bizsari posted on 15-9-2007 10:31 AM

Hukum Tak Bayar Hutang

Assalamualaikum WHB,
nak tau, apakah hukum sesaorang Islam yang sengaja tidak
mahu membayar hutang yang dipinjam dari kawanya.

wassalam.


angketam posted on 15-9-2007 10:39 AM

hutang didunia akan dibawa kehari pengadilan kelak....

oleh sebab itu kita tidak digalak berhutang ...

kalau berhutang beritahu orang terdekat agar bila terjadi kematian keatas kita
ada orang take over...

satellite88 posted on 15-9-2007 11:59 AM

Reply #2 angketam's post

Hutang di zaman moden ini lain sikit.
Bank, Ahlong, Ceti dan seangkatan suka dengan konsep, hutang mesti bayar, kalau tidak susah apabila mati kelak.

Maka Peminjam peminjam ini pun buat perancangan tersembunyi, bagaimana buat banyak orang berhutang terutama orang Islam. Perangkap samar yang berbentuk ekonomi pun dilancar tanpa disedari masyarakat. Banyak yang telah masuk perangkap hutang dan kian bertambah.

angketam posted on 15-9-2007 12:17 PM

hutang tak leh ikut zaman tapi kena ikut cara islam....

sebabkan mengikut hawa nafsu itulah jadinya...

katakpuruz posted on 15-9-2007 06:10 PM

Salam...
   Tumpang tanya..mcmana pulak dengan orang yang terpaksa menanggung hutang akibat daripada perbuatan orang lain..sebagai contoh menjadi penjamin untuk seseorang yang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara..
   
    Adakah dengan menandatangani dokumen pinjaman pelajaran tersebut, bermakna hutang-hutang yang tak dikehendaki tersebut akan dibawa ke akhirat..Ada kes yang si penjamin hidup sengsara walaupun si peminjam hidup dengan senang-lenang..

Gravedigger posted on 15-9-2007 11:12 PM

Originally posted by bizsari at 15-9-2007 10:31 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Assalamualaikum WHB,
nak tau, apakah hukum sesaorang Islam yang sengaja tidak
mahu membayar hutang yang dipinjam dari kawanya.

wassalam.




Pernah dengaq daripada seorang ustaz bahawa hutang sesama Islam wajib bayaq manakala dengan bukan Islam takyah bayaq. Orang Islam akan menuntutnya di akhirat nanti manakala kalu yang kapiaq tu kita tak akan jumpa mereka sebab depa awai-awai lagi kena lontaq masuk neraka kot!

Gravedigger posted on 15-9-2007 11:18 PM

Pernah juga dengaq bahawa seorang Islam yang tidak melangsaikan hutangnya sebelum ia mati maka apabila mati nanti rohnya tergantung-gantung tidak naik ke langit. Kalu ada sapa pernah dengaq hadis berkaitan ni...habaq mai lah. Aku tadak hutang... tu sebab aku tak kisah noo.

tobby posted on 16-9-2007 09:11 AM

Originally posted by Gravedigger at 15-9-2007 11:12 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Pernah dengaq daripada seorang ustaz bahawa hutang sesama Islam wajib bayaq manakala dengan bukan Islam takyah bayaq. Orang Islam akan menuntutnya di akhirat nanti manakala kalu yang kapiaq t ...

patut la ramai orang islam tak byr hutang.

angketam posted on 16-9-2007 02:59 PM

untang dengan siapa pun orang islam mesti kena bayar bila cukup tempohnya... kalau melayu tak tahu la pulak...

kes penjamin tu kes terinaya... kena banyak bersabar...

indah1285 posted on 16-9-2007 05:36 PM

Reply #6 Gravedigger's post

pernah dgr dlm kuliah ilmu gak ustaz sebut, sy Ali bhutang dgn org yahudi dan bikhtiar utk mmbayarnya...

sape tahu citer ni, minta detailkan..... tq

katakpuruz posted on 16-9-2007 06:29 PM

Originally posted by angketam at 16-9-2007 15:59 http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
untang dengan siapa pun orang islam mesti kena bayar bila cukup tempohnya... kalau melayu tak tahu la pulak...

kes penjamin tu kes terinaya... kena banyak bersabar...

Salam...thanks sebab bagi komen, angketam.

Persoalannya, adakah setelah si penjamin meninggal dunia, dia harus mewarisi "hutang-hutangnya" itu pada keluarga terdekat sedangkan ia antara si penjamin(yang teraniaya) dan penghutang...dan adakah si penjamin tetap berdosa kerana tidak dapat melangsaikan "hutang" tersebut..?

Semoga doa-doa orang yang teraniaya dimakbulkan olehNYA...

Gravedigger posted on 16-9-2007 11:17 PM

Originally posted by tobby at 16-9-2007 09:11 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


patut la ramai orang islam tak byr hutang.

Mana hang tau org islam tak bayaq hutang? Depa cuma liat tak bayaq kalu minjam dari sesama islam saja tapi kalu hutang beli perabot, tak susah tokey Cina dok mai kolek. Dengan Along lagi lah... gertak sikit aja teruih kalut bayaq.

Gravedigger posted on 16-9-2007 11:19 PM

Originally posted by indah1285 at 16-9-2007 05:36 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
pernah dgr dlm kuliah ilmu gak ustaz sebut, sy Ali bhutang dgn org yahudi dan bikhtiar utk mmbayarnya...

sape tahu citer ni, minta detailkan..... tq
Pernah dengaq juga citer nie. Kalu ada versi lengkap bak mai lah kita sama-sama kongsi noo.

angketam posted on 17-9-2007 07:15 AM

Reply #11 katakpuruz's post

mengikut islam sipenjamin tu harus berhuhubung ngan keluarga (pewaris simati)
berbincang bagaimana nak selesaikan... insyaallah akan d dorongkan jalan yg mudah

tobby posted on 17-9-2007 08:20 AM

Reply #12 Gravedigger's post

maybe mrk pikir tak perlu byr utang sama itu bank kafir.


46% kes muflis libatkan orang Melayu
25-04-2007 03:48:25 PM  
KUALA LUMPUR:  Seramai 13,590 orang diisytiharkan muflis sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M. Kayveas.

Beliau berkata majoriti kes muflis melibatkan orang Melayu iaitu sebanyak 6,359 kes (46.06 peratus), Cina 5,735 kes (42.2 peratus) dan India 1,165 orang (8.57 peratus) manakala bangsa-bangsa lain 431 orang (3.17 peratus).

Beliau berkata dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, 2,265 orang diisytiharkan muflis yang kebanyakannya disebabkan oleh hutang cukai pendapatan, hutang kad kredit, pinjaman perniagaan dan pinjaman peribadi. BERNAMA

alongatie posted on 17-9-2007 02:08 PM

macam mana pulak kalau org tu, dia utang kad credit tapi lambat bayau makanya bunganya yang banyak (around 20K) tapi utang pokoknya around (4K) je.  Kalau si penghutang tu ditakdirkan mati maka adakah itu masih dikira sebagai hutang sedangkan pokoknya dah langsai dibayar. TQ

tobby posted on 17-9-2007 05:46 PM

Reply #16 alongatie's post

try la tak bayar. hopefully bank mahapkan.

tina_turner posted on 17-9-2007 10:29 PM

Originally posted by Gravedigger at 15-9-2007 11:12 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Pernah dengaq daripada seorang ustaz bahawa hutang sesama Islam wajib bayaq manakala dengan bukan Islam takyah bayaq. Orang Islam akan menuntutnya di akhirat nanti manakala kalu yang kapiaq t ...


hutang dgn org islam ke atau org bukan islam... hutang tetap hutang dan musti d bayar...

permata_biru posted on 17-9-2007 11:18 PM

klu dh hutang msti la kne byar blik...
klu x nnti phale kite tergantung antara langit ngan bumi...
nk naik ke atas xleh...
nk trun ke bwah pn xleh jgk..
so berigt la kpd sape2 yg ade utang tu...
segera la langsaikan...

danielamri posted on 19-9-2007 03:26 AM

kalo tak bayar hutang...tak dapat keberkatan...hidup xtenteram...tak cukup2 dengan apa yang ada...yang paling penting sekali dia memang tak bertanggungjawab!!!masa nak pinjam merayu-rayu tapi bila dah dapat pinjam buat tak reti jer...

yang paling bagus ...jgn meminjam dan memberi pinjaman..

angketam posted on 19-9-2007 07:11 AM

Reply #16 alongatie's post

hutang kad kredit ka atau jadi penjaminka.. itu semua kita yang cari pasal...
itu semua ada dalam perjanjian sebelum kita melakannya... tambah dosa satu lagi kerna mungkir janji...

jadi kalau nak hutang ikutlah keperluan dan kemampuan....

indah1285 posted on 19-9-2007 08:35 PM

mari kita hayati....

pemberi hutang...

"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

pemiutang yang bkemampuan...

"Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutanngnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan." ( hadis riwayat Imam Ahmad, Tirdmizi dan Ibnu Majah)


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah).

Islam amat menitik beratkan persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya, dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut adalah ke atas warisnya. Semua hutang sama ada melibatkan orang perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya yang sedikit ataupun banyak.

tina_turner posted on 19-9-2007 09:18 PM

Originally posted by indah1285 at 19-9-2007 08:35 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
mari kita hayati....

pemberi hutang...

"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan a ...


betul... jika kita berhutang dan berniat membayar hutang balik Allah akan membuka pintu
kita rezeki... tetapi jika kita berhutang dan tak berniat nak membayar hutang balik Allah akan
tutup pintu rezeki kita...:loveliness:

indah1285 posted on 19-9-2007 10:49 PM

Reply #24 tina_turner's post

batul tu tina.... :loveliness:

tina_turner posted on 19-9-2007 11:12 PM

Originally posted by indah1285 at 19-9-2007 10:49 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
batul tu tina.... :loveliness:


bukan nak mengata...:loveliness:
tapi ramai org ygn berhutang tapi tak pandai nak bayar hutang balik...:)
tak ada 1 pun ygn tak berhutang atau tak pernah berhutang... semua
manusia d dunia ini berhutang... cuma ramai ygn berhutang benda ygn
tak berfaedah hanya semata2 nak bermegah2... lebih2 lagi nak raya...:o
Page: [1] 2
View full: Hukum Tak Bayar Hutang