Syd posted on 30-8-2007 12:03 PM

JALAN-JALAN CARI MAKAN[ SETIAP AHAD, 12.00 tghari, TV3]

'Mall Adventure' fokus JJCM musim baru
30-08-2007 11:38:46 AM
oleh WAHIDA ASRANI Program destinasi masakan popular, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kini telah pun memasuki musim yang ke-10. Satu pencapaian yang sungguh membanggakan bagi program berkonsepkan santai seperti itu yang sebenarnya menjadi antara pelopor program makanan di negara ini.

Bakal disiarkan di TV3 bermula 9 September ini, setiap Ahad pada jam 12.30 tengahari, JJCM akan kembali membawa penonton meninjau masakan di restoran-restoran, tetapi menampilkan format yang berbeza di mana kali ini destinasi selera JJCM adalah di pusat-pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

"Kali ini JJCM lebih kepada konsep 'Mall Adventure' kerana kita beri tumpuan kepada masakan di restoran-restoran di dalam pusat beli-belah. Inilah kelainan yang kita cuba tonjolkan untuk musim terbaru JJCM.

"Bukan setakat kita tinjau makanan, tetapi kita juga akan bawa penonton lihat apa lagi aktiviti yang boleh dibuat di dalam pusat beli-belah tersebut.

"Kali ini juga kita masih menjemput artis-artis tanahair untuk memeriahkan setiap episod program ini dan boleh dikatakan, JJCM musim ke-10 kita tampilkan lebih ramai big names seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Jac, Anuar Zain, Hans Isaac dan Amy Mastura.

"Artis-artis ini bukan setakat kita jemput untuk cuba rasa masakan bersama pengacara, tetapi ada juga artis yang akan memasak sendiri dan kita akan bawa mereka buat aktiviti lain juga di dalam pusat beli-belah itu nanti," ujar Penerbit JJCM, Nurhul Huda Khalid yang ditemui pada sidang media program tersebut di Saloma Bistro, semalam.

Masih mengekalkan pengacara asalnya, Maria Tunku Sabri, antara pusat membeli-belah yang terpilih untuk program JJCM musim ke-10 ini adalah One Utama, Midvalley Megamall, Starhill Gallery, Suria KLCC, SACC Mall, Metropoint Kajang dan Sunway Pyramid.

Selain itu, episod terakhir JJCM musim ini pula akan dirakamkan di Vietnam di mana mereka akan menjelajah restoran-restoran halal di kota Ho Chi Minh.

"Setakat ini, kita sudah selesai rakamkan empat daripada 14 episod dan kita berharap agar dapat siapkan semua rakaman sebelum Hari Raya nanti.

"Selain itu, kita juga akan adakan satu episod khas bersama anak-anak yatim bersempena dengan Hari Raya nanti," kata Nurhul Huda lagi.
Seperti mana musim-musim yang sebelumnya, JJCM kali ini juga akan turut memberi penekanan terhadap kepentingan penjagaan keselamatan ketika di dapur menerusi segmen 'Tip Keselamatan Bersama Gas Petronas'.


JJCM 'jantung hati' Maria

Sepuluh musim mengendalikan program popular ini sejak tahun 1998 lagi membuatkan nama Maria Tunku Sabri sudah sinonim dengan program ini.

Mengakui semakin selesa dengan JJCM, Maria berkata, program tersebut berjaya memberi kepuasan kepada dirinya sejak ia mula ditayangkan sembilan tahun dulu sehingga ke hari ini.

"Mula-mula kami buat program ini, kami sendiri tidak jangka ia boleh pergi sejauh ini. Respon yang saya sendiri terima pada setiap musim memang begitu memberangsangkan.

"Secara peribadi, saya dapat rasakan JJCM mempunyai masa depan yang cerah dan disebabkan itu saya memang selesa untuk terus kendalikan program ini.

"Memang sudah sinonim pun nama saya dengan JJCM, jadi saya tidak rasa ingin cuba buat program lain pula. Lagipun, saya memang kaki makan," ujar Maria dalam nada ceria.

Bagi musim terbaru ini, pengacara berusia 37 tahun ini berkata, ianya lebih istimewa kerana dirinya sendiri akan turut melakukan pelbagai aktiviti lasak selain mencuba masakan di restoran tertentu.

"Macam-macam aktiviti lain saya akan lakukan seperti rock climbing dan sebagainya. Saya sendiri pun tidak menyangka dengan badan yang semakin 'naik' ini, saya masih mampu buat aktiviti seperti itu.

"Tetapi, ia memang pengalaman yang menyeronokkan. Artis-artis yang kita jemput juga akan memberi tips-tips tertentu dan ini membuatkan JJCM musim ini saya anggap agak istimewa," kata Maria lagi.





[ Last edited by  jac_diehard_fan at 3-9-2007 08:57 AM ]

True-X posted on 30-8-2007 12:06 PM

:mad:  aku jeles btol ngan maria tunku sabri nieh...

leh makan free jer di maner...

salah satu profession idaman aku... pengacara jalan2 carik makan...:loveliness:

millennium girl posted on 30-8-2007 12:11 PM

Reply #2 True-X's post

g la apply.. pastu ko invite aku jd tetamu undangan.;P

True-X posted on 30-8-2007 12:12 PM

Reply #3 millennium girl's post

nak apply.. tp aku rase kene tunggu Mari bersare dulu kot..:(

dari badan dia aku dapat agaklahh.. yg dia takkan lepaskan tahkta pengacare JJCM sampailah dia kerepot nnt...:@

rourouleya posted on 30-8-2007 12:21 PM

Reply #4 True-X's post

dari segi pemakanan Si Maria nih sental apa saja.... badan plak xpenah turun2.... xlama ada penyakit 3 serangkai....... masa tu la ko apply jawatan tu....

mysr posted on 30-8-2007 12:33 PM

Reply #5 rourouleya's post

jadilah....
Jalan Jalan Cari Penyakit! :lol: ;P

MulutBecok posted on 30-8-2007 12:53 PM

serius kalau aku dpt offer, rancangan ni lah yang aku nak jadi pengacara:L

arwen_fbi posted on 30-8-2007 12:59 PM

BUKAN HARI AHAD 12.30 NI CITER MELODI KER??!

millennium girl posted on 30-8-2007 02:10 PM

Originally posted by rourouleya at 30-8-2007 12:21 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
dari segi pemakanan Si Maria nih sental apa saja.... badan plak xpenah turun2.... xlama ada penyakit 3 serangkai....... masa tu la ko apply jawatan tu....

agak2 ko brapa thn lagik tuh?

rourouleya posted on 30-8-2007 03:44 PM

dari segi pemerhatian dan apa yg aku baca ... si Maria ni bakal finish season yg akan datang.... maknanya season JJCM baru ni season last dia...

**pepandai je aku...

True-X posted on 30-8-2007 04:51 PM

Originally posted by millennium girl at 30-8-2007 02:10 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


agak2 ko brapa thn lagik tuh?

ntah lah berkurun lahh nak tungguu dia stop makan.......:(


ishhh tak baik lah aku ni...:mad: .......

akujack posted on 30-8-2007 05:15 PM

bestnya......

fairy_fairy posted on 1-9-2007 10:37 PM

hahahahahah
haku ingat haku sorang jer bercita2
nak merampas takhta JJCM dari
maria ni..rupa2 nya ramai lagik yer..:$

nanas posted on 2-9-2007 11:40 AM

korang yang tengok, buat la summary tpt2 yang maria nie pegi. aku tak dpt tengok. ahad keje huhuhu

True-X posted on 3-9-2007 01:42 AM

Originally posted by fairy_fairy at 1-9-2007 10:37 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
hahahahahah
haku ingat haku sorang jer bercita2
nak merampas takhta JJCM dari
maria ni..rupa2 nya ramai lagik yer..:$

bercita2 dlm diam jer sumer org.....

sakit jiwa aku nengok dia makan... :mad:

hitamputih posted on 5-9-2007 12:11 PM

Originally posted by True-X at 3-9-2007 01:42 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


bercita2 dlm diam jer sumer org.....

sakit jiwa aku nengok dia makan... :mad:
dia makan tak banyak laaaaaaaaaahttp://img.photobucket.com/albums/v477/googarin/misc/image001111.jpg

tu waktu maria preggy t u

dia merasa merasa jer

mula mula season jer badan dia naik

archerfahid posted on 5-9-2007 12:16 PM

huhuhu...aku pernah mengidam nak ganti maria nie...
sedap wooooo...mkn free je sajer:D :D

krayolan posted on 6-9-2007 12:22 PM

Naper tayang hari Ahad....:'( :'( :'( elok2 tayang petang Sabtu.... kalau mcm nie kesian lah kami org yg bercuti Jumaat ngan sabtu tak leh tengok....

piot posted on 6-9-2007 02:12 PM

tayang tengahri ker?makin cepat la aku memasak....:lol: :lol: :lol:
kalo petang tu tak kisah sangat sebab dah kenyang.....
kalo tengok cite ni n cara maria tu makan.....survivor pon surrender....:lol:

Syd posted on 7-9-2007 10:01 AM

Artis temani Maria untuk JJCM 10
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


MARIA Tunku Sabri umpama maskot kepada program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM). Tahun ini menjadi tahun kesembilan personaliti itu bersama-sama dengan program destinasi masakan itu.

Seakan tidak lengkap dan menarik JJCM jika tidak melihat Maria Tunku Sabri menikmati makanan enak yang dihidangkan itu.

Memasuki musim ke-10, JJCM menampilkan pengisian yang serba baru dan menarik. Jika sebelum ini, Maria bersama krew JJCM menjelajah ke seluruh negara mencari restoran yang menarik untuk dipaparkan. Kali ini, krew JJCM akan hanya menjelajah ke restoran sekitar Lembah Klang.

Maria Tunku Sabri tidak keseorangan sebaliknya dalam musim ini yang diterbitkan Nurhul Huda Khalid, Maria akan ditemani artis popular tempatan keluar masuk restoran yang terdapat di dalam pusat beli belah di sekitar ibu kota.

Artis ini akan sama ada memberikan Tip Keselamatan Bersama Gas Petronas atau meluangkan masa memasak resipi kegemaran masing-masing serta menemani Maria menikmati makanan di restoran.

Antara artis yang akan terbabit di dalam JJCM musim ke-10 ini seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Jaclyn Victor, Nurul, Anuar Zain, Daphne Iking, Sheila Rusly dan Amy Mastura.

Nurhul Huda yang pertama kali menerbitkan JJCM berkata, JJCM juga akan memaparkan aktiviti luar seperti ‘rockclimbing

marmar posted on 1-10-2007 12:12 PM

apa address website jjcm ni ye?

reenz013 posted on 2-10-2007 03:17 PM

Reply #21 marmar's post

www.jjcm.com.my...tapi bila aku tulis website tu..lainlak kuar
Page: [1]
View full: JALAN-JALAN CARI MAKAN[ SETIAP AHAD, 12.00 tghari, TV3]