Syd posted on 22-1-2008 01:35 PM

Coretan Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Impian jadi kenyataanCoretan Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor
http://www.bharian.com.my/Sunday/Dimensi/20080106120259/mainpix
DR SHEIKH MUSZAPHAR (kanan) memberi kata-kata semangat selepas bersalam dengan Zanil Azwan (tengah) dan Mohd Nazri (kiri) di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi.

Dr Muszaphar sentiasa yakin boleh capai cita-cita

IMPIAN saya untuk menjadi angkasawan bermula ketika berumur 10 tahun lagi. Saya sering mendongak ke langit pada waktu malam seolah-olah mencari sesuatu. Terlalu banyak misteri. Terlalu banyak persoalan. Ketika itu Malaysia terlalu baru dalam bidang aeroangkasa. Namun impian itu terus saya simpan.

Saya mengambil bidang kedoktoran kerana ia membabitkan sains dan tidak pernah sesekali saya melepaskan impian untuk menjadi seorang angkasawan. Selepas 25 tahun akhirnya impian untuk menerokai angkasa lepas tercapai jua.

Ramai yang bertanya apakah rahsia anda? Apakah yang mendorong anda sehingga terpilih dari 11,425 rakyat Malaysia? Apakah keistimewaan anda?

Terus terang ingin saya sampaikan bahawa tiada perbezaan di antara kita. Kekuatan mental dan keyakinan pada diri sendiri adalah kunci kejayaan. Jangan sesekali mencurigai keupayaan anda. Sekiranya saya mampu melakukannya, saya yakin anda lagi boleh!

Selama setahun saya berlatih di StarCity, Russia untuk menjadi seorang angkasawan. Pelbagai halangan dan rintangan saya lalui.

Dari winter survival di paras beku minus 30 darjah Celsius sehingga dicampakkan ke Laut Mati, Ukraine saya sentiasa berpegang pada prinsip "Malaysia Boleh". Saya sedar ini adalah misi negara.

Harapan seluruh rakyat Malaysia. Amat penting untuk saya buktikan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mampu melahirkan seorang angkasawan bertaraf dunia , mampu bersaing di persada antarabangsa. Harapan ini tercapai apabila saya mengibarkan Jalur Gemilang di angkasa lepas. Itu adalah janji saya untuk negara tercinta.

Ayuh rakyat Malaysia. Kita mulakan hidup baru pada 2008. Catatkan segala impian anda di dalam sebuah diari. Jangan terpesong dari impian itu. Usaha gigih dan sentiasa fokus ke arah impian anda.

Hanya berbekalkan impian tanpa usaha gigih tidak bermakna sekiranya langkah tidak diambil untuk mengecapi impian itu.
Buktikan kepada dunia bahawa Malaysia setaraf dengan negara maju lain. Sudah 50 tahun Malaysia merdeka. Sudah tiba masanya kita bangkit dari tidur. Ayuh Malaysia!

Kini ramai kanak-kanak menyimpan impian untuk menjadi angkasawan. Ramai pelajar sudah berminat mendalami bidang sains. Ramai ibu bapa yang mengatakan anak mereka bersemangat untuk membaca buku berunsurkan angkasa lepas. Guru-guru juga mengatakan pelajar mereka lebih cenderung dalam bidang sains dan matematik. Ini adalah satu impak yang begitu positif terhadap rakyat Malaysia lebih-lebih lagi golongan pelajar dan kanak-kanak.

Program angkasawan berjaya menambat hati seluruh pelusuk Malaysia di bandar mahupun kawasan pedalaman. Program angkasawan berjaya menyuntik inspirasi sebahagian besar rakyat Malaysia. Inilah harapan dan aspirasi negara.

Seperti Yuri Gagarin mencetus minda rakyat Russia, seperti Neil Amstrong mengubah corak pemikiran rakyat Amerika, inilah yang diharapkan negara untuk menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas. Menukar minda rakyat supaya lebih positif dan berkeyakinan tinggi adalah langkah pertama dalam menghasilkan rakyat yang berwawasan dan intelektual.

Sekiranya ini berjaya ditanam dalam setiap individu , saya yakin Malaysia akan dapat menjadi negara yang bertamadun tinggi lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi dalam masa yang terdekat ini.

Janji saya buat rakyat Malaysia. Untuk menyuntik inspirasi dan membuka minda rakyat Malaysia lebih-lebih lagi golongan belia dan kanak-kanak supaya lebih bersikap positif dan yakin pada diri sendiri, supaya lebih ramai menceburi bidang sains dan matematik.

Harapan saya agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai lagi doktor, saintis dan ahli sains supaya Malaysia maju dalam bidang sains dan teknologi. Tetapi setiap insan harus memainkan peranan masing-masing terutama guru dan ibu bapa untuk mendidik dan membimbing anak-anak kita untuk bergerak ke hadapan. Sudah tiba masanya kita bangkit dari tidur !

Jangan sesekali lepaskan impian anda. Tidak ada apa yang mustahil dalam hidup ini. Dengan impian datangnya cita-cita. Dengan usaha yang gigih, saya yakin impian anda akan tercapai jua. Sekiranya saya mengambil masa 25 tahun untuk mencapai impian untuk menjadi kenyataan, saya pasti anda juga mampu melakukannya. Impian anda juga harus menjadi kenyataan. Insya-Allah !

Ke arah negara yang cemerlang , gemilang dan terbilang!

nazzazos posted on 22-1-2008 01:40 PM

IMPIAN saya untuk menjadi angkasawan bermula ketika berumur 10 tahun lagi. Saya sering mendongak ke langit pada waktu malam seolah-olah mencari sesuatu. Terlalu banyak misteri. Terlalu banyak persoalan. Ketika itu Malaysia terlalu baru dalam bidang aeroangkasa. Namun impian itu terus saya simpan.

huh! serta merta.. orang kedah kata 'dan dan'

lizerr posted on 22-1-2008 01:46 PM

Originally posted by nazzazos at 22-1-2008 01:40 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif


huh! serta merta.. orang kedah kata 'dan dan'





betoi tu aku stuju.... dan dan....

Syd posted on 22-1-2008 01:51 PM

Coretan Angkasawan: Ikat kaki ketika solat
Bersama Dr Sheikh Muzaphar Shukor

http://img262.imageshack.us/img262/9720/issvp4.jpg
SHEIKH MUZAPHAR membaca al-Quran ketika lapang.

Panduan beribadat di angkasa hasil persidangan tokoh Islam seluruh dunia

PENGHANTARAN angkasawan Malaysia ke angkasa lepas pada Ramadan, 10 Oktober 2007, menarik minat dunia, terutama negara Islam yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam cara beribadah di angkasa lepas.

Memandangkan saya adalah angkasawan Islam pertama menjelajah angkasa lepas pada Ramadan dan menyambut Aidilfitri raya di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), ramai yang bertanya cara menunaikan solat dan berpuasa memandangkan topik ini tidak pernah dibincang secara terperinci sebelum ini.

http://img407.imageshack.us/img407/5160/iss2ng3.jpg

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat pertama kali menghasilkan sebuah buku kecil garis panduan `Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa' selepas membuat kajian terperinci, termasuk mengadakan pelbagai persidangan bersama mufti dan tokoh agama seluruh dunia dengan harapan akan menjadi panduan kepada angkasawan Islam lain selepas ini.

Beribadah di angkasa lepas tidak pernah diberi perhatian serius sebelum ini walaupun saya adalah umat Islam kesembilan menjelajah angkasa lepas. Mungkin kerana misi yang diutamakan adalah terhadap eksperimen saintifik yang bakal dijalankan.

Saya sempat berpuasa selama dua hari dalam Soyuz sebelum tiba di ISS. Ia adalah pengalaman yang begitu menakjubkan. Walaupun sukar untuk bergerak kerana Soyuz kecil dan sempit, tidak pernah sekali berasa dahaga mahupun lapar.

Memandangkan matahari terbit dan terbenam setiap 45 minit, berdasarkan panduan yang ditetapkan saya masih berpuasa mengikut waktu tempat Soyuz dilancarkan, iaitu di Kazakhstan. Saya berbuka puasa berbekalkan jus, biskut dan roti sambil memerhatikan keindahan bumi melalui tingkap kecil. Ketika ini, saya berasa seperti mencapai infiniti dalam kehidupan.

Bertahun-tahun saya mengembara hingga ke Afghanistan dan Cambodia, seolah-olah mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan dalam jiwa raga ini. Saya berasa kekosongan itu berjaya diisi sepanjang misi di angkasa lepas.

Aidilfitri di ISS disambut dengan penuh kesederhanaan. Saya mengadakan rumah terbuka dengan semua krew berkongsi bersama juadah yang dibawa dari Malaysia seperti rendang Tok , sate dan briyani. Kuih Bangkit juga menghidupkan suasana Aidilfitri.

Cuma lagu takbir Aidilfitri tidak berkumandang. Ketika itu, saya banyak bercerita mengenai keunikan Malaysia kepada krew lain yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai negara tercinta.

http://img250.imageshack.us/img250/44/iss3by2.jpg
RENDANG terapung ketika Sheikh Muszaphar menikmati juadah Aidilfitri di ISS.

Saya tidak menghadapi masalah menunaikan solat di ISS. Kalau diikutkan, saya perlu melakukan solat sebanyak 80 kali sehari kerana ISS dengan kelajuan 27,000 kilometer sejam mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari.

Bagaimanapun, Jakim menetapkan bahawa solat dilakukan lima kali sehari mengikut waktu Kazakhstan dengan arah kiblat adalah mengikut hala bumi sudah memadai.

Oleh kerana bekalan air begitu berharga, saya dibenarkan bertayammum dengan cara menepuk dinding sebanyak dua kali sebelum menyapu pada muka dan kedua-dua belah tangan.

Ketika melakukan solat, saya terpaksa mengikat pergelangan kaki supaya tidak terapung dalam keadaan mikrograviti. Saya juga berkesempatan membawa dua buah al-Quran ke ISS dan membacanya ketika kelapangan.

Sebuah al-Quran saya berikan kepada ibu kesayangan sebagai tanda kasih sayang dan sebuah lagi diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin negara.

Secara keseluruhan, saya tidak menghadapi masalah menjalani ibadah di angkasa lepas dan setiap aktiviti didokumentasi supaya dapat berkongsi bersama umat Islam seluruh dunia. ISS tidak mengira bangsa, agama mahupun negara.

Setiap krew bekerjasama bagai satu keluarga yang mempunyai satu matlamat. Matlamat ketika menjalankan eksperimen saintifik adalah demi kebaikan manusia sejagat. Hormat menghormati dan sikap bekerjasama adalah ciri yang penting dalam kehidupan seorang angkasawan.

Bagi diri saya, 'Islam is a way of life'. Amat penting untuk diri saya membuktikan kepada seluruh umat Islam bahawa tanggungjawab harus dilaksanakan tidak mengira tempat mahupun masa, di bumi mahupun angkasa lepas.

Harapan saya agar dapat mengembalikan keagungan Islam dalam bidang astronomi dan angkasa lepas . Ini adalah tanggungjawab bersama.

FAKTA

Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)



ISS adalah kemudahan penyelidikan yang dipasang di angkasa lepas pada 1998.


Terletak pada ketinggian antara 350 hingga 460 kilometer (km) di atas permukaan bumi.


Bergerak pada kelajuan purata 27,700 km sejam dan melengkapkan sebanyak 15.77 pusingan orbit sehari.


ISS adalah projek usaha sama membabitkan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, Russia, Jepun, Kanada dan beberapa negara Eropah.


Projek ISS diumumkan pada 1993 dan dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Alpha.


Bilangan angkasawan yang kini berada di ISS ialah tiga orang.


Sumber kuasa elektrik di ISS ialah matahari yang ditukar menggunakan panel solar.


Kos ISS sejak dimulakan pada 1980-an hingga 2010 dianggarkan RM428 bilion.

nazzazos posted on 22-1-2008 02:09 PM

ye la tewwwww

contessa posted on 22-1-2008 02:22 PM

masa dr.sms datang kat usm....dlm dewan DTSP....pelajar2 cam kena histeria....tu baru senyum....ckp dak lg...

nazzazos posted on 22-1-2008 02:24 PM

itu tandanya student USM gatai booret..

diamondvii posted on 22-1-2008 02:37 PM

Originally posted by nazzazos at 22-1-2008 02:24 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
itu tandanya student USM gatai booret..


:lol: ;P :lol: ;P

sunfizz posted on 22-1-2008 02:46 PM

Reply #3 lizerr's post

aku pong setuju dgn hang...dan dan

myohmy posted on 22-1-2008 02:53 PM

Originally posted by nazzazos at 22-1-2008 02:24 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
itu tandanya student USM gatai booret..
muakaka...dan mereka juga bakal kecewa;P

Syd posted on 28-1-2008 09:50 AM

Coretan Angkasawan: Pendaratan cemas tersasar 350 kilometer
Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor


http://img518.imageshack.us/img518/3484/soyuzvk4.jpg
KAPAL Soyuz selepas membuat pendaratan cemas.

Kami berpusing-pusing dan melambung-lambung di dalam kapal Soyuz

PADA 21 Oktober 2007 hari terakhir saya berada di angkasa lepas. Tidak sangka masa berlalu begitu pantas. Segala eksperimen saintifik sudah selesai. Hati ini berasa begitu berat untuk kembali ke bumi. Banyak memori manis yang tidak akan dilupakan.

Setiap detik ketika saya berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dicatatkan di dalam buku nota kecil supaya dapat berkongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Semua hasil eksperimen termasuk bahan simbolik seperti Jalur Gemilang, Rukunegara dimasukkan ke dalam Soyuz yang akan membawa kami pulang. Krew Yuri Malanchenko dan Peggy Whitson akan meneruskan cabaran berada di ISS selama enam bulan manakala saya pulang bersama Fyeodor Urchikin dan Oleg Kotov yang menamatkan tempoh enam bulan di ISS.

Perasaan sedih menyelimuti diri. Namun saya tidak pasti mengapa. Mungkin kerana ini adalah impian saya sejak berumur 10 tahun lagi. Mungkin kerana saya berasa sungguh tenang dapat merasai kebesaran Allah sepanjang berada di angkasa.

Sedang saya bersiap sedia membuat persiapan terakhir, kedengaran suara azan. Ia seolah-olah datang dari dalam ISS. Saya melihat sekeliling pada krew yang lain tetapi mereka sibuk dengan tugas masing-masing. Saya dapat mendengar dengan jelas suara azan itu. Sungguh merdu lagi menyayat hati. Saya sedar ini adalah kebesaran Allah. Saya sedar misi saya di angkasa sudah berakhir dan kini tiba masanya untuk saya kembali ke bumi dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang angkasawan. Misi saya di ISS sudah selesai.

Kami memasuki kapal Soyuz yang sempit lagi kecil dengan pakaian angkasa lepas. Pakaian ini akan melindungi krew ketika memasuki lapisan atmosfera bumi dengan ketinggian suhu 8000 darjah Celsius dan sekiranya bekalan oksigen terputus. Ia mengambil masa 3 jam untuk Soyuz berpisah dari ISS dan mengelilingi orbit sebelum memasuki lapisan atmosfera. Segalanya mengikut perkiraan .
WAJAH gembira seorang angkasawan selepas berjaya membawa misi negara di angkasa lepas.

Tiba-tiba kami melihat tanda kecemasan terpancar pada monitor kapal Soyuz. Ini bermaksud kami akan melalui "ballistic re-entry" atau pendaratan kecemasan. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Kami berpusing-pusing dan melambung-lambung di dalam kapal Soyuz.

Kami mula merasakan tekanan graviti menekan dada. Dari 2G ia meningkat kepada 9G. Bermakna 9 kali berat badan menghempap dada. Ini membuatkan kami sukar untuk bernafas tetapi kami sudah dilatih untuk bernafas menggunakan abdomen. Pemikiran saya ketika itu hanya kepada eksperimen saintifik yang berada di dalam Soyuz. Saya berdoa supaya eksperimen itu tidak terjejas apabila melalui goncangan yang begitu kuat.

Saintis tempatan sudah bekerja keras untuk menghasilkan eksperimen berkenaan dan ia adalah keutamaan saya ketika itu. Tiga buah payung terjun dilepaskan untuk memperlahankan impak pendaratan pada ketinggian 11.5 kilometer. Saya dapat melihat kepulan api membara melalui tingkap Soyuz. Ketika itu komunikasi sudahpun terputus. Pada ketinggian 1.5 km thrusters dilepaskan di bawah permukaan Soyuz untuk mengurangkan lagi impak pendaratan. Saya masih berasakan hentakan yang begitu kuat apabila soyuz mencecah bumi. Akhirnya kami mendarat selepas melalui pendaratan yang mencemaskan selama 15 minit. Masing-masing masih terikat pada tempat duduk .

Bara api dan kepulan asap mula memasuki Soyuz melalui ventilasi yang terbuka secara automatik. Mujur baju angkasa membantu kami bernafas melalui oksigen yang dibekalkan. Komander Soyuz bertindak pantas menutup ventilasi dan memastikan keadaan kami selamat. Kami tidak mampu bergerak memandangkan badan berasa begitu berat. Kami cuma mampu menunggu sehingga kumpulan penyelamat tiba.
DR Sheikh Muszaphar terus menghubungi ayahnya menggunakan telefon kecemasan sebaik Soyuz selamat mendarat.

Kami terpaksa menunggu 40 minit sebelum pintu dibuka. Memandangkan tempat yang begitu sempit kami dibawa keluar dan di papah mengikut giliran. Badan kami terlalu lemah untuk berjalan dengan sendiri. Keadaan mikrograviti di angkasa membuatkan otot menjadi kecil dan tulang menjadi rapuh . Ini adalah kesan mikrograviti terhadap angkasawan yang berada di angkasa. Kami didukung dan diletakkan di atas padang gurun Kazakhstan yang terbentang luas.

Saya sedar kami terbabas sejauh 350 km dari sasaran. Saya diberi makan epal sambil menghirup udara bumi yang segar. Sambil menanti pakar perubatan dan kumpulan penyelamat yang lain , saya menelefon ayah saya menggunakan telefon kecemasan yang berada di dalam kapal Soyuz. Saya bersyukur kerana selamat kembali ke bumi dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan misi ini berjaya.

Ini adalah kejayaan kami bersama ! Kejayaan Malaysia! Kejayaan negara tercinta!

Syd posted on 4-2-2008 05:14 PM

Coretan Angkasawan: Peluang sekali seumur hidup
Oleh Dr Sheikh Musaphar Shukor


http://www.bharian.com.my/Sunday/Dimensi/20080203114642/mainpix
DR Sheikh Muszaphar (kiri), diberi penghormatan memakai pakaian tradisi Kazakhstan selepas selamat mendarat.



Russia kaya dengan tradisi yang diikuti dengan penuh semangat, ketekunan

SAYA kembali mendarat di Kazakhstan pada 21 Oktober 2007. Suatu penjelajahan yang sungguh menakjubkan. Sungguh memuaskan. Setiap detik dicatatkan dalam memori ini. Peluang sebegini datang hanya sekali seumur hidup.

Selepas setahun berlatih di StarCity , akhirnya impian menjadi kenyataan. Seolah-olah baru semalam bermulanya perjuangan. Masa berlalu begitu pantas. Udara bumi yang segar membawa saya kembali ke alam realiti. Kami bertiga (termasuk Fyeodor Urchikin dan Oleg Kotov yang menamatkan tempoh enam bulan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menanti selama dua jam sebelum kumpulan penyelamat tiba.



Penduduk tempatan Kazakhstan mula mengerumuni kawasan pendaratan Soyuz termasuk kanak-kanak kecil. Saya diberi sebiji epal sebagai alas perut dan sekeping sejadah dari penduduk yang rata-ratanya beragama Islam. Mereka begitu berbangga dengan kejayaan Islam menjelajahi angkasa lepas.

Kami dipapah dan dibawa ke bandar kecil Kostanai menggunakan helikopter. Kami dikalungkan bunga dan diberikan jubah pakaian tradisi Kazakhstan. Memang menjadi tradisi setiap pendaratan krew akan singgah di bandar kecil ini sebagai tanda penghormatan sebelum berangkat kembali ke StarCity, Russia. Yuri Gagarin, orang yang pertama ke angkasa juga melalui proses sebegini. Russia memang kaya dengan tradisi.

Setiap tradisi diikuti dengan penuh semangat dan ketekunan seperti melawat Kremlin sebagai tanda penghormatan, menanam pokok di Baikonaur, adat mencukur rambut dan membuang air kecil di tayar bas sebelum memasuki Soyuz . Saya cuba lakukan setiap tradisi itu untuk menghayati setiap perjalanan Yuri Gagarin menuju ke angkasa lepas.





Selepas tiga jam, kami akhirnya bertolak ke Lapangan Terbang Yuri Gagarin berhampiran StarCity dan disambut oleh media, sahabat handai dan ahli keluarga. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa ibu bapa tersayang yang sentiasa bimbang dalam misi saya ke angkasa lepas.

Kami dikuarantin selama dua minggu di StarCity untuk memastikan keadaan kesihatan kami memuaskan. Setiap hari pelbagai pemeriksaan dijalankan pakar perubatan termasuk pemeriksaan darah, tulang, fisioterapi dan kesihatan mental.

Badan masih terlalu lemah untuk berjalan dan keseimbangan badan masih belum lagi dapat dikawal. Segala-galanya seperti suatu mimpi yang indah. Seolah-olah berada di alam dimensi yang baru.

Kuarantin terpaksa dipendekkan apabila mengetahui adik saya Sheikh Mustapha berada dalam keadaan kritikal. Sesuatu yang di luar jangkaan. Bagi saya ini adalah ujian Allah. Pihak Russia memberi keizinan untuk pulang dalam masa terdekat selepas mendapati kesihatan saya pada tahap memuaskan.

Saya diberi lampu hijau untuk pulang oleh pakar perubatan Russia. Segala persiapan dibuat untuk kembali melihat adik tersayang namun tidak kesampaian. Adik kembali ke rahmatullah dan dikebumikan tiga jam sebelum saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Saya sungguh terkilan kerana tidak dapat melihat jenazah adik tersayang sebelum dikebumikan. Perasaan hiba menyelubungi diri ini. Saya sedar ini adalah ujian Allah. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Inilah ketetapan sejak azali lagi. Saya terima dengan hati terbuka.

Saya harus meneruskan perjuangan untuk negara tercinta. Saya harus pandang ke hadapan dan buat yang terbaik demi kegemilangan negara. Saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab negara. Inilah janjiku untuk mencapai negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya-Allah.

Wassalam
Angkasawan Negara

Syd posted on 12-2-2008 02:20 PM

Coretan Angkasawan: Bangga diiktiraf sebagai cosmonaut


Pengiktirafan Russia penting tangkis kontroversi angkasawan Malaysia hanya seorang pelancong

MEMANG sudah menjadi tradisi, setiap insan yang menjelajahi angkasa lepas dengan kapal Soyuz akan diiktiraf oleh pihak Russia sebagai cosmonaut. Ia sebagai satu tanda penghormatan dan kebanggaan buat cosmonaut yang dianggap wira negara yang berbakti dan menabur jasa demi kedaulatan negara.

Apa tidaknya! Krew Russia menetap di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama enam bulan meninggalkan keluarga tersayang demi menjalankan pelbagai eksperimen saintifik untuk kebaikan manusia sejagat.

Saya berasa bangga kerana pihak Russia juga mengaitkan saya dalam upacara pengiktirafan sebagai seorang cosmonaut. Ini penting dalam menangkis pelbagai kontroversi yang mengatakan angkasawan Malaysia hanya seorang pelancong.

Tarikh 9 November adalah hari yang bersejarah buat Oleg Kotov, Fyeodor Urchikin, Sunita Williams dan saya sendiri. Sunita adalah wanita Amerika dalam ekspedisi 15 yang mencipta dua rekod, wanita yang paling lama berada di ISS selama tujuh bulan dan astronaut pertama berlari Maraton Boston selama 3 jam 48 minit di ISS.

Upacara pengiktirafan sebagai cosmonaut berlangsung di Star City Russia bermula di tapak Yuri Gagarin. Hari yang bersejarah ini dihadiri oleh semua cosmonaut Russia yang pernah menjelajahi angkasa lepas, termasuk Valentina Tereshkova, wanita pertama ke angkasa lepas pada 1963 dan media antarabangsa.

Kami diberi bunga carnation yang berwarna merah dan berarak sejauh 200 meter diikuti sekumpulan orkestra yang memainkan lagu kebangsaan negara mereka. Kami berempat diberi makan secebis roti sebagai tradisi kesyukuran sebelum memasuki dewan yang penuh sesak.

Delegasi Malaysia turut hadir bersama ibu bapa yang dikasihi. Saya berasa begitu terharu dan berbangga apabila lagu Negaraku berkumandang sebagai tanda rakyat Malaysia sudah menjejaki angkasa.

Saya memberi ucapan dalam tiga bahasa, Russia, Inggeris dan Bahasa Malaysia. Saya diberi pingat dan sijil serta diiktiraf sebagai cosmonaut. Pengiktirafan yang begitu bermakna buat diri ini. Ini bukanlah kejayaan saya seorang, tetapi kejayaan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan misi ini.

Sepanjang berlatih di Russia, saya bekerja keras untuk membuktikan bahawa Malaysia walaupun sebuah negara kecil mampu bersaing dengan cosmonaut bertaraf dunia.

Saya mempelajari setiap aspek dengan penuh terperinci dan mengambil tanggungjawab seorang angkasawan sebagai sesuatu yang serius. Setiap bulan kami menghadapi peperiksaan untuk menilai prestasi. Saya pastikan menjawab dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Ramai astronaut dari Amerika Syarikat dan Eropah serta Jepun membimbing saya ke arah itu. Saya tidak pernah berasa malu untuk bertanyakan sesuatu. Sikap bekerjasama amat penting dalam diri angkasawan.

Inilah yang saya ingin terapkan dalam diri anda. Saya hanya seorang doktor perubatan. Tidak ada perbezaan. Hanya kekuatan mental dan sikap yakin kepada diri sendiri yang boleh membawa anda ke arah kejayaan.

Jika saya boleh melakukannya, anda lagi boleh. Impian sudah menjadi kenyataan. Impian anda juga mampu menjadi kenyataan. Bermulalah dari sekarang. Saya galakkan anda bertanya apa juga kemusykilan dengan menghubungi Berita Minggu. Insya-Allah saya akan cuba menjawab setiap soalan dengan terperinci.

SOALAN: Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai Soyuz serta pengalaman Dr ketika menjalani latihan di Russia dan eksperimen yang dijalankan ketika berada di ISS?

Ahmad Mujahid Mazlan - Terengganu

JAWAPAN

Struktur Soyuz dicipta untuk kegunaan sekali saja setiap enam bulan. Ia agak kompleks, tetapi lebih selamat berbanding kapal ulang alik Amerika Syarikat walaupun ia memerlukan latihan yang lebih intensif. Krew harus menjalani pelbagai latihan sebelum dibenarkan menaiki Soyuz kerana pelancaran dan pendaratan adalah lebih mencabar.

Latihan di Russia membabitkan kekuatan fizikal seperti larian, berenang, gimnasium, ikhtiar hidup musim sejuk dan laut. Kebuk udara (aerochamber), emparan (centrifuge) dan kerusi pintal (spinning chair) juga memainkan peranan penting. Kekuatan mental dan psikologi diutamakan di Russia.

Pemeriksaan kesihatan terperinci dilakukan setiap tiga bulan. Eksperimen yang dilakukan seperti kanser, bakteria dan penghabluran protein diusahakan bersama saintis tempatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa eksperimen lain bersama Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Eksplorasi Angkasa Lepas Jepun (JAXA).

Syd posted on 25-2-2008 09:21 AM

Coretan Angkasawan: Bernafas guna abdomen untuk selamatkan nyawa


http://www.bharian.com.my/Sunday/Dimensi/20080224092758/mainpix1.jpg
DR Sheikh Muszaphar (kanan) bersama calon finalis menjadi angkasawan pertama negara.



Membuang air kecil di tayar bas sebelum menaiki kapal Soyuz hanyalah tradisi

MINGGU ini angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan pembaca Berita Minggu kepada beliau sebelum berangkat ke Russia untuk urusan.

Soalan



Saya ingin tahu kenapa mesti buang air kecil di tayar kereta sebelum menaiki pesawat Soyuz dan bagaimana keadaan suhu udara di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)?
Suriyani Tangari, Sabah

Jawapan

Ini adalah tradisi yang dilakukan oleh angkasawan Russia, Yuri Gagarin, apabila beliau membuang air kecil di tayar bas sebelum menaiki kapal Soyuz. Orang Russia amat mementingkan tradisi dan ini berterusan hingga sekarang. Saya melalui setiap tradisi itu untuk menghayati langkah Gagarin sebagai manusia pertama naik ke angkasa lepas pada tahun 1961.

Selain itu, ada pelbagai tradisi lain seperti memotong rambut, tandatangan di pintu bilik, menanam pokok dan melawat Kremlin. Bagaimanapun, ini semua terserah kepada setiap individu. Saya melakukannya kerana menghormati tradisi Russia. Memang menyeronokkan.

Suhu di ISS ditetapkan dan dikawal dari kawalan misi (mission control), iaitu antara 22 hingga 26 darjah Celsius. Tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Terlalu tinggi akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan terlalu sejuk akan menyukarkan kehidupan seharian krew di ISS.

Soalan

Saya ingin tahu bagaimana hendak bernafas menggunakan abdomen?
Amirzul Muhammad Zulkifli

Jawapan

Apabila anda menarik nafas dan melihat abdomen anda naik , bermakna pernafasan anda menggunakan abdomen. Lazimnya kita bernafas menggunakan paru-paru yang menyebabkan dada kita berkembang . Apabila melalui tekanan 9G yang menekan dada kita , kita harus menggunakan abdomen untuk bernafas . Ketika pendaratan saya berasa seolah-olah seekor anak gajah memijak dada saya. Pernafasan menggunakan abdomen mampu menyelamatkan nyawa di saat-saat begini.

Soalan

Jika seorang wanita ingin menyertai program angkasawan, adakah dia perlu bersaing dengan calon lelaki atau dia hanya perlu bersaing dengan calon wanita saja?
Nurul Nadhirah, Kelantan

Jawapan

Calon lelaki harus bersaing dengan calon wanita untuk menjadi seorang angkasawan. Ingin saya tekankan di sini bahawa untuk menjadi seorang angkasawan, bukan kekuatan fizikal saja menjadi penentuan tetapi lebih daripada itu. Kesihatan tubuh badan, kekuatan fizikal, psikologi dan kekuatan mental memainkan peranan penting.

Sentiasa bersikap positif, bekerjasama dalam satu kumpulan, sikap kepimpinan yang tinggi, mampu berkomunikasi dengan baik dan bersikap penyayang. Inilah ciri-ciri untuk menjadi seorang angkasawan.

Saya berharap wanita diberi peluang untuk menjelajah angkasa lepas. Wanita masa kini mampu bersaing dengan lelaki dalam apa juga bidang. Bagi saya kunci kejayaan terletak pada kekuatan mental. Ia adalah penentuan segala-galanya.

Info:

INFO



Di Amerika Syarikat dan Eropah, profesional yang mengembara ke angkasa lepas dipanggil astronaut. Dalam bahasa Greek, ástron bermaksud bintang dan nautes bermaksud kelasi. Orang pertama menggunakan istilah astronout ialah Neil R Jones dalam cerita pendek 'The Death's Head Meteor' pada 1930. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) menggunakan istilah ini untuk angkasawannya yang melepasi sempadan bumi (orbit).


Russia menggunakan istilah cosmonaut. Istilah ini berasal daripada cosmos (alam semesta) dan nautes (kelasi). Kedua-dua istilah mempunyai makna sama tetapi digunakan kerana faktor politik. Pada 14 Mac 1995, angkasawan Norman Thagard menjadi rakyat Amerika pertama menaiki kapal angkasa Russia dan digelar cosmonaut Amerika.


China menggunakan istilah "yuhangyuan" atau "hangtianyuan" menggantikan perkataan angkasawan. Bagaimanapun, media Barat menggunakan istilah taikonaut untuk angkasawan China.


Angkasawan termuda ialah rakyat Russia, Gherman Titov berusia 25 tahun berlepas menggunakan kapal angkasa Vostok 2. Dia juga orang pertama mendapat penyakit di angkasa.


Angkasawan tertua ialah John Glenn yang ketika itu berumur 77 tahun, menaiki STS-95 manakala angkasawan yang tinggal paling lama di angkasa lepas iaitu selama 438 hari ialah rakyat Russia, Valery Polykov.


Kapal angkasa yang pergi paling jauh ialah Apollo 13, sejauh 401,056 kilometer.


Pada Disember 1980, wartawan Sistem Penyiaran Tokyo, Toyohiro Akiyama menjadi orang pertama membayar pengembaraan ke angkasa lepas dengan kos AS$12 juta. Dia digelar 'angkasawan penyelidik'. Malangnya Toyohiro menderita sakit sepanjang berada di angkasa lepas.

kekbelacan posted on 26-2-2008 09:01 PM

Originally posted by Syd at 28-1-2008 09:50 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Coretan Angkasawan: Pendaratan cemas tersasar 350 kilometer
Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor


http://img518.imageshack.us/img518/3484/soyuzvk4.jpg
KAPAL Soyuz selepas membuat pendaratan cema ...
aku perasan gambar tu mcm cerita planet of the apes, dia org ber3 manusia yg tunggu kat luar tu monyet2...:o
tapi tentu adventurous sikit punya best, indescribeable feeling...

Syd posted on 3-3-2008 10:05 AM

Coretan Angkasawan: Jelajah kongsi pengalaman



Dr Sheikh Muszaphar turut terima jemputan dari Arab, Amerika dan United Kingdom

SEJAK bergelar angkasawan, saya berpeluang menjelajah seluruh Malaysia untuk berkongsi pengalaman dengan setiap lapisan rakyat Malaysia. Impak program angkasawan amat menakjubkan. Ia menyentuh sanubari setiap golongan bukan saja kanak-kanak, malah pelajar universiti, belia, termasuk ibu bapa dan dewasa.

Inilah impian saya selama ini. Untuk berjumpa dengan setiap insan seluruh Malaysia dan berkongsi ilmu mengenai cara kehidupan di angkasa lepas. Ini adalah impian seluruh rakyat Malaysia. Impian negara.

Ramai yang tersentuh apabila melihat Jalur Gemilang dikibarkan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Rukun Negara dilaungkan di angkasa lepas. Ia membuktikan sesiapa saja mampu mencapai kejayaan jika tekun dan berusaha bersungguh-sungguh. Impian menjadi kenyataan.

Seluruh dunia juga berminat akan penghantaran angkasawan Malaysia lebih-lebih lagi negara Islam seluruh dunia. Saya mendapat jemputan dari negara Arab, Amerika, United Kingdom untuk berkongsi pengalaman bersama mereka tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ingin menumpukan perhatian di negara tercinta dulu sebelum ke negara lain.

Saya begitu seronok apabila berjumpa kanak-kanak dan pelajar lebih-lebih lagi di pedalaman dan perkampungan.

Saya baru kembali dari Tawau, Sabah dan amat terharu dengan sambutan penduduk di negeri itu. Berjumpa dengan mereka memberikan satu kepuasan buat diri. Tidak dilupakan penduduk di Kelantan dan Terengganu memberikan saya satu kepuasan tidak terhingga untuk meneruskan usaha berjumpa bersama setiap lapisan masyarakat.

Lawatan saya yang pertama ke luar negara sejak kembali ke bumi adalah melawat negara jiran Indonesia dua bulan lalu. Saya perhatikan banyak persamaan antara Malaysia dan Indonesia bukan saja dari segi bahasa, malah kehidupan secara keseluruhan.

Kita juga berasal dari satu rumpun yang sama, iaitu Melayu. Indonesia begitu hampir untuk menghantar angkasawan negara mereka pada 1985. Malah astronout mereka yang dipilih seorang profesor wanita berlatih bersama Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) selama empat tahun sebagai persediaan ke angkasa lepas.

Namun impian negara mereka tidak tercapai apabila letupan shuttle Challenger yang menjejaskan setiap ekspedisi ketika itu. Itu jelas menunjukkan Indonesia begitu serius dalam bidang angkasa lepas sejak awal lagi.

Lawatan saya ke Jakarta dan Bandung bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, memberi pengajaran yang begitu bermakna.

Di samping memberi ceramah dan motivasi kepada rakyat Indonesia khususnya pelajar, saya juga melawat balai astronomi yang antara tertua di dunia. Bidang astronomi sudah bertapak di Indonesia jauh lebih awal dan rakyat mereka sungguh fasih dan berilmu tinggi dalam bidang aeroangkasa dengan pelbagai soalan yang ditujukan.

Minat mereka yang mendalam jelas menunjukkan Indonesia mengambil serius bidang aeroangkasa . Minda angkasa lepas sudah tertanam pada setiap pelajar dan kanak-kanak mereka .

Inilah objektif yang ingin dicapai oleh program angkasawan untuk menyuntik inspirasi dan menghasilkan minda aeroangkasa di kalangan rakyat Malaysia . Malah slogan untuk mengangkasakan bangsa, agama dan negara harus diambil prihatin oleh setiap rakyat Malaysia agar negara tidak ketinggalan dalam bidang aeroangkasa.



INFO: Progam angkasa

Ruang angkasa lepas yang ‘vakum

Syd posted on 18-3-2008 09:46 AM

Coretan Angkasawan: Pulang ke Russia setiap 3 bulan
Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor


http://www.bharian.com.my/Sunday/Dimensi/20080316124636/mainpix
RELA dijadikan bahan eksperimen bagi melihat kesan pada sistem tubuh manusia apabila terdedah kepada radiasi dan mikro graviti di angkasa lepas.



Sheikh Muszaphar perlu selesaikan kajian saintifik, jadi eksperimen untuk lihat kesan tubuh manusia terdedah kepada radiasi dan mikro graviti

SAYA kembali semula ke Russia pada 19 Februari lalu. Bukan untuk meneruskan latihan, tetapi eksperimen saintifik yang masih belum selesai.

Tubuh badan saya dijadikan bahan eksperimen oleh saintis Russia, Jepun dan Eropah untuk melihat kesan sampingan apabila tubuh manusia terdedah kepada radiasi dan mikro graviti di angkasa lepas.

Sejak awal lagi, saya bersetuju menjadikan diri sebagai bahan eksperimen demi kebaikan manusia sedunia. Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Tubuh saya sudah kembali normal.

Namun pemeriksaan terhadap tubuh ini akan diteruskan setiap tiga bulan selama setahun untuk memastikan segala-gala kembali normal.

Bagaimanapun, kesempatan ke Russia membawa kembali pelbagai kenangan manis. Di negara inilah saya bertapa selama setahun untuk berlatih menjadi seorang angkasawan. Bahasa Russia masih segar di ingatan.


PELBAGAI ujian dibuat termasuk pemeriksaan darah dan kepadatan tulang.

Saya tidak menghadapi masalah berkomunikasi dengan mereka. Seolah-olah seperti pulang ke kampung halaman. Saya tinggal di StarCity selama empat hari dan berkesempatan berjumpa kawan lama, cosmonaut termasuk tenaga pengajar Russia yang membimbing saya selama ini demi memastikan saya mencapai impian ke angkasa lepas.

Mereka seperti keluarga sendiri. Saya juga berjumpa krew yang kembali bersama, termasuk cosmonaut Korea Selatan yang akan ke angkasa lepas April ini.

Ko San dan So-Yeon, dua rakan karib saya yang jelas menampakkan keghairahan menanti detik sebagai rakyat Korea Selatan pertama ke angkasa lepas.

Saya tersenyum kepada diri sendiri. Inilah perasaan yang saya alami sebelum ini. Saya menghabiskan masa selama empat jam bersama mereka menceritakan pengalaman dan menunjuk ajar mereka. Ini adalah talian persahabatan antara dua negara, Malaysia dan Korea Selatan.

Di StarCity, pelbagai ujian dijalankan termasuk pemeriksaan darah dan kepadatan tulang (bone density). Di angkasa lepas, pelbagai perubahan berlaku terhadap fisiologi tubuh termasuk kardiovaskular, otot dan tulang.

Manusia dicipta untuk hidup di bumi dan apabila manusia menjelajah angkasa lepas, pelbagai perubahan yang agak ekstrim berlaku.

Dalam waktu yang singkat, iaitu pada hari ketiga di angkasa lepas, tulang manusia mula menampakkan kesan kerapuhan atau osteopenia. Bayangkan mereka yang tinggal di ISS selama enam bulan. Setakat ini, keputusan pemeriksaan terhadap tubuh saya kelihatan memuaskan. Tidak ada keputusan tidak normal. Syukur alhamdulillah. Ini semua adalah berkat doa rakyat Malaysia.

Apabila kembali ke Malaysia, suasana pilihan raya dapat dirasai. Setiap orang sibuk bercakap mengenai pilihan raya, baik di kedai kopi mahu pun pejabat.

Sejak awal lagi, saya berminat dalam bidang politik dan sering mengikuti perkembangan politik di tanah air walaupun berada di Russia.

Namun belum terlintas untuk menceburi bidang politik secara aktif. Orang sibuk berkempen mengenai pilihan raya, saya pula sibuk berkempen mengenai angkasa lepas. Kepuasan tidak terhingga pada diri ini tercapai apabila melihat senyuman pada anak kecil dan pelajar yang begitu bersemangat untuk menceburkan diri dalam bidang sains dan matematik.

Inilah matlamat dan tanggungjawab saya ketika ini. Tanggungjawab sepanjang hayat. Inilah janjiku untuk negara.

Soalan

Bagaimanakah keadaan suhu dan udara ketika berada dalam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa ISS. Saya juga ingin tahu waktu di sana?

Siti Nor Hasmah Ahmad Jani,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur.

Jawapan:

ISS sentiasa mengelilingi orbit pada ketinggian kira-kira 400 kilometer dari bumi. ISS didiami empat krew yang sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti seperti eksperimen saintifik dan membina ISS yang dijangka siap pada 2009.

Suhu di ISS ditetapkan antara 22 hingga 26 darjah Celsius dan dikawal oleh pusat kawalan misi di Moscow dan Houston. Tekanan dan kandungan udara adalah sama seperti di bumi. Kandungan oksigen, karbon dioksida dan nitrogen dikawal dengan teliti oleh pakar bagi memastikan sesuai untuk krew.

Sistem amaran akan berbunyi jika ada perubahan dalam kandungan udara di ISS dan tindakan sewajar akan diambil untuk memastikan keselamatan krew di ISS.

Sementara itu, waktu di ISS adalah mengikut GMT (Masa Min Greenwich). Saya memakai tiga jam tangan di ISS bertujuan pertama, melihat waktu solat mengikut waktu Kazakhstan; kedua, waktu GMT untuk kerja seharian dan ketiga, waktu Malaysia sebagai panduan waktu negara tercinta.

Di ISS, siang dan malam berlaku setiap 45 minit. Oleh itu, jam tangan amat penting dalam meneruskan kehidupan harian di angkasa lepas.

seroja posted on 22-3-2008 11:17 AM

uiiiiiiiiiiiiiii! semalam jumpa dr sms.....


aarrrrrrrrr hsiteria jerit2 arrrrffttt!

:loveliness: :loveliness: :loveliness:

Ustaz_SUFI posted on 23-3-2008 12:11 AM

cis mamat ni ... kate nak turun Kulai,x turun2 gak :mad:

isskandar posted on 23-3-2008 12:09 PM

Originally posted by contessa at 22-1-2008 02:22 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
masa dr.sms datang kat usm....dlm dewan DTSP....pelajar2 cam kena histeria....tu baru senyum....ckp dak lg...

yg histeria tuh pompuan ke laki?

kalo pompuan, mesti dowang kecewa~

kalo lelaki, laki tulen ke x???

;P

Ustaz_SUFI posted on 23-3-2008 02:07 PM

Originally posted by isskandar at 23-3-2008 12:09 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


yg histeria tuh pompuan ke laki?

kalo pompuan, mesti dowang kecewa~

kalo lelaki, laki tulen ke x???

;P

:lol:
:lol: :lol:

seroja posted on 23-3-2008 05:44 PM

Reply #20 isskandar's post

mase pegi ceramah dier tu ari... boys n gals terjerit2... ekkekke.. boys pun terjerit :shakehead3:  sesuatuhh sungguh!:shakehead3: :shakehead3: :lol: :lol: :lol:

isskandar posted on 24-3-2008 12:21 AM

Reply #22 seroja's post

sangat sewatuh hokay.

btw, dier ni mmg ade x-factor yg nak menyebabkan owang nak tengok jer dier selagi ade kat depan mate~:loveliness: :loveliness:

i pnah jumper dier skali jer....xmo lepas dr pandangan~:loveliness:

tapi xla histeria bagai..:I

Syd posted on 24-3-2008 10:17 AM

Coretan Angkasawan: Kejayaan dorong kanak-kanak jadi angkasawan
Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor


DR Sheikh Muszaphar memberi ceramah motivasi ke peringkat sekolah dan universiti.


Angkasawan negara akan tukar minda rakyat Malaysia supaya bersikap terbuka untuk mencapai kejayaan

PENGHANTARAN angkasawan Malaysia ke angkasa lepas bukan saja memenuhi impian saya sejak kecil tetapi merangkumi setiap lapisan masyarakat. Ini dapat saya rasakan apabila memberi ceramah motivasi pada peringkat sekolah dan universiti seluruh Malaysia.

Ramai kanak-kanak yang masih berumur 5 tahun ingin menjadi angkasawan. Ramai pelajar yang mengatakan mereka begitu berminat dalam bidang sains dan matematik. Inilah misi sebenar Program Angkasawan Negara.



Seperti Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas pada 1961 yang berjaya membakar semangat seluruh penduduk Russia. Ramai anak mereka juga dinamakan Yuri Gagarin. Begitu juga Neil Amstrong, manusia pertama menjejak kaki ke bulan yang menyuntik inspirasi setiap rakyat Amerika.

Inilah yang ingin disematkan pada setiap sanubari rakyat Malaysia. Untuk menukar minda rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kanak-kanak supaya bersikap positif dan terbuka untuk mencapai kejayaan gemilang demi kepentingan negara. Hasilnya akan dapat dirasai pada 5 hingga 10 tahun akan datang.

Semua pihak harus memainkan peranan agar matlamat ini tercapai lebih-lebih lagi Kementerian Pelajaran serta Kementerian Belia dan Sukan agar dapat meneruskan cabaran mencapai sasaran ke setiap lapisan masyarakat.

Setakat ini, saya sudah menjelajahi setiap negeri di Malaysia kecuali Negeri Sembilan (kampung halaman), Melaka, Perak dan Sarawak walaupun bukan secara menyeluruh dan saya dapat merasakan kesan yang begitu mendalam di setiap tempat yang saya hadiri. Suasana yang sungguh luar biasa.

Saya berjanji akan meneruskan usaha untuk menghadiri semua sekolah dan universiti di negara ini pada masa akan datang untuk berkongsi pengalaman mengenai penjelajahan ke angkasa lepas.

Ramai yang bertanyakan mengenai buku yang akan dihasilkan mengenai penjelajahan ke angkasa. Seperti yang diketahui, apabila saya kembali ke Malaysia, arwah adik menghasilkan sebuah buku mengenai saya sehingga terpilih menjadi angkasawan negara untuk dijadikan hadiah, namun hasrat Allahyarham untuk menerbitkannya tidak kesampaian.

Saya begitu sayu apabila melihat bilik arwah dipenuhi dengan gambar saya sebagai angkasawan negara. Begitu hiba hati ini apabila membaca helaian demi helaian coretan beliau. Saya bersyukur kerana telah menerbitkan buku berkenaan di pasaran untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Semoga ia menjadi inspirasi kepada anak muda untuk lebih berjaya. Kejayaan saya sebagai angkasawan sudah pasti membabitkan arwah adik yang sering memberikan dorongan dan galakan untuk berjaya dan saya berjanji untuk menjaga kepentingan kedua-dua anak arwah, Sheikh Aiman, 3, dan Balkish, setahun, demi masa depan mereka. Sebab itu, saya terbitkan buku ini sebagai tabung untuk masa depan mereka.

Minggu ini, saya akan ke Sibu dari 21 hingga 24 Mac dan ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 28 Mac untuk berkongsi pengalaman. Dan Insya-Allah saya akan menjelajahi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM lebih-lebih lagi MRSM Muar untuk membalas jasa guru di maktab itu yang membimbing dan mendidik saya sehingga menjadi angkasawan negara.

Tidak lupa pula Sekolah St Paul, Seremban yang membawa pelbagai kenangan manis dan sekolah di Negeri Sembilan sebagai membalas jasa Negeri Sembilan.

Pendaratan cemas pengalaman menyeronokkan

Soalan
Boleh jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'ballistic reentry' dan kenapa terjadi begitu?

Anuar Hamzah, Kuala Terengganu

Jawapan
Ini adalah kali ketiga dalam sejarah Russia kapal soyuz mengalami pendaratan kecemasan ballistic reentry. Kali pertama kapal soyuz tersasar ke dalam lautan dan kedua ke hutan Siberia Untuk TMA-10 kami terbabas sejauh 350 kilometer dari sasaran tetapi masih mendarat di kawasan Kazakhstan.

Ballistic reentry berlaku apabila kapal Soyuz terpaksa melakukan pendaratan kecemasan mengikut trajektori yang lebih pendek dan curam.

Bagi saya ia adalah pengalaman yang menyeronokkan di mana ketika memasuki atmosfera, kami berpusing-pusing dan terhumban dalam kapal Soyuz selama 3-4 minit.

Kami melalui daya tekanan 9G yang bermaksud 9 kali berat badan menghempap dada anda dan amat sukar bernafas. Tetapi kami telah dilatih untuk bernafas menggunakan abdomen. Segala-galanya berlaku dengan pantas.

Tumpuan dan fokus saya ketika itu adalah lebih kepada bahan eksperimen. Selepas tiga bulan mendarat, pihak Russia menjalankan post mortem dan mendapati punca pendaratan kecemasan adalah disebabkan masalah teknikal berikutan kerosakan kabel.

Saya bersyukur kerana misi penjelajahan ke angkasa mencapai objektifnya dan selamat kembali ke bumi.

sweetlips posted on 28-3-2008 09:37 PM

isk2....
macam2 ...
Page: [1] 2 3
View full: Coretan Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor