K'jaan pertimbang rotan pelajar di depan ramai
03-09-2007 06:54:37 PM  


KUALA LUMPUR:  Kementerian Pelajaran sedang mengkaji sama ada tindakan merotan di khalayak ramai perlu dikembalikan bagi menghukum pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Timbalan Menterinya Datuk Noh Omar berkata segala penggubalan undang-undang dan peraturan akan diambil kira supaya ia bersesuaian serta tidak bercanggah dengan akta sedia ada.

"Kita sedang bincang dan kita juga perlu ambil kira kerana ketika peraturan public canning (merotan di khalayak ramai) itu diwujudkan pada tahun 1959, pada masa itu belum lagi ada Akta Hak Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya menjawab soalan Datuk Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Wan Hashim mencadangkan agar hukuman rotan di khalayak ramai dikembalikan semula kerana hukuman menakutkan itu dapat mengatasi masalah disiplin pelajar dan mengubah kelakuan pelajar menjadi lebih baik.

Noh berkata kuasa merotan diberikan kepada pengetua atau guru besar, namun peraturan itu dilonggarkan apabila kementerian mengeluarkan satu pekeliling pada 2003 mengenai larangan hukuman tersebut di khalayak ramai.

"Oleh kerana tindakan merotan ini bukan sahaja untuk menghukum tetapi juga untuk mendidik maka dalam Pekeliling 2003, telah dinyatakan rotan di khalayak ramai tidak dibenarkan melainkan rotan mestilah di dalam bilik guru dan disaksikan oleh seorang guru," katanya.

Mengenai isu disiplin, Noh berkata masalah itu bukan sahaja berlaku di sekolah agama dan sekolah berasrama penuh kerana melalui laporan yang diterima, ia turut melibatkan sekolah harian.

"Semua pengetua sekolah berasrama akan diberikan kursus untuk mengingatkan mereka tentang bahayanya budaya ragging (membuli) atau orientasi dan kita turut menjemput pegawai polis untuk memberi ceramah kepada pelajar senior (lama) sebelum sesi persekolahan bermula," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga tidak boleh menghalang media massa menyiarkan masalah disiplin pelajar sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. BERNAMA

zyryn posted on 4-9-2007 03:20 PM

ish...janganlah...kesian .....sakit tau biler kene sebat...
lagi2 depan orang ramai.... x sakit pon boleh jadi sakit...
dah la sakit.. malu lagi....:'( :'( :'(

Syd posted on 4-9-2007 03:24 PM

kalau tak nak sakit
tak nak malu

jgn buat perangai
ikut undang2

Sasha posted on 4-9-2007 04:39 PM

Originally posted by muslyn at 9-7-2007 04:22 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
negara2 yg' menentang keras' rotan tu, anak2 depa jadi baik ke bila besar? yg i nampak, lagi kurang ajar ada lah.. lagi rosak akhlak ada lah.. umur belasan tahun dah legal to have sex.. anak bole ...


fuhyoo muslyn..dasat u ek...takut i hehe :loveliness:

mallanhead posted on 5-9-2007 09:37 AM

Kat sini tak boleh 'smack' bum anak2 apatah lagi kena rotan. I not sure dah diharamkan or nak diharamkan 'smacking' ni.

Banyak yg bantah kerajaan cuba buat law mcm tu. Sbbnye setengah mak bapak fikir, hak mendidik anak2 tu hak persendirian dan bukan hak kerajaan menentukan. Ada jugak parent yg bersetuju jika 'smacking' ni di haramkan. Sbb pada diaorang tak de siapa yg boleh memukul atau menyakitkan sesiapa. Apatah anak2 sendiri.

Tapi yg pasti, kalau you nak smack anak2 kat sini, kenalah smack kat rumah. Org tak nampak. Silap hari bulan ada pulak 'dobber' (yg suka merepot) yg merepot kat pihak berkuasa yg you telah mendera anak2 you.
Page: [1] 2
View full: Hukuman sebat terhadap kanak-kanak