Syd posted on 31-12-2007 12:14 PM

Harta karun @ Malaysia

Post Last Edit by Syd at 16-10-2009 12:32

Perairan Malaysia khazanah harta karun
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my

Banyak kapal bawa barang dagangan berharga karam akibat langgar batu karang, dibedil dalam perang

JAUH dalam kegelapan dasar laut yang terselindung di beberapa lokasi rahsia di perairan negara ini, tersembunyi beberapa khazanah misteri berusia ratusan tahun tanpa disedari sesiapa.

Selama beratus tahun itu jugalah khazanah berkenaan terpegun melewati masa. Kehadirannya di dasar laut yang asing itu sekadar menjadi mainan dan lokasi kediaman buat ribuan ikan dan hidupan laut.

Sehinggalah kira-kira 30 tahun lalu, dengan penuh persoalan yang membenih pada minda, beberapa penyelidik mula menyelam di dasar lautan perairan negara bagi meneroka lokasi misteri khazanah berkenaan.

Selepas beberapa ketika mencari pada pelbagai tempat di dasar laut, akhirnya penyelidik menemui satu bentuk tinggalan aneh yang terdampar di dasar lautan luas itu.

Selepas diamati dan didekati, akhirnya penyelidik terbabit menyedari bahawa di dasar Laut China Selatan dan Selat Melaka di negara ini, tersimpan banyak warisan kapal karam purba yang turut menenggelamkan bersamanya khazanah ‘harta karun

hyie posted on 31-12-2007 12:18 PM

menarikk!!!

musangbuluayam posted on 31-12-2007 12:43 PM

ape kerajaan @ pihak muzium wt ngan brg tu....
kalo nk letak kt muzium cm belambak sgt...
mst korupsi...

CRK posted on 1-1-2008 08:20 AM

sesiapa yg berkesempatan boleh kunjungi muzium di taiping. ada beberapa artifak daripada kapal2 karam yg disenaraikan tu.

rajamelewar posted on 1-1-2008 11:24 AM

Menarik kalau buat treasure hunt ni :lol:

homer_simpson posted on 2-1-2008 01:29 PM

kapal portugis flour de la mar (x tau btul ke tak) yg memunggah harta mahsyul emas permata dari istana2 melayu dah jumpe ke blom r??:o :o :o :o

homer_simpson posted on 2-1-2008 01:31 PM

Originally posted by musangbuluayam at 31-12-2007 12:43 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
ape kerajaan @ pihak muzium wt ngan brg tu....
kalo nk letak kt muzium cm belambak sgt...
mst korupsi...

black market r.. hehe.. pruntukan kerajaan mane cukup untuk muzium2.. hehe..:P:P

taiaha posted on 2-1-2008 04:51 PM

"It is believed the wreck was finally found 14 years ago and as you can imagine it caused a great deal of bickering over who it belonged to. Portugal, Malaysia or Indonesia whose waters the wreck lay in? An agreement was made between the Malaysian and Indonesian gov's, but to this day none of the treasure has surfaced and salvage operations remain top secret."
http://www.travelingarmchair.com/gallery/malaysia/gallery_melaka.htm
Here's another link, but the translation is poor:
http://naufragium.blogspot.com/2006/02/flor-de-la-mar-early-epilogue-of-lost.html

nik2121 posted on 2-1-2008 05:45 PM

Reply #8 taiaha's post

Ape kate paste je kat sini...

rajamelewar posted on 2-1-2008 05:53 PM

Ancient shipwrecks found
BY NELSON BENJAMIN AND ROYCE CHEAH
SINGAPORE: Three shipwrecks including one resembling a Portuguese warship have been discovered in the Straits of Malacca.  

Well-known Australian maritime archaeologist Dr Michael Flecker, who has carried out more than 100 explorations in numerous countries around the region, made the latest discovery during a blanket survey along the Straits last year.

At one location, I have found two vessels lying side by side, said Dr Flecker, who was reluctant to reveal the actual location to prevent looting.  

VITAL FIND: Pieces of broken porcelain ware are used as reference to identifying items found at shipwrecks.

He also revealed pictures he had taken of cannons, cannon balls, bones of animals that were consumed on the ships and broken Ming dynasty porcelain.

Dr Flecker is the managing director of Maritime Explorations and has been involved in underwater explorations for the past 20 years. He said the warship was located in an area between Pulau Upeh and Pulau Panjang off the coast of Malacca.

So far, based on our research which has been done some four nautical miles from the coast of Malacca (within Federal waters), the ship could have been a Portuguese vessel under the command of Admiral Coutinho. It sank in 1583 during a battle.
Dr Flecker: Based on our research the ship could be a Portuguese ship, under the command of Admiral Coutinho, which sank in 1583 during a battle

This is an important find as this shows that the locals resisted the Portuguese occupation of Malacca, he said, speculating that the ship could have been taken down by an Acehnese war fleet.
He said the ships were detected using sonar and their location and authenticity confirmed through dives.
Dr Flecker said although his findings were very preliminary, he was excited about the prospect of possibly finding what could be the oldest European ship found in Malaysian waters.

FODDER FOR THOUGHT: A cannon found at the wreckage site in The Straits of Malacca.
I am actually more interested in the area nearer the coast which is under state jurisdiction (within three nautical miles). If this is searched, the chances of finding more ships are much higher, he added.  
Dr Flecker said it was up to the state government to approve the permit to conduct his search within state waters, adding that he had submitted reports to the state government of his finds.

In Kuala Lumpur, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said he was aware of the find and that he had been informed of the progress and what had been done.
“I have also talked to the state government and if anything else develops, Dr Flecker should inform National Museum director-general Datuk Dr Adi Taha, and the Government will pick it up from there.
“Who knows? We might be uncovering something interesting,” he said.

http://i46.photobucket.com/albums/f110/rajamaya1/n_pg03flecker.jpg

http://i46.photobucket.com/albums/f110/rajamaya1/n_pg03cannon.jpg

http://i46.photobucket.com/albums/f110/rajamaya1/n_pg03porcelain.jpg
Source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/7/30/nation/14767522&sec=nation"]http://thestar.com.my/news/story.asp?file=...7522&sec=nation]

syakuntala posted on 2-1-2008 10:58 PM

penah tgk barang2 seramik ni..kat muzium negara,,,,sll nya kalu org awk yg jupe...pihak arkib atau muzium je kan yg nak beli?

rajamelewar posted on 3-1-2008 10:14 AM

Ini antara serpihan tembikar yang sy jumpa di pesisiran Selat Melaka. Salah satu daripadanya ada pottery mark pembuatnya (Copeland late Spode). Saya percaya ia dibuat diantara tahun 1847-1867. Mark itu membentuk sebuah 'crown' yang serupa dgn pembuatan tahun 1857. Tapi huruf2 didalamnya berbeza.

http://i46.photobucket.com/albums/f110/rajamaya1/IMG_2725.jpg
Depan

http://i46.photobucket.com/albums/f110/rajamaya1/IMG_2723.jpg
Belakang

http://i46.photobucket.com/albums/f110/rajamaya1/IMG_2720.jpg

http://i46.photobucket.com/albums/f110/rajamaya1/IMG_2722.jpg

Rujukan :
http://www.oldandsold.com/pottery/greatbritain21.shtml"]http://www.oldandsold.com/pottery/greatbritain21.shtml]

http://www.rubylane.com/shops/problem1/item/446x236362"]http://www.rubylane.com/shops/problem1/item/446x236362]

http://www.csbr19338.pwp.blueyonder.co.uk/New%20Backstamps%20Pages/Backstamps%20Copeland.htm"]http://www.csbr19338.pwp.blueyonder.co.uk/...%20Copeland.htm]

taiaha posted on 4-1-2008 01:48 PM

Good find there. More on the pottery manufacturer here:

http://thepotteries.org/potters/spode_copeland.htm

taiaha posted on 4-1-2008 01:52 PM

More on maritime archaeology and shipwrecks:

http://www.mingwrecks.com/Tgsimpang.html

rajamelewar posted on 5-1-2008 10:31 AM

Originally posted by taiaha at 4-1-2008 01:48 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Good find there. More on the pottery manufacturer here:

http://thepotteries.org/potters/spode_copeland.htm

Thank You :loveliness:

rajamelewar posted on 5-1-2008 10:37 AM

Saya ada jumpa satu coin mcm ni tp syg dah hilang

http://i46.photobucket.com/albums/f110/rajamaya1/_cor8010.jpg

Syd posted on 20-5-2008 05:28 PM

Perairan negara pusara harta karun

SEJARAH telah membuktikan bahawa perairan Nusantara pernah menjadi laluan perdagangan paling sibuk seawal abad ke-11 lagi dengan kedatangan pedagang-pedagang Arab, Cina dan India yang melakukan urusniaga dengan kerajaan pesisir seperti Sriwijaya, Majapahit dan Mataram.

Pada Abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara muncul sebagai sebuah pusat perdagangan rempah, emas, perak dan tekstil yang terunggul di rantau ini.

Ia bukan hanya dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara sahaja tetapi juga dari Eropah yang berusaha memonopoli perdagangan rempah dan menyekat penguasaan pedagang-pedagang Islam (Moor).

Fungsi Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa tersebut sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kedudukannya di lokasi yang strategik iaitu di tengah-tengah jalan laut yang menghubungkan antara dunia Barat dan Timur.

Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan antarabangsa mencapai kemuncak pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah.

Keadaan ini berterusan sehingga zaman kemasukan penjajah Portugis, Belanda, British dan Jepun, di mana semakin banyak kedatangan pedagang membawa pelbagai jenis barang dagangan

Dalam tempoh tersebut juga, banyak kejadian kapal-kapal dagang karam disebabkan pelbagai faktor termasuk dibedil ketika peperangan, dipukul ribut mahupun merempuh terumbu karang.

Kapal-kapal ini karam membawa bersama barang-barang dagangan mereka, sekali gus menjadikan dasar perairan di Nusantara khususnya di Malaysia sehingga kini sebagai ‘pusara

Syd posted on 20-5-2008 05:29 PM

Miliki harta karun beribu tahun

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI



http://www.utusan.com.my/pix/2008/0520/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.1.jpg
sebahagian artifek tembikar yang ada dalam simpanan Nor Ahmad.

MEMILIKI beberapa harta karun yang dipercayai artifak zaman dinasti diraja terawal dari China merupakan satu kepuasan baginya yang menunjukkan minat kepada pengumpulan barangan lama sejak sekolah rendah lagi.

Artifak yang dipercayai diperbuat pada tahun 201 Sebelum Masihi yang dinamakan Wine Fang Container diperoleh dari tapak bakal dijadikan perkuburan Cina di Semenyih.

Pengarah Urusan Dblack Auto Trading, Nor Ahmad Abdul Ghani, 48 memberitahu, artifak bekas air yang diperbuat daripada gangsa itu memperlihatkan imej empat ekor naga di setiap penjurunya.

Menurutnya, semasa ditemui keadaannya masih lagi baik walaupun tertanam berkurun lamanya.

Daripada pengamatan dan penyelidikan yang dilakukan oleh saya sendiri di Perpustakaan Negara, bekas air ini dipercayai telah berusia lebih 2,800 tahun.

“Ia digunakan sebagai bekas untuk menyimpan arak. Pada waktu itu dinasti beraja China, gangsa bukan sahaja dijadikan barangan harian, peralatan bekerja dan senjata masyarakat purba tetapi memperlihatkan seni yang menakjubkan.

“Dipercayai artifak itu adalah sepeninggalan rombongan dari China yang datang berdagang di Tanah Melayu pada waktu itu.

“Pernah saya ditawarkan dengan harga RM500,000 tetapi saya tidak mahu menjualnya kerana nilainya bukan sekadar itu, ia lebih tinggi lagi kerana di negara China sekali pun, barangan ini sudah tidak dapat diperoleh. Ia suatu artifak yang begitu berharga,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, selain bekas air itu, koleksi yang istimewa yang tersimpan di rumahnya ialah pedang yang diperbuat pada 1819 yang diperoleh dari Indonesia tetapi berasal dari China.

“Dipercayai pedang itu adalah milik Presiden Indonesia Pertama, Sukarno. Di dalam pemegangnya terdapat piagam dan surat daripada anaknya, Megawati Sukarnoputri yang membenarkan pedang itu dibawa keluar dari Indonesia.

“Saya memperolehnya apabila seseorang menyerahkannya ketika saya melawat makam Sukarno di Tanjung Kodok, Indonesia,’’ jelas bekas pegawai tentera darat ini.

Satu persatu koleksi harta karunnya ditunjukkan kepada penulis, maka tidak hairanlah kediaman setingkatnya telah kelihatan seperti muzium.

Kini jumlah koleksi dalam simpanan Nor Ahmad telah menjangkau ratusan, namun itu masih tidak memberi kepuasan baginya kerana banyak lagi barangan yang ingin dimiliki.

Malah, dia sanggup pergi ke sana ke mari jika kedengaran ada barangan unik walaupun ke luar negara sekali pun.

“Teko hitam ini dipercayai berasal daripada Dinasti Ming. Sesuatu yang menarik mengenai teko ini ialah terdapatnya kalimah Allah di bahagian hadapannya dan cap mohor berkepala naga.

“Ia saya peroleh di Janda Baik, Pahang dan artifak ini dipercayai tinggalan pedagang China yang beragama Islam yang datang ke Tanah Melayu,’’ kata bapa kepada empat orang anak ini.

Nor Ahmad yang berasal dari Taiping, Perak, menjelaskan, loceng tembaga juga dipercayai daripada Dinasti Ming dijumpai di tepi laut di Skudai, Johor.

Beliau turut menunjukkan koleksi cawan naga China yang boleh berubah warna iaitu daripada warna coklat gambar naga tersebut ke warna merah apabila diisi dengan air panas. Sesuatu yang menakjub, apabila diminum, airnya sejuk.

“Ia merupakan alat perubatan dari negara China pada zaman dinasti beraja,’’ katanya.

Mengorek cerita apakah barangan yang pertama dikumpulnya, Nor Ahmad berkata, botol air minuman iaitu Coca Cola, FN, Sarsi dan Orange yang dibeli sejak berusia tujuh tahun. Kini ia telah berusia hampir 40 tahun dan masih tersimpan cantik dengan kandungan airnya yang asal.

“Sejak itu, saya mula minat dan banyak barangan peninggalan nenek moyang saya yang berasal dari Patani menjadi koleksi saya.

“Contohnya, dulang tembaga tanpa ukiran yang berusia 400 tahun. Ia digunakan semasa zaman kesultanan Melayu. Dahulu, datuk saya penghulu di Pulau Tiga, Perak dan boleh dikatakan mewah juga, oleh itu banyak barangan kelas atasan yang kini milik saya seperti jug kaca biru yang hanya orang kaya mampu memilikinya,’’ katanya.

Menurut graduan kejuruteraan kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini lagi, koleksi yang lain ialah baju songket pengantin yang berusia 120 tahun, timbang emas buatan Jerman yang diperbuat pada tahun 1932, pengisar kopi berusia 60 tahun, tiga buah kereta mini berusia 40 tahun, kerusi malas (100 tahun), koleksi duit, radio lama, telefon lama dan beg arwah biduanita Saloma, paip Cina daripada gading gajah dan lain-lain.

Pemilik kedai kereta terpakai ini memberitahu, pernah dia membuka kedai antik dua tahun lalu kerana ketiadaan tempat untuk menyimpannya, namun terpaksa ditutup untuk menceburi bidang lain.

Menjadikan rumah sebagai muzium penyimpan barangan lama bukanlah mudah kerana banyak keanehan yang berlaku. Ini kerana kebanyakan pemiliknya telah meninggal dan mungkin mempunyai ‘penjaganya

taiaha posted on 21-7-2008 03:21 PM

Hmm, interesting piece about the bronze vessel. I have seen a few examples in museums. Here's another link on shipwrecks:
http://maritimeasia.ws/topic/malaysia.html

Syd posted on 24-7-2008 12:23 PM

MERSING: Kegiatan mencuri artifak bernilai tinggi dari kapal karam di perairan Johor terutamanya di sekitar Mersing dan Sungai Johor berlaku secara berleluasa sehingga menyebabkan negara kerugian jutaan ringgit, kata Persatuan Sejarah Negeri Johor.

Lebih buruk lagi, kegiatan yang didalangi sindiket berpangkalan di negara jiran dan dibantu penyelam tempatan itu, turut mengakibatkan negara kehilangan sebahagian daripada warisan sejarahnya sendiri, kata anggota jawatankuasa persatuan itu Zaaba Abdul Samad.

Katanya pencuri artifak itu dipercayai menyamar sebagai pelancong yang mahu menyelam untuk melihat keindahan dasar laut di Mersing.

¡°Kegiatan haram itu selalunya dilakukan pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan pemerhatian daripada penduduk tempatan,¡± kata Zaaba.

Selepas berjaya menemui lokasi kapal karam terbabit, penyelam akan membawa naik muatan artifak sejarah seperti tembikar dinasti maharaja China yang bernilai tinggi di pasaran antarabangsa.

Artifak bersejarah itu akan dibersihkan daripada lumpur serta selut dan diseludup menyeberangi Tambak Johor ke Singapura di mana penjual dan pembeli yang bergiat di pasaran haram antarabangsa sedia menunggu.

Harga pinggan tembikar dinasti Ming umpamanya dipercayai boleh mencecah antara RM300 dan RM600 sekeping di pasaran artifak sejarah antarabangsa.

Zaaba berkata kapal-kapal silam yang karam di perairan Mersing itu sekitar 14001800 dipercayai ketika itu sedang dalam pelayaran ke China, India atau Melaka, sebelum karam akibat ribut taufan, serangan lanun atau terlanggar batu karang.

Katanya Pulau Tioman, yang dikenali dengan nama ¡°Timon¡± dalam kalangan pedagang Eropah pada zaman dahulu, turut menjadi destinasi persinggahan kapal dagang asing untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti air bersih.

Seorang penyelam bebas tempatan yang mengakui pernah terlibat dalam kegiatan sindiket mencuri artifak di Mersing itu berkata beliau ditawarkan bayaran yang tinggi untuk menyelam di lokasi yang dipercayai mengandungi bangkai kapal karam itu.

¡°Bayaran bagi tugas menyelam itu boleh mencecah sehingga RM2,500 sehari. Peralatan yang digunakan sindiket terbabit untuk mengesan kapal karam di dasar laut itu seperti sonar amat canggih.

¡°Kebiasaannya, bagi selaman yang berjaya, kami akan membawa naik muatan kira-kira 1,000 porselin pelbagai zaman jenis. Barangan tersebut akan dijual di Singapura dengan harga yang amat tinggi,¡± kata penyelam itu yang enggan namanya disiarkan.

Katanya beliau juga pernah mendapat tawaran daripada seorang ahli perniagaan Singapura untuk menyelam di dasar perairan Pulau Pisang untuk mengesan kapal dagang silam yang karam bersama muatan berharga.

Jabatan Muzium Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan menyedari tentang kegiatan sindiket-sindiket mencuri artifak dasar laut di perairan Mersing itu, dan menurut seorang pegawainya, perkara itu dilaporkabn kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Menurutnya, usaha mencari artifak bersejarah di dasar laut dalam lingkungan 12 batu nautika perairan negara memerlukan lesen daripada jabatan itu.

¡°Kajian kami mendapati lebih daripada 100 buah bangkai kapal dagang silam, termasuk yang membawa muatan bernilai, berada di dasar laut perairan Mersing,¡± katanya.

Perairan Batu Puteh dan Terumbu Karang Tengah di Pengerang turut dipercayai mengandungi bangkai kapal-kapal dagang silam yang karam bersama muatan yang termasuk jongkong emas.

¡°Pelayaran kapal-kapal dagang Eropah sama ada milik Belanda atau Portugis yang membawa muatan berharga terutamanya emas telah dicatat dengan jelas dalam jurnal-jurnal pelayaran mereka,¡± kata pegawai itu. BERNAMA

highlander07 posted on 26-7-2008 08:34 AM

Jual kan aje artifak utk bantu rakyat utk pasang alat NGV..:shakehead3:

Syd posted on 28-9-2009 10:46 AM

Barang kemas timbul dari tanah

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0927/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg
SEBAHAGIAN koleksi gelang dan rantai yang dikatakan keluar dari tanah di Kampung Muhibbah, Tapah.

TAPAH - Seorang warga emas, Hamidah Bakar, 65, tidak menyangka kawasan di halaman belakang rumahnya rupa-rupanya tertanam berguni-guni harta karun yang didakwa berusia ratusan tahun.

Semuanya bermula pada akhir tahun 2004, apabila seorang kenalan beliau dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu' iaitu harta karun yang tertanam di dalam tanah.

Bagaimanapun menurut Hamidah yang tinggal di Kampung Muhibbah di sini, untuk mengeluarkan harta karun itu, ia mestilah melalui proses 'menarik' yang disertai dan diketuai kenalannya dari negara jiran itu.

Antara syarat yang diperlukan untuk mengeluarkan harta itu, seramai tujuh orang diperlukan untuk berzikir serta membuat beberapa persediaan lain di kawasan yang didakwa mengandungi harta berkenaan.

Selepas, semua upacara itu selesai, salah seorang daripada tujuh orang dalam kumpulan berkenaan akan diminta untuk mengambil harta karun tersebut yang dikatakan timbul dari tanah.

Menurut Hamidah, harta-harta yang timbul itu pula kemudiannya akan dibahagi-bahagikan kepada semua tujuh orang yang berzikir tersebut.

Katanya, sehingga kini, beliau masih menyimpan harta karun itu yang terdiri daripada rantai, gelang, subang dan cincin yang timbul dari tanah belakang rumahnya.

Sementara itu, seorang daripada tujuh sekawan berkenaan, Kamaluddin Mohd. Zain, 70, pula menegaskan, perbuatan mencari harta karun tersebut tidak ada kena-mengena dengan perbuatan memuja.

"Tidak ada unsur-unsur pemujaan atau penggunaan ilmu hitam," katanya.

Katanya lagi, upacara menarik harta karun tersebut hanya berlangsung sekitar 20 minit serta dilakukan selepas solat Maghrib dan bukannya pada waktu tengah malam.

Menyentuh mengenai jenis harta karun yang dijumpai, jelas Kamaluddin, kebanyakan yang timbul adalah rantai, gelang, subang dan cincin yang dipercayai berusia ratusan tahun.

Syd posted on 28-9-2009 10:48 AM

Harta karun milik pembesar lama

Oleh ZULKIFLI MANZOR
berita@kosmo.com.my

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0928/Kosmo/Negara/ne_03.1.jpg
KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim tidak menolak kemungkinan harta karun yang ditemui penduduk di Kampung Muhibbah, Tapah, Perak mungkin milik bekas pembesar pada era penjajahan jika ia benar-benar tertanam di kawasan itu.

Bagaimanapun, menurutnya, tidak banyak peristiwa atau sejarah berlaku di situ yang boleh dikaitkan dengan penemuan harta karun berkenaan.

"Hairan juga kerana tidak banyak sejarah penting yang boleh dikaitkan dan sekiranya benar ia harta karun, mungkin ia milik bekas pembesar di situ pada zaman dahulu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai sekumpulan penduduk di Kampung Muhibbah, Tapah yang mendakwa mendapat harta karun yang timbul dari tanah di belakang rumah mereka.

whadda posted on 15-10-2009 05:38 PM

hohoo...besnye klo dpat barang kmas tuh....:2lol:

edy137 posted on 15-10-2009 05:42 PM

perghh.. free2 aje dapat ekk.. syok woo... tapi yang dapat mesti laa orang2 yang zuhud.. kalau kita2 ni yang dapat, alamatnye memang belanja sakan laa gamaknyerr.. heheh..
Page: [1] 2
View full: Harta karun @ Malaysia