Acong Publish time 22-6-2008 02:30 AM

Marahkan suami, al-Quran dihina

Marahkan suami, al-Quran dihina
Dipetik dari Malaysiakini

http://bp2.blogger.com/_GvkMR1SoO1c/SFzFTC64yQI/AAAAAAAAAFU/C-6h4hgTVXg/s320/f6486fd36c95e7893ea7d94d325d78e6.jpeg

Seseorang mungkin terlalu geram dan kecewa terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun.

Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".

http://bp3.blogger.com/_GvkMR1SoO1c/SFzFTA1tIJI/AAAAAAAAAFM/nbELNq6RKHo/s320/AL+QURAN1+BLOG.jpg

Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.

Setiausaha Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) Basir Ismail memberitahu Malaysiakini hari ini, naskhah itu kemudian diserahkan kepadanya petang semalam di pejabatnya di Bandar Darulaman.

"Lebih 30 muka surat tertulis perkataan yang mencerca, maki dan mengutuk Allah, di samping lukisan gambar kemaluan lelaki iaitu dari surah al-Baqarah hingga al-Imran," katanya dalam satu kenyataan, dengan memberikan contoh 10 ungkapan maki-hamun yang terdapat dalam naskhah al-Quran yang dirosakkan itu.

Malaysiakini bagaimanapun memutuskan tidak menerbitkan semula senarai ungkapan, bertulisan merah, yang penuh cercaan tersebut.

" Pembuangan al-Quran di dalam tong sampah dengan coretan perkataan yang menghina Allah adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak yang berwajib," tambahnya.

Menurutnya, presiden perkumpulan belia itu Ir Mohd Jamal Nasir bersama beliau akan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu esok supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara itu.

Pembela, sebuah pertubuhan baru yang belum berdaftar secara rasmi, ditubuhkan Mac lalu.

Menurut blog Pembela (www.pembelawaja.blogspot.com), penubuhannya dirasmikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustaffa semalam.

http://dppwm.blogspot.com/2008/06/marahkan-suami-al-quran-dihina.html

:'(

miyoma Publish time 22-6-2008 03:15 AM

ya ALLAH............

Mawlay Publish time 22-6-2008 09:23 AM

Ituah apabila manusia sudah tidak lagi berpegang pada ALquran & Sunnah Rasulullah sebagai cara hidup :(   ..........:L

pisang_goreng Publish time 22-6-2008 10:52 AM

gila ker apa bini mcm tuh...nk jadi bahan kayu api neraka la tuh :mad::mad:

yg cita bini hina azan kerana suami dia nak tgg azan..bila azan
bini dia kata kat somi dia..haaa anjing da menyalak...alih2 suara bini dia
mcm anjing meyalak2 pastu mati...

serrefah Publish time 22-6-2008 11:10 AM

Kesian kat org perempuan yang kena zalim laki dia. Kadng2 ada yang nak pergi masjid pun kena tempeleng suami dia. Susah nak cari suami yg boleh bimbing isteri sekarang ni.

pisang_goreng Publish time 22-6-2008 11:18 AM

Balas #5 serrefah\ catat

jgn la kawin :D

raducan Publish time 22-6-2008 11:53 AM

Reply #1 Acong's post

Biasalah manusia. Bila dah tak tahan akan rasa marah yang teramat sangat...I tak pernah kena semua ni...maybe this woman dah cannot stand anymore...dia minta tolong Tuhan, Tuhan tak jawab...jadi hilanglah pertimbangannya...

Kadangkala, cannot simply blame her...we don't know the real situation of her life...Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya...

Who knows, after she did that, then she realized it and istighfar..That is between her and the Creator...and this issue should not be raised here...It is like buka aib dia...give her chance la...

Acong Publish time 22-6-2008 12:25 PM

Originally posted by raducan at 22-6-2008 11:53 http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Biasalah manusia. Bila dah tak tahan akan rasa marah yang teramatsangat...I tak pernah kena semua ni...maybe this woman dah cannot standanymore...dia minta tolong Tuhan, Tuhan tak jawab...jadi hilanglahpertimbangannya...
setuju...... nie semua cubaan dlm kehidupan...... :'(
Originally posted by raducan at 22-6-2008 11:53

Kadangkala, cannot simply blame her...we don't know the real situationof her life...Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya...
:'( setuju gak..........
Originally posted by raducan at 22-6-2008 11:53

Who knows, after she did that, then she realized it and istighfar..Thatis between her and the Creator...and this issue should not be raisedhere...It is like buka aib dia...give her chance la...
:'( point nie pun setuju..........

eastrun Publish time 22-6-2008 12:39 PM

Reply #1 Acong's post

err..aku pun hampir2 je buat macam dia...tapi aku takut lak..pernah dalam hati aku nak buang Quran dalam tong sampah..bukan sebab aku benci...tapi sebab aku tgk dalam Quran ini, benar2 terjadi apa yang Allah katakan...dan dalam Quran terlalu banyak dugaan yang diperkatakan demi mendapatkan syurga...aku rasa tak berdaya.

pisang_goreng Publish time 22-6-2008 12:40 PM

yer pon xkan la al-quran jadi mangsa...bodohnya erm

pegi la cakar suami dia tuh ker...apa la byk cara utk lepas geram

iskk..tuh la iman tiada di dada mcm tuh la

eastrun Publish time 22-6-2008 12:42 PM

Reply #10 pisang_goreng's post

Iman tu ada, cuma mungkin dia geram dengan Allah...so dia tak tahu nak lepaskan pada Allah..jadi dia lepaskan pada ayat-ayatNya

kulit Publish time 22-6-2008 12:50 PM

tak waras betul la....buku2 kt malaysia punya la banyak...Al-Quran jugak dia nak conteng!!
Conteng muka ngan bara api neraka baru padan!! :@ :@

kazaraf Publish time 22-6-2008 01:16 PM

Reply #11 eastrun's post

kalo ada iman wpun sdikit, time2 cmtu die akan lebih dekatkn diri pd Allah.. rs tenang bila ingatkna Allah..

kalo ada iman wpun sdikit, xde nye die nk lepaskan geram camtu.. itu org y terlalu tewas dgn bisikan syaitan.. y hasut suh salahkan takdir.. sdangkan.. smua umat manusia, dikurniakan UJIAN/DUGAAN y MAMPU ditangani oleh manusia itu sndiri..

pisang_goreng Publish time 22-6-2008 02:09 PM

Balas #11 eastrun\ catat

tuh tandanya dia x percaya pd takdir kot..ye la apa yg dia doa tapi x tercapai allah x makbulkan..kan allah lebih tahu apa akan terjadi..yepon tindakan dia tuh dosa bt al-quran..kitab suci tuh..mana leh cam mana geram dia pon...

serrefah Publish time 22-6-2008 04:31 PM

Kes ni sepatutnya lihat dulu kat pempuan tu...pastu baru boleh tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sebagai orang Islam perlu beri bimbingan kat dia dulu sebelum nak mengutuk aja org pempuan ni. Ifah lebih kesian kat pempuan tu sebab tentu alami trauma selepas kena dera ngan somi nya.

pisang_goreng Publish time 22-6-2008 06:34 PM

Balas #15 serrefah\ catat

bukan kutuk....even kalu dia marah pon xkan la quran jadi mangsa..lain la bini dia gila caya gak la aku conteng2 koyak2 quran baik join gate wilder hehe

ianho Publish time 22-6-2008 09:10 PM

kesian sipelaku ni
terlalu lemah eq nya
masih adakah iman
kalau dustaiNya

Acong Publish time 23-6-2008 01:15 AM

Originally posted by serrefah at 22-6-2008 16:31 http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Kes ni sepatutnya lihat dulu kat pempuan tu...pastu baru boleh tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sebagai orang Islam perlu beri bimbingan kat dia dulu sebelum nak mengutuk aja org pempuan ni. Ifa ...
setuju gak........ :'(

fish_o7 Publish time 23-6-2008 01:50 AM

heheh .... nmpk sgt yg conteng tu tak pnah baca .... klau dier baca tk takkan dier conteng or buang

mq Publish time 23-6-2008 03:17 AM

sb tu islam letakkan sabar tu sebahagian dari iman.
bila tak sabar atau cpat nek hangin iman akan kurang dalam dada..
bila iman kurang setan cilanat tu senag hasut kita...
bila dah kena penangan makhluk setan ni mcm2 la bleh jadik...
Pages: [1] 2 3
View full version: Marahkan suami, al-Quran dihina


ADVERTISEMENT