ajib2018 Publish time 12-7-2008 01:45 AM

Gambor!!!

Salam.. nie yg aku gi.. teratai tenang... area TV3 terengganu.. dan bernama..
btul2 dekat ngan raoundbout Batu Bersurat tue..
cuma... walaupun rasa berpuluh kali kami lalu area tue.. selalu silap kat simpang 4 batu bersurat tue...
ada pengalaman ke??? :o

Bilik yang agak berbaloi bagi aku...
1 Master Bed
1 Single Bed
Toilet Dlm Bilik
TV ASTRO
Peti Ais

= RM80 semalam...

http://img2.freeimagehosting.net/uploads/830822b630.jpg

tuan_wu Publish time 12-7-2008 03:56 PM

Reply #81 ajib2018's post

mmg kenal sgt........:loveliness:

tiap2 mggu lalu depan bangunan ni........:D

K Trg ni xler cam KL......pusing2 jmpa gak........jgn rsau kalo sesat la....:lol:

ahmad79 Publish time 13-7-2008 12:57 PM

next week aku pi teganu.....

gorgonz Publish time 13-7-2008 01:32 PM

Reply #81 ajib2018's post

wak pe pulok boleh silap tu...?

ammar_7e Publish time 13-7-2008 02:26 PM

Reply #81 ajib2018's post

uuiii..buruknya napok kawasan hotel tu..
tunjuk ah keadaan gambo dalam bilik.. nak tgk gak, berbaloi x bayo RM80 tu..:loveliness:

ajib2018 Publish time 14-7-2008 12:41 AM

Originally posted by ammar_7e at 13-7-2008 02:26 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
uuiii..buruknya napok kawasan hotel tu..
tunjuk ah keadaan gambo dalam bilik.. nak tgk gak, berbaloi x bayo RM80 tu..:loveliness:

ok.. nie dia..
agak2 tue berbaloi x??

http://img229.imageshack.us/img229/8487/depanbilikbk0.jpg
Anak panah masuk bilik kami la tue...


http://img140.imageshack.us/img140/5566/19588261yg5.jpg
Pandangan Dari Luar Bilik

http://img140.imageshack.us/img140/5817/31872976st8.jpg
Dalam Bilik daaa...


http://img369.imageshack.us/img369/1835/55370935et4.jpg
Itu katil besar aku sorang yang punya... heheheh

http://img166.imageshack.us/img166/1326/28394623kh1.jpg
Pandangan Dari Atas Bilik...

Aku rasa haritue RM80 harga promo kut...
dengar mcm Rm95 bilik tue...

so??? amacam ok ke???

MOD, ada kredit bagi lebih2 skit ye... heheheheh...
sbb add pic atas permintaan nie.... :lol:

t@t Publish time 14-7-2008 06:57 AM

ok ler kot...yg dok baca paper tu sapo puloks?;P

t@t Publish time 14-7-2008 07:03 AM

jaga2 dok hotel...paper today

Bilik hotel dimasuki pencuri, penginap rugi RM8,000

KUALA TERENGGANU 13 Julai - Seorang pegawai sumber kerugian kira-kira RM8,000 apabila bilik penginapannya di hotel itu dipecah masuk pencuri semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mangsa yang berusia 32 tahun tiba di sini kelmarin, atas urusan kerja lalu menginap di hotel berkenaan.

Katanya, mangsa tidur kira-kira pukul 1 pagi selepas keluar makan malam bersama rakannya kira-kira pukul 10 malam.

Menurutnya, apabila bangun kira-kira pukul 8 pagi untuk bersiap menghadiri mesyuarat, mangsa mendapati beg berisi komputer riba dan dokumen penting telah hilang dari biliknya.

''Beg itu mengandungi komputer riba jenama Sony bernilai kira-kira RM8,000 dan beberapa dokumen penting yang berkaitan urusan kerjanya," ujar beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

LaporanBeliau memberitahu, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Marang kira-kira 10 pagi pada hari kejadian.

"Hasil siasatan mendapati tiada kesan umpilan pada pintu bilik hotel berkenaan dan polis masih mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat dengan kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Dalam kejadian berasingan, beliau memberitahu, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mengugut dengan menggunakan sebilah parang, Jumaat lalu.

Jelasnya, kejadian itu berlaku pada pukul 6.15 petang ketika mangsa sedang minum di kedai yang berhampiran rumahnya di Dataran Kuala Besut.

''Mangsa didatangi suspek lalu mengajaknya untuk ke tempat letak kereta sebelum mengacukan parang kepada mangsa," katanya.

Berikutan itu kata beliau, mangsa yang ketakutan membuat laporan polis di balai Polis Besut sejurus kejadian itu berlaku. Siasatan awal katanya, mendapati mangsa pernah berselisih faham dengan suspek dua tahun lalu mengenai masalah peribadi.

''Oleh kerana dendam dan tidak puas hati, suspek bertindak untuk bertemu dengan mangsa lalu mengugut menggunakan parang," katanya.

Menurutnya, suspek kini telah ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

dang_oniey Publish time 14-7-2008 02:17 PM

Reply #77 t@t's post

Mahal nya rate Hotel Felda ni.... org luor buleh lah duk hotel nih,,,,,,

t@t Publish time 14-7-2008 03:58 PM

Reply #89 dang_oniey's post

buleh...tp npok mcm mahal skit...stendet 5star hotel kot...

ammar_7e Publish time 14-7-2008 04:04 PM

Reply #86 ajib2018's post

ok doh tue.. dua katil lagi..

tapi selerok sket..:lol: ;P
kalo mod nak bg kedit, jgn bg byk2..sebab bilik kubang...;P ;P

ajib2018 Publish time 14-7-2008 04:52 PM

hehehe.. selerak tue sbb kami dah masuk.. tue pic masa nak balik dah tue.. hehehehe :)

janggeum Publish time 16-7-2008 03:12 PM

ada tak sesapa yg tau pasal resort ni 'Abdillah Aris Resort' kat Kuala Berang ? Tolong bagi info skit..ok ke tak resort ni? kalau ada gambar lagi bagus..

ahmad79 Publish time 17-7-2008 07:38 AM

hotel kat marang ado dok?...

ammar_7e Publish time 17-7-2008 12:36 PM

Reply #94 ahmad79's post

nok suasano lagu mano?? hotel kat marang cumo ado seri malaysia je.. lain2 sume resort n motel.. berbaloi ah..x pon duk homestay..lagi selesa untukkeluarga besar..:loveliness:

ahmad79 Publish time 18-7-2008 07:40 AM

Reply #95 ammar_7e's post

kalau homestay tu kat mana?ada alamat or no contact?

ajib2018 Publish time 21-7-2008 12:51 AM

aku tgk aritue kat ganu.. homestay ok ke... nasib aritue teratai tenang tue.. kedai2 bawah tue smpai pukul 3-4 pagi... xde la scary... kami ronda2 pagi tue n ambik pic kat batu bersurat tue jam 3 pagi... tgk ada gak hotel yg bawah tue dah gelap gelita.. mmg x banyak keta sana malam2...last2 kami dari penang nie lepas kat MYDIN MALL yg besar tue.... kedai mamak jugak tempat lepak... ;P

ammar_7e Publish time 21-7-2008 09:43 AM

Reply #96 ahmad79's post

mad, kawe x ingat lah plok nak ambik no tepon tu .. 2 hari lepas after baca post demo kawe ingat doh..

KaKLaLa_Lost_id Publish time 21-7-2008 11:04 AM

Reply #96 ahmad79's post

homestay kat jalan panji alam ada..dekat ngan bando doh nie

tuan_wu Publish time 21-7-2008 11:10 AM

lepak je kat hotel felda tu....baru launching...:loveliness:
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Nak Tahu Hotel Paling MURAH & BERBALOI Di Terengganu.


ADVERTISEMENT