kaizer8118 posted on 19-2-2008 12:01 PM

Cepat berdebar dan susah nak bernafas

Aku ade masalah jantung aku berdegup laju dan cepat berdebar...dan kadang2 susah nak telan air liur sendiri..ade siapa boleh bagi tau ape masalah aku nie dan ade tak ubat yg aku perlu makan?

an324 posted on 19-2-2008 12:12 PM

biasanya ini due to excessive adrenaline release..
selalu panic ke?

rambu posted on 19-2-2008 12:18 PM

Reply #1 kaizer8118's post

masalah aku hampir sama. tapi aku ada sakit dekat dada belah kanan jugak. kenapa ek? need the forumers advice.tq

an324 posted on 19-2-2008 12:26 PM

tis related gk ngan blood pressure..
hihg blood pressure to be exact..

well, kena amik cardio test to confirm this matter

shachihata33 posted on 19-2-2008 12:27 PM

Originally posted by an324 at 19-2-2008 12:12 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
biasanya ini due to excessive adrenaline release..
selalu panic ke?

penyakit apa ni?

sha pun hadapi mslh yg sama jugak. mmg cepat panic dan ssh bernafas :(

kaizer8118 posted on 19-2-2008 12:35 PM

Reply #2 an324's post

haah memang selalu panic....

an324 posted on 19-2-2008 12:36 PM

Reply #5 shachihata33's post

we have hormons in our body..
biasanya when we get excited, affraid..
hormon ni akan release - adrenaline..

kalo nak tau org tu menipu atau ckp benar..
bole test brain wave based on releasion of this hormon..

kaizer8118 posted on 19-2-2008 12:37 PM

Originally posted by an324 at 19-2-2008 12:12 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
biasanya ini due to excessive adrenaline release..
selalu panic ke?

ape benda nie ??? boleh tlg terangkan tak?

an324 posted on 19-2-2008 12:48 PM

due on taken drugs pun bole menyebabkan hormon ni dirembeskan tanpa boleh dikawal..
kadang tu berdebar smpi bole berpeluh scr tiba2 saje..

kaizer8118 posted on 19-2-2008 12:50 PM

Reply #9 an324's post

ooooo mcm tu tp aku x de la ambil benda2 mcm tu...

Arissa_Sofea posted on 19-2-2008 01:23 PM

this is palpitation...

palpitation is a symptom which can arise from a number of problems:

1. kalau ader sakit dada...most likely ischaemic heart disease...OR heart conduction problem
2. kalau tader problem dgn jantung...maybe panic disorder/generalised anxiety disorder bla2..
3. HYPERTHYROIDISM (needs investigation)...dan bebarapa endocrine disorder yg lain..paling extreme dan rare: pheochromocytoma
4. Infection
5. Anaemia
6. Dehydration

gi jumpa doc...buat ecg...ambik darah sumer (FBP, U+E, CRP, TFTs)
beta-blockers boleh tolong mender ni

[ Last edited by  Arissa_Sofea at 19-2-2008 01:28 PM ]

ummy43 posted on 20-2-2008 10:53 PM

kalau ade masalah panis disorder ni, ade ubat ke utk kontrol kan rembesan adrenalin ni . .
aku pun ade maslah yg lebihkurang sama gak ni . . cepat sgt nak panic . .
dulou2 tak de lak, skrg ni baru ade, bila panic, ape pon tak leh nak cakap
especially in front of public . . :'( :'( :( :(

kaizer8118 posted on 22-2-2008 08:05 AM

Reply #12 ummy43's post

betul arrr aku kalau depan org mesti arr panic ..sampai nak terkencing pun ade rasa nyer

vastavista posted on 30-1-2012 09:31 PM

Salam..

aku pn ada masalah cam ni...berderbar2...risau..bimbang...

nk telan air liur susah....macam tk leh...

pastu sesak nafas..... sakit dada pn ade...tapi tukar tempat...

stakat ni dh test... flow peak...normal...
spirometry..normal..
pulse oximeter normal..

ape sakit aku nih..?

DeNespha posted on 30-1-2012 10:56 PM

jangan lupa sakit gastrik/ganguan asid reflux pun akn mempunyai tanda mcmni:
1.sesak nafas
2.sakit dada dari tengah ke kiri
3.kepala pening2
4.jantung berdegup kencang (palpitation)
5.Banyak angin selalu sendawa tak kira masa.
6.pedih ulu hati.
7.bdn sakit2

safia posted on 29-3-2013 04:08 PM

AKU PUN SAMER ADER MASALAH NI......ari tu doc dh pasang holster kat badan aku nk tgk rythm jantung

myariesa posted on 31-3-2013 12:02 PM

aku penah jadi mcm ni sampai 4 klinik n 2 hospital aku pergi..3 kali wat ecg,smua normal..last skali aku pergi klinik upm dekat taman pinggiran putra upm..dia terangkan dkt aku pasal panic attack n suruh balik rehat..balik rmh aku search dalam intenet pasal panic attack ni

Gejala-gejala Serangan Panik

Seperti digambarkan diatas, gejala-gejala serangan panik timbul secara mendadak tanpa suatu penyebab jelas. Antara sintom-sintomnya  termasuk;

- Denyut jantung yang cepat @ berdebar-debar
- Nyeri /saki t/ngilu dada/ sakit lambung
- Gangguan perut
- Pening, mual atau pengsan
- Sesak nafas, rasa tercekik@tak boleh nak menelan makanan. Sesetengah kes air pun susah nak telan.
- Gementar
- Berkeringat
- Rasa kebas atau mati rasa di tangan
- Flushes atau chills. Wajah kemerahan atau menggigil


buyungketek posted on 1-4-2013 10:36 AM

Salam..

PErkara sebegini saya memang dah ada pengalaman..Serangan palpitation dan GAD ni bermula sejak tahun 2010 sampai sekarang. PAda mulanya serangan ini dikatakan panic disorder setelah didiagos oleh doktor di Hospital Serdang. Masa kena tu saya dalam waktu berkursus dan sedang berada di dalam dewan. Pada mulanya rasa sejuk dan kejang bermula dar hujung kaki naik ketasa dada dan jantung berdebar kencang dan berpeluh..SAya hampir rebagh namun kawan2 cepat2 menghantar saya ke hospital..

Lepas buat ECG, doktor kata kena refer di hospital terdekat dengan rumah yakni di Kedah. Doktor menyatakan saya kena serangan panik. Namun perasaan berdebar tu seringkali datang hinggakan saya dimasukkan ke wad pemerhatian sebanyak 8 kali dalam tempoh 36 jam. Doktor memaklumkan saya mengalami palpitaion tapi disebabkan apa beum diketahui. Sesudah kali ke 8 dimasukkan ke wad pemerhatian, doktor mengarahkan saya dimasukkan ke wad selama 4 hari bagi tujuan investigate. Setiap kali sakit doktor akan membuat ECG dan akhir sekali saya dirujuk ke klinik pakar dan melakukan pemeriksaan saringan jantung, kena buat Scan jantung, kena pakai alat mengukur jantung utk 24 jam sebanyak 2 kali. Dan akhir sekali diagnos menunjukkan keabnormalan pada bit atau rentak jantung.

Namun kesakitan saya bukan sekadar di dada, tapi sering mengalami sesak nafas tanpa sebab, sakit bahagian abdomen, kejang, senak dan berpeluh sentiasa. Saya dirujuk semula ke klinik pakar dan ditahan lagi di wad kali ini untuk melakukan ujian OGDS utk melihat sarulan esofagus dan bahagian dalaman perut, hasil - negatif. Namun setahun menderita saya sekali lagi dimasukkan ke wad utk melakukan ujian kolonoskopi. Namun hasil - negatif.

hinggalah sekarang saya sudah dirujuk kepada pakar cardiology di H.Pulau Pinang dan sudah 2 kali dimasukkan ke wad. sekali masuk seminggu dan sudah melakukan operation EPS dan macam2 lagi ujian,namun kesakita tetap berlaku.

Sekarang ni final diagnosis belum dapat lagi utk kesakitan di abdomen dan masalah berdebar itu pula sudah dirujuk ke pakar CArdiology.

Antara ubat yang diberikan adalah - fluvoxamine 150 gm dimakan setiap malam selama 2 tahun.
Dan utk abdomen / perut diberikan pil astra zeneca dan pelbagai lagi ubat termasuk MMT, ranitidine.

Jadi lebih baiklah sesiapa yang mengalami masalah sebegini melakukan ujian terperinci kerana kemungkinan nya pelbagai..

paanz posted on 19-4-2013 04:11 AM

buyungketek posted on 1-4-2013 10:36 AM static/image/common/back.gif
Salam..

PErkara sebegini saya memang dah ada pengalaman..Serangan palpitation dan GAD ni bermula  ...

mkn ubat selama 2 tahun?
ade effect ape2 x ubat tu

houzofbeaute posted on 25-4-2013 10:24 PM

Saya ada jugak masalah cepat berdebar ni tapi secara tak sengaja saya ambil supplement ni namanya SNE untuk detox dan resdung saya. Lepas 2 minggu saya perasan yg penyakit cepat berdebar tu macam dah hilang. Tak sangka la pulak tapi mungkin saya kurang severe. Itupun anak saya selalu panggil saya paranoid
Page: [1]
View full: Cepat berdebar dan susah nak bernafas