amazed posted on 3-6-2008 09:18 AM

punca kereta bergegar!!

Kerosakan aci pacu punca gegaran kereta

Masalah kenderaan bergoyang atau bergegar ketika dipandu biasanya berkait rapat dengan kerosakan aci pacu (drive shaft) atau (long shaft).

Kerosakan fungsi penting bagi pacuan setiap kenderaan itu selalunya berpunca daripada pemanduan agresif seperti melalui selekoh pada kelajuan tinggi, hentakan kuat pada tayar, memecut secara mengejut, pemasangan rim yang terlalu besar dan menggunakan sistem suspensi yang sudah rosak.

Bagaimanapun, tidak dinafikan juga masalah gegaran itu kadang kala berpunca daripada kecuaian pihak pengeluar kenderaan ketika pemasangan atau penggunaan komponen yang tidak mengikut piawaian.

Keadaan yang sama juga mungkin berlaku apabila aci pacu yang digunakan sudah mencapai tempoh hayat yang sepatutnya.

Tanda-tanda kerosakan pada aci pacu adalah seperti bunyi geseran ketika membuat pusingan atau melalui selekoh, gegaran yang ketara pada badan kenderaan ketika memecut atau semasa menggunakan brek.

Sementara itu, tanda-tanda yang hampir sama juga boleh dikesan apabila long shaft (alat penghubung antara kotak gear dan gandar belakang) yang digunakan oleh kenderaan pacuan belakang.

Bagi kenderaan yang menggunakan long shaft, tanda-tanda lain adalah seperti bunyi hentakan kuat setiap kali memulakan perjalanan, menekan minyak dan menukar gear.

Salah satu daripada punca kerosakan bahagian ini adalah pengangkutan beban muatan secara yang berlebihan.

Bagaimanapun kerosakan pada komponen boleh dibaiki dengan menukar kit-kit sokongannya.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya memeriksa kenderaan mereka sebaik mengesan tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

Kegagalan membaiki alat berkenaan boleh menyebabkan ia tercabut dan tayar terkepak keluar. Kerosakan pada long shaft misalnya boleh mengakibatkan kerosakan pada lantai kenderaan dan lebih teruk lagi kenderaan boleh hilang kawalan dan terbalik.




kalu ko dengar bunyi ettttttttt etttttttttt  bila ko buat selekoh.. ha! tu sbb drive shaft ko dah expired ler tu... aku ni kena gak ler belajar sikit2 pasal keta... nak hantar mekanik aje... sengkek ler aku.. lagi pung tak rugi belajar hal keta2 ni...  ni  nak tukar tayar pun tak reti  teruk ler..  

dulu aku ada dengar gak  bunyi etttttttttttttttt bila aku brek... pastu baru aku tahu tentang drive shaft tu..  (nyilu lak gigi aku bila sebut tu - alahhh macam bila ko ambik aluminium paper  ko gosokkan kat blackboard... :funk:  )...   atikel tu sbg nasihat ajer.. dan samer2 ler kita belajo ek.. mana2 yang dengar bunyik semacam ajer.. kat keta tu.. check2 ler  drive shaft ko  atau long shaft tu...   tapi kalau setakat  tingkap  keta proton ko buat hal.......  tu dah azali  tee hee... proton punyer tingkap memang cikun sikit ek.. :L

forfavor posted on 3-6-2008 09:30 AM

Reply #1 amazed's post

alamak...keta aku mengalami simptom2 spt di atas...kene tukor cpt2 nih....takotttttt...!!:funk:

salimrock posted on 3-6-2008 09:33 AM

ala kalo bawak mercedes ke, maybach ke, ferrari enzo ke, rolls royce ke kalo kawasan tu kena gempa bumi bergegar la....

salimrock posted on 3-6-2008 09:39 AM

kat bhgn tayar je ada drive shaft, stereng rod, chamber....dgn apa ar satu lagi aku lupa la....

kalo rosak satu2 ni kopak la...itu br bahagian tayar, bhgn enjin, bateri, aircond...

aku hrp satu hari para engineer dpt mencipta kereta tanpa tayar...atau kereta bebas penyelenggaraan.....

Reign posted on 3-6-2008 09:46 AM

Aku ingat kereta Proton mmg bergegar cam tu... Gen 2 bawa 130km/j gegar sedikit... kalau Top speed 190 km/j gegar di 10 skala richter... :sweat3:

medangmru posted on 3-6-2008 09:54 AM

pesal kete aku ( iswara ) bawak 160km/j takder gegar2 pun....tp....bila nak off ignition ( off enjin ) ....ada gegar pada 2 skala richter :o :o :o :o ......cam mounting ( tul ke ayat ni ) longgar??:L :L :L :L :L

tp bukan slalu la....bila bawak jauh pehtu off enjin...takder la plak gegar...tp bila bawak dekat2 ...off enjin sure gegar...:funk: :funk: :funk:

saper tau masalah ni???nanti aku banjer sate ...:lol: :lol: :lol:

amazed posted on 3-6-2008 10:08 AM

Originally posted by salimrock at 3-6-2008 09:33 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
ala kalo bawak mercedes ke, maybach ke, ferrari enzo ke, rolls royce ke kalo kawasan tu kena gempa bumi bergegar la....


dan ada banyak lagi reason keta bergegar.... . keta ko tengah PARKING pun leh gegar gak.... tapi tu dah gegar lain... lak.. tee hee ;P

amazed posted on 3-6-2008 10:10 AM

Reply #6 medangmru's post

saper tau masalah ni???nanti aku banjer sate



hmmm  njap... http://www.msnsmileys.info/images/faces/bigthink.gif    tu masalah problem  tu  medang!!!   wokey banjer aku sate  yo!! :D

Reign posted on 3-6-2008 10:14 AM

Power windows proton tiada solutions ke..?:bruce3:

amazed posted on 3-6-2008 10:16 AM

Originally posted by Reign at 3-6-2008 10:14 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Power windows proton tiada solutions ke..?:bruce3:

LMFAO........ ko nih!!!!   tu kan TRADEMARK  Proton... http://www.msnsmileys.info/images/faces/BigB.gif    pawa windows  kalu tarak rosak..bukan PROTON namanye.. wokey.. http://www.msnsmileys.info/images/faces/banana.gif
Page: [1]
View full: punca kereta bergegar!!