tunteja73 posted on 24-2-2008 03:04 PM

Kedai Perabot Hotel Second Hand ada tak kat KL?

Hai semua warga KL/Selangor, salam perkenalan.

Tun orang baru, duduk di Damai Perdana, sekarang ni
dekat alor setar, baru habis berpantang anak ke-3. Tun
ada pergi ke kedai perabot second hand dekat changloon,
perabot kat situ semuanya dari hotel singapore, worth buying
sebab murah dan design dia cantik. Kira ala-ala kedai dekat Renggit
Johor tu la...

So, Tun nak tanya, dekat KL ada tak kedai perabot second hand
hotel, anyone yang pernah jumpa ke??? Nak cari almari baju, adik Tun
borong 3 set (2 almari satu set) dengan harga RM600 satu set. Besar
almari dia, yang stail dua tingkat tue? Ingat nak cari kabinet TV yang
boleh tutup tue sama....

Sekian.

joeyss posted on 24-2-2008 03:10 PM

tunteja73, nak tanya, changlon tu dekat mana? apa nama kedai dia? saya dok dekat jitra. Dekat alor star depan airport pun ada sebuah kedah macam tu jugak..

tunteja73 posted on 24-2-2008 03:50 PM

Lepas pada susur keluar nak pi Padang Besar, dia macam gudang la,
dia tulis Perabot second Hand, kalu orang baru kawin, nak jimat duit,
bagus sangatlah berkunjung dekat sana, boleh beli meja makan, katil
single atau double, set sofa dan coffee table. Memang nampak buruk
sikit, tapi diorang akan baiki mana yang rosak dan polish semula, akan
nampak macam baru.

Dekat A.setar tu, depan simpang airport baru ke airport lama?? Besar
tak kedai dia?? dekat changloon tu nesar macam gudang.

bawanghitam posted on 24-2-2008 04:25 PM

kat kl tak tau ler.. kalau ader area shah alam ke subang ke nak gak tau :P

cam kat johor pernah beli untuk kampung kerusi rotan yang berkembar tu baru rm80

isyraq2005 posted on 24-2-2008 04:37 PM

Originally posted by bawanghitam at 24-2-2008 04:25 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kat kl tak tau ler.. kalau ader area shah alam ke subang ke nak gak tau :P

cam kat johor pernah beli untuk kampung kerusi rotan yang berkembar tu baru rm80

awat  murah sngt ni .....

hiss krusi  rotan plak tu idaman saya tuh....

joeyss posted on 24-2-2008 11:40 PM

Originally posted by tunteja73 at 24-2-2008 03:50 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Lepas pada susur keluar nak pi Padang Besar, dia macam gudang la,
dia tulis Perabot second Hand, kalu orang baru kawin, nak jimat duit,
bagus sangatlah berkunjung dekat sana, boleh beli meja  ...

hmm nak kata besar tu, susah jugak nak kata. tapi banyak juga pilihan.. dia orang kata 2 bulan sekali stok sampai.. sama jugak, dia akan repair dulu baru dia jual la, ikut kehendak kita nak warna apa.. tapi harga boleh "tahan" sebab memang jati berat2 dekat situ.. silap2 hari bulan, perabot dari istana pun ada

hmm kawasan dia, dekat airport baru.. kalau kuar dari airport, amik trafic light sebelah kanan.. kedai dia sebelah kiri (menghala ke jitra) ada dalam berapa meter je dari airport.. bawak slow2

[ Last edited by  joeyss at 24-2-2008 11:43 PM ]

bawanghitam posted on 25-2-2008 08:28 AM

Reply #5 isyraq2005's post

tu lahh.. malas nak beli kat sana angkut2 ke kl lak.. :lol:

tunteja73 posted on 27-2-2008 11:59 PM

Reply #4 bawanghitam's post

Tu pasal la bawang.... perabot rotan ni, kalau
dipolish semula, nampak seperti baru. Selalunya
perabot hotel ni berkualiti dan ada style. Asal
bijak memilih dan menawar, memang berbaloi.....

Nak beli dekat Renggit pun jauh jugak... anyone
yang tahu kedai ni area dekat KL? Luar KL pun OK
asalkan dekat sket dengan KL.....

QAX posted on 28-2-2008 10:24 AM

Reply #8 tunteja73's post

bukan renggit... rengit la....

marisa_anuar posted on 29-2-2008 09:25 AM

ini marisa kopikat drm forum lain yer...:D
sebagai panduan kengkawan sumer...maceh...:loveliness:

location perabot secondhand...
1.Kajang : Jalan ke Semenyih depan JPJ.. kedai perabot secondhandd dari hotel
2.Seremban: Jalan Rahang -Rasah...
3.The Garage Sale Shop
22, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park, Seksyen 13,
Shah Alam. (berdekatan dgn Giant Shah Alam dan bersebelahan dgn Restoran D

bawanghitam posted on 29-2-2008 09:55 PM

tadi gi shah alam tuh, baru nampak kedai seken hand tuh.. sebelah beriani power kan.. tapi tak banyak sangat lla barang.. dia kata banyak da angkut ke taman tun dr ismail.. ada kedai lain sana.. tapi tak sure la area mana..

tunteja73 posted on 1-3-2008 07:37 PM

Reply #10 marisa_anuar's post

Thanks marisa.....

What a very useful information...... MOD..kasi credit sket dekat marisa...
Hmmm...bolehlah pergi melawat lepas nie.....

tunteja73 posted on 1-3-2008 07:38 PM

Reply #9 QAX's post

Hi..hi..hiii..;P

Rengit ye.... sori..

an2toncit posted on 2-3-2008 01:03 AM

dekat2 jln bukit bintang tu ada .....jalan2 kecik2 yg dekat2 Pasar Rakyat tu.....memang semua perabot dr hotel...

tunteja73 posted on 2-3-2008 04:22 PM

Reply #14 an2toncit's post

Ye ke Toncit...TQ.

Tun area Bukit Bintang ni blurrr sket.... X pa..akan ku usahakan...
Nak cari almari baju nie, beli baru harga dekat RM300, dah la
kecik, pastu pintu dia senget2 plak tue...kalau nak beli yang kayu
mesti mahal punye....

an2toncit posted on 2-3-2008 09:57 PM

Originally posted by tunteja73 at 2-3-2008 04:22 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Ye ke Toncit...TQ.

Tun area Bukit Bintang ni blurrr sket.... X pa..akan ku usahakan...
Nak cari almari baju nie, beli baru harga dekat RM300, dah la
kecik, pastu pintu dia senget2 plak tue.. ...

nanti aku tgk esok alamat kedai tu....

GreenHawa posted on 3-3-2008 01:49 PM

yang GH tau dekat depan batu caves ada satu.. sebelah dengan restoren vegetarian kalau tak silap la..  nama kedai pon lupa padahal selalu benor lalu lalang kat situ

marisa_anuar posted on 4-3-2008 11:13 AM

Reply #12 tunteja73's post

macehh teja...maceh mod skycrew....:loveliness:

ini ader lagi some info...

kedai OSAMA SP ENTERPRISE
3h jalan sg tukang
08000 Sungai Petani
04-4410894
019-4755508

tunteja73 posted on 6-3-2008 10:03 PM

Reply #18 marisa_anuar's post

Hmmm, nanti balik kampung boleh singgah.
Rumah Tun beli dekat Laguna Merbok tu belum
ada orang sewa lagi, boleh buat fully furnished
punya sewa kalu macam nie...

Thanks marisa...

tunteja73 posted on 6-3-2008 10:05 PM

Reply #17 GreenHawa's post

Batu caves?? kalu dari ampang, sebelah kiri ke kanan?
selepas Giant ke sebelum? x ada nama kedai pun x apa
asal tahu lokasi dia dekat mana...

Thanks Hawa

GreenHawa posted on 3-4-2008 04:45 PM

Reply #20 tunteja73's post

kalau dari ampang..
sblh kiri... amek jalan nak ke giant jalan sblh bwh tu...
pastu lepas giant, petronas, esso terus lagi..
kira jalan nak ke batu caves... pastu sblm sampai traffic light tu ada deret shop lot sblh kiri.. kedai ni kalau tak silap yang paling hujung atau lot kedia dr hujung.. ingat2 lupa..
tp sblh restoren la...hehehe sorrylah entah paham ke idak..
;P ;P

waneeda1904 posted on 8-4-2008 02:16 PM

GREENWOOD :D

tunteja73 posted on 15-4-2008 09:10 PM

Reply #21 GreenHawa's post

Thanks Hawa... fahammm...:D

Dah jumpa, tapi x sempat nak singgah sbb dah terlajak sket...

tunteja73 posted on 15-4-2008 09:11 PM

Reply #21 GreenHawa's post

Thanks Hawa... fahammm...:D

Dah jumpa, tapi x sempat nak singgah sbb dah terlajak sket...

tunteja73 posted on 15-4-2008 09:15 PM

Reply #6 joeyss's post

Last week Tun balik Alor Setar, so x lepas peluang pergi kedai tue....

Quite big la jugak, mmg banyak perabot kayu jati, yg baru pun ada.
Berkenan dining table jati, tapi x boleh nak beli sbb tak kan nak angkut datang KL plak...
Page: [1] 2
View full: Kedai Perabot Hotel Second Hand ada tak kat KL?