razifah Publish time 17-12-2007 09:50 AM

Reply #40 eva's post

wsalam eva....selamat dtg ke Hg:loveliness:

eva Publish time 19-12-2007 09:27 AM

Originally posted by razifah at 17-12-2007 09:50 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
wsalam eva....selamat dtg ke Hg:loveliness:
tq razifah :)
i selalu masuk hobbies tp jarang masuk HG..

cikna99 Publish time 19-12-2007 10:51 AM

Pokok bunga kekwa...

Kalu dah byk anak pokok bunga kekwa dalam pasu..cth yg kat bwh nie, yg warna kuning....harus dipisahkan n dipindahkan ke dalam pasu yg lain utk menggalakkan dia tumbuh dgn lebih elok.. Dalam sepasu pd awalnya penuh..pastu bila dah diasingkan dapatlah 2 pasu besar n 2 pasu kecik..:lol: Pasni bolelah dia berbunga cepat ekk..jgn lupa jg bg baja n siram air..

http://i241.photobucket.com/albums/ff125/cikna99/DSCN1084.jpg

perrrghhhh Publish time 9-3-2008 11:29 AM

kalau buat pembiakan jenis tut ..tak perlu siram ker tempat tut tuh
and berapa bulan akar akan tumbuh ???
1 - 3 bulan ??

perrrghhhh Publish time 26-3-2008 07:35 PM

errr ??? ada sapa2 leh kasi jawapan ??

maizana Publish time 26-3-2008 09:26 PM

Menarik... nanti i paste gambar cara i biakkan tanaman.. sekarang ni suka sangat dengan MOTHER IN-LAW TOUNGE

Syd Publish time 28-12-2009 02:24 PM

Cara-cara pembiakan pokok / daun etc

Post Last Edit by Syd at 27-1-2010 12:48

Biak pokok   
Disediakan oleh Abdul Rahim Rashid, Peat Organic (M) Sdn Bhd

               

http://img502.imageshack.us/img502/8250/59711151.jpg
                  
Adapelbagai cara menanam pokok, namun ramai yang tidak tahu caranya. Ikuti tunjuk ajar pakar hortikultur Abdul Rahim Rashid menanam melalui keratan batang

PADA keluaran lalu saya menulis berkenaan penggunaan bahan dapur sebagai racun serangga yang lebih selamat, mudah dan murah. Kali ini saya akan menerangkan mengenai cara pembiakan pokok untuk penggemar landskap kediaman.

Mungkin ada sesetengah orang lebih mudah membeli pokok daripada nurseri bunga, tetapi pada pendapat saya, kepuasan akan lebih didapati sekiranya kita sendiri menjalankan pembiakan pokok dans eterusnya melihat pokok berkenaan membesar. Terdapat banyak kaedah yang digunakan antaranya secara keratan terdiri dari keratan batang serta keratan daun.
      

Jenis keratan dahan

Keratan kayu keras
Keratan kayu sederhana keras
Keratan hijau
Keratan herba

Keratan daun
Helai daun
Lenturan Udara
Tangkai daun
Kepingan daun
Mengerat urat
Ruas daun
Tunas daun

Pada minggu ini, saya akan hanya menerangkan kaedah pembiakan vegetative secara keratan dahan untuk kayu keras, kayu sederhana dan kayu hijau.   
                     
http://img23.imageshack.us/img23/5501/57294985.jpg
Gambar kiri, anak benih yang baik menghasilkan pokok subur. Gambar kanan, menyemai pokok perlukan tanah yang baik.

                        Alat dan bahan:
1. Pisau cantuman
2. Gunting atau pemangkas
3. Media perakaran - Peatgro
4. Penggalak akar
5. Penyembur kabus
6. Plastik lutsinar
7. Tali pengikatl
8. Bekas
9. Pengcukil (dibber)
10. Jaring
11. Sudip tanah.

PERHATIAN
Bahan - bahan tanaman yang diguna hendaklah matang, sihat, segar dan tidak berpenyakit. Gunakan Peatgro sebagai media perakaran dan percambahan yang lebih efektif.

Langkah keratan kayu keras

1.Kerat dahan pokok30 sentimeter memanjang
                           http://www.bharian.com.my/Sunday/Laman/20091213100427/mainpix3
2. Buang daun- daun di bahagian pangkal dahan

3. Potong serong di bawah ruas dahan tentukan potonganbersih dan licin

4. Letakkan pangkal dahan dengan penggalak akar

5. Buat lubang di media perakaran

6. Masukkan keratan kira-kira 1/3 daripada panjang keratan

7. Padatkan tanahdi sekeliling keratan. Bagi keratan kayu sederhana dan kayu hijau,langkah-langkah adalah seperti di atas.

8. Lazimnya kesemua keratan kayu keras, sederhana dan hijauakan berakar dan mengeluar pucuk baru dalam tempoh 8 hingga 12 minggu.

9. Keratan yang berakar boleh dialih ke dalam pasu.

Pada kali ini juga terdapat jenis keratan yang lebih mudah untuk dipraktikkan iaitu Keratan Bentuk Tumit ( heeled cuttings ) . Keratan yang berbentuk seperti tumit biasanya boleh di gunakan pada semua jenis kayu dengan memisahkan anak tunas baru dengan batanginduknya. Sangat sesuai di gunakan untuk pokok yang sukar untukmengeluarkan akar seperti jenis conifer, juniper atau thuja.

Langkah-langkah keratan bentuk tumit adalah seperti berikut:

1. Pegang batang pokok tunggal antara ibu jari dan jari telunjuk. Secara perlahan-lahan, tarik /siat keluar anak tunas baru.

2. Menggunakan pisau lipat yang tajam, buat sedikit keratan pada tapak tumit. Kemudian sapukan dengan penggalak akar/hormone.

3. Tetapkan kedudukan tunas di dalam media penanaman. Buat lubang, masukkan keratan dan seterusnya tutup lubang dan padatkan. Lakukan penyiraman.

Info: Kompos tanah pasuan
Ciri-ciri kompos yang ideal dan berkualiti

1. Tekstur-gembur, peroi dan rongga
a. Mudah akar-akar menjalardan mencengkam.
b. Memberi pengudaraan- O2
c. Penyerapan air yang baik.
d. Mempunyai saliranyang baik

2. Nutrien-nutrien- yang mencukupi dan seimbang kepada semua peringkat tumbesaran pokok.

3. Setiapbahan mempunyai fungsi yang tertentu

4. Bebas daripada segala patogen dan bahan toksik.

5. Bebas daripada najis-najis haiwan.

6. Bahan-bahan- murah dan senang di dapati.

7. Cara mencampur- mudah dan senang

Syd Publish time 28-12-2009 04:49 PM

Pembiakan Daun
Disediakan oleh Abdul Rahim Rashid


http://img96.imageshack.us/img96/8706/daunl.jpg
Pokok duit-duit dibiak dengan ruas daun.

Membiakkan pokok menggunakan keratan daun adalah cara mudah dan ringkas. Ikuti kaedah ini

SAYA berharap keluaran lalu dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran serta pengetahuan mengenai keratan batang. Pada pengalaman yang ingin saya kongsi, ia mudah untuk dipraktikkan.

Pada minggu ini saya akan menyambungkan topik berkenaan pembiakan vegetatif juga tetapi menggunakan keratan daun yang lebih mudah, ringkas dan senang di lakukan. Kumpulan pokok ini mempunyai banyak tisu lembut.

Keratan daun boleh dilakukan untuk pokok berjenis

    * Herba (herbaceous) seperti pokok ati-ati, sanchzia, misai kucing dan selasih.
    * Pokok-pokok jenis lendair (succulents) seperti asam batu, gul bakawali, lidah mak mentua, paperomia dan gloxinia.



Ada enam jenis keratan daun yang boleh dilakukan.

    * Helai daun/leaf blade
    * Tangkai daun/leaf petiole
    * Kepingan daun /leaf sectioned
    * Mengerat urat/veins severed
    * Ruas daun/leaf node
    * Tunas daun/leaf bud



Alat dan Bahan

    * Pisau cantuman
    * Gunting pemangkas/hand pruner
    * Media perakaran/rooting media - Peatgro
    * Penggalak akar/rooting hormone

http://img709.imageshack.us/img709/2208/daun2.jpg


Perhatian

    * Bahan-bahan tanaman yang dipilih mestilah segar , matang sihat dan tidak berpenyakit. Gunakan Peatgro sebagai media perakaran dan percambahan yang lebih efektif.



Kepingan Daun/Leaf Sectioned

    * Helai daun di kerat 10 sentimeter lebar berbentuk tiga segi dan mempunyai beberapa urat-urat utama.
    * Celupkan di dalam penggalak akar. Kepingan daun ditanam secara menegak.
    * Anak dan akar keluar dari pangkal kepingan daun dan daun asal akan musnah. Anak-anak pokok yang baru boleh ditanam.



Contoh:

http://img64.imageshack.us/img64/2278/daun3.jpg


Gul bakawali (Epiphyllum), Asam batu (Begonia), Rumput payong (Cyperus) Gloxinia

Ruas Daun

    * Dahan dikerat (panjang 5 hingga 6sm) berserta dua helai daun dan tunas ketiak (petile buds).
    * Pangkal dahan disapukan dengan penggalak akar dan ditanam di dalam media.
    * Akar akan keluar dari pangkal dahan dan pucuk baru akan keluar dari tunas ketiak.



Contoh: Ati-ati, Sanchezia specioasa, Pseudoranthemum, Money plant, Hemigraphis

mhdsafwanindera Publish time 29-12-2009 02:22 AM

Terimas kasih atas semunya informasi ya..saya suka banget.

Syd Publish time 18-1-2010 02:13 PM

Tut Pokok

Disediakan oleh Abdul Rahim Rashid Peat Organic (M) Sdn Bhd
www.peatorganic.com.


http://img168.imageshack.us/img168/3116/tut.jpg
PROSES pembiakan pokok menggunakan keretan daun jenis lenturan udara sesuai untuk pokok kayu keras seperti limau, rambutan, ciku, jambu dan manggis. Ikuti cara mudah membiak pokok menggunakan kaedah berkenaan.

Proses tut pada induk dapat biak pokok dengan kos murah

SETELAH mengetahui teknik keratan dahan serta keratan daun, ada satu teknik terakhir yang mudah untuk saya terangkan bagi menutup topik pembiakan vegetatif tanaman hiasan. Teknik ini di namakan keratan daun jenis lenturan udara (air layering ) atau tut.

Apakah lenturan udara ini? Ia adalah satu cara mudah membiakkan pokok yang sukar dibiakkan melalui keratan dahan dan daun dan sangat sesuai kepada pokok yang mengandungi kayu keras seperti pokok limau, rambutan dan jambu.

Dengan cara ini anda tidak perlu untuk membeli anak pokok di kedai. Dengan mudah anda boleh membiakkan pokok rambutan atau jambu kesukaan anda dan yang pasti ia menjimatkan.

Info: Alat dan Bahan
1. Pisau cantuman
2. Gunting pemangkas/hand pruner
3. Pengalak akar/rooting hormone
4. Tali


# Bungkusan Media (Tanah) untuk Lenturan Udara ( Air Layering)

http://img31.imageshack.us/img31/6727/tut2v.jpg


Bahan:
1. Plastik lutsinar (10sm x 6 sm)
2. Media perakaran/bahan organik - (Mesti dilembapkan dulu)
3. Pengokot (Stapler)

Gunakan Peatgro sebagai media perakaran terbaik. (disarankan guna 100 peratus) - lebih mudah dan boleh dicampurkan dengan sebarang bahan media lain seperti serbuk sabut kelapa (cocoa pith), tanah loam atau sekam padi.

Langkah Mudah (2)

1.Pilih dahan sebesar jari kelingking. Pastikan ia dahan yang matang atau separa matang (bukan dahan hijau/muda/lembut). Dahan yang dipilih perlu segar, tidak berpenyakit dan mempunyai bentuk yang seimbang.

http://img508.imageshack.us/img508/8903/tut3.jpg


2.Lakukan kelaran (1 sm lebar x 1 sm panjang) di bawah ruas dahan

3.Sapukan penggalak akar pada kelaran

4.Balutkan dengan bungkusan media pada sekeliling dahan

5.Ikat dengan erat dan kemas bungkusan media itu.

6. Dalam masa 6 hingga 8 minggu akar, buka plastik dan boleh memulakan proses menanam.

enfagrow Publish time 27-1-2010 04:04 PM

biak melalui keratan batang.. daun2, pucuk2 nak kena botak kan habis tak?

shiina Publish time 15-2-2010 09:59 PM

5# enfagrow

Tak payah botakkan habis semua daun2 pun takpe...kalau nak buang pun...tinggalkan beberapa daun lagi...kadang2...daun2 tu akan stay fresh...kadang2 daun2 tu akan gugur sendiri...yang lebih penting...pastikan tanah/medium semaian batang tersebut sentiasa lembap...itu lebih penting...
Pages: 1 2 [3]
View full version: Merged : Teknik Pembiakan Tanaman


ADVERTISEMENT