arnabkiut Publish time 16-2-2008 02:12 AM

aduan salah guna kuasa MB,Khir Toyo oleh umno sg besar

SUNGAI BESAR, 15 Feb (Hrkh) - Ahli Umno Sungai Besar membuat aduan salah guna kuasa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas tindakan rakus dan zalim terhadap rakyatnya.

Aduan itu dibuat oleh Abdul Aziz Suloh di ibu pejabat BPR Putrajaya 14 Februari, lalu.

Dalam aduan tersebut, beliau mempertikaikan tentang pemberian tanah kerajaan melalui projek penswastaan tanah milik Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kepada syarikat Rokeng Corproration sdn. bhad.

Syarikat Rokeng No. 563347-D dimiliki oleh ahli majlis MDSB, Dato' Hj Mohamad Mosloro Abdullah dan Hamidah Ahmad.
Akibat pemberian tanah kepada syarikat Rokeng pejabat JPS akan dipindahkan kerana kawasan tanah itu akan dibina rumah kedai tiga tingkat.

Katanya semua urusan pemberian tanah kepada Rokeng Corportion dibuat melalui orang kuat Khir Toyo iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Masloro Ahmad.

Beliau turut membuat aduan tentang pemberian tanah dusun rancangan Merbau Berdarah Am 1, Mukim Sungai Panjang kepada rakyat di daerah Sabak Bernam yang diluluskan oleh mesyuarat kerajaan negeri pada 14 Februari 2005 telah dibatalkan pada 20 Januari 2006.

Beliau mendakwa tanah tersebut telah diberikan kepada kroni-kroni Khir Toyo.Dalam aduan itu juga Khir Toyo didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian 19 buah rumah di Taman Perwira daripada pemaju Perwira Bintang Sdn Bhd bernilai lebih RM3juta.Sedangkan kata beliau, MDSB tidak mempunyai sumber kewangan dan diarah meminjam daripada Tabung Amanah SUK semata-mata mahu menyelamatkan projek perumahan yang tidak laku.

Tindakan rakus Khir Toyo telah menimbulkan kemarahan orang Melayu di Sungai Besar, tegasnya.Tambah beliau, Khir berlagak baik ketika berada di luar Sungai Besar tetapi dengan pengundinya beliau seorang pemimpin diktator berlagak sombong dan cakap besar. "Orang Melayu kalau sudah marah dengan sikap pimpinan Umno, jangan marah kalau Umno akan hancur," katanya. -

--- harakahdaily ---

hahahahhahahahhaaahhah...huhuuhuh hahahhahahahahhaa...
sepandai2 tupai melompat..jatuh ke tanah makan tempe jua...

silencekiller Publish time 16-2-2008 02:20 AM

sumber harakah ke??? patut la pun :I :I

luvly_eone Publish time 16-2-2008 02:55 AM

Reply #1 arnabkiut's post

camne baghal pemimpin ameno pon tetap menjadi calon gak...

bapak kepala ameno pon 2x5 gak... pasal tu ler anak2 buah berak pon berlari...

janji 'yes sir'...:mad: :@

lanun_darat Publish time 16-2-2008 05:13 AM

Originally posted by silencekiller at 16-2-2008 02:20 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
sumber harakah ke??? patut la pun :I :I

Ko nak proove ke ? pi la tanya org yg berkaitan sundirik. khaaakkkk ptuih

freebird Publish time 16-2-2008 02:37 PM

Originally posted by arnabkiut at 16-2-2008 02:12 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
SUNGAI BESAR, 15 Feb (Hrkh) - Ahli Umno Sungai Besar membuat aduan salah guna kuasa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas tindakan rakus dan zalim ...

...dah repot ke BPR ke????...patutlah senyap je...:mad: :mad:

Anak Ketua Pengarah BPR ni lah yang anak dia co-pilot MAS yang di dapati bersalah menyimpan video lucah budak kecik kat Australia hari tu...;P ....anak-beranak penjenayah:@ ..

juwaini Publish time 16-2-2008 02:38 PM

Ni kes UMNO report UMNO ke?

m8 Publish time 16-2-2008 02:48 PM

mak bapak aku pengundi sg besar.. tp dia org bukan org ameno pun;P

Squall-Leonhart Publish time 16-2-2008 02:53 PM

http://www.fhtire.com/nss-folder/pictures/toyo_logo_new.jpg

Dia patut kena sumpah jadik taya jer baru elok... :lol: :lol: :lol:

juwaini Publish time 16-2-2008 02:54 PM

Originally posted by Squall-Leonhart at 16-2-2008 02:53 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
http://www.fhtire.com/nss-folder/pictures/toyo_logo_new.jpg

Dia patut kena sumpah jadik taya jer baru elok... :lol: :lol: :lol:
Bapak dia punya nama bukan Toyo sebenarnya, tapi JOYO.. :lol::lol::lol:

syazwan89 Publish time 16-2-2008 02:55 PM

kenapa aku xpelik dengan berita2 salah guna kuasa umno?

ooo...lupe plak,dah biasa dengar...:lol: :lol: :lol: :lol:

m8 Publish time 16-2-2008 03:00 PM

datuk masloro tu mmg lah wakil khir toyo di sg besar..rumah dia pun besar woo.. ni semuanya ahli politik 10%.. semua projek nak mintak 10%... tanah2 balak di kwsn pasir panjang tu.. semuanya dah ditebang.. malam-malam lori-lori angkut balak keluar dari hutan.. org kampung di sana tau apa??? rumah2 disana pun slps 2 km, baru jumpa rumah jiran. ingatkan sbb dia asal sana dpt lah buat kemajuan rupa2 nya kaduk mmg ada dimana-mana...:I

DTECCONAN Publish time 16-2-2008 03:15 PM

Khir Toyo ni orang PAS ker? :o ;P

ekzos_sport Publish time 16-2-2008 03:21 PM

Originally posted by silencekiller at 16-2-2008 02:20 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
sumber harakah ke??? patut la pun :I :I

harap tb3 suku...? rtm? berita harian? utusan?

mynameisdot Publish time 16-2-2008 04:18 PM

mamat ni pun meragukan...ade gak dgr cite2 x best dia ek...

camner dia bleh dgn tanpa segan silu plak mengatakan calon BN kena lalui 'scanning' dari 4 badan???

mynameisdot Publish time 16-2-2008 04:20 PM

Originally posted by m8 at 16-2-2008 03:00 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
datuk masloro tu mmg lah wakil khir toyo di sg besar..rumah dia pun besar woo.. ni semuanya ahli politik 10%.. semua projek nak mintak 10%... tanah2 balak di kwsn pasir panjang tu.. semuanya da ...


itu baru bab 10%...tu blom cite yg besau2 cam norza tuh..ekekeke

m8 Publish time 16-2-2008 04:41 PM

Reply #15 mynameisdot's post

itu la pasal. kat sg besar tu , wakil pembangkang pun tak boleh diharap. maklum lah kwsn kampung, bukan boleh dpt projek mega..kalau adapun DAP yg menang di Sekinchan.

freebird Publish time 18-2-2008 10:50 AM

Originally posted by arnabkiut at 16-2-2008 02:12 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
SUNGAI BESAR, 15 Feb (Hrkh) - Ahli Umno Sungai Besar membuat aduan salah guna kuasa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas tindakan rakus dan zalim ...


:lol: :lol: ...mamat ameno sungai besar ni bebulu sebab dapat bil air hujan dari khir toyo kot....;P ;P

MelahJanda Publish time 18-2-2008 10:52 AM

tempe pun tempelaaa
janji muka cun;P

pixy Publish time 18-2-2008 11:27 AM

Reply #18 MelahJanda's post

ada iras-iras mawi ke;P

zamnie Publish time 18-2-2008 11:36 AM

mustahil kalau dia x menangg... org jawa sumer sokong kat dia nih!!!
Pages: [1] 2
View full version: aduan salah guna kuasa MB,Khir Toyo oleh umno sg besar


ADVERTISEMENT