LanoG posted on 18-9-2007 09:37 PM

Asal Usul Melayu Sarawak...

Ada sapa2 tau tak.. sebab takde buku sejarah yang rekod asal usul Melayu Sarawak nie...

dCrook posted on 18-9-2007 09:43 PM

Kalau belajar dari buku sekolah dlu, asal melayu serawak dari sumatera n semanjung.. tapi rasanya melayu sarawak nih adalah orang dayak yang masuk islam..mungkin jek la.

Muntz posted on 18-9-2007 10:09 PM

Org Melayu Sarawak ada 3 asal-usul... satu, yg datang dari Sumatera, dan sampai ke Kg. Lidah Tanah (ikut buku sejarah Form 3). Dua, waris daripada kesultanan Melayu Brunei. Tiga, org2 Iban yg memeluk Islam suatu ketika dahulu, di mana mereka tinggal di kawasan Batang Lupar & Sri Aman... boleh belek board Sarawak utk maklumat lanjut.

Maru posted on 19-9-2007 01:22 AM

Biasanya yang dari keturunan Brunei tu, kat nama dia ada Abang atau Dayang.. (tapi penggunaan nama tu takdelah strict macam Syed atau Syarifah) Menurut kawan2 saya, kalau ada Abang/Dayang tu kira macam taraf lebih sikit le dari 2 lagi asal usul tu. (Ni yang mereka bagi tau le. Kesahihan dia saya tak kaji lagi)

ijad_adiputera posted on 19-9-2007 02:20 AM

Originally posted by LanoG at 18-9-2007 09:37 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Ada sapa2 tau tak.. sebab takde buku sejarah yang rekod asal usul Melayu Sarawak nie...

Terdapat 3 asal-usul mengenai orang Melayu di Sarawak iaitu:-

1) berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu.

Suku kaum Melayu di Sarawak mendiami kawasan persisiran pantai. Mereka dipercayai berasal dari Sumatera (dan sesetengah sumber lain juga menyebut Semenanjung Tanah Melayu). Mereka mula datang ke Sarawak sejak kurun ke-15 Masihi lagi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah iaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak (kini terletak di Bahagian Kuching).

Pada masa itu, suku kaum ini diketuai oleh seorang putera raja bernama Datuk Merpati Jepang. Orang Melayu beragama Islam dan menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan di laut, bertani dan berniaga. Setelah mereka dijajah oleh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di sana dengan memakai gelaran Datuk. Akhirnya lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk Patinggi (sebagai ketua menteri), Datuk Temenggung (menjaga keamanan dan keselamatan) dan Datuk Bandar (mengendalikan hal-hal perdagangan).

2) berasal dari keturunan Melayu Brunei (Kesultanan Brunei).

Menurut satu sumber yg lain, orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Brunei seperti di Bahagian Miri adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Seperti kata saudara/i Maru, keturunan golongan ini memakai gelaran Abang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga (surname). Mereka mula masuk ke Sarawak setelah Sarawak dijajah oleh Kesultanan Brunei.

3) berasal dari keturunan orang-orang Dayak yang memeluk Islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu serta bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

Golongan ini merujuk kepada orang-orang Melayu yang menetap di bahagian lain di Sarawak. Nenek-moyang kepada golongan ini boleh dikatakan orang Dayak yang terasimilasi menjadi kaum Melayu secara rela setelah memeluk Islam.

Kewujudan golongan ini juga telah menyebabkan terciptanya bahasa Melayu loghat Sarawak. Seperti bahasa Melayu loghat Kelantan, bahasa Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerap perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.

Sumber: Siri Teks Sejarah STPM - Kertas 2 (Bahagian A): Sejarah Malaysia. Cetakan Pertama 1999

[ Last edited by  ijad_adiputera at 19-9-2007 03:01 AM ]

LanoG posted on 19-9-2007 08:26 PM

Wuihh... betul ker asal-usul daripada 3 kategori nie yek. So, macam mana nak trace asal sebenar dari kategory mana. Kalo yang ada gelaran dayang/abang/awang tu senang ler tahu dari asal Brunei. Yang takde nama gelaran plak camaner yek... :o

Adakah golongan minoriti melayu nie dikategori ikut kawasan mereka misalnya area.
-Kuching
-Samarahan
-Sibu
-Miri
-Lawas
-etc.

ijad_adiputera posted on 19-9-2007 09:22 PM

Originally posted by LanoG at 19-9-2007 08:26 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
So, macam mana nak trace asal sebenar dari kategory mana. Kalo yang ada gelaran dayang/abang/awang tu senang ler tahu dari asal Brunei. Yang takde nama gelaran plak camaner yek...

Keturunan org Melayu Sarawak yg berasal dari Sumatera dan Semenanjung boleh dijumpai di Bahagian Kuching dan Samarahan manakalah org Melayu Sarawak dari keturunan org Melayu Brunei pula boleh dijumpai di Bahagian Miri dan Limbang. Org Melayu Sarawak dari keturunan org Dayak yg memeluk agama Islam pula boleh dijumpai di Bahagian Kapit dan bahagian2 lain di Sarawak.

Pada zaman skrg, org Melayu Sarawak sudah berkahwin campur antara sesama 3 jenis kumpulan ni. Selain itu, ada antara mereka juga sudah berkahwin dgn org Melayu dari Semenanjung dan Sabah...

Aku pernah baca 1 sumber yg menyebut ttg ramai org Melanau di Sarawak yg berlindung di bawah payung dan nama Melayu. Menurut sumber tu, dulu org Melanau berasa mereka spt kumpulan minoriti yg tersisih. Akibat tertekan dan berasa diri mereka kecil, ramai ibubapa Melanau yg mendaftar status kaum anak2 mereka sebagai Melayu. Tindakan golongan ibubapa ni tak salah dari segi undang2 negara kerana org Melanau beragama Islam, fasih berbahasa Melayu dan kebudayaan Melanau byk dipengaruhi budaya Melayu..

Kesimpulannya, kita dh tak bleh nk jejak kembali asal sebenar mereka secara tepat. Alah... bg aku, itu semua dh tak penting. Yg penting, org Melayu Sarawak bersatu-padu tanpa mengira asal-usul mereka...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 19-9-2007 09:32 PM ]

LanoG posted on 20-9-2007 10:23 AM

Sebenarnya aku nak tahu nie bukan apa... aku berasal dari bahagian Samarahan Sarawak gak. Sebab tu nak tahu... nak trace balik asal usul keturunan nie.. jika ditambah dengan Melanau... ini bermakna terdapat 1 lagi kategori menjadikan 4 iaitu:

1. Melayu yang berasal dari Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.

2. Melayu yang berasal dari Brunei.

3. Melayu yang berasal dari golongan Dayak yang telah menganut agama Islam.

4. Melayu yang berasal daripada melanau yang mengamalkan ajaran Islam misalnya di Mukah, Oya dan beberapa tempat lain. Setahu aku, terdapat 2 golongan terbesar Melanau iaitu yang beragama Islam dan yang takde agama.

mo-mo posted on 20-9-2007 02:37 PM

Originally posted by Maru at 19-9-2007 01:22 http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Biasanya yang dari keturunan Brunei tu, kat nama dia ada Abang atau Dayang.. (tapi penggunaan nama tu takdelah strict macam Syed atau Syarifah) Menurut kawan2 saya, kalau ada Abang/Dayang tu kira ...



Pembetulan..:

Orang yang berbangsa Abang bukan berasal dr Brunei... tetapi Awang yang berasal dari Brunei. Tapi untuk kedua2 bangsa ini yang perempuannya dipanggil "Dayang" walaupun mereka adalah keturunan yang berbeza & tiada kaitan. Org berbangsa Abang berasal dr keturunan Datuk Merpati Jepang dari Sumatera (tolong betulkan jika saya silap). Datuk ini dari keturunan Majapahit, kahwin dgn anak Raja Jarom (kalau tak silap). Ada 5 anak... 2 orang anaknya merantau ke Jawa. Tinggal 3 org di Sarawak masing2 menetap di 3 bahagian berbeza. Sebab itu terdapat 3 tempat di Sarawak yang ada bnyk keturunan ini. (Maaf kepada siapa2 berbangsa Abang yang baca ini kalau saya silap sebab saya dapat cerita ini pun dari beberapa buah buku)

ijad_adiputera posted on 21-9-2007 07:20 AM

Originally posted by LanoG at 20-9-2007 10:23 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Melayu yang berasal daripada melanau yang mengamalkan ajaran Islam misalnya di Mukah, Oya dan beberapa tempat lain. Setahu aku, terdapat 2 golongan terbesar Melanau iaitu yang beragama Islam dan yang tak de agama.

Hahaha... kalau kau nk cari asal-usul org Melayu Sarawak, aku rasa bab golongan Melanau jadi Melayu ni tak termasuklah sbb fenomena ni hanya berlaku selepas negara Malaysia dibentuk. Menurut kenyataan dari sumber yg sama aku baca, skrg ni sudah ramai org Melanau yg bangga diri bergelar Melanau kerana semakin ramai org Melanau yg berjaya dlm pelbagai bidang. Paling ketara ialah perlantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak dari kaum Melanau yg akhirnya membuatkan golongan Melanau tidak lg berasa tersisih dan rendah diri. Walau bagaimanapun, tak dinafikan hingga skrg ramai org Melanau yg kini bergelar Melayu. Kalau kau nk tau lebih lanjut ttg org Melanau jadi Melayu ni, rujuk wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Melanau

Satu lagi, majoriti org Melanau beragama Islam kecuali org Melanau Mukah yg beragama Kristian. Hanya sikit saja yg masih percaya pada animisme terutama sekali generasi lama..

Originally posted by mo-mo at 20-9-2007 02:37 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Orang yang berbangsa Abang bukan berasal dr Brunei... tetapi Awang yang berasal dari Brunei. Tapi untuk kedua2 bangsa ini yang perempuannya dipanggil "Dayang" walaupun mereka adalah keturunan yang berbeza & tiada kaitan. Org berbangsa Abang berasal dr keturunan Datuk Merpati Jepang dari Sumatera

Menurut sumber yg aku baca juga, mmg begitulah kisahnya. Awang ni dari Brunei manakala Abang pula dari keturunan Datuk Merpati Jepang. Golongan wanita dari kedua keluarga ni pula bergelar Dayang. Satu persamaan antara Awang dan Abang ialah kedua2 keluarga Melayu ini adalah bertaraf bangsawan di Sarawak dan Brunei.

Untuk pengetahuan semua, ada dua fakta menarik mengenai "Dayang" iaitu:-
1) Golongan Dayang di Sarawak dan Brunei adalah setaraf dgn golongan Lady di England (Dayang = Lady).
2) Golongan Dayang juga pernah wujud di Pulau Luzon, Filipina suatu ketika dahulu sebelum ketibaan penjajah Sepanyol di Filipina. Kisah mengenai Dayang Angkatan ada dicatatkan dalam Batu Bersurat Laguna (Laguna Copperplate Inscription) yg dijumpai di Manila.

[ Last edited by  ijad_adiputera at 21-9-2007 07:53 AM ]

mo-mo posted on 21-9-2007 08:54 AM

Bahasa Melayu Sarawak jika diamati, ia berbeza2 dialek / slang nya dr satu bahagian ke bahagian lain. Misalnya bahasa melayu di Kuching hampir sama dgn di Miri. Manakala di persisiran bahasa nya agak lain sebutannya. Di bahagian kedua pula lain sikit. Dari perkataan2 tertentu yang hanya dipertuturkan di kawasan bahagian kedua (Sri Aman), beberapa perkataan adalah sama dgn perkataan dlm Bahasa Banjar.

Misalnya:

1.  Lawang yang bermaksud pintu (ada bnyk lagi aku tak ingat - boleh cari kat Wikipedia)


Daripada yang aku baca & lihat aku rasa-rasa lah...

Dulu sarawak adalah dibawah kerajaan brunei. Brunei menempatkan seorang Sultan di bahagian Kuching (dulu hanya area itu dipanggil Sarawak)... mungkin untuk halang kemasukan orang2 dari Sumatera. Sebab itu bahasa pertuturan org Miri & Kuching hampir sama.

Manakala bahagian Sri Aman , Saratok, Sarikei hingga Sibu.... tidak atau kurang diduduki oleh golongan dr utara ini (mereka pakai jalan laut ke area Kuching) maka bahasa percakapan mereka berbeza, hingga ke hari ini.. (sedikit dipengaruhi Bahasa Banjar, Bahasa Iban...).

Apabila golongan dari sumatera dtg ke Kuching, mereka bertutur bahasa tempatan... dan hingga hari ini bahasa di Kuching dan Miri hanya ada sedikit perbezaan.



- pendapat aku saja, aku baca buku dan cuba cari jawapan kpd beberapa soalan yg aku tanya dari dulu.

LanoG posted on 21-9-2007 08:56 PM

Originally posted by mo-mo at 21-9-2007 08:54 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Bahasa Melayu Sarawak jika diamati, ia berbeza2 dialek / slang nya dr satu bahagian ke bahagian lain. Misalnya bahasa melayu di Kuching hampir sama dgn di Miri. Manakala di persisiran bahasa nya  ...

Betul ker bahasa Melayu sarawak ada persamaan dengan bahasa Banjar.... adakah ianya gabungan bahasa Banjar-Iban. Memang aku rasa dengan bahasa Iban tu mungkin ada dalam lebih kurang 20% ada persamaan, sebab tu aku tahu sikit2 bahasa Iban nie sebab cuma slang jer lain sikit. Bahasa Banjar plak aku tak penah dengar ler... camner yek. Lagi satu, ada lebih kurang kira-kira 30% jugaklah yang menyamai bahasa Melayu Semenanjung. :P

LanoG posted on 21-9-2007 08:56 PM

Originally posted by mo-mo at 21-9-2007 08:54 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Bahasa Melayu Sarawak jika diamati, ia berbeza2 dialek / slang nya dr satu bahagian ke bahagian lain. Misalnya bahasa melayu di Kuching hampir sama dgn di Miri. Manakala di persisiran bahasa nya  ...

Betul ker bahasa Melayu sarawak ada persamaan dengan bahasa Banjar.... adakah ianya gabungan bahasa Banjar-Iban. Memang aku rasa dengan bahasa Iban tu mungkin ada dalam lebih kurang 20% ada persamaan, sebab tu aku tahu sikit2 bahasa Iban nie sebab cuma slang jer lain sikit. Bahasa Banjar plak aku tak penah dengar ler... camner yek. Lagi satu, ada lebih kurang kira-kira 30% jugaklah yang menyamai bahasa Melayu Semenanjung. :P

nangada posted on 22-9-2007 01:45 PM

asal usul melayu sarawak....kalau di bahagian kuching , samarahan..tak pasti dari mana asal usul mereka. dari datuk merpati jepang kah? .  tapi di dearah saribas asal usul org melayu adalah dari Pagar royong sumatera indonesia...iaitu dari kerabat keturunan sultan pagar royong iaitu dari Bendahara Harun.....Datu Godam...Mengikut cerita dari org tua...Datu Godam ini adalah pelayar. Dalam pelayaran menetap dan singah di muara sungai saribas.
Di muara sungai saribas ini sudah di diami oleh sekumpulan org melayu yang berhijah dari Brunei. Nama nya datu temenggong kadir.(org kanan sultan brunei) temenggong kadir ini lari dari istana sultan brunei kerana tak rela anak nya menjadi gundik sultan brunei. Nama anaknya dayang chee..
Untuk menyelamatkan anak nya temenggong kadir minta bantuan datu Gadom..( datu Gadom ini pernah di ceritakan didlm sejarah brunei.
selepas berjaya di selamat oleh datu godam ..anak temenggong kadir ..Dyg Chee di kahwinkan dengan datu gadom..
zuriat ini lah yang menurun asal usul melayu di dearah saribas...
makam datu gadom ini ada di kpg pusa di saribas..pernah di baik pulih oleh kerajaan brunei beberapa tahun yang lalu..
sasilah memang ada di simpan oleh individu di daerah ini..ini lah yang membawa gelaran perabangan dan Dayang untuk daerah ini.

[ Last edited by  nangada at 23-9-2007 09:37 AM ]

dCrook posted on 22-9-2007 05:14 PM

Reply #13 LanoG's post

Kalau ikut wikipedia (not 100% correct) orang banjar adalah orang dayak yang masuk islam dekat kawasan kalimantan.. sbbkan kedua2 nya ada sedikit dna yang sama iaitu Dayak jadi kemungkinan besar bahasa melayu sarawak ade sedikit persamaan dengan bahasa banjar

Narutah posted on 22-9-2007 05:25 PM

Betul ke Allahyarham Sudirman asal Sarawak?

nangada posted on 23-9-2007 09:47 AM

Originally posted by mo-mo at 21-9-2007 08:54 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Bahasa Melayu Sarawak jika diamati, ia berbeza2 dialek / slang nya dr satu bahagian ke bahagian lain. Misalnya bahasa melayu di Kuching hampir sama dgn di Miri. Manakala di persisiran bahasa nya  ...

mana kau tahu ...kau dah buat kajian kah???..
sebenarnya bahasa sarawak tidak jauh beza dari bahagian ke bahagian yang lain...hanya seleng yang  berbeza sedikit ,seleng orang kuching lain..sri aman lain.
miri lain.

mo-mo posted on 24-9-2007 09:03 AM

Reply #17 nangada's post

bukan kajian, sebab aku tak layak nak buat kajian.

tetapi dari pengamatan aku sebab aku pernah kerja merata tempat di sarwak. aku perhati. aku baca buku.

tapi cerita engkau pasal raja Gadom & Dayang Chee itu memang menarik, aku tak pernah baca lagi. Kalau aku ada pergi ke area Pusa lagi next time, aku akan tanya dgn penduduk di sana.

ijad_adiputera posted on 24-9-2007 09:37 PM

Originally posted by mo-mo at 21-9-2007 08:54 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Bahasa Melayu Sarawak jika diamati, ia berbeza2 dialek / slang nya dr satu bahagian ke bahagian lain. Misalnya bahasa melayu di Kuching hampir sama dgn di Miri. Manakala di persisiran bahasa nya  ...

Aku tak hairan pun kalau Bahasa Melayu Sarawak mempunyai slang yg berbeza dari 1 bahagian ke bahagian yg lain...
Bukan setakat Sarawak je tapi negeri-negeri lain pun sama juga...

Sebagai contoh, Bahasa Melayu Perak di mana kawasan Parit Buntar dan Kuala Kangsar mempunyai slang yg sedikit berlainan..
Ini diterangkan dalam lirik lagu Kurik Kundi nyanyian Siti Nurhaliza - " Parit dengan Kuale cakap tidak serupeh"

Bahasa Melayu Utara yg dituturkan di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan utara Perak juga berlainan slang antara satu sama lain...
Pulau Pinang kan ramai keturunan anak mami dan mamu, maka slang Pulau Pinang lebih kepada stail cara India bercakap - sesuatu perkataan ditarik lebih panjng dari biasa dan cara berckp seolah2 spt menyanyi...
slang Perlis lebih kuat pengaruh Siamnya manakala slang utara Perak mempunyai pengaruh dari Bahasa Melayu Perak...
Perkataan 'minum air' dlm slang Pulau Pinang ialah "minum ayaq" tapi slang Kedah pula kata "makan ayaq"...

kalau nk ckp psl slang, semua negeri pun ada... bukan setakat Sarawak je... :victory::victory:

[ Last edited by  ijad_adiputera at 24-9-2007 09:41 PM ]

LanoG posted on 25-9-2007 02:58 PM

Kira orang Saribas nie dari Minangkabau dan Brunei ler yek... wah good info. Tak tahu plak tempat2 lain kat Sarawak nie yang ada orang Melayu. Kalo ada info bleh ler share kat sini. :lol:

nangada posted on 7-10-2007 11:11 AM

Originally posted by LanoG at 25-9-2007 02:58 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Kira orang Saribas nie dari Minangkabau dan Brunei ler yek... wah good info. Tak tahu plak tempat2 lain kat Sarawak nie yang ada orang Melayu. Kalo ada info bleh ler share kat sini. :lol:


Begitulah kira-kira..
kalau tak silap saya info ini ada di bukukan dlm "The origin malaya of saribas"

putera_isnin posted on 17-2-2011 04:46 PM

Assalamualaikum W.B.T. Kepada Sahabat/Saudara/i/ Awang/Dayang/Sharif/Sharifah/Pengiran,

Di sini saya bagi pihak Keluarga ingin mencari Keturunan dan Keluarga Sultan Abdul Momin, Sultan Muhammad Kanzul Alam dan Sultan Omar Ali Saifuddin II.

Semoga kepada Kaum Kerabat, Keluarga dan Keturunan Sultan Abdul Momin, Sultan Muhammad Kanzul Alam dan Sultan Omar Ali Saifuddin II dapat menghubungi saya.. Ada beberapa perkara penting dan mustahak untuk dibicarakan.

Sekian. Wassalamualaikum W.B.T.

aaronqaa posted on 16-12-2011 04:19 PM

agi idup agi ngelaban

hjrayle posted on 16-12-2011 04:43 PM

Assalamualaikum W.B.T. Kepada Sahabat/Saudara/i/ Awang/Dayang/Sharif/Sharifah/Pengiran,

Di sini s ...
putera_isnin Post at 17-2-2011 16:46 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

cuba putera-isnin kaji status temenggong kadir yang lari membawa diri ke saribas...
Puteri nya dyg chee di jadi gundik oleh sultan brunei..
keturunan temenggong ini lah yang menetap di daerah saribas..sarawak.

winamp05 posted on 17-12-2011 10:12 AM

Tak pernah aku tau kewujudan thrread ni. gud job. hehehe.
Page: [1] 2
View full: Asal Usul Melayu Sarawak...