piejot posted on 28-8-2007 01:50 PM

tarian buluh/tarian aluk-aluk (melanau)

sape ade koleksi lagu2 untuk tarian buluh..yg men lompat2 tue..sbb nak kene buat presentation psl kaum melanau laaa..nak demo that dance dlm kelas..help me find da music plzzz..da crk2 x jmpe..if x dpt pun..give me some tittle for da music..im clueless laaa..:'(

[ Last edited by  piejot at 31-8-2007 01:41 PM ]

chep posted on 28-8-2007 02:52 PM

asereherek..

Muntz posted on 29-8-2007 02:06 PM

Pegi sitok utk download:

http://www.mbks.gov.my/new/bi/music.asp

piejot posted on 29-8-2007 08:19 PM

oh..thanks muntz !! :)

zailani3524 posted on 30-8-2007 02:05 PM

TARIAN ALUK-ALUK

Nama tarian tue tarian Alu-alu dari suku kaum Melanau. Mereka menggunakan alu penumbuk padi dan 4 batang buluh  panjang.
Muzik boleh di dapati di mana2 kedai menjual barang etnik atau boleh cari kat kedai muzik Sarawak Plaza atau lorong dock yard. Muzik tersebut ada dalam kompilsi muzik tradisional sarawak. kalo tak u boleh pegi ke Kementerian Kesenian dan Warisan tingkat 5 bangunan  Sultan Iskandar. Jumpa sdr Ismail Zakira, minta dier 'Burn' dalam CD atau kaset.:D

piejot posted on 31-8-2007 01:37 PM

Reply #5 zailani3524's post

yang tue alu-alu ek??bukan alu-alu tue dowang naek atas kayu panjang n pusing2 atas kayu tue ke?
sbb bace kat tenet alu-alu tue mcm bukan tarian buluh..lagu da dapat..
nak confirmkan name die nie..betul ke name die tarian alu-alu?konpius sket..

piejot posted on 31-8-2007 01:39 PM

Reply #5 zailani3524's post

lagi satu i duduk melaka..wat research bout kaum melanau..kalau duk sarawak leh la jalan2 interview orang2 melanau..tapi apakan daya..terlalu jauh nak pegi..tue yg cm limited sgt info..time kasih coz sudi membantu..:)

[ Last edited by  piejot at 31-8-2007 01:45 PM ]

Muntz posted on 1-9-2007 02:32 AM

Reply #7 piejot's post

Wow.. nak research kaum Melanau nie susah dik. Byk tempat2 pedalaman yg u kena pegi. Selain daripada tempat2 dalam bahagian Mukah (ini wajib), u juga mesti kena pergi ke kawasan2 penempatan org Melanau di Bintulu seperti di Kuala Tatau, Tatau, Sebauh/Pandan, Bintulu town & Jepak, Suai/Ulu Suai, Labang & Nyalau. Kalau kat area Miri pula, boleh pergi ke Niah/Batu Niah. Org2 Melanau selain daripada di bahagian Mukah, timur Sibu, Bintulu dan barat Miri, ialah migrate. Contohnya Melanau di Kuching, dan di bandaraya Miri... mereka semua migrate, atau paling tidak, nenek moyang mereka migrate dari Mukah & Bintulu.

Pastu bahasa Melanau nie berbeza2 mengikut tempat. Contohnya Mukah, Dalat, Matu dan Bintulu. Masing2 ada dialek dan lenggok mereka masing2. Melanau yg berlainan dialek mgkin boleh faham apa yg dialek lain cakap, tapi susah utk mereka bercakap semula. Sama kes macam Bidayuh-Sadong dan Bidayuh-Bau. Dari segi ini, piejot bolehlah mengkaji dialek mengikut tempat2 mereka. Dipersilakan datang ke Bintulu dan Mukah, kerana di dua bahagian nie, org Melanau ialah antara 3 etnik terbesar selain Iban dan Cina.

Selain daripada tu, apa yg saya tau, org Melanau di Bintulu semua Muslim, tapi org Melanau di Mukah boleh jadi Muslim, non-Muslim atau pagan. Dari segi pecahan, tidak silap saya hampir 50-50 lar.. 48% Muslim, 48% non-Muslim.. selebih 2% ialah pagan.

adziah posted on 1-9-2007 02:35 AM

nice page muntz!!

bok tauk pat donlod sia!

Muntz posted on 1-9-2007 02:36 AM

Reply #9 adziah's post

Nah.. baruk ko tauk...

piejot posted on 1-9-2007 12:17 PM

Reply #8 Muntz's post

waaaa..banyaknyer info..I tau kalau nak lebih info nak kena pegi sane..tapi dateline pun da dekat.This monday kene buat presentation da..plan nak buat tarian alu-alu tue,and ade kwn2 yg nak buat tebaloi.makanan snack owang melanau kan?bleh bagi sample kat audience..nervous sangat2,hopefully sume akan berjalan dgn lancar.Tomorrow nak pergi sewa baju melanau.Mahal x if 1 set diaorng charge Rm80?coz tatau harga asal baju2 tradisional sarawak..

Owh,i tak tahu pulak di bintulu pun ade orang melanau.yg tau di mukah sahaja..yg pecahan penduduk mengikut agama tue I baru tahu..leh include skali in my research..time kasih  bebanyakk muntz!!:pompom:

anyway u orang sarawak ye?dr etnik mane? bgsla muntz..banyak u tau bout melanau..:)

[ Last edited by  piejot at 1-9-2007 12:19 PM ]

Muntz posted on 1-9-2007 02:18 PM

Reply #11 piejot's post

I nie banyak mix... sbb tu muka I nie exotic.. so I won't say which ethnic I belong to... ;P ;P

Actually saya nie bukannya org Melanau. Kalau nak tau lebih pasal org Melanau, kena lah tanya empunya diri. Tak silap saya forum member lamola, Munc, nape.. org Melanau. Saya tau banyak pun pasal saya byk bergaul dgn org Melanau. Kat opis saya 90% yg Muslim tu ialah org Melanau. Jadi saya sbg Muslim, kalau nak bergaul dalam aktiviti2 agama, kena gak bergaul dgn diorang nie. Org Melayu pun bukannya ramai, boleh hitung dgn jari jer. Malah Muslim convert kat tempat saya lagi ramai daripada org Melayu.

piejot posted on 1-9-2007 05:58 PM

owh..u mix..cool..i pun mix gak ..malay n chinese..hihi.."sempat la pulak"

rasenyer cukup da kot info yg saya dpt sket2 nie..anyway thanks coz sudi membantu..;)
Page: [1]
View full: tarian buluh/tarian aluk-aluk (melanau)