eastrun posted on 9-1-2008 03:48 PM

UBATI rabun jauh cara Islam

Assalammualaikum

Saya nak tanya, ada tak Rasulullah sampaikan / ajarkan cara-cara merawat mata yang rabun?. Kalau ada, boleh tak kongsikan.

Terima kasih

tarabas1976 posted on 9-1-2008 04:54 PM

maser pegui umrah dulu, kat  mekah ngan madinah, sangat susah nak jumpa orang Arab yang pakai spek. Begitu juga masuk ke bazaar/ kedai dieorang tak juimpa lagi kedai wat spek atau dentist.

Mak akui tanyer pada ddieorang, naper boleh dikatakan tak nampak Pak Arab yang pakai spek. So, Pak Arab yang ditanya nie kata, disebabkan penggunaan kayu sugi sebagai amalan seharian, mata dan gusi menjadi sihat serta gigi tak mudah tanggal. Wallahualam.

gadiz posted on 9-1-2008 04:56 PM

waalaikumsalam...
yg nie sy baru je dengar dari dato' fadillah kamsah hari tu... untuk mengurangkan mata rabun bile bangun dari tido amik air kt lelangit lidah tu n letak kt mata n baca selawat kt atas nabi muhammad s.a.w... die kata die dh amal kan dr dulu n now dengan izin allah di dh buang cermin mata... tapi nk lebih sure tgu je lah org2 yg lebih arif post kt sini ye.. :D

rhys88 posted on 9-1-2008 05:09 PM

Reply #3 gadiz's post

bagus nih. haku nak terai la..:D

gadiz posted on 9-1-2008 05:18 PM

nk tambah ckit... ms nk amik air tu amik dua2 ibu jari n letak je kt lelangit tu n then letak kt mata.. lebih kurang camtu lah :D

CBS_2039 posted on 9-1-2008 05:40 PM

bagus la petua nih, leh try..ada x petua camner nak hilangkan penyakit juling??:lol:

daudkaran posted on 9-1-2008 05:45 PM

Reply #6 CBS_2039's post

basahkan ujung jari skit,pas tu korek pusat & sapukan jari yg dikorek dgn pusat tadi tuh kt kelopak mata yg juling:D

Ustaz_SUFI posted on 9-1-2008 08:59 PM

alhamdulillah aq x rabun ... :loveliness:

kroit92 posted on 9-1-2008 09:16 PM

Reply #8 Ustaz_SUFI's post

sufi, ko ader mintak teknik ke? :o

ibnur posted on 9-1-2008 11:15 PM

Setahu aku ada petua turun temurun iaitu lepas lafaz ashhaduanna Muhammad Rasulullah dalam azan tu. kena kan lidah pada hujung 2 ibujari dan sapu kat mata bersama doa yang aku sendiri tak hafal.

yang ni aku rasa tak ada dalam memana hadith.  setahu aku, hadith suruh jawab azan seperti apa yang di azankan.

tapi kalau nak ikhtiar tu rasanya okay kot, cuma jangan katakan ia dari Nabi s.a.w.

pipi posted on 10-1-2008 12:27 PM

Assalamu'alaikum w.b.t.

Bismillahirrahmannirrahim....

Di sini, pipi ada cara yang lebih praktikal. Jika boleh, buat pada malam bulan mengambang penuh.

Ambil posisi yang paling selesa. Kemudian, pandang bulan itu. Fokus, sehingga tidak lagi kabur. Sementara memandang bulan, berzikirlah dan berdoa kepada ALLAH SWT Yang Maha Mendengar Setiap Sesuatu; agar dipulihkan kembali penglihatan mata. Zikir tak kisah nak zikir apa pun, jika boleh zikir lah sesuatu yang ada kaitan dengan apa yang dipohon; contohnya  Wahai Yang Maha Melihat.

Bulan mengambang penuh diperlukan bagi memberikan sensasi dan fokus yang lebih ketika merawat mata. Jika tak mampu untuk menunggu bulan penuh, bulan sabit pun boleh. Tidak menjadi masalah. Bulan dijadikan sebagai subjek utama, adalah disebabkan dirinya bulan itu terletak jauh dari bumi (berbanding pokok, bangunan, etc) dan dirinya bulan itu berada dalam jisim yang lebih besar berbanding bintang-bintang ataupun planet-planet.

Malam diperlukan supaya mata dapat memberikan fokus terus kepada bulan. Dan bulan bukannya mengeluarkan cahaya, tetapi hanya sebagai "cermin" bagi cahaya matahari. Justeru, tiada masalah energi-energi lain yg boleh merosakkan mata seperti UV dan lelain (tidak seperti kita memfokuskan mata kita ke matahari).

Disebabkan nak "mencari" bulan agak sukar, (jangan pergi pandang bulan pada bendera tuuu), cuba-cubalah fokus kepada pokok hijau (ketenangan) sementara tunggu bulan kembali penuh. :)

Insya'allah, dengan yakin berterusan berdoa kepada Allah serta kegigihan dan latihan yang sempurna, penglihatan akan kembali pulih.


Wassalam

[ Last edited by  pipi at 11-1-2008 02:52 PM ]

indah1285 posted on 10-1-2008 12:49 PM

Baca doa ni pg dan ptg...( slepas solat subuh n asar - pun sebaik2nya dibaca selalu bila2 masa)  ini adalah antara doa2 ma'thur... boleh didapti dlm ma'thurat...


Allahoma 'afini fii badani. Allahomma 'afini fii sam 'i. Allahomma 'afini fii basori.


~ Allahumma. sihatkanlah badanku, Allahumma, sihatkanlah pendengaranku, Allahumma, sihatkanlah pengelihatanku.

abemus posted on 10-1-2008 06:13 PM

pipi..thanx..
aku nak cuba nanti.
mata nie makin rabun la,spek makin tebal...:L :L

eastrun posted on 10-1-2008 06:28 PM

Reply #12 indah1285's post

Thanks In...mudah ni..InsyaAllah

eastrun posted on 10-1-2008 06:31 PM

Reply #11 pipi's post

Yg bulan mengambang penuh tu pada waktu bila...tarikhnya..adakah berbeza-beza setiap bulan?:$

Marr posted on 11-1-2008 12:04 AM

A'kum,

Amalan tambahan mencerahkan mata, Insyaallah.

1.  Bacakan Surah Al-Fatihah Sebanyak 41 kali antara solat sunat dan fardu.  Kemudian tiupkan pada bahagian belakang kedua-dua ibu jari lalu diusap pada kedua-dua mata.

2.  Bacakan ayat 93 dari Surah Yusuf dan ayat 22 dari Surah Qaf tiap-tiap satu 3 kali selepas tiap kali selesai mengerjakan solat.  Tiupkan pada belakang ibu jari kedua-dua belah tangan dan usapkan pada mata.

3.  Membaca Surah Al-Qadar sambil merenung ke langit di dalam keadaan berwuduk.

Dikatakan amalan-amalan di atas mujarab sebagi ikhtiar mengubati sakit mata, Insyaallah..

pipi posted on 11-1-2008 02:54 PM

Reply #15 eastrun's post

Assalamu'alaikum w.b.t.

Bismillahirrahmannirrahim..

eastrun, jika ingin melihat bulan penuh, boleh rujuk BULAH ISLAM (Hijrah). Kebiasaannya, pada hari ke-14 dan ke-15 dalam bulan Islam.  Sebelum ini pipi ada beritahu, 2 kali bulan penuh pada setiap bulan. Sebenarnya salah, 2 kali tu sepatutnya 2 kali bulan sabit dalam sebulan (kembali seperti tandan tua surah Yaasiin 39).

:loveliness:

pipi posted on 11-1-2008 02:56 PM

Assalamu'alaikum w.b.t.

Bismillahirrahmannirrahim..

Doa yang diberi oleh In :
Allahoma 'afini fii badani. Allahomma 'afini fii sam 'i. Allahomma 'afini fii basori.


~ Allahumma. sihatkanlah badanku, Allahumma, sihatkanlah pendengaranku, Allahumma, sihatkanlah pengelihatanku.


Dan amalan oleh Marr

3.  Membaca Surah Al-Qadar sambil merenung ke langit di dalam keadaan berwuduk.

Boleh digunakan juga ketika melihat (skodeng) bulan purnama. Selain itu, banyakkan melihat ketenangan. Lihat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan. :)

cik_ani73 posted on 11-1-2008 03:30 PM

terima kasih semua. aku pun tergolong orang-orang yang rabun almaklumlah
bila semakin dewasa nie.;P ;P

warak12 posted on 12-1-2008 10:14 AM

terima kasih laa.. aku dapat ilmu lg ari nie...

Dulcy posted on 13-1-2008 09:55 PM


yg nie sy baru je dengar dari dato' fadillah kamsah hari tu... untuk mengurangkan mata rabun bile bangun dari tido amik air kt lelangit lidah tu n letak kt mata n baca selawat kt atas nabi muhammad s.a.w... die kata die dh amal kan dr dulu n now dengan izin allah di dh buang cermin mata...


bila kater mata tu kan, kelopak mata ker, bijik mata ha??

kasturi posted on 6-2-2012 04:00 PM

bila kater mata tu kan, kelopak mata ker, bijik mata ha??
Dulcy Post at 13-1-2008 21:55 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

kelopak mata (kulit luar biji mata)...
kalo usap biji mata, boleh merosakkan mata anda...

di samping petua kat atas boleh juga amalkan makan jus sawi, bilberi, lobak, dan betik masak...

rdzaccess posted on 9-2-2012 12:00 AM

Salaam
Untuk amalan boleh amalkan seperti ini :

Kedua hujung ibu jari di tekapkan ke mulut lelangit bahagian atas,
Kemudian di sapukan ke mata dengan cara daripada pangkal hidup di urutkan ke mata melurut keluar ( menghala ke telinga )
Lakukan sebanyak tiga kali berturut turut.
Semasa melekapkan di pangkal hidung maka berselawatlah ke atas Nabi.

( ini aku dapat dari arwah sutradara M.Amin )

rdzaccess posted on 9-2-2012 12:10 AM

Ambil tiga helai daun sirih dari pokoknya ( kira fresh lah )
Kemudian di ramas ramas hingga hancur di dalam air.
Tapis air tersebut untuk mengasingkan bahagian yang kasar.
Kemudian basuh mata tersebut.
Cara membasuh : air sirih yang telah ditapis dimasukkan ke dalam mangkuk yang boleh memuatkan seluruh muka.
Rendam muka ke dalamnya sambil menahan nafas tetapi mata hendaklah di buka dan di kebil kebilkan ( terkebil kebil atau pejam celik )
Angkat muka daripada mangkuk tersebut sebelum anda hilang pernafasan sepenuhnya.

Implikasi : mata anda akan berasa pedih dan berwarna sedikit kemerahan.
Setelah di sapu muka denga tuala lihatlah ke dalam air tersebut.
Peerhatikan , akan terdapat benda benda halus berwarna hitam dan juga aliran lendir yang bertali.
Pada permulaan buatlah seminggu sekali ( untuk minggu pertama ) dan dua kali pada minggu kedua dan seterusnya dengan masa bertenang sehari setiap sesi.

Mata menjadi terang , bertambah tajam pemandangan dan refleks bertambah.
Aku dah buat dan tidak memerlukan cermin mata....tapi hanya dapat bertahan 3 bulan cuma kerana pokok sirih tersebut mati kerana tiang TNB di tukar baru....:'(

pandaniw posted on 9-2-2012 10:57 PM

Reply 24# rdzaccess


salam,

waa..bagus petua ni,

eh nak tanyalah. Dulu saya ada beli satu jenis batu yang dijual di masjid lepas solat Jumaat.

Batu tu saya dah lupa nama dia, tapi orang yang jual tu cakap batu tu selalu digunakan oleh penduduk Tibet
untuk mencuci mata mereka. Kesannya, mata jadi cerah, baik untuk merawat rabun dan tidak letih serta banyak perkara positif lain.
Sesuai juga untuk orang yang selalu bekerja menggunakan pc.

Saya terpengaruh dan terus beli. Sebab, power mata saya kiri 300, kanan 250.
Cara pakainya rendam sahaja batu tersebut ke dalam air mineral sepenuh penutup botol
dan dibiarkan dalam beberapa minit. Selepas itu amik batu tu, dan titiskan air yang melekat kat batu tu ke dalam mata.
Masa tits tu, mak uih..pedih bebenor...saya amalkan dalam beberapa bulan...sya cuba istiqomah walopun setiap kali isi, berpinor biji mata,
tapi memikirkan untuk sembuh rabun jauuh ni, gigihlah mengamalkannya....

Tapi yang amat mendukacitakan saya, mata saya tiada pun perubahan ke arah cerah ke atau apa2 ke, rabun tetap juga rabun,
dan lebih malang lagi sekarang ini, pandangan mata saya ada titik-titik hitam seolah macam berpasir...Saya jadik risau, adakah
mata saya sudah rosak atau ke arah menjadi buta?...Ada sesapa tau tak apa sebabnya? Setakat ni saya tak pergi pakar mata lagi utk check...
Bila saya pejam mata, bayang2 titik itu masih kelihatan dan saya suspek, ia muncul dari dalam retina..abislah mataku dahhhh :'(

Ringkas citer, sekarang menyesal sangat sebab dulu2 tak fikir panjang untuk beli 'menatang' tersebut...dah lepas nak wat camno laeiiiii....
citer smpi berbuih mulut mcm Dato' Sabery Chik pun dah tak guna..

Persoalannya sekarang, ada sesapa tau tak apa benda yang muncul dari pandangan dalam mataku itu, dan ada cara tak nak hilangkan
bintik2 hitam itu? Atau adakah ia akan kekal sampai hujung umur saya?....:mad:
Page: [1] 2 3
View full: UBATI rabun jauh cara Islam