acura Publish time 15-6-2008 12:22 PM

Bukti Kerajaan Terbeban dengan kenaikan Harga Minyak!!!!!

Data bukti kerajaan mewah, tetapi terus zalimi rakyat
Kickdefella
Sun | Jun 15, 08 | 7:25:29 am MYT

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

1. Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.

2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.

3.Hasil Bukan Cukai - Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.

4. Hasil Bukan Cukai - Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

(Data ini diperolehi dari sumber Perbendaharaan Negara dan boleh dilihat umum di treasury.gov.my).

Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)

Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.

Sebaliknya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat.

Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.

Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi. - kickdefella.wordpress.com _

http://www.harakahdaily.net/images/stories/utama/pic_khalil/hasil-kerajaan3.gif

http://www.harakahdaily.net/images/stories/utama/pic_khalil/hasil-kerajaan4.gif

acura Publish time 15-6-2008 12:23 PM

haa..ko orang tgok ...setiap tahun kerajaan semakin terbeban dengan keniakan minyak.....so sebab tulah kerajaan naikkan harga minyak...


Lepas aku lihat data ini aku faham..langkah kerajaan menaikkan harga minyak....
Tq Pak Lah

nik2121 Publish time 15-6-2008 12:40 PM

sayang pak lah :loveliness:

cloud279 Publish time 15-6-2008 12:53 PM

:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:
yeke nie.....whatever la.....

peYno Publish time 15-6-2008 12:55 PM

Reply #1 acura's post

pastu balaci umno kata.. ini masalah global... kita tak leh buat apa2..

alahaii;P

kekbelacan Publish time 15-6-2008 01:01 PM

kan duit minyak dah habis.... dah habis buat tol pe
sebab tu kerajaan BN susah so bila kerajaan BN susah, rakyat pun kena susah lah...:lol:

acura Publish time 15-6-2008 01:04 PM

kan terbukti...kewangan kerajaan semakin terbeban dengan kenaikan harga minyak....
so ko orang kena fahan apa yg keerajaan buat adalah betul, kalau tak kerajaan tiada duit nak buat sekolah......:lol:

petola Publish time 15-6-2008 01:11 PM

harga minyak naik sebagai net exporter pendapatan dan untung mestilah naik sama

entahlah... aku cuba nak logikkan alasan kerajaan selama ni tapi tak boleh nak masuk

pdi76 Publish time 15-6-2008 01:30 PM

data tu secara kasar jek...keuntungantu kena dibelanja secara prudent...prudent...prudent...prudent...prudent...prudent...prudent...;P ;P ;P

dexa Publish time 15-6-2008 01:49 PM

Kenaikan harga minyak jejas usaha basmi kemiskinan, kata penganalisis

KUALA LUMPUR: Beberapa pakar ekonomi berpendapat kenaikan mendadak harga bahan bakar kebelakangan ini, boleh menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2010.

Mereka yakin kenaikan harga bahan itu sebanyak 40 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia, pasti memberi kesan yang tidak menggembirakan terhadap rancangan itu.

April lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya untuk menghapuskan kemiskinan, walaupun harga minyak dunia terus meningkat.

Bagaimanapun, sesetengah ahli ekonomi mempamerkan sikap kurang yakin mereka terhadap prospek itu dengan memberi alasan bahawa berdasarkan kuasa membeli yang ada sekarang, lebih banyak rakyat Malaysia sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan begitu ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan bakar.

揝eperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.

揃agi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan. Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah,

dexa Publish time 29-6-2008 07:55 AM

Makin ramai guna kad kredit isi minyak
Oleh Ziauddin Sharuddin

http://www.bharian.com.my/Sunday/BeritaUtama/20080629030003/mainpix
PENGGUNAAN kad kredit untuk mengisi minyak berjalan seperti biasa
di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur - Gambar Mohd Yusni Ariffin


Pembelian petrol secara hutang di luar bandar naik 30 peratus

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak seluruh negara meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak kerajaan melakukan penstrukturan semula subsidi minyak awal bulan ini.

Penggunaan kad kredit paling ketara adalah bagi urusan pembelian diesel yang kini mencecah 95 peratus, berbanding sebelum ini hanya 80 peratus. Kebanyakan pengguna diesel adalah kenderaan perdagangan.

Berkuat kuasa 4 Jun lalu, harga petrol dan diesel mencatatkan kenaikan masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata pembelian petrol menggunakan kad kredit pula meningkat kepada 75 peratus daripada 55 peratus.

Malah, katanya penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Beliau berkata, kad kredit digunakan kerana mudah dimiliki berikutan syarat kelayakan yang minimum seperti hanya perlu berpendapatan RM1,500.

"Antara sebab peningkatan penggunaan ini ialah pengguna tidak perlu membayar tunai, sebaliknya boleh dijelaskan sebelum tarikh akhir pembayaran kad kredit.

"Selain itu, mereka boleh terus mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter yang kadang-kadang terpaksa beratur, terutama apabila ramai pelanggan.

Abdul Wahid berkata, ramai menyangka pengusaha stesen minyak mendapat untung apabila pelanggan membayar menggunakan kad kredit, sedangkan pihak sebenar yang mengaut keuntungan adalah bank.

Katanya, pengusaha terpaksa membayar komisen satu peratus kepada bank, iaitu jika pelanggan membayar RM100, pengusaha mendapat RM99 dan RM1 dibayar kepada bank.

"Satu peratus kelihatan kecil, tetapi katakan satu peratus daripada sejuta liter yang dijual sebulan, iaitu sebanyak 10,000 liter. Ini bermakna caj yang dibayar kepada bank adalah RM27,000," katanya.

Selain itu, katanya pengusaha terpaksa menanggung kos kertas cetakan kad kredit. Satu gulung hanya RM6, tetapi peningkatan bilangan pelanggan menggunakan kad kredit menyebabkan ada pengusaha yang menanggung hingga RM700 sebulan hanya untuk kos kertas.

Sementara itu Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu, mengakui kad kredit digunakan secara meluas kerana memudahkan pengguna ketika berurusan di stesen minyak.

Katanya, kad kredit digunakan di seluruh dunia dan adalah sebahagian ciri kemajuan di sesebuah negara.

"Pengguna memang mempunyai hak untuk membeli apa saja, tetapi jika terperangkap dalam bebanan hutang, janganlah menangis. Paling baik adalah wang tunai tetapi tidak akan timbul masalah jika digunakan secara bijak," katanya.

Beliau berkata, pengguna hanya perlu memperuntukkan sebahagian wang untuk bayaran minyak kerana sudah tahu penggunaan purata minyak setiap bulan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

indirectly - ramaila yang akan berhutang sebab tak cukup nak bayar full payment
kad credit - interest kad credit bukan rendah.. - memang mudah guna credit card
untuk beli petrol.. tapi kalau pengguna boleh buat full payment bila bil sampai
tak apa.. masalahnya - yang bayar minimum payment - dan tertunggak month
after month -
ini lah antara kesan2 negative atas kenaikan minyak yang melampau ni -
makin ramai guna credit card sebab tak cukup cash nak beli petrol -

ayamkatik Publish time 30-6-2008 12:15 AM

nak buat macam mana peruntukan bulanan dah lari so terpaksa le berutang.

Dunhill. Publish time 30-6-2008 12:19 AM

Sundri tanggung lah akibatnya guna kad.. :D

Anden Publish time 11-7-2008 11:06 AM

Kesan kenaikan harga minyak:Ramai yg akan hilang kerja

Thousands may lose jobs in Penang
Ahti Veeranggan | Jul 3, 08 6:48pm
Some 50,000 industrial workers may lose their jobs by year end due to inevitable closure of several manufacturing factories across Penang, warns the Malaysian Trade Union Congress (MTUC).
MCPXoutbind://140-00000000B39BE6EE561802448BA3D06B55A06980070047C7742111D3D511A01000D0B7B0C7C200000F69F5DF000047F5C02EBFFEA44790CECC3E79BBE16400000B704C720000/image005.gif


Most of these workers will be from the electronics, electrical and textile sectors, which had been squeezed by escalating inflation rate, according to its Penang branch chairperson Abdul Razak Abdul Hamid today.

The red alert is bound to rattle the federal and state governments and the employment sector as the retrenchment spree in Penang could well set the trend across the country.

In view of that, Abdul Razak urged the federal and state labour authorities to act fast and undertake swift pro-active measures to ensure that affected workers will be duly compensated in the event of retrenchment.

He suggested that the authorities probe troubled companies to get first-hand information and initiate immediate steps to ensure smooth retrenchment payouts.


Many factories severely affected

揚erhaps it's time to kick-start the Employment Retrenchment Fund too for all workers, something MTUC had struggled for all these years," he said.

MTUC, the country's biggest workers umbrella body, has received information that factories have been severely affected by escalating production and operation costs due to the recent fuel price hike.

Their cause is not helped by the current global recession in electronic and electrical industries, especially in the United States and Europe, and hike in commodity prices.

Many factories have began to implement stringent cost cutting measures, like reducing production, overtime, shift work, trips of factory buses, utility bills and hostel facilities for outstation and foreign workers.

For instance, about 300 textile workers from Penfabric group have been forced to stay in congested company hostels at Sri Murni apartment in Bayan Baru since last week, while many factories have cut down the number of trips of their company buses.

Indications are if the factories, especially the multi national companies (MNCs) cannot cope with the current inflation and recession, they would close shop and leave their workers stranded.

Thus, thousands of local and foreign workers will lose their livelihoods and may not even be compensated.

"It's up to the government now to implement stringent policies and laws to stop these companies from leaving without paying a single sen in compensation to retrenched workers," said Abdul Razak.

On Monday, Japanese electronic toy manufacturing company Nikko Electronic Berhad ceased its Prai plant operations on the mainland and retrenched 948 local and 73 foreign workers without compensation.

MTUC is now assisting them to receive compensation according to the Employment Act 1955 and Industrial Relations Act 1967, while the state investment coordinating body, InvestPenang is working closely with the labour office in Butterworth and major MNCs to recruit the retrenched workers.


Slow response in Nikko's case

MTUC has urged factories in the state to give employment priority to ex-Nikko workers over foreigners. The union has also suggested to the Human Resources Ministry to impound the passports and other travel documents of Nikko directors to prevent them from leaving the country without settling the matter with their workers.
Drawing similarities to the current economic crisis with the recession period during the mid-1980s, he recalled that several factories ceased operations and their directors fled the country without paying a single sen to Malaysian workers.

"The government should not allow this to be repeated," he said after meeting some 200 retrenched Nikko workers. Also present was MTUC state secretary K Veeriah.

The retrenchment benefits for workers stipulated under Regulations 1980 of the Employment Act include compensation of wage between 10 and 20 days per year and for annual leave balance between nine and 20 days.

Quantum of benefit sum will depend on the employee's length ofservice.

A second board listed company, Nikko only informed the KL Stock Exchange on Monday morning that it would close down its Prai facilities on the very day, citing reduced exports and demands, and cost increase as main reasons for its closure.

Abdul Razak chided both federal and state governments for their slow response to the workers in their hour of need, cheekily suggesting that perhaps "it's not an election period."



P/S : Kesian yg terkena retranchement tanpa pampasan tu..:(

tom5190 Publish time 11-7-2008 11:28 AM

Originally posted by Anden at 11-7-2008 11:06 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Thousands may lose jobs in Penang
Ahti Veeranggan | Jul 3, 08 6:48pm
Some 50,000 industrial workers may lose their jobs by year end due to inevitable closure of several manufacturing factories... [/quot

ALAA.....KALAU KILANG DAH TAKDE DUIT KITA LEH BUAT APA ?BERIBU PUN ADUAN PADA JABATAN BURUH......MTUC.....TAK AKAN BERHASIL........BAK ANJING NYALAK KAT BUKIT.......PASAL AKU PUN BERSAMA KAWAN2 LAIN PERNAH MELALUI PENGALAMAN INI BEBERAPA TAHUN DULU.............WAKIL RAKYAT2PUN MASUK CAMPUR.......TAPI HAMPEH......TAK PERCAYA TENGOK JE......ADA AGREEMENT PUN KALAU KOMPENI DAH TAKDE DUIT NAK BUAT APA.........

Anden Publish time 11-7-2008 11:36 AM

Betul..

Kalau company dah declare bancrupt..tak perlu bayar pampasan..

Tetapi enrut berita ni..byk lagi company plan nak tutup kat Penang ni..

Alhamdulillah..company aku tak terlibat...:sweat3:

t@t Publish time 11-7-2008 11:37 AM

bertuah sungguh rkyat msia di bwh rejim BN.........;P

auntie_girl Publish time 11-7-2008 11:39 AM

undilah BN:loveliness:

crankshaft Publish time 11-7-2008 11:41 AM

Originally posted by Anden at 11-7-2008 11:36 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Alhamdulillah..company aku tak terlibat...:sweat3:

If the trend is there, just be prepared.........may not be now....but you can never be sure in the very near future........it may just hit you too.:L

Tazmania_Lover Publish time 11-7-2008 11:42 AM

senyum pak lah senyum...jgn x senyum...dalam hati dia berkata, "Its not my problema!!!!...":mad:
Pages: 1 [2] 3
View full version: [MERGED] Kesan Naik Harga Minyak : Update- Gantung Kereta


ADVERTISEMENT