YellowRose Publish time 20-1-2008 09:57 PM

MAAJUN ANGGUN BISTARI~

Post Last Edit by kaklala_lost_id at 10-10-2009 13:57

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jom kita kongsi pengalaman mengenai merancang keluarga secara tradisional atau pun moden.Seperti yang diketahui alat perancang keluarga moden mempunyai banyak kesan sampingan seperti kegemukan,penyakit kanser serviks,kelemahan nafsu syahwat,kemurungan,pening kepala ,loya dan banyak gejala lain yang membawa kepada kemudaratan kesihatan kita kaum wanita.


Saya ingin bertanya adakah puan-puan tidak selesa mengguna pil perancang keluarga ,suntikan bahan kimia atau menanam apa-apa peralatan dalam rahim bertujuan untuk mencegah kehamilan?

Tidakkah puan-puan merasa ragu-ragu dari manakah sumber bahan kimia yang diambil,dimakan itu halal atau pun mempunyai kesan sampingan lain seperti terdedah kepada risiko barah?

Adakah puan-puan menjadi gemuk selepas mengambil pil perancang keluarga sekaligus kecantikkan anda lenyap selepas mendirikan rumahtangga sehinggakan suami tidak suka lagi?

Persoalan inilah yang menghantui kaum wanita dalam dilema alam rumah tangga yang disebabkan oleh kaedah merancang keluarga secara moden.

Sebenarnya masalah ini sudah lama selesai sejak dahulu lagi. Oleh yang demikian saya ingin memecahkan kebuntuan tersebut dan berhasrat memperkenalkan jalan yang selamat dan selesa dalam merancang keluarga.

Untuk membantu menyelesai masalah kesihatan dalaman wanita dan juga memperkenalkan bahan yang suci lagi halal disisi agama Islam, maka marilah sama-sama beralih kepada kaedah yang lebih efektif iaitu dengan pengunaan herba secara semulajadi.

[ Last edited byYellowRose at 21-4-2008 05:46 PM ]

YellowRose Publish time 20-1-2008 09:57 PM

Kelebihan Merancang Keluarga Menggunakan Herba Semulajadi

- Pil perancang yang paling jimat, mudah tapi sangat efektif.

YellowRose Publish time 20-1-2008 10:01 PM

Cara Ia Bertindak :

MAAJUN ANGGUN BISTARI adalah merupakan pil perancang asli secara tradisional. Terdiri daripada ramuan akarkayu,rempah ratus dan madu yang mana tidak akan mengganggu sistem badan atau memepengaruhi hormon seperti pil perancang lain.

Ramuan herba yang digunakan akan menghentikan penghasilan benih apabila ianya dimakan. Maka tidak akan berlaku percantuman sperma lelaki dengan benih atau telur wanita. Jika inginkan kembali penghasilan benih atau telur, cuma perlu berhenti dari makan ubat, maka telur akan kembali seperti biasa.

Tidak seperi ubatan atau pil perancang hospital yang mana ianya akan mengubah sistem hormon dan menyebabkan kesan negative seperti kegemukan ,kanser serviks,pening kepala,loya yang berterusan serta simpton-simpton lain.





[ Last edited byYellowRose at 10-2-2008 02:41 PM ]

YellowRose Publish time 20-1-2008 11:49 PM

Perubatan Tradisional

Perubatan Tradisional adalah alternatif kepada perubatan moden yang telah terbukti keberkesanannya. Sejak akhir-akhir ini kesedaran di kalangan semua tentang kebaikan perubatan tradisional, khususnya penggunaan tumbuhan-tumbuhan herba, semakin meningkat.

Banyak terdapat kes-kes di mana seseorang pesakit yang telah puas berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan tradisional, sembuh dengan sepenuhnya. Ini munkin kerana ubat-ubat moden selalunya bersifat sementara dan bertindak untuk melegakan rasa sakit sahaja . Manakala ubat-ubat tradisional dari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar-akar kayu bertindak ke atas punca penyakit dan seterusnya menjadi penyembuh penyakit.

Selain daripada khasiat dan keberkesanannya, ubat-ubat tradisional juga dianggap lebih baik dan selamat kerana ramuannya yang asli dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan.

Faktor harga juga menyebabkan ramai di antara kita yang kembali kepada perubatan tradisional. Ubat-ubatan moden adalah mahal berbanding dengan ubat-ubatan tradisional yang ada diantaranya boleh tumbuh dengan mudah di belakang rumah kita.

Para pengkaji di institut-institut penyelidikan seperti MARDI dan institut-institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuktikan keberkesanan ubat-ubatan tradisional dan kini sedang mengusahakan untuk memproses dan mengedarkan ubat-ubatan ini dalam bentuk yang lebih mudah diambil dan didapati seperti pil dan kapsul.

YellowRose Publish time 21-1-2008 12:14 AM

Kandungan MAAJUN ANGGUN BISTARI

1.kacip Fatimah
2.serapat
3.senduduk
4. inai
5.manjakani
6.madu
7.jintan hitam

Khasiat - khasiat MAAJUN ANGGUN BISTARI

1. Merancang keluarga & merancang kehamilan.

2. Merawat keputihan yg teruk.

3. Mengecut dan merapatkan saluran peranakan.

4. Membuang darah kotor atau toksin melalui darah haid.

5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.

6. Melancarkan aturan haid setiap bulan.

7. Melancarkan perjalanan darah.

9. Melawaskan pembuangan air besar

10.Menghilangkan bau -bau yang tidak diingini pada vagina.

11. Awet Muda

12. Menambahkan tenaga





[ Last edited byYellowRose at 6-2-2008 01:39 AM ]

minahsaudi Publish time 21-1-2008 04:56 AM

Reply #5 YellowRose's post

saya tak pernah makan pil perancang w/pun tau aper itu pill perancang.hahhaha...dah 20tahun saya kawen nak dapat anak sorang pun susah.

skang umor dah lanjut n dah menopause pun, so dah sah2 tak leh preggy.;P

mclaren Publish time 21-1-2008 10:19 AM

YellowRose,

bagaimana pulak dgn penyusuan anak? ada gangguan tak? dah ada kajian & ujikaji secara menyeluruh tak, sama ada pengambilan herba perancang tradisional ni boleh mengurangkan susu ibu?

sebab mcm kebanyakan pil perancang moden yang ada di pasaran akan jejaskan pengeluaran susu ibu, jenis yang tak ganggu penyusuan pulak, mengakibatkan kegemukan.

yg ini pulak bagaimana?

saya tak pernah ambil mana2 kaedah perancangan keluarga sebelum ni.

wah... full in BM my reply today. :P

archerfahid Publish time 21-1-2008 10:27 AM

wahhh...tertanya2 gak sblom nie...mcm mana nak rancang anak

takut gak nanti dpt anak jarak dekat2:D :D

archerfahid Publish time 21-1-2008 10:30 AM

YellowRose

mmg kena makan tiap2 malam ker??

kalau mcm kes duk asing2..keje jauh..kiranyer weekend housewife
bila waktu yang sesuwei untuk makan?? means brape lama jarak dier utk bertindak after makan ubat nehh

zalitaDCL Publish time 21-1-2008 10:46 AM

ita jenis susah nak makan ubat nk2 yg tradisional ni,,,,
so ita cucuk jer....3 bulan sekali!
ni dh kali ke 2 n so far....
takder alami masalah kurang susu atau pun kegemukan....
cuma maslah gemuk lps bersalin tu..normal la kan...
skang after 4 mnth..dh turun skit2..
alhamdulillah.....:lol:

KaKLaLa_Lost_id Publish time 21-1-2008 10:46 AM

ermm aku lak memang tak percaya kat ubat jarang anak nie....:(

tommygirl Publish time 21-1-2008 10:47 AM

YellowRose,

Saya mkn pil Yasmin sbb nak regular kan period saya yg dah bertahun2 tak dtg nie... Last year mkn Diane-35, period okay.. then stop after 3 mths period tak dtg balik... this year try Yasmin plak... Yasmin plak period cam keluar tak habis... hanya titik2 noda jer yg ada...

Agaknya pil nie leh regular kan period saya tak...?? pil nie kena sentiasa makan ker mcm mana...??

klulah ubat nie leh tolong saya, Alhamdullilah... :)

archerfahid Publish time 21-1-2008 11:18 AM

Reply #11 KaKLaLa_Lost_id's post

mak kwn archer bgtau(nie zaman dolu2 la)

dier minum rebusan..daun2..akar2..



hasilnyer...



anak dier..semua jarak..3 tahun:loveliness:

:loveliness: :loveliness:

KaKLaLa_Lost_id Publish time 21-1-2008 11:22 AM

Reply #13 archerfahid's post

klala buat amal sendirian berhad jer anak dah 4 tahun hahahha

KaKLaLa_Lost_id Publish time 21-1-2008 11:24 AM

bab nak minum ler tak tahan tuh pahit wooooooooooooo

KaKLaLa_Lost_id Publish time 21-1-2008 11:29 AM

Reply #16 zalitaDCL's post

bende senang jer ita..bab cucuk ker perancang ker laki tarak kasi woooo...dia takut jadi gemuk mcm kakak dia hahahha..kakak dia makan perancang 6 tahun gemuk mendadak

zalitaDCL Publish time 21-1-2008 11:29 AM

ita cucuk 3 bulan sekali...
anak jarak 2 tahun...!!:lol:

wah k lala....

pandai ek....?;P

KaKLaLa_Lost_id Publish time 21-1-2008 11:30 AM

forum dok betul lah ita..tgk posting lala duk atas posting ita kekke

zalitaDCL Publish time 21-1-2008 11:42 AM

Reply #18 KaKLaLa_Lost_id's post

;P ;P ;P patut ler....

archerfahid Publish time 21-1-2008 12:01 PM

Reply #14 KaKLaLa_Lost_id's post

sendirian berhad tue ganer:P :P :P :P :P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: MAAJUN ANGGUN BISTARI~


ADVERTISEMENT