Dunhill. posted on 5-2-2008 03:17 AM

Udang lipan pulih otot, tambah tenaga batin..

Oleh MOHAMED semail

http://www.amonline.net.au/exhibitions/beyond/images/400/stomatopod_adult.jpg

http://www.kanika.com.my/p_prawn1.jpg


PULAU PINANG: Udang lipan yang suatu ketika dulu menjadi bahan buangan yang sekelas dengan ikan baja, kini menjadi sumber makanan golongan elit berikutan mendapat permintaan tinggi terutama di pasaran luar negara.

Walaupun permintaan dalam negara tidak begitu memberangsangkan tetapi ia begitu menonjol terutama di Hong Kong dan China. Malah, udang bersaiz 200 hingga 300 gram seekor harganya mencecah sehingga RM300 sekilogram.

Pengeksport udang lipan, Heng Seng Chuah, 35, dari Bukit Tambun, Bagan Ban Leong (gambar) di sini berkata, Malaysia adlah pengeksport kedua terbesar selepas Indonesia. Negara China dan Hong Kong pula destinasi utama bagi pasaran udang lipan.

Beliau berkata, nelayan pantai di sini menjadikan udang lipan sebagai tangkapan utama. Mereka menggunakan bubu umpan, pukat khas (pukat udang lipan) dan juga pukat tunda kecil sebagai alat menangkapnya.

Katanya, April hingga September adalah musim kemuncak pendaratan. Ketika itu, sebanyak 4 hingga 5 tan boleh dieksport berbanding pada musim biasa hanya 1 hingga 2 tan.

“Semua udang yang dieksport adalah udang hidup segar. Sebelum dieksport, ia hendaklah dimatikan (tidur) dengan memasukkan air batu ke dalam bekas takungan. Kemudian, barulah ia dimasukkan ke dalam kelongsong plastik sebagai pembungkus.

“Untuk tujuan eksport, semua kelongsong dimasukkan ke dalam kotak putih dengan memasukkan ketulan ais ke dalamnya untuk mengekalkan suhu sentiasa sejuk. Penutup kotak hendaklah ditutup rapi serta ditutup supaya udara panas dari luar tidak dapat masuk,

bizsari posted on 5-2-2008 03:56 AM

dari segi medical

tak bagus buat kesihatan

di China/Hong Kong yg dia orang tak makan ialah batu.

siapa pulak yg delete aku punya Avatar ni -Beruk monyet ke?

Ayun_Maiden posted on 5-2-2008 05:06 AM

Reply #2 bizsari's post

Baikke untuk kesihatan ? Tambah kalesterol lagi , aku percaya :lol:

Apa2 aku tak percaya udang lipan baik untuk tenaga lelaki. Sebab dia makanan laut yang menyebabkan badan sejuk pada pemakannya . Termasuk juga ketam . Tetapi tidak pulak bagi ikan .

Nak kuat tenaga kelakian tak perlu makanan sejuk . Makanlah sup2 ( ayam,  kambing atau lembu ) yang berempah. ;P  Kemudian perbanyakkan minuman air suam

yipun78 posted on 5-2-2008 08:11 AM

Reply #1 Dunhill.'s post

mahalnya :o  seekor je dah cecah harga puncak? kat area wa sepinggan biasa baru RM12 tu pon masak ala sup je....

yipun78 posted on 5-2-2008 08:12 AM

Reply #3 Ayun_Maiden's post

wah interesting ni Yun.... never know that, kene habaq mat terap kat kg sebelah.... thanx ya!

Kilokahn posted on 5-2-2008 08:20 AM

its just a good source of protein. Itu ja.

t@t posted on 5-2-2008 08:20 AM

nmpak gaya nya pupus lg udang jenis ni....maklumlah exotic & penguat tenaga ktanya...;P

gicks79 posted on 5-2-2008 08:24 AM

Reply #1 Dunhill.'s post

berape round bole tahan neh? ;P

ultra78 posted on 5-2-2008 08:25 AM

Originally posted by Dunhill. at 5-2-2008 03:17 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
. Di restoran tempatan sekitar Pulau Pinang, seekor udang yang siap dimasak dijual sehingga RM20 hingga RM30 seekor.

“Rasa dagingnya hampir sama dengan ketam nipah. Bagi masyarakat Tionghua, mereka percaya, ia berkhasiat boleh menguatkan otot dalaman serta memulihkan tenaga bagi lelaki,

atira posted on 5-2-2008 08:27 AM

Reply #1 Dunhill.'s post

baru makan kat bangi hari tu 5 ringgit sepinggan udang lipan goreng cili... nyam nyam...

reenz013 posted on 5-2-2008 08:29 AM

macam2..pasni apa lak....

c===8 posted on 5-2-2008 08:56 AM

dulu yg beso2 kat paso sekilo rm3 je
skang nak jumpa pun dah susah

kalo ada pun yg isi sikit je

ra5101 posted on 5-2-2008 09:00 AM

biar betul tambah tenaga batin:lol: setahu aku baik utk penyakit lelah jer. Lepas ni melambung ler harganya. Kat tpt aku panggil udang ketak. Isk lama tak makan udang nii... teringin lah pulak..

lipans posted on 5-2-2008 08:59 AM

udang aku?????

pixy posted on 5-2-2008 09:01 AM

Originally posted by atira at 5-2-2008 08:27 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
baru makan kat bangi hari tu 5 ringgit sepinggan udang lipan goreng cili... nyam nyam...

ada kesan serta merta tak?:$ .. maksud I perubahan dari yang sebelum-sebelum nya ;P

Hari2mau posted on 5-2-2008 09:07 AM

Reply #4 yipun78's post

Kat Utara , ramai yang tak lalu nak makan udang lipan . Depa lebih selesa makan udang hari2mau atau udang galah .

Kat utara harga udang lipan tak sampai pun RM 5 sekilo . Tapi udang galah lebih RM 20 saiz L dan udang harimau mau jejah RM 30 sekilo

Hari2mau posted on 5-2-2008 09:09 AM

Sebenarnya makanan udang, ketam  dan sotong hanya sesuai untuk mereka yang kepanasan badan . Sebab ia menyejukkan badan . Tapi banyak kalesterol .

pixy posted on 5-2-2008 09:10 AM

Originally posted by Hari2mau at 5-2-2008 09:07 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Kat Utara , ramai yang tak lalu nak makan udang lipan . Depa lebih selesa makan udang hari2mau atau udang galah .

Kat utara harga udang lipan tak sampai pun RM 5 sekilo . Tapi udang galah lebi ...

hang jangan risau .. lepas-lepas ni harga akan naik .. dah disahkan oleh akhbar ni .. kesan terhadap kejantanan .. kalah kopi jantan tu

adik_nazgul posted on 5-2-2008 09:25 AM

udang ni hodoh giler . ...
udang yg hodoh ni takda sapa yg pandang. ..
buang jer kat laut. ..
nak makan pun takda selera katanya. .. :mad:

Maideen. posted on 5-2-2008 09:28 AM

Originally posted by Dunhill. at 5-2-2008 03:17 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Oleh MOHAMED semail

http://www.amonline.net.au/exhibitions/beyond/images/400/stomatopod_adult.jpg

http://www.kanika.com.my/p_prawn1.jpg


PULAU PINANG: Udang lipan yang suatu ketika dulu ...
Inilah tanda akhir zaman....:D :D :D

MengkuduMasam posted on 5-2-2008 09:42 AM

aku penah makan.. tapi rase mcm takde isi jer...

Santeira posted on 5-2-2008 09:42 AM

Rupa udang lipan ni macam pelik sikit. Memula dulu gerun gak nak makan. :laugh3:

truly posted on 5-2-2008 09:42 AM

Originally posted by Maideen. at 5-2-2008 09:28 AM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Inilah tanda akhir zaman....:D :D :D

hehe....arent you suppose to  say "inilah islam hadari" first?

theres almost the same udang, in aussie...yabbies......bigger and taste even better. I took home some last time, naik flight, ingat nak bela di sini, but they died hehe.....and the one survive was found outside the pond, wondering  about.

atira posted on 5-2-2008 09:43 AM

Reply #15 pixy's post

tak de apa2 pon... kene makan 5 kilo kot baru boleh rasa kesan... :lol:

truly posted on 5-2-2008 09:43 AM

Balas #21 Santeira\ catat

now san makan tak?
seafood semua sedap.....:)
Page: [1] 2 3 4 5 6
View full: Udang lipan pulih otot, tambah tenaga batin..