eiyoei posted on 23-6-2008 09:15 AM

bacaan tahiyat akhir

just nak tau..

dlm tahiyat akhir ada disebut nama nabi Ibrahim..
jadi agak2nye.. apekah kelebihan nabi Ibrahim sehingga namanya kita baca setiap kali solat..

mira83 posted on 23-6-2008 09:26 AM

nabi ibrahim a.s

ayiepk posted on 23-6-2008 09:28 AM

haah, pernah terpk tapi taktau kesahnye..

tuah_r posted on 23-6-2008 09:30 AM

maybe sebab nabi muhammad dari keturunan nabi ibrahim A.S...

cluesan posted on 23-6-2008 09:46 AM

x silap aku, dlu mcm terdengar, kita suma ni keturunan Nabi Ibrahim A.S. sbb manusia sebelum Nabi Ibrahim A.S telah hampir pupus sebab malapetaka yg menimpa manusia. tak tau la kalau salah, tlg betulkan.

ibnur posted on 23-6-2008 09:47 AM

Reply #1 eiyoei's post

kelebihannya boleh didapati dari maksud bacaan tahiyat akhir itu sendiri.

always_typo posted on 23-6-2008 09:52 AM

Solawat Ibrahimiyah dalam tahiyat akhir adalah sunat haiah bagi mazhab Shafie dan wajib bagi mazhab Hambali. Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita.

Bukan setakat solat sahaja, tetapi ibadah haji juga banyak relate kepada Nabi Ibrahim, seperti ibadat tawaf (setiap kali tawaf lalu kat maqam ibrahim), ibadah korban di Hari Raya Adha (pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail), telaga zam-zam, dan juga sai'e antara safa dan marwa yang direct mencontohi perlakuan isterinya Siti Hajar.

Mekah dan Masjidil Haram  itu berkait dengan Nabi Ibrahim seperti mana Madinah dan Masjid Nabawi itu dikaitkan dengan Nabi Muhammad saw, kedua-duanya adalah tempat tersuci dan mulia dalam agama Islam.

Juga banyak ayat-ayat al quran yang menyebut tentang cerita Nabi Ibrahim, termasuk doanya ketika meninggalkan anak dan isteri tercinta di wadi yang kering kontang, doanya untuk penduduk Mekah, doanya untuk zuriatnya (surah ibrahim - 37, 40, AlBaqarah 126),  perintah menjadikan makam Ibrahim itu tempat solat (al Baqarah 125).

Bagi saya solawat ibrahimiyah itu menekankan keperluan kita menghayati perjuangan Nabi Ibrahim itu untuk kita ambil iktibar dan pengajaran yang sewajarnya dalam kehidupan kita sehari-hari.


Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud kaumnya, dengan api menjulang tinggi selama 40 hari 40 malam, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu,

"Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu?"

Lalu dijawab oleh burung tersebut,  
"Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya  memadamkan api itu ataupun tidak"

[ Last edited by  always_typo at 23-6-2008 09:54 AM ]

bawanghitam posted on 23-6-2008 12:15 PM

ada jumpa soalan ni

S O A L :

Siapakah Ali Ibrahim, yaitu keluarga Ibrahim yang disebut tiap-tiap waktu di dalam shalat dan apa kurnia Allah pada mereka itu ?

J A W A B :

Di dalam attahiyat, ditiap-tiap shalat, diperintah kita mengucapkan Selawat yang artinya begini :

Hai Tuhan Berilah r a h m a t atas nabi Muhammad dan atas keluarganya, sebagaimana Engkau telah beri r a h m a t atas keluarga nabi Ibrahim, dan berilah k u r n i a atas nabi Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah beri k u r n i a atas k e l u a r g a nabi lbrahim .........

Yang dijadikan pertanyaan itu, ialah siapa dia k e l u a r g a nabi Ibrahim itu.

Menurut Qur’an dan tarikh, bahwa keluarga nabi Ibrahim itu, ialah anak cucu nabi Ya'qub, nabi Ismail, nabi Ishaq dan lain-lain yang di bawah mereka itu. Adapun rahmat dan kurnia Allah atas mereka itu, ialah yang Allah telah jadikan di antara mereka itu beberapa banyak nabi-nabi yang berturut-turut dan beberapa banyak pula pengikut-pengikutnya yang mana keadaan seperti ini tidak bisa didapati dikeluarga yang lain-lain.

Satu keluarga yang ada di dalamnya beberapa banyak nabi­nabi dan beberapa banyak pengikut-pengikut itu, tentulah boleh dinamakan keluarga yang dapat rahmat dan kurnia yang patut disebut-sebut.

Disini tidak berarti kita minta supaya di keluarga nabi Mu­hammad juga jadi banyak nabi sebagaimana di keluarga nabi Ibrahim - karena tidak ada nabi sesudah Nabi kita - hanya yang kita minta itu, ialah supaya Allah cucurkan rahmat dan kurniaNya sebanyak rahmat dan kurnia yang Ia cucurkan atas keluarga nabi Ibrahim, supaya keluarga Nabi kita juga jadi orang-orang yang baik-baik yang bisa memimpin diri mereka dan ummat Muhammad ke jalan yang lurus.1

Menurut Qur-an s. Al-Mu'min, ayat 46, bahwa a l i itu, diartikan : pengikut-pengikut.

Kalau kita atnbil ma'na itu, berarti bahwa kita minta supaya Allah cucurkan rahmat dan kurnia atas pengikut nabi Muhammad sebagaimana Allah cucurkan atas pengikut-pengikut nabi Ibrahim.

bawanghitam posted on 23-6-2008 12:25 PM

dulu pernah dengar ustaz aku cerita...  tapi dah tak ingat sangat .. tak berani nak komen :P :P :P

teruk betul aku ni

sirri_khafi posted on 23-6-2008 04:50 PM

kisahnya ialah pernah Nabi Ibrohim AS mohon kpd ALLAH SWT nak jadi Nabi akhir zmn,  ALLAH SWT x perkenankan sebab dah ada Nabi SAW, so Nabi Ibrohim AS mohon kpd ALLAH SWT nak jadi ummat akhir zmn tapi ALLAH SWT x perkenankan, so Nabi Ibrohim AS mohon kpd ALLAH SWT supaya ummat akhir zmn solawat kpd Beliau maka ALLAH pun perkenankan permintaan Nabi Ibrohim AS maka sebab tu lah umat akhir zmn di" mustahabkan"(sunnat) membaca solawat kpd Nabi Ibrohim AS di dlm tasyahud akhir ... WALLAHU A'LAM   :)

sirri_khafi posted on 23-6-2008 05:01 PM

semua Nabi2 ulul azmi pernah memohon utk dijadikan Nabi dan ummat akhir zmn ...  hanya permintaan Nabi Isa AS diperkenan oleh ALLAH SWT yaitu Nabi Isa AS akan turun dari langit sebagi ummat Baginda Nabi SAW serta membunuh dajjal dan membantu perjuangan imam mahdi dan menegakkan kembali syariat serta keadilan di muka bumi ini di akhir2 chapter at the end oh the world nanti ... :)

[ Last edited by  sirri_khafi at 23-6-2008 05:03 PM ]

kundi posted on 1-7-2008 09:50 AM

ni maksud bacaan tahiyat akhir......

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahterake atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atasNabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad danatas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.
Page: [1]
View full: bacaan tahiyat akhir