ieka88 Publish time 4-6-2010 04:17 PM

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,

Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah,

ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu

diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi

keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan

perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka

warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,

niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah

dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada

ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi

yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang

diperolehi

mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda

tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak

'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan

terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta

aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design'

kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!

Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik

pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta

kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah

saleh

tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh

didapati.

Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"

..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya

camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.

"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,

sungai,

pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan

Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang

terendah

dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya

diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas

pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu

senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan

zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh

tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat

dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu

isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia

yang

tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada

mereka

ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah

selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama

mereka.

Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi

seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat

mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun

kalimah

Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah

bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,

barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang

kemas

kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan

peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita

lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas

dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah

bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih

mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli

syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,

pasti

ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda

akan

terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas

pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian

(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal

dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping

la

sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh

bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira

dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka

berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan

dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah

(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga

akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun

belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik

kenderaan

yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi

kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk

melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap

minggu

juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun

hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping

dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan

sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai

syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak

'berehat

di rumah' saja.. ;-j

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan

tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego

dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

*Qaalu

salaaman-salaama~ *

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN

dzaraa Publish time 4-6-2010 04:43 PM

Bagi para isteri yang solehah nanti di Syurga..akan menjadi Ratu kepada Bidadari..bidadari sekalian.

Suami yang soleh akan mendapat 125 ribu bidadari di syurga kelak.

Di syurga nanti tiada perasaan cemburu menyemburui...walaupun si suami punyai 125ribu bidadari dikelilingnya..


Subhanallah, sama2lah kita beramal

dzaraa Publish time 4-6-2010 04:53 PM

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabatyang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik danmuka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehhtidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai kesatu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahidlagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya diashahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka(tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam

pelastik Publish time 3-9-2010 09:55 AM

sonok baca kesah2 kat cni...
sesuai dgn tajuk...:)

Tottot89 Publish time 28-9-2010 04:03 PM

nak masuk syurga{:1_152:}
tp mcm mana ng amalan aku ni...:'(

rayyanrafael Publish time 29-9-2010 09:57 AM

setiap kali teringat paga kematian, jangtung aku berdebar semacam aje.
adakah ini tandanya amalanku masih tidak mencukupi untuk mengharungi
alam kubur apatah lagi untuk melepasinya di padang masyar nanti {:3_99:}

sayapghaib Publish time 29-9-2010 10:21 AM

Di Syurga nanti penghuninya akan dapat melihat seorang lelaki yg mempunyai sayap yg sgt indah.Orang itu adalah Jaafar Attayyar atau nama sebenarnya Syaidina Jaafar bin Abi Talib.

sayapghaib Publish time 29-9-2010 10:32 AM

Salam..

Ada seorang sahabat Kiah pernah bercerita..

Di syurga ada seorang lelaki tua yang sent ...
kiahbosan Post at 26-5-2010 17:02 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

ku pasti kau berbahagia,duduk disampingnya ,mendengar cerita,segala rahsia   -lirik lagu terlalu Istimewa.

Slasher^^Buzz Publish time 20-1-2011 10:54 PM

wow syurga sungguh indah!aku kena solat banyak2 :sweat3: sebab solat adalah ibadah terpenting!lepas tu baru la buat ibadah yang lain...

addie.bb Publish time 22-1-2011 05:14 PM

Reply 68# sayapghaib


    Rasa syahdu pulak tetiba kan.. :$ :loveliness:

Fieza-mira Publish time 22-1-2011 05:54 PM

Saya ada satu cerita lawak pasal syurga nih.....tapi lawak bukan sebarang lawak.....lawak ada isi.....cuma kalau orang tu tak faham tak boleh gelaklah....

Arwah guru saya ni suka sangat berlawak.

Dia kata nak masuk syurga/neraka ni bukannya susah.....jawab soalan malaikat jer.....

Kalau boleh jawab soalan syurga dapatlah masuk syurga......kalau boleh jawab soalan neraka, dapat masuk neraka!!

Kalau taknak masuk neraka, soalan neraka jangan jawab.....buat bodoh jer walaupun tahu jawapan dia.....terlepaslah dari neraka. Tunggu soalan syurga baru jawab.....:lol::lol:

Amacam?? Agak2 boleh gelak tak??:o

Slasher^^Buzz Publish time 22-1-2011 10:17 PM

Reply 71# Fieza-mira
x hahahaha.... :lol: aku takut x dapat masuk syurga :'(

mynameisdot Publish time 23-1-2011 12:17 PM

Post Last Edit by mynameisdot at 23-1-2011 12:18

huhuh...silap comment

Mede Publish time 23-1-2011 04:23 PM

salam..

kalo pasangan suami isteri macam mana ye?

contoh,jika masuk syurga,adakah suami akan dapat seorang bidadari yg cantik?bagaimana pula dengan isterinya?

maksud saya,si suami apabila masuk syurga,dia x dapat balik ke isterinya?

rimau_manja Publish time 24-1-2011 12:44 PM

Post Last Edit by rimau_manja at 24-1-2011 14:13

Suami yang soleh akan mendapat 125 ribu bidadari di syurga kelak.
dzaraa Post at 4-6-2010 16:43 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

tidak ada hadith sahih mahupun ayat Quran yang mengatakan perkara ini...

berdasarkan hadith2 sahih, majoriti lelaki di syurga mendapat 2 bidadari setiap sorang, lelaki2 yang mati syahid pula mendapat 72 bidadari setiap sorang.

rimau_manja Publish time 24-1-2011 12:47 PM

Post Last Edit by rimau_manja at 24-1-2011 12:51

Reply 63# dzaraa

kisah ainul mardhiah ni tak sahih...rasanya kisah ni kisah malayuwiyyat je, coz kalau check kat google, cuma sumber2 dari malaysia je yang menyatakan kisah ni...

rimau_manja Publish time 24-1-2011 01:11 PM

Post Last Edit by rimau_manja at 24-1-2011 14:05

Reply 74# Mede



wa'alaikumussalaam

si suami akan mendapat kedua-dua sekali, bidadari dan isteri (tu pun kalau isteri masuk syurga lah)

setiap lelaki yg masuk syurga akan mendapat bidadari, cuma tidak semua lelaki mendapat bidadari dalam bilangan yg sama, majoriti dapat 2 bidadari setiap sorang manakala golongan syuhada pula dapat 72 bidadari setiap sorang. paling sikit 2 bidadari la.

harap tak timbul soalan "kalau lelaki dapat bidadari, perempuan dapat apa?" coz soalan sebegini tak logic, ini kerana soalan ini seolah-olah menyatakan bahawasanya bidadari hanyalah satu2nya nikmat syurga, sedangkan bidadari bukanlah satu2nya nikmat syurga, ada banyaaaaaaak lagi nikmat lain seperti makanan, minuman, pakaian, sungai, pokok, taman, tempat tinggal, kuda terbang, etc.

di syurga, kedudukan wanita/perempuan dari dunia adalah lebih tinggi berbanding bidadari.

rimau_manja Publish time 24-1-2011 02:38 PM

Post Last Edit by rimau_manja at 24-1-2011 14:43

Wildan ini adalah para pelayan.Untuk wanita yang tidak sempat berkahwin atau yang suaminya tidak menjadi ahli syurga akan mendapat pelayan-pelayan ini.
sayapghaib Post at 12-11-2007 20:58 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

wildan tu para pelayan bagi semua ahli syurga, dan wildan tidak melayan kehendak seksual ahli syurga, sekadar bertugas seperti pekerja ataupun waiters je. kat syurga takde orang yang melakukan hubungan seks luar nikah, even bidadari syurga pun dinikahkan dengan lelaki. wanita yang tak sempat berkahwin atau suaminya tiada di syurga akan berkahwin dengan lelaki yang berada di syurga juga.

Slasher^^Buzz Publish time 24-1-2011 02:41 PM

owh begitu...... :D

Mede Publish time 24-1-2011 02:44 PM

Reply 77# rimau_manja


    tq2...:D
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8
View full version: Syurga dan Kisah Bidadari.


ADVERTISEMENT