saatcham posted on 7-6-2008 10:12 AM

[MERGED] Kesan Naik Harga Minyak : Update- Gantung Kereta

Harga barang keperluan naik


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga petrol dan diesel yang berkuat kuasa sejak Khamis lalu, mula memberi kesan terhadap harga barang makanan harian, termasuk ikan kembung, bawang merah, ayam, bayam dan sawi di beberapa bandar utama negara ini.

Tinjauan Berita Harian mendapati kenaikan dikesan berlaku di ibu negara, Seremban, Shah Alam, Ipoh dan Kota Kinabalu. Bagaimanapun, perubahan harga baru makanan itu tidak membabitkan kenaikan yang terlalu tinggi dan melampau.

Tinjauan di Pasar Borong Selayang dan Chow Kit, misalnya, harga barang seperti ayam dan cili merah didapati dinaikkan sebelum pengumuman kenaikan bahan bakar. Difahamkan harga barang itu dijangka akan dinaikkan lagi minggu depan.



Alasan diberikan pengusaha dan pemborong mengenai kenaikan itu adalah bagi menampung kos operasi berikutan peningkatan harga petrol serta diesel selain masalah bekalan dan permintaan.

Seorang peniaga ayam proses dan daging lembu, Mohd Nazri Md Yunos, 28, berkata pihaknya menikmati keuntungan rendah kerana pembekal sudah bertindak menaikkan harga ayam daripada RM5.80 ke RM6.10.

Di IPOH, beberapa barang keperluan harian dikesan naik mendadak semalam berbanding sebelum pengumuman kenaikan harga oleh kerajaan, Rabu lalu.

Tinjauan di Pasar Besar Ipoh dan Pasar Gunung Rapat mendapati harga keperluan harian seperti ikan kembung meningkat kepada RM10 sekilogram (kg) berbanding sebelumnya sekitar RM7.

Selain itu, harga ayam diproses turut naik 50 sen daripada RM6 kepada RM6.50 serta ikan cencaru daripada RM7 kepada RM8.

Kebanyakan harga barang berlaku kenaikan antara 10 sen sehingga RM1 seperti cili merah tempatan, bayam, kacang buncis, kacang panjang, ubi kentang dan tomato.

Di SEREMBAN, harga kebanyakan barang keperluan utama di Pasar Besar Seremban, di sini meningkat dengan ayam proses yang sebelum ini dijual pada harga antara RM5.40 hingga RM6 melonjak kepada RM7.



Di KOTA KINABALU, harga beberapa bahan makanan di beberapa pasar di sini mulai naik semalam. Tinjauan di Pasar Besar di sini mendapati harga ikan meningkat RM1 hingga RM1.50, manakala ayam proses meningkat 20 sen.

Di GEORGETOWN, kebanyakan barang keperluan harian di sini, tidak mengalami peningkatan harga walaupun ada jangkaan kenaikan harga.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, tiada kenaikan harga berlaku membabitkan barang basah dan barang runcit.

Di JOHOR BAHRU, KPDNHEP negeri tidak menolak kemungkinan kenaikan harga barang di bandar raya ini berikutan permintaan tinggi daripada pengguna sepanjang cuti sekolah.

Di ALOR STAR, tinjauan di sekitar pasar di sini mendapati tiada kenaikan mendadak membabitkan harga barang keperluan utama.

Kebanyakan peniaga yang ditemui menjelaskan mereka masih memperoleh bekalan daripada pemborong dengan harga lama. Bagaimanapun, mereka difahamkan kemungkinan dalam tempoh seminggu, pemborong sayur terpaksa menaikkan sedikit harga selaras kenaikan bahan api yang sekali gus meningkatkan kos operasi mereka.

Di KANGAR, tinjauan di dua pasar utama di negeri ini iaitu di Pasar Besar Kangar dan Pasar Besar Arau, di sini, mendapati kebanyakan barang dijual pada harga biasa dan dianggap stabil.

Di KUCHING, harga kebanyakan barang mentah masih pada kadar lama walaupun ura-ura kenaikan harga barang tertentu sudah mula kedengaran dengan peniaga masih menantikan pengumuman pemborong.

Di KUALA TERENGGANU, harga sayuran, ikan dan daging di pasar di bandar raya ini masih stabil dan kekal seperti sebelum kenaikan harga minyak.

Di MELAKA, harga beberapa jenis barang keperluan seperti ikan dan sayur di sekitar negeri ini masih stabil dan terkawal, biarpun pemborong terpaksa berdepan peningkatan kos pengangkutan berikutan kenaikan harga minyak bermula kelmarin.



Di KUANTAN, tinjauan di Pasar Besar Kuantan semalam, mendapati kesemua 15 harga barang keperluan utama seperti ayam, ikan kembung, cencaru, bawal putih, udang sederhana, cili merah, sawi, bayam dan ubi kentang tidak dinaikkan.

[ Last edited by  dexa at 18-7-2008 06:27 AM ]

Alt-F4 posted on 7-6-2008 10:53 AM

aku punya barang kat kedai pun nak kena naik gak..

tapi kesian gak kat kasteme.. tp nak buat camna..

sama2 susah.

monreyes posted on 7-6-2008 11:14 AM

Since harga minyak naik ayam kat Tesco takde stok..
Taktik nak naikkan harga la tu..
Maklumlah ayam naik lori..pakai minyak..
Laenlah kalau ayam tu jalan sendiri pegi Tesco...kannnn..
Govt kena make sure majikan swasta bayar COLA..
Kalau dulu skali isi minyak RM70..now for the same amount of litres..
have to fork out RM100..
Kalau 4 x isi..dah RM120..

fiyass posted on 7-6-2008 11:22 AM

Reply #3 monreyes's post

klakar lak bila baca ayam jalan sendiri g tesco.. hahaha

Alt-F4 posted on 7-6-2008 11:24 AM

tesco punya stok bukan ada belen... selalunya mesti habeh.. tu yg stok depa masuk hari2.. so bila myk naik.. dia akan efektif serta merta.

budakecik posted on 7-6-2008 11:27 AM

Harga Minyak NAIK  - Kadar Jenayah NAIK

Kecurian , Rompakan , Ragut , Penyamun Tarbus dan Lanun Darat :tembak:

ultra78 posted on 7-6-2008 03:58 PM

Oil surges $11 to record $138Crude skyrockets in largest single-day jump ever as dollar slides and a Wall Street report predicts oil will hit $150-a-barrel within a month.
By Catherine Clifford and Ben Rooney, CNNMoney.com staff writers
Last Updated: June 6, 2008: 9:25 PM EDT

NEW YORK (CNNMoney.com) -- Oil prices shot up nearly $11 a barrel and settled Friday at a record $138.54 on geopolitical jitters, a dollar decline and a forecast that oil would hit $150 by July 4.

Friday's spike in the July contract for light crude on the New York Mercantile Exchange marks the largest single-day increase in oil prices on record. The contract hit an intraday record of $139.12, breaking the previous trading record of $135.09.

"The bulls are running rampant and the bears have panicked," said oil industry analyst Stephen Schork, editor of the Schork Report. "It's pure hysteria, absolute panic," he added.

The rally highlighted concerns that retail gas prices, which have surged near a nationwide average of $4 a gallon, will continue to crimp consumer spending and fuel inflation.

Stocks fell more than 400 points Friday due to the rally in crude prices and a report from the Labor Department that showed the unemployment rate rose to 5.5% in May from 5% in April, the biggest monthly jump in more than two decades. The economy lost 49,000 jobs, marking the fifth straight month of job losses.

Meanwhile, the dollar continued its slide versus the euro on the weak jobs report and comments Thursday that the European Central Bank could potentially raise interest rates. The dollar also tanked versus the yen.
Concerns about instability in the Middle East flared after hawkish comments from Israeli Deputy Prime Minister, Shaul Mofaz, about possible attacks on Iran.

Also contributing to the surge: Morgan Stanley (MS, Fortune 500) analyst Ole Slorer released a report saying that he expected a "short-term spike in oil prices," as high as $150 a barrel by July 4.

Softening dollar
The dollar began its slide Thursday after European Central Bank president Jean-Claude Trichet said the bank might raise interest rates, which would strengthening the value of the euro. If the euro gains, oil becomes cheaper, European investors buy more oil, raising the price of oil in U.S. dollars, according to Phil Flynn, senior market analyst at Alaron Trading.

The "European Central Bank pulled the rug out from under us," said Flynn.

Trichet's comments came the day after Federal Reserve Chairman Ben Bernanke said he wanted to try to support the dollar to bring energy prices into check. "The two central banks are out of step with each other," he said.

Global demand, especially for gas and distillates in emerging markets, supported the record build in crude prices.

However, the governments of a number of countries, such as India and Malaysia, have started lifting their government fuel subsidies, prompting gas prices to rise in those nations.

Iran risk premium

Deputy Prime Minister Shaul Mofaz told Yediot Ahronot, Israel's largest mass-circulation daily that "If Iran continues its program to develop nuclear weapons, we will attack it."

Mofaz's comments mean the return of the "Iran risk premium," said analyst Antoine Halff in a research report released Friday.

While the market's reaction "seems overplayed," Halff said, the minister's remarks remind traders that "the dispute over Iran's nuclear program remains unresolved and that the risks of military confrontation are indeed increasing."

"This will likely be a growing source of market volatility until a solution to the dispute is found," he added.

Pain at the pump

Gas prices have risen to record levels on the back of record oil prices. The price of crude has more than doubled in the past year.

AAA reported Friday that the national average price for a gallon of regular unleaded gasoline fell to $3.986, down 0.3 cent from the previous day's record high of $3.989. Prices at the pump had hit records for 28 of the past 29 days before Friday.

Consumers should expect gas prices to stay at high levels, adding as much as a nickel or a dime in the next couple of weeks, if oil prices continue to march higher, said Flynn.

The AAA survey shows gas prices are up more than 10% from a month ago and more than 27% higher from year-ago levels.

A government supply report released Wednesday said that gasoline demand slackened over the week including

Memorial Day, showing that consumers have cut back on their driving in the face of record high gas prices.

The average price for gas has passed the $4 a gallon mark in 12 states, as well as in Washington, D.C. Those states where gas has already passed the $4 include Alaska, California, Connecticut, Hawaii, Illinois, Michigan, Nevada, New York, Oregon, Rhode Island, Washington, and West Virginia.

The most expensive state for buying gas is California, where a gallon of regular unleaded costs an average of $4.398 according to AAA. The second most expensive state is Alaska, where a gallon of gas costs $4.299.

The least expensive state for purchasing gas is South Carolina, where a gallon costs $3.787 a gallon on average. The second least expensive state for gas is Missouri, where a gallon runs $3.788 a gallon. http://i.cdn.turner.com/money/images/bug.gif

First Published: June 6, 2008: 7:07 AM EDT




------------------------------------------
Kalau mengikut trend semasa dan memandangkan harga petrol di malaysia kini mengikut harga pasaran dunia,maka secara teorinya kemungkinan besar harga minyak di malaysia akan naik lagi sebulan dua..:D

nik2121 posted on 7-6-2008 03:59 PM

brite td ade bgtau minyak leh cecah usd150 setong:funk:

juwaini posted on 7-6-2008 04:03 PM

Originally posted by Alt-F4 at 7-6-2008 10:53 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
aku punya barang kat kedai pun nak kena naik gak..

tapi kesian gak kat kasteme.. tp nak buat camna..

sama2 susah.

Ko bisnes apa bai? :loveliness:

cloroc posted on 7-6-2008 04:18 PM

Originally posted by Alt-F4 at 7-6-2008 10:53 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
aku punya barang kat kedai pun nak kena naik gak..

tapi kesian gak kat kasteme.. tp nak buat camna..

sama2 susah.

yer ler rakyat sama2 susah...pemimpin sama2 senang...senang naik kan apa saja..:I

milo_888 posted on 7-6-2008 05:03 PM

Doaku untuk mastermind yang menyebabkan chaos di negara malaysia tercintaku ini... (nak pinpoint satu individu yg kuat tido tu mcm tak logik... sure ada suku sakat lagi tu...)

Semoga hidupmu dan kaum kerabatmu diselubungi penyesalan dan penderitaan sekurang2nya tujuh keturunan...

Aku tidak mendoakan "sudden death" kerana pastinya engkau akan mati dalam kesenangan... tetapi aku mendoakan kesengsaraan sebelum ajalmu.... inilah doaku sebagai rakyat yang dianiayai oleh KHADAM-NYA...

(Hadis Nabi : Pemimpin itu adalah KHADAM rakyat....)

Muntz posted on 7-6-2008 05:54 PM

Reply #7 ultra78's post

Kalau $4 per gallon, RM3.38 per litre kat US sana... giler jugak harga minyak nie.... maksudnya kerajaan skarang subsidize dalam 60sen seliter gitu lah kan. Harus naik 30 sen bulan depan nie.

Acong posted on 8-6-2008 12:32 AM

http://img386.imageshack.us/img386/7520/gd01di9.jpg

rajoli posted on 8-6-2008 12:58 AM

boleh la si sharir bangang tu buat kenyataan membodohkan rakyat kat berita.." tiada sebab harga barang akan naik" dah la ketua bodoh yg bawahan lagi bertingkat bodohnya...

Bolayan posted on 8-6-2008 01:03 AM

darah pon naik :@ :@ :@ :@ :@ :@

Acong posted on 8-6-2008 01:24 AM

Originally posted by aizverus at 8-6-2008 01:22 http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
pihak kerajaan tak abis2 dok ulang...subsidi...subsidi yang 30 posen tu jerk...

lepas tu cakap..tak de maknanya harga barang naik sebab dah bagi subsidi tadi...

bila dengar ayat tu...aku ra ...
sudi

jbtrader posted on 8-6-2008 01:27 AM

Originally posted by Muntz at 7-6-2008 05:54 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Kalau $4 per gallon, RM3.38 per litre kat US sana... giler jugak harga minyak nie.... maksudnya kerajaan skarang subsidize dalam 60sen seliter gitu lah kan. Harus naik 30 sen bulan depan nie.
Xpe, biar rakyat Malaysia susah, selama ini ramai yg tidur dan tak sedar akan bangun pada PRU13.:)

Acong posted on 8-6-2008 06:29 AM

http://img171.imageshack.us/img171/6905/petroldv3.gif

arasham posted on 8-6-2008 07:53 AM

bilalah nak dapat pemimpin macam saidina umar al khatab:'(
la ni sume pemimpin cam vavi ngan hanjeng pinjam asna nye word;P

putricorner posted on 8-6-2008 10:22 AM

Harga Petrol Malaysia masih dibawah paras harga dunia....

Harga semasa Petrol RM2.70/liter bersamaan AS131.96 setong. (based on AS1=RM3.26{5pm,6/6/08} & 1barrel=158.987litre)...

Bila kerajaan nak naikkan lagi...??? Urus betul2 kata shahril pak samad lagi....

acura posted on 15-6-2008 12:22 PM

Bukti Kerajaan Terbeban dengan kenaikan Harga Minyak!!!!!

Data bukti kerajaan mewah, tetapi terus zalimi rakyat
Kickdefella
Sun | Jun 15, 08 | 7:25:29 am MYT

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

1. Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.

2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.

3.Hasil Bukan Cukai - Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.

4. Hasil Bukan Cukai - Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

(Data ini diperolehi dari sumber Perbendaharaan Negara dan boleh dilihat umum di treasury.gov.my).

Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)

Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.

Sebaliknya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat.

Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.

Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi. - kickdefella.wordpress.com _

http://www.harakahdaily.net/images/stories/utama/pic_khalil/hasil-kerajaan3.gif

http://www.harakahdaily.net/images/stories/utama/pic_khalil/hasil-kerajaan4.gif

acura posted on 15-6-2008 12:23 PM

haa..ko orang tgok ...setiap tahun kerajaan semakin terbeban dengan keniakan minyak.....so sebab tulah kerajaan naikkan harga minyak...


Lepas aku lihat data ini aku faham..langkah kerajaan menaikkan harga minyak....
Tq Pak Lah

nik2121 posted on 15-6-2008 12:40 PM

sayang pak lah :loveliness:

cloud279 posted on 15-6-2008 12:53 PM

:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:
yeke nie.....whatever la.....

peYno posted on 15-6-2008 12:55 PM

Reply #1 acura's post

pastu balaci umno kata.. ini masalah global... kita tak leh buat apa2..

alahaii;P
Page: [1] 2
View full: [MERGED] Kesan Naik Harga Minyak : Update- Gantung Kereta