! posted on 12-9-2007 11:05 PM

Sujud Sajadah @ Sujud Tilawah

Assalamualaikum semua:loveliness:

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan Al Mubarak..


Saya dah search kat dalam forum ni tapi tak jumpa pulak tajuk ni...Saya ada sedikit kemushkilan tentang sujud tilawah@sujud sajadah...memandangkan masjid tempat saya menunaikan sembahyang tarawikh ini membuat bacaan Al-Quran dari surah Al-Baqarah dan seterusnya hingga khatam juzud ke-30 sempena Ramadhan ini...So, saya teringatkan semasa belajar agama masa sekolah dulu didalam al-quran itu sendiri terdapat suruhan untuk kita sujud tilawah @ sujuh sajadah.Saya ingin bertanya pada saudara/saudari muslimin muslimat semua pasal sujud tilawah ini...Masa bila kita perlu sujud tilawah?? Satu lagi apa yang perlu dibaca masa sujud tu? Apa pulak bezanya sujud tilawah dengan sujud syukur & sujud sahwi?

Ada siapa yang boleh membantu??

eddysheddy posted on 12-9-2007 11:22 PM

Originally posted by ! at 12-9-2007 11:05 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Assalamualaikum semua:loveliness:

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan Al Mubarak..


Saya dah search kat dalam forum ni tapi tak jumpa pulak tajuk ni...Saya ada sedikit kemushkilan tentang  ...
aku jawap yg aku tau jelah ye..

sujud sahwi tu kalau kita terlupa perkara yang menjadi sunat ab'ad dalam solat.. contohnye lupa qunut..
sujud tilawah tu kalau kita jumpa ayat yg ada suruh sujud kat dalam Quran, cth yg ada tak silap aku surah sajjadah dan surah al'alaq
sujud syukur tu bila kita menunjukkan berasa syukur atas satu2 nikmat kurniaanNya..

[ Last edited by  eddysheddy at 12-9-2007 11:23 PM ]

kupia posted on 13-9-2007 12:01 AM

Selalu bila ada atau sampai pada ayat sajadah Imam akan maklumkan pada makmum sujud sajadah rakaat pertama atau di rakaat ke dua.

Makmum kena ikut imam bila dia takbir dan terus sujud sekali lepas tu terus berdiri semula sambung bacaan.

Bacaan dalam sujud sajadah "sajada wajhiyalillazi kholaqohu washau (sod) warahu wasyaqqa sam a'hu wabasho (sod) rahu bihaulihi waquwatih, tabarakallahu ahsanul kholiqin"

"Telah bersujud mukaku kepada Allah yang telah menjadikannya, merupakannya, membelah pendengarannya dan penglihatannya dengan daya upaya dan kukuatanNya.  Maha berbahagialah Allah, Dialah yang paling baik rencanaNya dari segala para perencana" (H/R Abu Daud, At Turmuzy dan An Nasay dari Aisyah r.a.)
Menurut Ibnus Sakan Nabi s.a.w. membacanya tiga kali.

Betulkan kalau salah.

matlampir posted on 13-9-2007 08:21 AM

Sujud Sajadah/Tilawah

Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra

always_typo posted on 13-9-2007 09:28 AM

Originally posted by matlampir at 13-9-2007 08:21 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Sujud Sajadah/Tilawah

Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialahperbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaanal-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.

Mesti diingat, sujud sajadah atau tilawah DI DALAM solat hanya disyariatkan pada dua situasi:

1) Solat subuh pagi jumaat. Ada riwayat mengatakan Rasulullah saw memang setiap kali membaca surah sajadah di rakaat pertama dan surah al insaan di rakaat kedua di pagi Jumaat. Beliau sujud sajadah di rakaat pertama setelah tiba ayat "..Iza zukkiru biha khorru sujjadan...wahum laa yastakbiruun."

2) Solat sunat (seperti contoh solat sunat terawih) yang mana surah dibaca secara berterusan oleh imam  yang hafiz dan kebetulan sampai ke bahagian yang disunatkan sujud sejadah tersebut.

TIDAK BOLEH sengaja mencari bahagian yang disunatkan sujud tersebut untuk membacanya dalam solat dengan niat nak sujud sajadah. Batal sembahyang tu nanti!  Inilah sebab sujud sajadah dalam solat ni tak pernah orang buat melainkan dua kes di atas, melainkan mungkin orang yang jahil.

Next is that imam kena pastikan sampai ke part ayat sajadah baru boleh sujud. Ada imam kadang2 baca tak sampai ayat yang perlu sujud tu (kerana lupa dsbgnya), sebab dia nak sujud sangat, dia terus sujud jugak walau baca ayat yang lain. Makmum kena aware benda ni untuk mengelak batal solat.

[ Last edited by  always_typo at 13-9-2007 10:34 AM ]

always_typo posted on 13-9-2007 09:37 AM

Originally posted by matlampir at 13-9-2007 08:21 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
3.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.  

betul ka ni? Tak betul kot...! Meninggalkan sunat ab'adh dengan sengaja ataupun tidak bukan salah satu dari perkara yang membatalkan sembahyang.
Nama pun sunat..

Terdapat 11 perkara yangmembatalkan Solat[*]Meninggalkan salah satu rukunsolat[*]Berhadas kecil atau besar[*]Makan atau minum[*]Terkena najis pada badan, pakaiandan tempat solat[*]Melakukan pergerakan pada anggotayang besar tiga kali berturut-turut[*]Berkata-kata[*]Berpaling dada daripada arahkiblat[*]Ketawa dengan mengeluarkan suara[*]Terbuka aurat dengan sengaja[*]Berubah niat[*]Murtad

cik_kaer posted on 13-9-2007 02:26 PM

Reply #6 always_typo's post

off topic

smalam kite terawih...org sblh kite time imam bace surah masa first rakaat utk setiap set sunat terawih..die mesti kuarkan quran kecik dr dlm telekung die..pastu die akan bukak qurantuh..kalo salah page..die selak2..pastu nanti nak rukuk die rukuk cam biasa
last sekali bile dah abis semayang sblm die sujud die letka quran tu kat atas beg depan tempat die sujud

kite kat spore..yg kite nampak pegang quran masa semayang sblm ni org arab kat mekah...

so cemana? bole ke mcm nih? or ikut mazhab lain?

aah nampak sgt kite tak khusyuk:shakehead3:

always_typo posted on 13-9-2007 03:06 PM

kalau pergerakan anggota besar tak lebih tiga kali tak apa lah kot. Sebab pergerakan tu mungkin melibatkan hanya satu jari dsbgnya. Bergantung kepada pelakunya. Takut juga kalau2 quran tu jatuh dsbgnya tidakkah akan membawa gangguan?

Kalau tak salah saya, solat sunat ni, requirement dari segi pergerakan ada kelonggaran sikit.  sambil naik kenderaan spt motor pun boleh kalau nak solat sunat tapi kena belajar caranya. Walau bagaimanapun sepatutnya tak usah buat begitu dlm solat terawih ni, yang hanya setahun sekali. Pastikan anggota kita khusyu'. Mari kita sama-sama usahakan.

Dulu saya suka juga letak quran depan dan semak apa yang imam baca. Saya stop selepas mendapat nasihat dari sorang ustaz yang berhujah  perbuatan  tu boleh mengganggu khusyu', kerana fikiran kita dok sibuk tengok huruf, sabdu, fathah, syaddah dsbgnya (itu tak termasuk 'tadabbur' atau menghayati bacaan solat).  Ditambah pula memegang quran, lagilah susah nak concentrate. Solat apa macam tu. Padahal semasa solat kita perlu mengingat Allah  dan tadabbur makna setiap bacaan .

Tentu ada cara lain untuk menambahkan khusyu' -  seperti menyemak makna bacaaan sebelum pergi terawih (kalau kita tahu surah apa yang hendak dibaca Imam) dan lain-lain lagi. Semoga Allah menunjuk jalan dan taufiq.


Wallahua'lam.

indah1285 posted on 13-9-2007 08:29 PM

Reply #6 always_typo's post

benar.....:loveliness:

cik_kaer posted on 14-9-2007 10:33 AM

Reply #8 always_typo's post

tima kasih:loveliness: ..off topic sket:$  ...ustaz kite penah pesan..ni masa buat umrah..die ckp kalo tak tau doa specific nak tawaf ..bace je doa yg kite tau..dedicated utk setiap round..cam awak ckp la..die kate..kalo dah pegang quran or buku doa..mmg tak khusyuk..die ckp biar bace doa/surah yg kite mmg dah hapal..pendek tp khusyuk

kite experience sujud sajadah nih pun masa buat umrah..masa tu blank n tak tepk nak tanya hal ni kat ustaz sblm pegi..

tima kasih sbb explain kat sini..paham dah :)

always_typo posted on 14-9-2007 10:58 AM

Reply #10 cik_kaer's post

Satu saya lupa nak cakap.

Duduk istirahat adalah duduk sebentar yang disunatkan bila kita hendak bangun dari sujud kedua dalam solat biasa.

Akan tetapi, kalau kita sujud sejadah dalam solat, tidak disunatkan kita duduk istirahat selepas kita sujud itu. Bangunlah terus kepada qiam, tak perlu berhenti duduk. Kalau duduk juga, makruh, rugilah.

Harap menjadi ilmu yang bermanafaat.

cik_kaer posted on 19-9-2007 11:23 AM

Originally posted by always_typo at 14-9-2007 10:58 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Satu saya lupa nak cakap.

Duduk istirahat adalah duduk sebentar yang disunatkan bila kita hendak bangun dari sujud kedua dalam solat biasa.

Akan tetapi, kalau kita sujud sejadah dalam solat ...

ooo..padan la masak imam tu buat sujud sejadah die trus bangun...ingatkan nape tak die duduk sat cam solat biasa tuh

tima kasih :loveliness:
Page: [1]
View full: Sujud Sajadah @ Sujud Tilawah