wardatulhamra Publish time 29-1-2008 01:35 PM

poh kong nye upah memang mahal...:mad:

beli gelang dia yang tranz collection, ya amat mahal..jatuh upah dalam 1000++ tmasuk harga pattern design kot...

wardatulhamra Publish time 29-1-2008 01:36 PM

apa beza emas 916 dan lain lain... dan cemna nak beza?

myhazil Publish time 29-1-2008 02:05 PM

Reply #42 wardatulhamra's post

hak ah..macam saya slalu beli habib dan poh kong...poh kong memang mahal la...dari sudut kos upah dan juga harga trade in...bayangkan ye...kalau pohkong susut harga trade in 25% dari harga semasa. ini jika kita nak trade in dengan cash manakala 20% trade in dengan emas baru...jika habib..susut nilai hanya 0.05% dari harga emas semasa...ini saya pergi habib alamanda..tak tahu la pulak habib yang lain...so far saya puas hati ngan habib berbanding poh kong...

wardatulhamra,
kalau emas 916, slalunya dia akan tulis pada rantai, cincin etc...kecik jek tulisannya..ini menandakan memang barang tersebut adalah barang kemas 916...dan lagi satu, emas 916 tidak boleh diikat ataupun diselitkan dengan batu-batu..kerana ianya terlalu lembut....lagi satukan, bagi sesiapa yang berpengalaman la, kita boleh kenal emas 916 ini tulen ataupun tidak dengan sekilas pandang sahaja...warnanya memainkan peranan..walaupun polish macamana berkilat sekalipun, kita boleh bezakan...tapi nih untuk yang slalu main dengan emas la..

untuk 999 pula, warna dia lebih jernih...ini disebabkan ianya pemprosesan dia lebih terperinci...999 juga tidak boleh diikat dengan batu kerana terlalu lembut...

selalunya cincin yang bermata/berbatu, kita gunakan emas 750...harga dia lebih murah berbanding 916 dan 999 kerana campuran bahan lain...erm lagi satu, org kata la kan, emas kelantan pun tidak dikategorikan dengan emas 916..dia ada gred dia tersendiri...nampak pun boleh tahu sebab apa, bile lama-lama, emas dia akan jadi lebam dan kusam...nampak macam merah sikit...harga dia pun murah berbanding 916/999...so jangan terpadaya jika nampak emas yang merelip-merelap bile pergi kenduri tu kununnya emas 916/999...

heheeheh..ni berdasarkan pengalaman....memang suka tengok emas-emas nih..tapi apakan daya ekonomi tidak mengizinkan...sikit-sikit tuh boleh la...

medangmru Publish time 29-1-2008 02:12 PM

Originally posted by wardatulhamra at 29-1-2008 01:36 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
apa beza emas 916 dan lain lain... dan cemna nak beza?

apa yg aku tahu, emas ni mmg byk jenisnyer dan bergantung kepada peratusan ketulenannnya. Ukuran ketulenan ( purity Measuement ) dalam unit K ( carat ) ....

kalau x silap aku....ada beberapa jenis emas : Emas 999 ( emas paun -hampir 99% emas tulen--> 24 carat) , emas 916 ( 22 carat ) , emas 833 ( 20 carat ) , emas 750 ( 18carat ) , emas 625 ( 15 carat ) , emas 585 ( 14 carat ) , emas 417 ( 10 carat ) dan emas 375 ( 9 carat ) :-Secara ringkasnya : dipetik dr internet :-

The carat (abbreviation ct or K) is a measure of the purity of goldand platinum alloys. In the United States and Canada, the spellingkarat is used, while the spelling carat is used to refer to the measureof mass for gemstones (see Carat (mass)). As a measure of purity, onecarat is 1/ 24 purity by mass:

Therefore 24-carat gold is pure (100% Au w/w), 18-carat gold is 75% gold, 12-carat gold is 50% gold, and so forth.

The carat system is increasingly being complemented or superseded bythe millesimal fineness system in which the purity of precious metalsis denoted by parts per thousand of pure metal in the alloy.

The most common carats used for gold in bullion, jewellery making and by goldsmiths are:

1. 24 carat (millesimal fineness 999)
2. 22 carat (millesimal fineness 916)
3. 20 carat (millesimal fineness 833)
4. 18 carat (millesimal fineness 750)
5. 15 carat (millesimal fineness 625)
6. 14 carat (millesimal fineness 585)
7. 10 carat (millesimal fineness 417)
89 carat (millesimal fineness 375)

zamirra Publish time 29-1-2008 02:52 PM

tima kasih pada semua yg memberi info ttg emas dlm thread ni...sayang uols!!!:loveliness:

2 kedai je aku slalu beli emas...habib dan wah chan, design mrk cantik2 belaka...yg lain2 tu tak konfiden sgt!:$

wardatulhamra Publish time 29-1-2008 03:19 PM

;P Originally posted by myhazil at 29-1-2008 02:05 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
hak ah..macam saya slalu beli habib dan poh kong...poh kong memang mahal la...dari sudut kos upah dan juga harga trade in...bayangkan ye...kalau pohkong susut harga trade in 25% dari harga semasa ...

haah..bila dah beli dan tgk resit baru pasan pasal trade in dia..

kalo kita beli kat poh kong... jual kat habib atau kedai emas lain cemna yek..

sebab selalu kita bayang...ada emas ni utung... sesak sesak bleh jual.. tapi tgk gaya poh kong..cam rugi jek nak jual :'( .. tak cover harga upah pun!

skrg ni sedapkan ati... beli tranz, so kedai emas lain takde pattern tu.. hanya ada di poh kong jek..

nak pergi habib, tapi kat area kita takde outlet habib..

bukan pe..sebab masa beli tak berani nak bawa tunai yang banyak... cam ariktu kawan nak beli gelang..bawak cash RM5000..
erk...kita tak berani.. so beli pakai CC, peh tu bayo..

orang lain kalo beli mmg stail bawa tunai ke?

wardatulhamra Publish time 29-1-2008 03:22 PM

Originally posted by medangmru at 29-1-2008 02:12 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


apa yg aku tahu, emas ni mmg byk jenisnyer dan bergantung kepada peratusan ketulenannnya. Ukuran ketulenan ( purity Measuement ) dalam unit K ( carat ) ....

kalau x silap aku....ada bebera ...

frankly speaking...
kita mmg tak tau karat tu refer ada apa..
kalo bc papaer orang beli cincin 20 karat.. kita mengiyakan jek..sebab tak tau beza..

sebab ingat ke emas ni sume sama,,... hehe..

mekaceeh medang

myhazil Publish time 29-1-2008 03:42 PM

Reply #47 wardatulhamra's post

pasal nak trade in ni, kalau poh kong dia leceh sikit...ala bukan leceh apa pun, dia kalau boleh nak ade resit yang mengatakan kite beli kat pohkong jugak..kire kununnya macam langkah keselamatan diaorg la kut...tapi tengok branch jugak..dulu saya pergi branch puchong, leceh jugak..siap rendahkan harga tradeinif kite tak de resit...ala..tu mainan cha ya nun alif jek tuh...

lagi satu, macam saya kan, beli emas nih dah set dah untuk perlaburan...jadi saya tak tekankan sangat pasal patern...kalau ada sikit tuh ok la...tapi tak de la sanggup berabis untuk bayar kos upah saja..sebab nanti nak leburkan jugak...tapi saya akan makesurekan yang saya beli memang emas padat...tak beli yang lompong punya..setengah tuh, namapk jek besar tapi dalam dia kosong...

wardatulhamra Publish time 29-1-2008 03:50 PM

Reply #48 myhazil's post

tu la yang saya silap.. dan terpaksa la sedapkan hati:'(

tapi mmg emas padat, dan bukan pattern bunga bunga.. dan tidak kosong
saya jarang beli emas..kiranya first time saya beli emas... haha, pengajaran betui..alamatnya mmg takkan tukar gelang lain selagi tak cover kos... hehehe...

selalu berporum, tapi lupa nak ty kat kawan kawan dalam porum...

medangmru Publish time 29-1-2008 04:18 PM

Reply #46 wardatulhamra's post

sama mcm stail aku....biasanya belipakai cc...pehtu bayo esok kat Bank....elok gak tu...dapat point kan..:) :) :)

myhazil Publish time 29-1-2008 05:33 PM

Reply #50 medangmru's post

macam saya pulak tengok condition la...tapi slalunya guna cc..bukan apa takut gak nak bawak cash bebanyak...kang tercicir lak..then kena make sure jugak yang kite ade budget untuk harga tuh..nih kang main swap jek, pas tuh hujung bulan mula la bayar minimum payment jek...bagi saya, jika tak de, buat cara tak de, tapi kalau dah plan nak beli, saya akan buat budget dah dalam 3-4 bulan sebelumnya..maybe simpan dalam rm 500 ke rm 1000 sebulan...so dalam 3-4 bulan dah boleh beli satu item...then bayar habis dekat cc...so tak yah susah hati pasal 1.8% interest...

khasha Publish time 29-1-2008 08:19 PM

sekarang tengah tunggu habib buat sale lagi. bg saya untung lagi beli di habib time ada sale. lain2 tomei ok sikit dari poh kong kot. wah chan belum try lagi

myhazil Publish time 30-1-2008 10:47 AM

Reply #52 khasha's post

saya dengar cerita bulan feb-march nih, habib nak buat sales sempena chinese new year...erm, kite tunggu la nanti...

anyway, semalam dalam Buletin Utama, saya tengok harga emas naik lagi RM 1.00 segram...cepat betul naiknye..rasanya dalam bulan January 2008 nih..dah nak dekat rm 20 naik untuk segram...

khasha Publish time 30-1-2008 10:56 AM

Reply #53 myhazil's post

awak tau tak berapa haribulan sale.beritau ye sbb kita nak kasi hadiah kat emak sempena tahun baru cina ni. untung tau beli dari habib. walau design dia tak seberapa tapi boleh la. waktu promotion i beli gelang n rantai 1k boleh dapat. kalu nak banding tiada sale 2 barang tu boleh mencecah 2k tau.

wardatulhamra Publish time 30-1-2008 12:26 PM

sedih gak baru je jupe kawan...kawan kita kata... beli barang tak pandang dah barang murah:'(

memang le beli emas kat poh kong tu mahal..dan kita pun tak pernah beli emas..so kedai yang ada poh kong..masuk je pohkong.. dan berkenan kat koleksi tranz dia tu...

then baru kita realize kalo beli kedai lain maybe lagi murah... tapi tak pelah... dapat emas 916 gak... emas solid..dari jauh kawan kata mcm tali jam :@

myhazil Publish time 30-1-2008 01:49 PM

Reply #55 wardatulhamra's post

Ini dari Utusan Malaysia..

Beli emas untuk pelaburan
Oleh MERAN ABU BAKAR

BERBICARA mengenai barang kemas, kaum wanita merupakan golongan yang paling gemar membelinya walaupun harga emas semakin meningkat. Tidak dinafikan barang kemas seolah-olah telah menjadi menjadi keperluan kepada kaum Hawa dan juga secara tidak langsung melambangkan kemewahan dan status seseorang.

Bukan setakat masyarakat Melayu yang menggemari barang kemas emas malah ia menjadi hadiah utama pada majlis perkahwinan kaum Cina dan India.

Walaupun pada masa kini ć…żegilaan

reenz013 Publish time 30-1-2008 02:34 PM

aku ingat dlm tahun ni nak tambah lagi emas...

khasha Publish time 30-1-2008 04:38 PM

Reply #56 myhazil's post

Yes la 22 feb sampai 2 mac. tak sabar pula rasanya

myhazil Publish time 30-1-2008 05:11 PM

Reply #58 khasha's post

make sure dah prepare duit tu untuk promotion month tuh...tu la saya pun bercadang jugak nak pergi jenguk-jenguk habib waktu tuh..tapi kena kuatkan semangat, tak leh beli la kali nih sebab budget untuk pindah rumah pulak. :'( :'( ..adeh..sama timing la pulak...tapi kalau dah murah sangat, ade yang 'terbeli' jugak nih karang...

faizalmn Publish time 30-1-2008 11:21 PM

Reply #51 myhazil's post

MyHazil berhati-hati dlm urusan CC dan interest ni. Ramai antara kita takut buat dosa minum arak, berzina dan lain-lain. Tapi KURANG takut dgn dosa riba.
Sedangkan dalam Al-Quran, tidak ada dosa yang Allah dan Rasul mengisytiharkan PERANG selain dari dosa riba'. Agak2 perang dgn Allah dan Rasul ni boleh menang ke kita? A'uzubillahi min zalik.
Nasihat saya kepada diri saya dan rakan2, berhati-hatilah.. nak cariduit da kekayaan tak salah, tapi jgn langgar batasan yang ditetapkan.


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. (Al-Baqarah 278-279)

---------------------------------------

http://www.e-hadith.com; http://www.youtube.com/groups_videos?name=kuliah

[ Last edited byfaizalmn at 30-1-2008 11:22 PM ]
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: HARGA EMAS SEMASA


ADVERTISEMENT