Joe Hahn posted on 27-11-2007 07:01 PM

Pengambilan dadah dalam bidang sukan

aritu ada 3 owang penembak negara kena gantung menyertai memana2 event...so aku nak tanya kowang larr cmane yg mengambil dadah di kalangan penembak negara ni dapat meningkatkan prestasi dari segi apa

and other sukan yg lain

miss_mira posted on 27-11-2007 07:09 PM

x pasti ar.............

amazed posted on 14-1-2008 05:46 AM

Dadah cemar nama baik atlet

JAMAICA

naden posted on 15-1-2008 11:20 AM

Originally posted by Joe Hahn at 27-11-2007 07:01 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
cmane yg mengambil dadah di kalangan penembak negara ni dapat meningkatkan prestasi dari segi apa

and other sukan yg lain

ada banyak jenis dadah/stimulant yg disalahgunakan oleh ahli sukan
antaranya dari kelas2 stimulant, narkotik, anabolik, diuretik, anti-oestrogenik, kanabinoid,
& bahan larangan yg lain termasuk la kokain, anestetik, analeptik;
bahan yg merangsang hormon, psikoplegik, etc
tapi yg paling feymes - kumpulan steroid anabolik, amphetamine, kumpulan narkotik, alkohol..

KENAPA penggunaan dadah/stimulant ni SALAH? :
faktor kesihatan : akan beri kesan kalau disalahgunakan atau berlebihan
faktor etika : memberi kelebihan prestasi yg lebih tinggi drpd tahap keupayaan biasa (cheating!)
faktor undang2 : memiliki/mengambil dadah adalah menyalahi undang2 & nilai masyarakat

KENAPA atlit2 ni nak juga amek dadah/stimulant? :
- mahukan kesan2 drpd pengambilan dadah tu
- xpuas hati dgn prestasi sendiri
- pengaruh rakan sebaya (;P)
- tekanan dari latihan
- tekanan untuk memenuhi harapan/expectation orang lain
- utk penuhi syarat2 kelayakan acara sukan tu (contoh : atlit angkat berat & bina badan)

ok.. ni contoh kesan pengambilan steroid anabolik :
- menggalakkan pertumbuhan & pemulihan tisu dengan meningkatkan proses metabolik
- menghasil & membina lebih banyak otot & menguatkan otot2 itu
- membantu mengurangkan kecederaan tisu & otot ketika latihan
- atlit berasa lebih agresif apabila mereka mengambil steroid
- memberi kesan euphoria

kesan pengambilan dadah stimulant (cth: kafein & amphetamine) :
- mengurangkan keletihan
- mengawal selera makan
- menjadikan seseorang itu lebih segar dan agresif
- merangsang sistem saraf
- meningkatkan denyutan jantung & tekanan darah
- meningkatkan suhu badan & kadar metabolisma
- boleh juga digunakan utk mengurangkan tekanan

tu antara contoh2 dadah & kesannya la..
sesapa yg nak tambah atau betulkan, silakan share2 ek! :loveliness:

naden posted on 15-1-2008 12:34 PM

actually - penggunaan bahan2 terlarang dalam sukan ni bukannya baru lagi
tapi dah bermula sejak zaman greek (800 b.c) & zaman rom purbawala..

masa zaman greek - bahan2 ransangan yg digunakan masa tu
termasuk la ekstrak cendawan, benih tumbuhan, protein haiwan & alkohol

sukan olimpik zaman purba pernah dihentikan - sbb penggunaan & pengambilan dadah
oleh atlit2 pada masa tu tersangat la meluas & melampau2..

zaman rom lak - kuda2 dalam acara lumba kuda pun diberi bahan ransangan
& gladiator2 pun ada mengambil bahan2 ransangan supaya perlawanan jadi hebat & menarik

dalam abad ke-20 lak, penggunaan dadah/stimulant makin berleluasa
yelah, sbb penghasilan dadah, ubat, pil, etc.. & ada lak atlit yg guna kaedah 'anti-doping'

kes famous yg membawa kepada drug test - kematian tom simpson pada tahun 1967
(pelumba basikal dari britain yg menyertai le tour de france 1967 - leh search pasal ni)
kes2 sebelum tu termasuk la kematian arthur linton (1886 - cyclist) - terlebih dos trimetil
thomas hicks (1904 - marathon olympic) hampir mati kerana pengambilan ramuan brandi & strikinin
kematian kurt jensen (1960 - cyclist olympic) kerana terlebih dos amphetamine & anti-doping
ben johnson (sprinter) disahkan positif steroid anabolik pada tahun 1988.. etc etc etc..
sampai la tahun 2007 - micheal rasmussen (cyclist denmark) digugurkan drpd le tour de france,
marion jones (sprinter america) mengaku mengambil steroid & memulangkan semua pingat emasnya

atlit malaysia? rasanya dulu pernah kecoh pasal azmi ibrahim (sprinter) yg dah kena ban pun,
kes atlit angkat berat dari sabah, kes 3 pemain sepak takraw positif morfin (aznan raslan,
haniff azman, & firdaus abdul ghani), kes pelumba basikal negara pada tahun 2006 dulu tu..
& maybe ramai yg still ingat- kes indra putra mahayuddin (bolasepak) - positif ganja.. etc etc

banyak la - kes2 salahguna dadah dalam sukan kat malaysia/antarabangsa ni
mmg xleh dipisahkan lagi agaknya.. sigh~
Page: [1]
View full: Pengambilan dadah dalam bidang sukan