hantulaksa posted on 18-4-2008 04:48 PM

ANEKA KUIH BAHULU

Saya ingin bertanya kalau ada kwn2 sini pandai buat kuih bahulu yg lembut dan gebu tu. Saya dah tgk sampai pg 18 tp tak ada pun tajuk ni.
Kalau sudi bagi resepi kat sini saya ucapkan terima kasih. Anak2 saya sangat suka makan kuih ni, nak beli selalu tak cukup bajet.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 24-7-2008 03:50 PM ]

jofizo posted on 18-4-2008 05:02 PM

Reply #1 hantulaksa's post

nampaknya kena tukar nama la dari hantu laksa jadik hantu bahulu........ ;P

narcolepsy posted on 18-4-2008 05:08 PM

Bahulu yang sedap bergantung pasa tepung yang digunakan. Tepung kalau boleh digoreng terlebih dahulu. Bila campurkan dengan pukulan telur dan gula tu, pasti tak terlalu pekat sbb leh melekat kat acuan.

rimbun posted on 22-4-2008 05:39 PM

yg biaser mak rimbun wat kat kampung...

1 mangkuk gula + 1 mangkuk telur (dipukul sehingga kembang=>betul2 kembang).then masukan sedikit esen vanilla.
Then masukkan tepung skit2 (tepung gandum yg digoreng or jemur terlebih dahulu). normally yg first bakar tuu lembik skit then adjust skit lg tepung. jgn sekali-kali isi banyak terus...
Bakar dalam acuan bauhulu. Biasernyer kat bawah dah guna dapur gas jer but atasnyer dibakar sabut kelapa. sedap dimakan panas2. kalau masa kecik2 dulu suka berebut yg bentuk ikan hahaha. pastu kalau time puasa... meleleh air liur nak tunggu berbuka hahaha :lol:

[ Last edited by  rimbun at 22-4-2008 05:43 PM ]

AnisSuraya posted on 22-4-2008 09:03 PM

Reply #4 rimbun's post

Bonda anis nyer resepi pulak 1 mangkuk penuh gula pasir (gula mesti dalam keadaan betul2 kering, kalau basah, jemur dulu bagi kering), 1 mangkuk telur (kurangkan separuh putih telurnya, lebihkan kuning telur contoh 6 biji telur kuning 2 biji telur putih)...mula2 pukul telur lebih kurang 1/2 jam, kemudian baru masukkan gula dan pukul sampai kembang dan betul2 kembang (kaler dia cam keputihan2 ), kemudian masukkan 1 1/2 mangkuk tepung yang telah digoreng tanpa minyak terlebih dahuu dan diayak..kalau bakaran yg pertama mcm kurang tepung, tambah sikit tepung lagi...

hantulaksa posted on 26-4-2008 05:37 PM

terima kasih kpd anis n rimbun. Akan saya cuba esok. Semalam cuba buat ikut resepi dlm majalah apa tak ingat pulak. Resepinya 2 bj telur, 60g telur, 60g tepung n 1/2 tsp baking powder. Semangat nak buat tp hasilnya tetap mendukacitakan. Mungkin teknik saya tak berapa betul kot. Macamanapun saya tak akan putus asa, akan saya cuba sampai berjaya kerana bahulu adalah kuih kegemaran anak2.

mallanhead posted on 26-4-2008 06:11 PM

Baru tadi je buat kuih bahulu ni. Tapi kiranye resipinye resipi bahulu moden. Jenis yg tak yah goreng tepung dulu.

Sbb kan malas nak buat yg traditional, akak buat yg simple ni je sbb nak test new baking pan.....

3 egg yolks
4 egg whites
100gm sugar
Half teaspoon vanilla essence
100gm wheat flour
1 tablespoon tapioca flour
Quarter teaspoon baking powder

Method

1. Sieve wheat and tapioca flour together with baking powder.
2. Whisk the eggs and sugar until stiff.
3. Add the vanilla essence.
4. Fold in 20grms of sifted flour with 100ml of egg batter. Preheat oven to 250 degrees centigrade. Lightly grease the mould (to prevent the bahulu from sticking) and spoon in batter. Do not fill to the top. Bake bahulu for about five minutes.

Alternatively, you can bake bahulu the traditional way

hajari posted on 27-4-2008 01:11 PM

errmmmm...sedapnya mallan pandai betullah u buat...nampak cam garing kat luar lembut didalam ....terliur dah ni....

mallanhead posted on 27-4-2008 01:26 PM

Reply #8 hajari's post

Kira ok lah hajari utk perantau mcm saya ni. Kalau dulu selalu beli kat makcik/pakcik yg duduk tepi subang parade. Ni dah tak de parade, kenalah buat sendiri.

awann72 posted on 28-4-2008 11:36 AM

adoii.. sedapnya bahulu tu...

sheeren posted on 29-4-2008 10:46 AM

nk tanye la kuih bahulu ni tahan x kl simpan lama sikit?

mallanhead posted on 1-5-2008 07:30 PM

Adik beradik bahulu. Madeleines.

http://i49.photobucket.com/albums/f285/mallanhead/madeleines.jpg

pinatbate posted on 1-5-2008 09:21 PM

Reply #12 mallanhead's post

Adik bahulu si madeleines ni camana pulak resepinya Mallan...:drool3:

ninoZ posted on 1-5-2008 11:30 PM

Reply #13 pinatbate's post

kene ade acuan shell/scallop dia baru cun...makan panas2 cicah teh o..perghhhh :D

tp madeleines yg kita belajo kat skolah dgn french nyer madeleine nih lain bentuk..ghase lebih kurang  jek..

mallanhead posted on 2-5-2008 10:48 AM

Reply #13 pinatbate's post

Kejap lagi I bagi. Skrg ni nak kena gi rumah kawan tolong dia buat apam. ;P

mallanhead posted on 2-5-2008 10:54 AM

Reply #14 ninoZ's post

Kalau tak silap, madeline yg kita belajar kat sek. tu cupcakes yg kecik2 kan. Lepas tu taruk ceri merah kat atas.

I think kalau tak de acuan madelines, boleh pakai acuan kuih cara atau kuih bahulu tak? Yg bawahnye melengkok-lengkok tu.

[ Last edited by  mallanhead at 2-5-2008 10:55 AM ]

ninoZ posted on 2-5-2008 12:12 PM

Reply #16 mallanhead's post

haaa..tu madeline skolah..acuan dia mcm gelas kecik yg agak tinggi..
bila dah siap..kita sapu dgn jem keliling dia..roll dlm dessicated coconut then letak ceri merah..

hmm..acuan kuih cara/bahulu pun shud be ok utk ganti acuan madeleine
esp kuih cara..sebab dia tak tebal/dlm sgt..acuan  scallop madeleine nih leper je kan..
tul tak mallanhead?
:D

pinatbate posted on 2-5-2008 04:23 PM

ohh..saya dah jumpa resepi cik madelaine ni dalam FP Soulha....:D :D

mallanhead posted on 2-5-2008 04:29 PM

Reply #18 pinatbate's post

Lebih kurang bahulu jugak kan. Except madeleine ni pakai melted butter. Bahulu tak pakai butter pun.

acuan madeleines dan acuan bahulu moden ala aussie.

http://i49.photobucket.com/albums/f285/mallanhead/bakingtin.jpg

Yume posted on 4-5-2008 03:11 PM

Originally posted by mallanhead at 26-4-2008 06:11 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Baru tadi je buat kuih bahulu ni. Tapi kiranye resipinye resipi bahulu moden. Jenis yg tak yah goreng tepung dulu.

Sbb kan malas nak buat yg traditional, akak buat yg simple ni je sbb nak test ...

Kak Yume nak tanya nih ...

Akak pakai acuan mcm mana? Bakar lak api bawah berapa minit & api atas berapa minit or kalau ada pakai atas bawah ker ...tolong ajar sikit ... thanks ...

mallanhead posted on 4-5-2008 07:25 PM

Reply #20 Yume's post

Akak pakai bantai je pakai api tepi. Oven agak koman sikit. Oven gas, tak de api bawah atau atas, cuma api tepi ;P . Kalau tak silap akak bakar dlm suhu 180 deg. utk 15-20 minit.

LVgirl posted on 8-5-2008 04:43 PM

Originally posted by mallanhead at 26-4-2008 06:11 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Baru tadi je buat kuih bahulu ni. Tapi kiranye resipinye resipi bahulu moden. Jenis yg tak yah goreng tepung dulu.

Sbb kan malas nak buat yg traditional, akak buat yg simple ni je sbb nak test ...

Mallan So tempting tengok Bahalu moden you ni.
Tadi I makan bahulu pandan and chocolate chip.Not bad rasanya.

You bake dalam acuan mcm mana yer?

mallanhead posted on 9-5-2008 06:51 AM

Reply #22 LVgirl's post

I pakai yg ni.

http://i49.photobucket.com/albums/f285/mallanhead/mould.jpg

eena05 posted on 9-5-2008 08:14 AM

Reply #23 mallanhead's post

comeiii nye mould tu sis mallannn........kat cni jarang jumpeeee :D. ape2 pon u ngan sis plat memang ghajin membaking.....memasak then looks so sedap jek ape2 yg uols buat :)

mallanhead posted on 9-5-2008 11:11 AM

Reply #24 eena05's post

Kkdg rupa je cantik. Rasanye belum tau lagi. :P

Tapi kan, I ni masak ikut mood. Entah kenapa lately asyik nak masak je. Before that lama jugaklah stop baking membaking ni.
Page: [1] 2
View full: ANEKA KUIH BAHULU