punchup posted on 6-6-2008 10:31 PM

cukur bulu kaki

a'kum, nk tanya hukum cukur bulu kaki bagi wanita...:D

aremean1 posted on 6-6-2008 10:45 PM

haram.tol ke?

menatang posted on 6-6-2008 11:01 PM

kalu ia nye menyerupai lelaki mcm bulu kaki nye lebat ngalahkan kaki mamak,hukumnye harus

punchup posted on 6-6-2008 11:07 PM

Originally posted by menatang at 6-6-2008 11:01 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
kalu ia nye menyerupai lelaki mcm bulu kaki nye lebat ngalahkan kaki mamak,hukumnye harus

tak lah lebat cam kaki mamak....cuma kurang sikit cam kaki lelaki

pinKy180 posted on 6-6-2008 11:09 PM

Reply #4 punchup's post

kan kaki termasuk dlm bahagian aurat, so ia takkan mengaibkan.....

punchup posted on 6-6-2008 11:16 PM

Originally posted by pinKy180 at 6-6-2008 11:09 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
kan kaki termasuk dlm bahagian aurat, so ia takkan mengaibkan.....

tapi x selesa, apa hukum dia yek....stgh kata haram stgh kata tak...tu yg aku confuse:(

menatang posted on 6-6-2008 11:37 PM

aku bc lam ruangan soal jwb bersama dr.mashhitah,diharuskan jika bulu kaki seakan2 bulu lelaki...tp kalu kiter sesaje nk cukup supaya nmpk lawa aku x tau lak hukumnyer cmner...

tp kalu untuk tujuan nk selesa,x salah rsnyer...

punchup posted on 7-6-2008 12:04 AM

Originally posted by menatang at 6-6-2008 11:37 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
aku bc lam ruangan soal jwb bersama dr.mashhitah,diharuskan jika bulu kaki seakan2 bulu lelaki...tp kalu kiter sesaje nk cukup supaya nmpk lawa aku x tau lak hukumnyer cmner...

tp kalu untuk t ...

sblm ni aku x cukur, pastu adik aku selalu perli aku kata bulu kaki aku cma lelaki pada hal tak lah lebat sgt pun but then aku perhati mmg lah tapi cuma x lah selebat bulu kaki mamak tu....pas tu aku cukur lah....skrg lak ada org ckp haram....aku nk stop dah x blh sbb once start cukur forever akan lebat...dah tu aku nk buat cma ner? dan ada gak org kata tak haram cuma cukur kening haram....pening aku mana satu betul ni....:L

putrisakura posted on 5-4-2009 03:37 AM

Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; ˇ°Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allahˇ±. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.). Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.

Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Wallahu aˇŻlam.

Rujukan;

1. Fatawa UlamaˇŻ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.


betul ke fatwa ni? kalau betul, aku nak pi beli veet sekarang jugak. :lol:

putrisakura posted on 5-4-2009 03:58 AM

harus hukumnya wanita mencukur bulu betis kerana ia
mengembalikan
kewanitaan sebenar
bukannya merubah (litadlis) fitrha wanita. Inilah
pendapat Majlis Fatwa
alAzhar Universiti yang menggunakan hadis Aisyah ra.
(Seem wal Jeem,
Syaikh Atiyah Saqr)

putrisakura posted on 5-4-2009 03:59 AM

dapat jugak artikel yang berlawanan dengan fatwa di atas :

Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut :

Ertinya :Saidina Abdullah Bin MasˇŻud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : ˇ° Allah telah melaknat tukang-tukang tatu dan perempuan-perempuan yang minta ditatu , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah ˇ°~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .

ˇ° Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka ˇ° di dalam hadist tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .

Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah TaˇŻala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam . Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .

Oleh itu , wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya .

Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah TaˇŻala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas .

Namun , bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka , tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal , maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah TaˇŻala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan dengan syarat mestilah doktor Islam yang mengesahkan hormon bermasalah/berpenyakit.

Adapun jika seseorang wanita itu ˇ° saja-saja ˇ° mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat ( setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit ) maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA !!! .

seri_air posted on 5-4-2009 06:36 AM

Balas #5 pinKy180\ catat

Bukan aurat bagi suami kan?

Jadi haruslah dicukur kalau dah lebat macam lelaki supaya suami sejuk mata memandang. :$

putrisakura posted on 5-4-2009 09:42 PM

camne kita mendefinisikan lebat atau tak?

kalau kita kata "eiii..lebatnya bulu kaki aku.."
orang lain plak kata "mana ada lebat, biasa je tu."

so camne? camne nak tentukan lebat ke tak? kita sendiri tengok cam lebat, tp member kita plak kata cam biasa. :P

seri_air posted on 6-4-2009 07:25 AM

Aku rasa kalau dah nampak tu cukurlah, biar licin aje senantiasa.
Kalau aku jadi somi pun tak lalu bila tengok betis berbulu ni.

tulip5816 posted on 6-4-2009 08:52 AM

hmm... sori ye ... lari topic sket...
cukur bulu kening memang la x buleh kan... kalo trim ?
konpius nih...

1. cukur bulu kening .... cukur licin abes kan
2. Trim bulu kening .... touch up je kan .... masih ada bulu kening

yang no satu tu memang da x buleh , y no 2 tu... ada y kata buleh ? tp ada sbb la kan ( kening lebat cam lelaki kalo x silap )

tolong ye ....

seri_air posted on 6-4-2009 10:08 AM

Menurut Bukhari, Rasulullah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari).

Jadi maknanya bukan saja cukur habis, trim pun tak boleh katanya.

Allahu'alam. :)

seri_air posted on 6-4-2009 10:11 AM

Yang ini pulak pendapat yang agak lenient:

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas

JAWAPAN (Mohd Ravi Abdullah, KUIS):

Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

tulip5816 posted on 6-4-2009 11:23 AM

hmmm catogori y di kata kan lebat ni la y x dak standard kan.... cam kes bulu kaki tuh .... mcm mana y di kata kan lebat ..... rumit jugak nih .... :L  ( refer post2 y lepas )

mbhcsf posted on 7-4-2009 12:59 AM

this is a good question...

i pun tatau

my sis cakap kalau suami yg suruh cukur bulu kaki tu,  tak pa pulak ?

so  cam ner yer ?

hoyeh posted on 30-5-2010 11:45 PM

tula kn..k0npius.. sian kwn i..dia ni nk kata lebat xla lebat sgt bulu kakinya,tp kalau dalam kalangan pmpuan kira lebat jugak la..dh la betis dia tu kulit xcantik, mcm kering sisik2 sket tu...tambah ngan bulu lagi, sian sgt.. dia citer lg, adk beradik pmpuan dia slalu gak ckp bulu kaki dia lebat..yg plg xbley blah, ank sedara kesik2 dlm darjah 1,2 tu pn ckap lebat.. cmni "ee,bulu kaki angah lebat la macam laki,nape xbuang?" huhuu.. sian kn.. tu xkawen lg..mcm mn la gamaknya bla kawen.. sabar jela wahai kawanku.. :)

Syfuel posted on 31-5-2010 06:26 AM

Post Last Edit by Syfuel at 31-5-2010 06:28

off-topic, kalau bagi lelaki, mencukur bulu dada atau menipiskannya mcm mana pulak? dekat tngn atau kaki mcm lelaki biasa. cuma bila pki singlet, kengkawan syfuel tak sudah2 memangkah :tembak: sambil bg nickname "Bulu", nama mak ayah bagi punyalah sedap. :'( :'( :'( xpernah dengar hukum pasal ni, tapi tak pasti kalau ada. - harap perjelaskan. {:3_99:}{:3_99:}{:3_99:}

afezal posted on 31-5-2010 06:52 AM

mencukur bulu kening dikategorikan kepada 3 peringkat..
1) cukur licin dan disapu dengan pewarna utk menampakkan kehitaman bulu kening hukumnya HARAM.
2) cukur bulu kening terlalu nipis juga HARAM,ini termasuk yg disebutkan kan dlm hadis.
3) cukur sedikit sahaja utk merapikan..ini adalah HARUS.walaupun ada setengah pendapat ulama' melarangnya.

chgchksg128 posted on 12-7-2012 04:38 PM

http://mydeal.com.my/affiliate/scripts/click.php?a_aid=chgchksg128&a_bid=2f3e6b2f&desturl=%2Fdeals%2Fkuala-lumpur%2FRM39.90-for-Wizzit-Electric-Tweezer-Hair-Removal-Epilator-at-The%20Secrets
RM 39.90 Wizzit epilator

mbhcsf posted on 13-7-2012 07:16 PM

how about brazillian wax?

i mean i bukan buat ni ...tapi ade laa gang gang urban liberal buat ?


boleh ke ?

mbhcsf posted on 14-7-2012 10:40 PM

i ada dengaq orang kata : kalau hubby suruh cukur tak apa

so any response ?

apa hukum, ye?
Page: [1] 2
View full: cukur bulu kaki