Syd posted on 16-7-2007 09:45 AM

Tengkolok / destar / tanjak

Post Last Edit by Syd at 27-7-2009 16:31

Mengabadikan keindahan destar
Oleh SALMAH ZAINAL ABIDIN


TENGKOLOK atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan sering juga diperagakan di pelbagai acara dalam adat istiadat bangsa kita.

Wan Yahaya Abdullah, seorang pendukung seni warisan Melayu telah mendokumentasikan destar dalam pelbagai aspek melalui bukunya berjudul Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih.

Selain sebagai pengarang buku ini, Wan Yahaya juga dikenali kerana kepandaiannya dalam seni mengerus dan seni telepuk. Mengerus ialah suatu kaedah mengilatkan kain songket menggunakan siput supaya benang emasnya sentiasa berseri. Telepuk pula kepandaian menghasilkan bunga-bungaan daripada perada emas yang dilakar di atas kain.

Satu lagi kepandaian beliau ialah mengikat dan menyimpulkan tengkolok dengan lebih seratus cara termasuk yang dipakaikan kepada raja-raja Melayu. Dengan kepandaian dan pengalamannya itu maka buku ini terhasil.

Buku ini membuka gelanggang dengan memperkenalkan maksud dan takrifan destar dan tengkolok serta tempat pemakaiannya. Penghuraian diperkukuh dengan mengutip penjelasan yang terdapat dalam beberapa buku dan kitab lama. Sambil itu beberapa gambar lama, klasik dan berharga dipaparkan sehingga menaikkan semangat dan keindahan tengkolok yang dipakai dengan penuh segak oleh sultan, raja dan hulubalang serta pahlawan Melayu zaman silam.

Wan Yahaya selanjutnya bergerak dengan langkah yang pantas dan tangkas dalam menjelaskan aspek reka bentuk destar. Hampir semua reka bentuk tradisi mempunyai motif, ukiran, pahatan, corak batik dan tenunan serta kelarai anyaman.

Keindahan

Cara membentuk dan mengikat destar pula berbagai-bagai menggambarkan tingginya daya penciptaan pereka bentuk Melayu tradisi. Keindahan dan kesenian reka bentuk destar masih terpelihara dengan baik dan utuh sungguhpun zaman silih berganti dan kepentingannya dalam masyarakat moden sudah berkurangan.

Corak berteraskan tumbuh-tumbuhan jelas pada nama beberapa destar seperti Mumbang Belah Dua, Sekelongsong Bunga, Cogan Daun Kopi. Pengaruh haiwan pula terpancar pada nama-nama seperti Balung Ayam, Ayam Patah Kepak, Pari Mudek, Lang Menyongsong Angin dan Lang Melayang.

Bak menonton seni silat Melayu, dengan gayanya yang mempesona buku ini merakamkan keindahan seni reka bentuk destar Melayu selain menyimpan sejumlah perbendaharaan lama dalam kalimat dan kata bahasa Melayu. Maksud lambang, warna dan corak yang tersirat dalam kesenian pembikinan destar juga dapat difahami dengan membaca buku ini.

Dalam majlis yang dihadiri raja dan sultan, hadirin hanya boleh memakai jenis dan warna destar tertentu sahaja. Pemilihan yang salah akan merosakkan majlis dan dianggap tidak beradab. Destar dipakaikan hiasan dengan tujuan tertentu mengikut kesesuaian jenis kain, warna tanah dan ragam hias yang dikenakan.

Satu lagi seni yang dipaparkan dalam buku ini ialah kaedah mengikat destar dan salah satu yang diberikan ialah cara-cara mengikat Destar Dendam Tak Sudah.

Pemakaian destar tidaklah dapat dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Pemakainya mesti mematuhi beberapa peraturan sesuai dengan bentuknya agar dilihat kemas dan rapi. Maka Wan Yahaya memperturunkan serba sedikit peraturan dalam memakai destar yang betul.

Dalam bab Destar dan Pemakainya, buku ini memperlihatkan bagaimana destar atau tengkolok dikenakan oleh sultan dan raja di semua negeri di Malaysia selain yang dipakai juga di Sabah dan Sarawak sungguhpun negeri tersebut tidak beraja. Ditunjukkan juga destar sebagai pakaian persilatan Melayu. Dengan terbitnya buku ini, dapatlah kita menatap salah satu ketinggian seni bangsa kita zaman-berzaman.

Buku ini ditulis dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris serta dipaparkan gambar berwarna dan hitam putih yang indah dan amat penting sebagai memberi maklumat kepada pembaca khususnya generasi muda. Dalam bentuknya yang mewah dan berkulit keras buku ini tampak meyakinkan dan memang sarat dengan ilmu pengetahuan tentang destar atau tengkolok.

Sesungguhnya buku ini adalah satu-satunya tinggalan yang amat berharga daripada Allahyarham Wan Yahaya Abdullah untuk tatapan kita dan generasi akan datang. Buku ini kini menjadi sebuah dokumentasi yang baik untuk kita merujuk salah satu subjek yang semakin ditinggalkan dalam kehidupan masyarakat kita memandangkan kurangnya buku tentang destar dalam pasaran.

Syd posted on 20-7-2007 03:59 PM

Tengkolok

Sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka tengkolok seperti yang terdapat pada masa sekarang belum lagi dicipta, tetapi memadailah jika seseorang itu menutup atau mengikat rambut yang panjang supaya kelihatan kemas. Ikatan kain ini semakin lama semakin cantik diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu sehinggalah sekarang.

Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah dan merekabentuk sehelai kain empat segi untuk dipakai sebagai penutup kepala. Kini pakaian tengkolok sering digunakan oleh pengantin lelaki semasa bertandang dan bersanding di atas pelamin pada hari pertama istiadat perkahwinan dilangsungkan. Semasa bersanding di atas pelamin mereka dianggap sebagai raja kerana mereka berpakaian lengkap seperti seorang raja yang bersemayam di atas takhta. Tengkolok yang dipakai oleh pengantin lelaki pada masa sekarang dihiasi dengan barang kemas untuk menambahkan seri dan kekacakan pengantin.

Apabila negara ini mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 dan melantik Duli Yang Maha Muliha Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang pertama, maka tengkolok pertama yang dipilih dan dipakai oleh baginda ialah jenis "Dendam Tak Sudah". Di bahagian hadapan tengkolok ini dihiasi dengan anak bulan dan bintang pecah sebelah yang diperbuat daripada emas putih yang bertatahkan 66 biji permata berlian dan di tengah-tengah bintang tersebut terletak lambang kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.

Syd posted on 20-7-2007 04:00 PM

http://www.tourismpenang.gov.my/images/exoticpenang/articles/69/se04f_01.jpg

Syd posted on 20-7-2007 04:20 PM

http://www.kainsongket.com/images/TKLK599.jpg

http://www.kainsongket.com/images/TKLK600.jpg

http://www.kainsongket.com/images/TKLK598.jpg

http://www.kainsongket.com/images/TKLK605.jpg

http://www.kainsongket.com/images/TKLK604.jpg

http://www.kainsongket.com/images/TKLK601.jpg

http://www.kainsongket.com/images/TKLK653.jpg

http://www.kainsongket.com/images/TKLK602.jpg

http://www.kainsongket.com/images/TKLK651.jpg


credit: http://www.kainsongket.com/tengkolok.html

[ Last edited by  Syd at 27-7-2007 01:16 PM ]

Lloni posted on 24-7-2007 01:29 AM

kat mana boleh dibeli buku tersebut....nak beli selalu...:D

pink panther posted on 27-7-2007 09:38 AM

Best betul tajuk ni, jarang2 dapat info & bila terkeluar tajuk ni terasa seronok sesangat jadi orang melayu.

p/s: Momod, boleh suggest buat 'button' 'THANKS' tak? kalau kasik tacang aja, momod yang bagi, tapi kalau ada 'button' ni kami boleh beri ucapan terima kasih sebab kekadang 'thread' tu sungguh baik dan berinformasi.  ;P ;P ;P

Syd posted on 27-7-2007 02:15 PM

What is the difference between the tanjak or tengkolok, and the destar?

Well, tanjak or tengkolok are traditional Malay headwears made of cloth or thick fabrics where the knot or the fold moves upwards to the top and curls slightly sideways.

Dastar is also a headwear tied around the head but it is wound at the same height and level.

The destar is the style of regal headwear that were worn by the Sultans of Malacca during the Malacca Empire period in the 15th century.

Syd posted on 27-7-2007 04:10 PM

TANJAK OR TENGKOLOK

The tanjak or tengkolok and the destar, are popularly accepted as the traditional Malay headwears for men in Pahang as well as in Malaysia, although the Malays traditionally wear headwears and head-gears in various forms.

Just as hats, berets, caps, and others are suited to their particular dressings in the western world, the Malay tanjak or tengkolok is worn and complements exquisitely the traditional full Malay costume of Baju Melayu.

Besides worn during traditional Malay weddings by the groom during the bersanding ceremony, the tanjak or tengkolok and destar are put on during formal and public ceremonies where royalties grace the occasion.

They are always an essential part of the costume of sultans and high palace officials gracing public ceremonies and official functions at the palace courts.

In keeping with tradition and palace protocol, however, there are certain ethics and guidelines to be kept in mind and to be followed when wearing the tanjak or tengkolok with the Baju Melayu, as mentioned below.

GENERAL PURPOSE OF TRADITIONAL MALAY HEADWEARS

As we all know, headwears and headgears, like hats and caps, are put on not only as accessories to add elegance and grace to the wearer, but they also serve as protection and shade against the elements of nature like snow, wind, sun or rain.

The traditional Malay headwears similarly serve the same purpose, protecting especially the head from the hot rays of the sun, and absorbing the sweat on the forehead.

But in modern times, the tanjak, tengkolok and destar, especially, are dorned as ceremonial outfits only, being an essential part of the traditional Malay costume of Baju Melayu.

Syd posted on 27-7-2007 04:11 PM

layan gambo lagi

http://www.pahang-delights.com/images/tanjak-satu.jpg

http://www.pahang-delights.com/images/tanjak-hitam.jpg

http://www.pahang-delights.com/images/tanjak-kuning-tiga.jpg

Syd posted on 27-7-2007 04:13 PM

NAMES FOR THE VARIOUS STYLES OF TANJAK/TENGKOLOK

The folds for the tanjak and dastar, being varied, are given names to distinguish them. They are tied or folded into semblance of animals or ideas in the abstract, something like the Japanese origami art.

And nowadays perhaps only the experts in traditional Malay headwears can identify or know how to fold and make them into various styles. With many different styles and shapes, names are given to distinguish them, such as:-

    * gajah berjuang (elephants fighting)
    * ayam patak kepak (chicken with broken wing)
    * menyonsong angin (facing the wind)
    * kelongsong bunga (flower wrapper/container)

Syd posted on 27-7-2007 04:14 PM

TANJAK/TENGKOLOK STYLES OF PAHANG

In the state of Pahang, the tengkolok or tanjak style, like other states of Malaysia, are differentiated through differences between royalties, officials and commoners.

Malaysia’s King or Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung, wears the tengkolok in the style of Ikatan Dendam Tak Sudah.

The Sultans of Pahang for instance wear the formal tengkolok in the style of the coffee leaf or Tengkolok Ikatan Cogan Daun Kopi.

The Tengkolok Sekelungsung Bunga was the style worn by the royalty during Sultan Abu Bakar's reign, with different colors to denote status, like yellow for Sultan, black for Tengku Arif Bendahara, blue for Tengku Arif Temenggung and red for Panglima Perang and Tengku Panglima Besar Pahang.

Even individual past Sultans of Pahang have their own favorite tengkolok identifying their own individual personality.

For instance, Sultan Ahmad (1882 -1914) wore the tengkolok style known as Tengkolok Sunda Mengamit.

Sultan Mahmud (1914 -1917) wore his tengkolok in the style known as Tengkolok Bugis Tak Balik and,

Sultan Abdullah (1917

Syd posted on 27-7-2007 04:20 PM

Kebesaran Negeri Perak

TENGKOLOK

        Di antara pakaian-pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu ialah TENGLOKOK DI RAJA.  Semenjak beberapa kurun lamanya raja-raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai-bagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran.  Bentuk ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah ke sebuah negeri.  Kain ulu itu dinamakan "Tengkolok".


http://www.perak.gov.my/sultan/imej/tengkolok1.jpg
LANG MENYUSUN ANGIN


http://www.perak.gov.my/sultan/imej/tengkolok2.jpg
ANAK GAJAH MENYUSU


http://www.perak.gov.my/sultan/imej/tengkolok3.jpg
PUCUK PISANG PATAH


http://www.perak.gov.my/sultan/imej/tengkolok4.jpg
GARAM SEBUKU
(GETAM PEKASAM)


http://www.perak.gov.my/sultan/imej/tengkolok5.jpg
AYAM PATAH KEPAK

Syd posted on 27-7-2007 04:24 PM

Kedah

http://www.mykedah.com/raja_kita/photos/images/tengkolok.jpg

Tengkolok DiRaja

Tengkolok DiRaja dijalin daripada kain tenunan warna hitam bersulam benang emas. Bentuk ikatan atau solek dinamakan Dendam Tak Sudah. Di sebelah depan tengkolok terdapat ukiran melambangkan padi dan jata negeri Kedah Darul Aman.

Jata ini diperbuat dengan menggunakan batu zamrud dan 4 biji berlian (perisai), 5 biji berlian (bulan sabit), dan 30 biji berlian (bunga padi). Di sekeliling Jata terdapat 23 lekuk bertatahkan berlian 3 biji lambang matahari dan bintang. Dari lekuk ini terdapat 9 rumpun batang padi bertatah 69 biji batu berlian, setiap ikatan berbentuk bunga lawang.

jkkkj posted on 27-5-2008 10:47 PM

Aku tengok selalunya sekarang ni pengantin lelaki pakai tengkolok dengan solek (ikatan) yang diberi nama dendam tak sudah yang berasal dari Negeri Sembilan.

Tengkolok inilah yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai pakaian rasmi baginda.

[ Last edited by  jkkkj at 27-5-2008 10:48 PM ]

selipar_hijau posted on 3-6-2008 06:17 PM

stiap negeri raja/sultan nya lain bentuk tengkolok kalu x salah aku  :o

jkkkj posted on 8-7-2008 09:06 AM

Korang rasa tengkolok dari negeri mana yang mempunyai ikatan yang paling cantik?

HangPC2 posted on 6-11-2008 08:25 PM

Malay headdress maker wants to save the art from fading away




By JAYAGANDI JAYARAJ



THE tradition of wearing the Tengkolok or the Malay headdress dates back to the times of the Malay sultanate.


Back then the headdress for men was a status symbol.

Only the rich wore it and more prominently it was part of the royal costume.

There were specially appointed skilled artisans to make Tengkolok for the Sultans in the palace.

The designs and shapes varied from state to state and each shape was folded in semblance of animals or abstract ideas, hence names like Lang Patah Sayap (eagle with broken wings), Ayam Patah Kepak (rooster with broken wings), Dendam Tak Sudah (unfinished business), Gajah Berjuang (elephants fighting) and Menyonsong Again (facing the wind).

Today the Tengkolok remains as part of the royal ensemble.

What the commoners wear are designs with a twist or have been modified from the original designs. They cannot wear the same designs worn by royalties,said Tengkolok maker Nik Hamid Nik Mustafa.

The 54-year-old's interest in the art started off 30 years ago while he was still in Kelantan, dancing for a cultural troop.


http://img111.imageshack.us/img111/9513/thestarmalaytengkolok01xh7.jpg

Not the same type: the shape of the tengkolok @ tanjak varies from state to state as seen here.


While in the group, we had to make our Tengkolok and that's how it started off.

But there was no one to teach me. The one or two teachers that I discovered later had passed on too.

So what I did was research. When I came down to Kuala Lumpur in 1975, I researched on photographs of various designs and through trial and error worked on getting it right and perfect,¡± said Nik Hamid who is working at the Seri Jemari Songket in Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Using Songket and other materials including cotton, Nik Hamid is an expert Tengkolok maker who had created headdresses for weddings, royal events and dancers in Istana Budaya. Before the discovery of Songket, Hamid said the Tengkolok was made from Indian materials and Chinese silk while the commoners used ordinary materials.

Tengkoloks were made using Songket only about 200 years ago,he said as he demonstrated how to make a Tengkolok.

Settling on a Dendam Tak Sudah design, Nik Hamid began his folding works expertly as two young learners Nik Haslan Hassan, 20, and Noor Shah Rizal, 21, watched enthusiastically.

The 31 X 31 Songket that Nik Hamid used was earlier starched and folded into two to form a triangle shape with hard collar paper in between before it was ironed and stitched at the sides.

Originally 45 X 45 material was used for Tengkoloks.

With that you begin to fold it to the design that you want. It is not easy as you need to insert the wires at the right fold in order to keep the tengkolok in a particular shape.

You also have to be careful with the needle as it goes through the hard paper. I have had needles go through my fingers many times while stitching.


http://img111.imageshack.us/img111/7756/thestarmalaytengkolok02ft3.jpg

Young learners: (From right) Nik Haslan and Noor Shah looking at Nik Hamid expertly folding a tengkolok.


Thats why you dont see women making Tengkolok. It requires physical strength too, he said adding that it took him 15 years to perfect his folding skills.

Compared to those days, Nik Hamid said there were more creative Tengkolok designers these days and these Tengkoloks were made to last longer depending on its usage.

In an effort to preserve the art from dying, Nik Hamid is planning on getting a research fund from the Museum and Antiquity department to do a detailed research on the art from state to state.

After which, he planned to produce a demonstration CD on various styles of making the Tengkolok.

Otherwise, this art will slowly fade off, he said.



- The Star -




http://img413.imageshack.us/img413/8939/textilesongketroyalpatrze3.jpg


Tengkolok @ Tanjak @ Destar (Malay Folded Head-dress)


The "tengkolok" is an essential feature of the Malay ceremonial attire for men and is sculptured from woven songket cloth, As the design reflects the status of the wearer, particular styles are created for the different ranks of people. The style is given a name such as "helang menyusur angin", a style depicting a eagle in flight as in this exhibit.



http://img134.imageshack.us/img134/1290/2004february22beritamintd8.jpg



Sources : 2004 February 22 BERITA MINGGU (Tanjak dan Songkok)

HangPC2 posted on 6-11-2008 08:32 PM

Buku Busana Melayu khazanah warisan inspirasi Azah




http://img65.imageshack.us/img65/8051/utusanazahazizbukubusansv8.jpg

AZAH Aziz menunggu 13 tahun untuk menyempurnakan buku Gaya & Rupa : Busana Melayu.



Kalau ya selasih dandi,
Cendawan tumbuh di atas pintu;
Kalau ya kasihkan kami,
Guntingkan kami sehelai baju.

BEGITU puitis dan tersirat makna yang mendalam dalam pantun empat kerat karya Budayawan Negara, Azah Aziz dalam buku terbaru berjudul `Rupa dan Gaya: Busana Melayu

HangPC2 posted on 6-11-2008 08:35 PM

Balas #16 jkkkj\ catat

helang menyusur angin

http://img413.imageshack.us/img413/8939/textilesongketroyalpatrze3.jpg

BeachBoys posted on 11-11-2008 08:02 PM

Reply #19 HangPC2's post

tepek gambo skek..........

Syd posted on 27-7-2009 04:32 PM

Tanjak warisan Melayu
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my


http://www.bharian.com.my/Sunday/Bmdua/20090726095936/mainpix1.jpg

DENDAM Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Kacang Dua Helai Daun. Pasti ramai beranggapan ini tajuk lagu atau album, tetapi hakikatnya inilah kebanggaan rakyat Negeri Sembilan yang merujuk kepada jenis tengkolok atau lebih dikenali sebagai destar.

Keunikan itu bukan saja terletak kepada namanya, tetapi juga perbezaan dan jenis lipatan tengkolok yang menjadikannya amat istimewa. Malah keistimewaannya terus bertahan sehingga membolehkan tanjak warisan itu terus menjadi simbol kebanggaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.

Dendam Tak Sudah misalnya, adalah lipatan khas untuk yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Malah apabila baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, destar itu turut menjadi tanjak rasmi Yang Di Pertuan Agong sehingga ke hari ini.

Sudah pasti, rahsia keunikan destar atau tanjak ini terletak kepada pembuatnya yang bukan sekadar berlapikkan pengalaman, tetapi kemahiran, minat serta kreativiti.

Inilah keistimewaan dimiliki Md Isa Md Ali, 72, yang masih gigih meneruskan usaha menghasilkan pelbagai jenis destar tradisional baik bagi kegunaan kerabat diraja, barisan kenamaan dan orang kebanyakan serta butik pengantin sekitar Negeri Sembilan.

Namun, bagi Md Isa, antara pengalaman paling berharganya adalah menghasilkan destar bagi Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

¡°Pengalaman mengambil ukuran kepala Almarhum Tuanku Abdul Rahman bagi membuat destar baginda sememangnya kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat saya. Saya berusia 16 tahun ketika itu dan berkhidmat di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan sebagai Boi (tukang angkat makanan Raja).

¡°Saya dipanggil mengadap oleh Tuanku Abdul Rahman kerana baginda mahukan saya melipatkan destar Dendam Tak Sudah untuknya,¡± katanya ketika ditemui di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dendam Tak Sudah adalah lipatan khas untuk Tuanku Abdul Rahman dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan malah apabila baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Pertama, destar itu turut menjadi tanjak rasmi Yang Di Pertuan Agong sehingga ke hari ini

Bercerita pengalamannya ketika bergelar Boi untuk Tuanku Abdul Rahman yang dipanggil ¡®Ayah¡¯, Md Isa berkata, rapatnya hubungan dia dan Tuanku menyebabkan baginda tunduk menghulurkan kepala ketika mahu diukur Md Isa.

¡°Ketika itu memang saya berasa sangat rendah diri dan malu kerana ¡®Ayah¡¯ menundukkan kepalanya ke arah saya. Saya sempat tunduk sembah tapi baginda menyergah menyuruh saya cepat-cepat mengambil ukuran,¡± katanya.

Almarhum juga, kata Md Isa, seorang Raja yang sederhana dan begitu merendah diri sehinggakan baginda akan masuk sendiri ke dapur mengambil makanan jika ingin santap di luar waktu makan.

Mengimbau pengalamannya, Md Isa berkata, dia mahir menghasilkan destar sejak berusia 14 tahun apabila dipanggil Datuk Gajah Mohd Raub supaya datang ke rumahnya di Kampung Sungai Layang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Bimbangkan ilmu yang dimiliki tidak diperturunkan kepada sesiapa, Datuk Gajah memanggilnya untuk datang belajar teknik melipat destar Negeri Sembilan.

Datuk Gajah pernah berkhidmat dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah di Istana Seri Menanti sebelum menjadi Tukang Payung kepada Tuanku Abdul Rahman.

¡°Datuk Gajah juga tukang lipat destar kepada Tuanku Muhammad dan anakandanya, Tuanku Abdul Rahman malah dia antara yang mahir melipat destar di Seri Menanti ketika itu,¡± katanya sambil leka memasukkan lidi ke dalam songket yang hampir siap membentuk destar.

Selama enam bulan berulang alik dari rumahnya di Bukit Tempurung, Md Isa diajar teknik melipat lima jenis ikatan destar Negeri Sembilan dinamakan Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga, Kacang Dua Helai Daun, Solok Timbo dan Olong Menyongsang Angin.

Menurut Md Isa, Sarang Kerengga dikatakan direka dan dilipat sendiri oleh Almarhum Tuanku Muhammad dan tiada orang lain yang boleh memakainya selain baginda.

¡°Begitu juga dengan destar Kacang Dua Helai Daun yang menjadi tanjak rasmi bagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selain Dendam Tak Sudah yang turut dikhaskan untuk upacara istiadat istana.

¡°Solok Timbo dan Olong Menyonsang Angin pula adalah jenis tanjak untuk dipakai orang kebanyakan ketika itu,¡± katanya.

Ketika ditanya sama ada kemahirannya diperturunkan kepada salah seorang daripada lima anaknya, Md Isa berkata, ada anak lelakinya yang boleh melipat tanjak.

¡°Tapi dia tidak minat meneruskan kelangsungan warisan Melayu ini. Yang dia tahu hanyalah melipat, bila tiba bab memperkemaskan, dia malas,¡± katanya sambil memberitahu, bahan yang diperlukan untuk menghasilkan destar hanyalah sepotong songket berbentuk empat segi tepat, jarum peniti, lidi dan benang.

Kebiasaannya, Md Isa akan mengambil masa selama setengah jam untuk melipat destar dan masa yang lebih lama diperlukan untuk memperkemaskan lipatan dengan jahitan tangan.

¡°Lidi yang diselitkan di antara lipatan membuatkan kepala tanjak lebih cantik ¡®melambai¡¯ berbanding penggunaan dawai besi yang keras dan mudah berkarat,¡± katanya.

Menurut Md Isa, tanjak yang lebih dikenali sebagai destar bagi masyarakat Negeri Sembilan adalah sejenis hiasan kepala yang penting dan dipandang tinggi kerana fungsinya bukan sekadar penutup kepala tapi sebagai lambang dan simbol tertentu berdasarkan bentuk, corak serta jenis fabriknya.

Setiap destar harus disudahkan dengan sepuluh lipatan melambangkan pertemuan antara pasangan kekasih. Ia dimulakan dengan Langkah Bermula yang membawa maksud percintaan antara wanita dan lelaki, kemudian Risik Melangkah, Risik Bertemu dan Cincin Dikembang.

Apabila selesai peringkat perkenalan dan upacara merisik, lipatan diteruskan dengan Lambai Kasih yang melambangkan ucapan selamat tinggal anak perempuan kepada ibunya, Kasih Berjawab tanda si dara menerima risikan sang teruna, Kasih Bermula, Bertemu Kasih kemudian hubungan suami isteri bermula dengan Gelombang Kasih sebelum diakhiri dengan Lambaian Kasih tanda menyambut kedatangan cahaya mata.

¡°Selain membawa maksud tertentu, bahagian Kasih Bermula adalah penanda dan perlu diletakkan selari dengan telinga. Jika kedudukannya betul, barulah cantik dan segak rupa pemakainya,¡± katanya sebelum mengakhiri perbualan.

INFO: Bentuk ikatan/solek tanjak

    * Dendam Tak Sudah
    * Sarang Kerengga
    * Kacang Dua Helai Daun
    * Solok Timbo
    * Olong Menyongsang Angin



Langkah melipat destar

    * Langkah Bermula
    * Risik Melangkah
    * Risik Bertemu
    * Cincin Dikembang
    * Lambai Kasih
    * Kasih Berjawab
    * Kasih Bermula
    * Bertemu Kasih
    * Gelombang Kasih
    * Lambaian Kasih
Page: [1]
View full: Tengkolok / destar / tanjak