sayapghaib posted on 7-11-2007 05:27 PM

Syurga dan Kisah Bidadari.

Bagi menambahkan lagi ilmu pengehtahuan kita semua, mari kita bincang berkenaan Syurga dan Bidadari pula.

sayapghaib posted on 7-11-2007 05:36 PM

Sifat Bidadari.

a .Isteri yang disucikan

b) yang lebar matanya penuh keindahan

c) yang sebaya umurnya

d) yang sangat putih

e) cantik-cantik wajahnya

f) yang tercipta secara langsung

g) gadis-gadis perawan

i) gadis-gadis remaja

innova77 posted on 7-11-2007 05:36 PM

Reply #1 sayapghaib's post

kena tanya maideen ni... dia tahu rasanya :)

sayapghaib posted on 7-11-2007 05:38 PM

tanya jangan tak tanya:D

orangdalam posted on 7-11-2007 06:25 PM

tanya maideen, palatga, katak gemok, dempol..geng2 anti syurga ni mesti tau

goldraja posted on 7-11-2007 07:01 PM

tanya jgn tak tanya.. tp aku nak tanya highlander. lebih afdhal rasanye kalau tanya pada insan serba tahu ni.. ;P

sayapghaib posted on 7-11-2007 07:09 PM

Jangan la tanya Highlander.Sat gi sekali dengan aku, sekali dengan hang jadi pening.:lol:  Tapi aku nak tau juga apa pendapat dan kisah dari Highlander tentang syurga ni.Silakan wahai kengkawan forumer sekalian :D .Saudara Bads silakan beri penerangan sikit.:D

indah1285 posted on 7-11-2007 10:16 PM

selalu kiasan berlaku cantik seperti bidadari syurga.... gambaran kecantikan itu ternyata tdk bisa wujud di fikiran... tp kecantikan yg bagaimana, telah pun digambarkan... so, jika terjumpa sicantik2 yg bagai terlukis itu, bisa ngak kita katakan, contoh bidadari syurga...?

bads posted on 7-11-2007 11:29 PM

Reply #7 sayapghaib's post

Assalamualaikum....,

Bab syurga ni sy  kurang arif. Maklumlah, sy belum smpai kat sana lg stakat ni.
Mudah2an sampailah hendaknye..insyaallah.

Klau ikut kisah2 yg sy pernah diberitahu, syurga ni 1 tempat yg tersangat indah, tersangat luas, bertingkat2, penuh dgn kepuasan & kenikmatan yg sentiasa kekal berpanjangan (segala perasaan jemu, jelak, bosan, risau, gelisah @ yg sewaktu dgnnya, akan Allah pastikan semua perasaan 2 dibuang secara total dr hati2 penghuni syurga). Di katakan, waktu disyurga juga ade beberapa undang2 spt setiap ahli syurga x boleh nak tukar2 peringkat @ tingkat2 syurga. Klau dah dpt syurga yg bwh, jgn nk pandai2 pilih yg atas pulak. Dah dpt syurga 2 pun dah cukup bagus & syukur. Ade lg undang2 yg sy dah lupalah..maap bebanyak.
Diceritakan juga bahawa kekuatan bayangan minda ssorg 2 juga boleh menzahirkan apa2 yg terbayang & terkenang. Maksudnye banyak perkara yg ssorg 2 pernah jumpa di dunia ni akan ade yg masih diingati & dikenang. Jd mungkin benda2 pernah diidamkan nilah ssorg 2 akan nak. Ssorg 2 juga akan teringin utk berjumpa dgn ibu & bapa @ suami/isteri/anak. Mereka ni x akan idamkan sesuatu yg x pernah di jumpa waktu didunia spt contohnye si A hidup di zaman Nabi2, x akan meminta kereta2 canggih spt kereta F1 ke, super car ker, exotic car ker, kapal angkasa ker & yg sewaktu dgnnye. Mcm 2 lah lebih kurangnye(x taulah betul ke x, 2 semua ikut crita org jer..).
Beberapa info dr al-Quran & hadis juga ada ttg perkara yg anda nk tau;-

Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda,  "  

       Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran.  Setiap bidadari  amat merindui terhadap suami- suami mereka".

Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada penghuni Syurga: Wahai penghuni Syurga! Mereka menjawab: Ya Tuhan kami! Segala kebahagiaan dan kebaikan ada di tangan Mu. Dia berfirman: Adakah kamu semua telah reda? Mereka menjawab: Mengapa kami tidak reda wahai Tuhan, sedangkan Engkau telah berikan kepada kami sesuatu yang Engkau tidak berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu. Allah berfirman lagi: Mahukah kamu, Aku berikan sesuatu yang lebih baik dari itu? Mereka berkata: Wahai Tuhan! Apakah yang lebih baik daripada itu? Allah berfirman: Aku haruskan kepada kamu keredaan-Ku dan Aku tidak akan murka lagi kepada kamu untuk selama-lamanya

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Abu Al-Qasim s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan memasuki Syurga adalah umpama bulan purnama dan kumpulan berikutnya bagaikan cahaya bintang yang bergemerlapan di langit. Masing-masing mempunyai dua orang pasangan yang tulang sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam Syurga tiada seorang pun yang bersendirian tanpa pasangan

As-Saaffaat -surah 37,ayat- 48
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya

Saad surah 38,ayat- 52
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.

Ad-Dukhaan surah 44, ayat- 54
Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

At-Tuur surah-52, ayat- 20  
Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 56
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.

Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 58
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 72
Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.

Ar-Rahmaan surah-55, ayat- 74
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.

Al-Waaqi'ah surah-56, ayat- 22
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

-----------------------------------------------------------------------------------------
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Harap2 dptlah kite sesama renungkan & berusaha dptkan rahmat & keredaan dr Allah S.W.T. Klau sesaper ade lg info, sharelah....:)

Sekian Wassalam.

dempol posted on 7-11-2007 11:39 PM

kat sini pun ade Lobai PIS yg ulang2 macam radio buruk ke..prfghhhhhhh;P


Teruskan Revolusi Wahai Revolusioner...

Kearah CI Bebas Kronisme dan Nepotisme...:)


dempol posted on 7-11-2007 11:40 PM

Originally posted by innova77 at 7-11-2007 17:36 http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
kena tanya maideen ni... dia tahu rasanya :)


nanti kita tunggu Maideen bagi komen ye innova...:)
Teruskan Revolusi Wahai Revolusioner...

Kearah CI Bebas Kronisme dan Nepotisme...:)


Sedi posted on 8-11-2007 01:44 AM

kena spam pulok thread ni..

remizati posted on 8-11-2007 08:20 AM

kire bidadari bukan manusia ler..sbb dibuat dari batu...tp tau ker saper ketua bidadari?..manusia taw...:$

bads posted on 8-11-2007 08:59 AM

Reply #13 remizati's post

Assalamualaikum...,

Eh....bidadari 2 drpd batu ker? Rasenye yg dikatakan 'seperti permata...' bukannye dia mcm batu tapi kecantikan@ seri yg terpancar dr wajahnye adalah maksud sbnar.:loveliness:
Ketua bidadari ni dah tentulah manusia.:)
Wassalam.

dempol posted on 8-11-2007 02:34 PM

kalau lelaki di sorga sudah tentu dilayan oleh bidadari..tapi kalau perempuan cam mana lak..dilayan oleh bidadara ke...takkan laki je dapat layanan..perempuan tak dapt..macam tak adil pulak kan...:)


Teruskan Revolusi Wahai Revolusioner..

Kearah CI Bebas Kronisme dan Nepotisme...:)


Sedi posted on 8-11-2007 04:47 PM

apa plak yg tak adil dempol ..perempuan/isteri akan jd ketua kpd bidadari laki2 mereka..lagi cantekkk maaaa!

sedondon posted on 8-11-2007 05:52 PM

Reply #15 dempol's post

Sapa tak adil? Allah tak tak adil?? Memang sesat sungguh hang ni dempol...
Dah kena pulau dekat current issue, hang merempat kat sini pulak ye...
wakakakak!!! Revolusi konunnya.......:lol:

bads posted on 8-11-2007 09:24 PM

Originally posted by dempol at 8-11-2007 02:34 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
kalau lelaki di sorga sudah tentu dilayan oleh bidadari..tapi kalau perempuan cam mana lak..dilayan oleh bidadara ke...takkan laki je dapat layanan..perempuan tak dapt..macam tak adil pulak kan.. ...

Tak baik klau menganggap tiada keadilan bg perempuan ketika disyurga.
Klau perempuan yg dah bersuami (taat pd suami & dpt ke syurga) dia akan jadi ketua pd para bidadari bg suami masing2.
Klau perempuan yg belum sempat berkahwin plak (dpt ke syurga), akan diberi teman @ pelayan utk mereka. Kan adil 2 namanye.:)

Semua ahli syurga x kira lelaki @ perempuan tetap akan dilayan dgn adil oleh Allah Yg Maha Adil cuma keadilan 2 kekadang x dpt digambarkan oleh kite. Pandailah Allah S.W.T mengaturnye. Dia kan juga Maha Pengatur & Maha Pengurus akan sekelian ciptaanNya. Buangkanlah segala kesangsian kite terhadapNya. Yg penting disini adalah bagaimana utk meletakkan diri kita agar tersenarai sebagai ahli syurga. Kite biasanye akan merasa suka & gembira apabila diberitakan ttg syurga & ahlinye tetapi akan berasa takut & ngeri apabila digambarkan ttg neraka & ahlinye. Jadi, apakah agaknye langkah seterusnye yg perlu diambil agar kite dpt rahmat & redha dr Nya supaya secara x langsung dpt juga memiliki syurga.

Kite juga tau yg syurga itu ada bertingkat2, cuma yg jarang dibincangkan adalah apakah kriteria2 yg diperlukan utk menghuni tiap2 tingkat syurga tersbt yg mana keluasan & jumlah bidadari juga berbeza mengikut tingkat. Mungkin terlalu banyak kriteria yg Allah S.W.T sengaja merahsiakannye agar kite sentiasa berusaha segigihnye2 utk mencapai ketakwaan yg maksimum disisi Allah. Mungkin juga keindahan & kenikmatan syurga yg x terbatas ini tidak terlalu dibongkarkan secara terperinci agar segala amalan & ibadat kite bukan dilakukan bersebabkan syurga tetapi semata2 kerana Allah S.W.T. Sy yakin ttg hal ni sbb segala ibadat & amalan mesti diniat ...........kerana Allah Taala, Baik solat, berpuasa, makan, mandi, wudu', sedekah, zakat,mencari rezeki dll mesti ujung2nye-'kerana Allah Taala'. Betul x?

Jd inilah didikkan Allah kpd kite agar sentaisa berbuat amal & ibadat adalah benar2 ikhlas keranaNya & bukan kerana nk syurga (terlalu mengharapkan balasan baik @ upah)& bukan kerana takutkan neraka(x sanggup akan disiksa dgn dahsyat).
Disini jugalah letaknye kualiti amalan & ibadat kite yg hanye Allah je yg tahu. Maka sbb ini jugalah hanye Allah je yg akan tau dimanakah tingkatan syurga yg layak utk hambe2 Nya. Harap menjadi ingatan pd smua termasuk sy. Ini juga namenye berpesan2 pd kebenaran. Wallahualam.....
Renungkanlah & mulakanlah langkah kite seterusnye.
Sekian Wassalam.

cipOt_cedOt posted on 8-11-2007 10:46 PM

sebelOm korang sebok-sebok bayangkan camner rupa paras bidadari syurga tu... apa kata korang cuba bayangkan rupa paras iblis ngan syaitan camner...

rupa paras mahkluk laknatullah tu yang Rasulullah pernah sebOt tersangat la burOk dan tersangat la huduh pun kita masih tak mampu nak bayang... inikan pula rupa paras mahkluk yang tersangat cantik dan tersangat lagi sempurna tak ada cacat celanya...

highlander07 posted on 8-11-2007 11:53 PM

Memuji..

"Aku ibarat harta terpendam..Aku jadikan makhuk agar memujiku.."(Maksudsbhgn dari Hadith Qudsi)..
"Insan itu RahsiaKu.Akulah RahsiaNya"..

Bidadari diciptakan (bukan kiasan) sebenar2nya diakhirat kelak..Bagaimana feature sbnarnya tak dpt dijelaskan di sini sbb ramai akan bantah (sifat2 forumer Cari:lol::lol::lol:)..Cuma tujuan dijadikan semua tu adalah bersandarkan kenyataan di atas..
Soalan saja2: Bagaimana anda nak tahu anda cantik/handsome jika tiada siapa beritahu atau tiada cermin/ fotografi..Makhluk itu 'cermin'Nya yg paling terang dan sempurna..;P;P;P

highlander07 posted on 8-11-2007 11:56 PM

Reply #19 cipOt_cedOt's post

Kalau tak ada yg buruk apa yg dikatakan sbg cantik..kalau tiada yg jahat apa yg dikatakan kebaikan..
Bersyukurlah anda dapat menilai kecantikan dan kebaikan..
;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P ;P

sayapghaib posted on 9-11-2007 09:06 AM

Originally posted by dempol at 8-11-2007 02:34 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
kalau lelaki di sorga sudah tentu dilayan oleh bidadari..tapi kalau perempuan cam mana lak..dilayan oleh bidadara ke...takkan laki je dapat layanan..perempuan tak dapt..macam tak adil pulak kan.. ...

Jangan bimbang,Allah Maha Adil.Perempuan yang tidak pernah berkahwin atau yang pernah berkahwin tetapi tidak dapat bersama suaminya kerana suaminya tidak berada di Syurga  akan dilayan oleh pelayan yang dipanggil Wildan.

sayapghaib posted on 9-11-2007 09:23 AM

Originally posted by cipOt_cedOt at 8-11-2007 10:46 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
sebelOm korang sebok-sebok bayangkan camner rupa paras bidadari syurga tu... apa kata korang cuba bayangkan rupa paras iblis ngan syaitan camner...

rupa paras mahkluk laknatullah tu yang Rasul ...

Bukan sibuk-sibuk.Tapi sengaja membayangkannya untuk memotivasi diri bagi  mencari Syurga.Para Sahabat juga selalu bertanya Pada Rasulullah tentang Syurga dan Bidadari.Umar Al Khattab pernah menerima ucapan salam dari seorang bidadari melalui Rasulullah S.A.W.Pernah Rasulullah menceritakan betapa cemburunya seorang bidadari terhadap isteri Umar.

Nak membayangkan buruk hodohnya Syaitan ngan Iblis tak der masaalah.Thread Azazil kan dah ada.Cuba tanya forumer kat situ.Cuba tanya sedara Highlander.

pisang69 posted on 9-11-2007 10:38 AM

masih ada hubungan ker suami dan isteri di syurga nt? atau hubungan perkawinan didunia hanya setakat didunia shj? bleh jelaskan? :o

sayapghaib posted on 9-11-2007 11:09 AM

Hubungan suami isteri akan terus bersambung di Syurga nanti jika kedua-duanya masuk Syurga.Bukan saja suami isteri tapi antara Tuan dengan haiwan kesayangan juga boleh diteruskan berdasarkan kisah sahabat nabi yang kematian seekor unta kesanyangannya.Beliau bertanya kepada Rasulullah adakah ketika di Syurga nanti dia akan bertemu dengan unta tersebut.Rasulullah bersabda supaya sahabatnya itu memohon kepda Allah supaya dipertemukan dengan unta tersebut.
Page: [1] 2 3 4 5 6
View full: Syurga dan Kisah Bidadari.