aurorae posted on 26-7-2008 03:37 AM

Tanda2 Pre Menopause

Saya dah berusia 40+.  Saya berminat nak tau umur forumer wanita kat sini dan nak bincang tentang tanda2 awal putus haid.  Sebenarnya saya sendiri tak tau nak bincang kat mana, sebab saya rasa kebanyakan wanita kat sini macam masih muda2 belaka.  Kat parenting pun masalah baby, pregnancy dan anak2.

Antara tanda2 tersebut seperti yg terdapat dlm website woman's health:

1  Hot flashes,
2  night sweats,
3  coldness
4  Irregular periods that can be heavy, light, shorter or longer cycles,
5  Difficulty sleeping either getting to sleep or staying asleep,
6  Mood changes, anxiety, depression, irritability
7  Heart palpitations (if you experience any heart disturbances, always consult a physician),
8  Dry skin and/or hair loss,
9  Loss of or decreased sexual desire,
10 Vaginal dryness


Semua tanda2 yg diboldkan di atas tu saya dah rasai dan sedang rasai sekarang.  Yg tak bold tu pun sebab saya tak pasti apa bendanya.  Dari website tu jugak menyebut salah satu punca wujudnya tanda2 tersebut ialah paras hormon estrogen yg normal pada seorang wanita dah semakin menurun bg mereka yg menghampiri putus haid.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah2 yg datang bersama putus haid ialah terapi hormon estrogen.  Saya rasa saya memerlukan terapi tersebut, kerana husband saya yg sebaya masih macm dulu, sedangkan saya dah rasa mcm nenek 60an.  Dah tak minat semua benda lagi, dlm masa yg sama sangat sayangkan husband saya dan takut kehilangannya disebabkan masalah ni.

Ada sesiapa yg ada pengalaman tentang ni, atau pernah jumpa wanita lain yg pernah dapatkan terapi estrogen?  Ada kaedah rawatan lain tak yg biasa orang kita amalkan dan terbukti memang berkesan.  Saya bercadang nak jumpa doktor, tapi nak kumpul sebanyak mungkin maklumat sebelum bincang dengan doktor.

[ Last edited by  aurorae at 27-7-2008 11:39 PM ]

lavender_aqua posted on 26-7-2008 09:06 AM

Reply #1 aurorae's post

kak aurorae, aqua nak tambah soalan ckit...
boleh ye...
nape umo wanita yg menopaus x = ye???
kdg2 umo 40's dah ada yg menopaus...
ape faktor2 yg mempengaruhi umo seorg wanita menopaus???

aurorae posted on 27-7-2008 07:10 AM

PUTUS HAID/Menopause

Artikel dari Dr. Hamid Arshat:

Pada usia berapakah putus haid itu akan berlaku?

Purata wanita biasanya mencapai peringkat putus haid pada umur antara 48 hingga 52 tahun. Walau demikian ada juga wanita mencapai peringkat putus haid ini lebih cepat atau lebih lambat daripada biasa. Putus haid sebelum umur 40 tahun dianggap sebagai Premature menopause  dan ini sering disebabkan oleh penyakit pada kilang ovari menyebabkan ia tidak bermaya mengeluarkan hormon oestrogen. Kelewatan putus haid iaitu melebihi umur 55 tahun mungkin menandakan penyakit tumbuhan pada rahim seperti fibroid atau kanser.

Kenapakah putus haid ini akan berlaku pada tiap tiap wanita?
Putus haid berlaku kerana kilang ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen. Hormon ini adalah satu daripada hormon wanita yang melahirkan sifat-sifat kewanitaan, kesuburan dan juga mengawal pusingan haid wanita setiap bulan. Apabila usia meningkat ke peringkat putus haid, kilang ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen dan ekoran dari ini pusingan terhenti. Putus haid adalah salah satu daripada beberapa banyak perubahan yang akan dialami apabila kilang ovari tidak lagi berfungsi.

Apakah kesan emosi wanita yang putus haid?
Hormon estrogen boleh dianggap sebagai bahan penyeri kepada paras wanita. Ia juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita. Ekoran dari ketandusan hormon estrogen berbagai masalah jiwa dan emosi seperti kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka menjadi sangat sensitif dan mudah merajuk. Selera mereka dan tidur mereka mudah terganggu. Mereka sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang mereka dibuat menjadi serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila bersendirian.

Dari segi jasmaninya apa pula perubahan?
Keadaan jasmani juga akan terjejas akibat kemerosotan hormon dalam tubuh. Salah satu daripadanya ialah rasa panas badan dan mudah berpeluh atau dipanggil hot flashes. Rasa panas badan ini datangnya dari dalam badan menyebabkan ia berpeluh dengan banyak. Ia merasa tidak selesa dan masa tidur malamnya terganggu. Rasa panas badan ini datang beberapa minit dan kadang-kala berulang-ulang beberapa kali.Kadang-kala penggunaan kipas angin atau alat penghawa dingin tidak dapat mengatasi panas badan tersebut.

Apakah kesan putus haid ini terhadap hubungan kelamin?
Setelah satu atau dua tahun seseorang wanita putus haid, ia mula mengalami masalah kekeringan pada saluran faraj. Keadaan ini juga adalah berkaitan dengan kekurangan hormon estrogen. Akibat kekeringan saluran faraj ini, hubungan kelamin turut terjejas. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan dan luka pada saluran faraj yang kering, jika hubunga kelamin diteruskan. Akibatnya pendarahan akan berlaku selepas persetubuhan. Situasi begini akan menimbulkan berbagai reaksi seperti ketakutan dan kebimbangan.

Apakah kesan-kesan pada rahim, payudara dan kulit?
Saluran daripada saluran faraj menjadi kering, rahim juga mengalami perubahan yang mengakibatkan lapisan tisu mencerut dan akhirnya rahim menjadi kecil (atrophic ). Sesetengah wanita mengalami sedikit keluaran darah daripada kemaluannya beberapa tahun selepas putus haid. Keluaran darah haid selepas putus haid adalah satu tanda yang merbahaya dan perlu mendapat pemeriksaan doktor. Besar kemungkinan wanita ini mengalami kanser rahim kecuali setelah diperiksa oleh doktor pakar sakit puan dan keputusannya negatif.

Ketandusan hormon juga memberi kesan pada buah dada yang biasanya mengecut dan menjadi kecil serta kendur. Begitu juga perubahan pada kulit berlaku akibat dari kehilangan tisu-tisu elastik di bawah kulit dan kulit mula berkedut serta kendur. Setengah wanita mengalami pigmentation atau tumbuh bintik-bintik hitam pada muka mereka. Keadaan ini menjejaskan kecantikan rupa paras mereka.

Penyakit darah tinggi, lemah-jantung dan angin ahmar (stroke)
Sesetengah pakar berpendapat hormon wanita estrogen mempunyai kesan pelindung terhadap tubuh wanita iaitu ia melindungi seseorang wanita daripada penyakit angin ahmar darah tinggi dan lemah jantung. Tanpa rawatan hormon ramai wanita yang telah putus haid selama lima tahun atau lebih mengidap darah tinggi dan lemah jantung atau diserang angin ahmar (stroke), berbanding dengan wanita yang belum putus haid.Wanita-wanita yang mengambil rawatan hormon estrogen terlindung dan jarang diserang oleh penyakit-penyakit tersebut.


Apakah kesan pada tulang dan sendi?
Selepas beberapa tahun putus haid, sesetengah wanita mengalami penyakit reput tulang (osteoporosis) iaitu tulangnya mudah patah khususnya jika ia jatuh atau mengalami lain-lain kemalangan. Ini juga disebabkan oleh perubahan yang berlaku di tulang-tulang akibat kemerosotan paras hormon estrogen. Tulang-tulang kian menjadi lemah akibat logam kalsium yang berkurangan menyebabkan tulang tersebut menjadi retak. Hormon estrogen memainkan peranan dalam pembinaan dan keutuhan tulang wanita dengan memudahkan penyerapan logam kalsium dari makanan yang dihadam dalam usus. Oleh itu ketiadaan hormon ini akan menimbulkan reput masalah tulang. Sesetengah wanita mengalami kesakitan dan kelenguhan pada sendi-sendi akibat dari kesan reput tulang , cartilage yang semakin nipis, dan cecair pelincir yang berkurangan. Ini juga ada kaitan dengan ketandusan hormon estrogen.

[ Last edited by  aurorae at 27-7-2008 07:12 AM ]

aurorae posted on 27-7-2008 07:14 AM

Originally posted by aurorae at 27-7-2008 07:10 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Kelewatan putus haid iaitu melebihi umur 55 tahun mungkin menandakan penyakit tumbuhan pada rahim seperti fibroid atau kanser.


No wonder my mom pun lewat putus haid ni.  Lepas buang rahim sebab penyakit fibroid dan pendarahan yg teruk, barulah otomatik putus haid.

aurorae posted on 27-7-2008 11:35 PM

Originally posted by lavender_aqua at 26-7-2008 09:06 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
kak aurorae, aqua nak tambah soalan ckit...
boleh ye...
nape umo wanita yg menopaus x = ye???
kdg2 umo 40's dah ada yg menopaus...
ape faktor2 yg mempengaruhi umo seorg wanita menopaus???


Lavender, maaf lambat balas, sebab jarang masuk, dan masih lagi surf internet cari bahan dan maklumat.  Dari several info, saya rumuskan umur menopause tak sama kerana faktor2 dalaman wanita tu sendiri dan persekitaran. Hampir sama macam kenapa girl first haid tak sama umur.

Dikatakan dulu-dulu, semasa datuk nenek kita masih amalkan hidup simple dan relaks, majoriti wanita putus haid pada masa yg sama.  Tapi sekarang, faktor cara hidup tak sihat, stress, makanan, dll, beri effect pada cepat atau lambatnya putus haid ni (terputusnya pengeluaran estrogen+progesterone).  Wanita juga tend untuk putus haid hampir sama waktu dgn ahli keluarga lain yg rapat dengannya.

Tapi tanda2 putus haid boleh jadi seawal  10 tahun sebelumnya, atau langsung tiada. Paling normal 3-5 tahun sebelumnya, dan berterusan setahun selepasnya.

Myself, sejak dekat sebulan yg lalu, dah pelik kenapa selalu berpeluh dan panas masa tidur, dlm keadaan kipas ligat berpusing.  Kadang2 sejuk sangat pulak, sampai semua sendi dan joint rasa sakit2.  Pastu darah haid pun lebat dan sakit mcm kena senggugut for 2 days only.  Pastu dah almost takde langsung atau setitik dua aje. Yg ni dah sejak hampir 6 bulan yg lalu.  Dan sejak seminggu lalu, terus fully lost interest in anything sexual, caused suddenly it was really painful.    Saya juga susah nak tidur in normal hours anymore.

Semua website dari barat rekomen black cohosh (tak taupun apa benda ni?) untuk meredakan simptom tu semua selain rawatan terapi estrogen i.e pil perancang keluarga.  Kita orang Melayu biasa buat apa ye?  Rasanya my mom memang tak tau apa pun benda ni semua dan tak buat apa2 pun.  Tentu dia ingat perkara biasa dah nak tua, so we never talk about it.

[ Last edited by  aurorae at 27-7-2008 11:48 PM ]

aurorae posted on 27-7-2008 11:37 PM

What Are The Signs?

Changing levels of estrogen and progesterone can cause a variety of symptoms. You may have little or no trouble with hot flashes or other signs of menopause. Some women, however, have slight discomfort or worse. Common changes you might have are:

Irregular periods. One of the first signs is a change in your periods. They may become less regular. They could be lighter. Some women have short times of heavy bleeding. These are all fairly common. Very heavy bleeding for many days, periods less than 3 weeks apart, periods that last longer than 10 days, or spotting between periods may also happen. Check with your doctor if you find any of this troublesome.

Hot flashes. A hot flash or flush is common in perimenopause. Possibly 80 % of American women have them. Suddenly you feel heat in the upper part or all of your body. Your face and neck become flushed. Red blotches may appear on your chest, back, and arms. Heavy sweating and cold shivering can follow. Flashes can be as mild as a light blush or severe enough to wake you from a sound sleep (called night sweats). Most flashes last 30 seconds to 5 minutes. They should disappear within a few years after menopause.

Problems with the vagina and bladder. Body tissue in the genital area becomes drier and thinner as estrogen levels change. Sexual intercourse might become painful for you because of this dryness. You might also be more likely to have an infection in your vagina. As you get older, you may begin to have urinary tract problems. These could be more infections, trouble holding urine when you feel the need to go to the bathroom (urge incontinence), or problems holding urine when you sneeze, cough, laugh, run, or step down (stress incontinence). If you have any of these problems, see your doctor.

Sex. Until you have gone 1 year without a period, you should still use birth control if you do not want to become pregnant. Around the time of menopause, your feelings about sex might change. You might have trouble becoming sexually aroused because of hormone changes, discomfort due to changes in the vagina, or medicines you are taking. Or, you might feel freer and sexier after menopause---relieved that pregnancy is no longer a worry. Remember that after menopause you can still get sexually-transmitted diseases, such as HIV/AIDS (acquired immunodeficiency syndrome).

Fatigue and sleep problems. Feeling tired is another common symptom. You might have trouble getting to sleep, waking early, or getting back to sleep after waking up in the middle of the night. Women may be awakened by night sweats or the need to go to the bathroom.

Mood changes. Some people think that women may be more moody, irritable, or depressed around the time of menopause. There might be a connection between changes in the estrogen level and your emotions. Other causes for these mood shifts might be stress, family changes such as children leaving home, and feeling tired.

Changes in your body. Visible changes with menopause may include a thickening at the waist, loss of muscle mass and increase in fat tissue, or thinning and loss of stretchiness in the skin.

Other possible signs. Some women may experience headaches, memory problems, and joint and muscle stiffness or pain.

http://www.medhelp.org/NIHlib/GF-326.html

aurorae posted on 28-7-2008 12:53 AM

Soya sebagai alternatif rawatan estrogen

Maklumat yg baru saja saya dapat:

The potential for other sources of estrogen e.g. plant estrogens referred to as phyto-estrogens or isoflavones, has received a great deal of attention as a way to treat and manage the symptoms of menopause. Because of nutritional approach rather than pharmacological approach, compliance may be improved. Many types of phyto-estrogens have been described, including cousmestans, lignans and isoflavones. The isoflavones genistein and daidzein are the best researched phyto-estrogens and are found in soya products.

http://www.ruchihealth.com/soya/soya_gita.htm

lavender_aqua posted on 28-7-2008 03:16 AM

susah gak ye jd perempuan ni ye...
dulu masa nak hadapi situasi period...
bila dah 40++ or 50++ nak kna hadapi menopaus plak...

Sweetmama posted on 1-8-2008 01:06 PM

Reply #8 lavender_aqua's post

itu lah sebab perempuan special...
lepas satu, satu, satu prosesnya...

jazzme posted on 21-11-2008 11:51 AM

i think i'm facing this pre menapouse symtom now..my period cycle suddenly stop for a month in August, it came back in Sept for more than a week and Oct stop and just 2days ago i'm having drops of stain .. :( alamak..

minahsaudi posted on 22-11-2008 07:30 PM

kakmin menopause when i was 45.  so far tak ambek apa2 jenis HRT although my doctor suggest.  i have not experience most of the above apart frm cepat marah n hot flushes once in a while.

i am enjoying my menopause very much, puasa leh 30hari, solat takyah tinggal n so forth. energy level pun kalah anak dara.

wakakaka.......:lol:

makcikmengamok posted on 27-1-2009 01:23 PM

ada symptom2 makcikmengamok ker?:o

dreamy_forest posted on 28-1-2009 08:38 PM

ohhh...ciri2 yg baru haku ketahui....good info:lol:

CEO-Return posted on 10-2-2009 08:43 AM

Originally posted by aurorae at 26-7-2008 03:37 AM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Saya dah berusia 40+.  Saya berminat nak tau umur forumer wanita kat sini dan nak bincang tentang tanda2 awal putus haid.  Sebenarnya saya sendiri tak tau nak bincang kat mana, sebab saya rasa ke ...
tanda2 awal pompuan nak monopous ialah suka berleter lebbih dari kebiasaan...kalau ada tanda tu...dah tak lama dah tu :lol: :lol:

aurorae posted on 10-3-2009 11:52 AM

Wahh lama tak update sini.  All my symptons tu dah hilang pulak, back to normal.  So I think benda ni macam cycle, mungkin akan datang lagi tak tau bila, sampaila putus haid.

But for the time being, I'm on soya diet.  Tiap2 hari minum soya kurang manis berkalsium keluaran nestle.  Tapi the whole family suka pulak soya tu, kena beli banyak2.

nefertari posted on 4-2-2010 02:27 PM

salam.. baru terjumpa thread ni...

Just nak tanya, ada ke kes menopaus di usia awal, sebelum menginjak usia emas?

Semalam, ada kawan call aku, bagitau dia tengah down sangat2 sebab dia dah disahkan menopaus oleh 3 orang doktor pakar sakit puan.. ovari dia dah kecut...dah takde telur.. umur dia baru 28 tahun, tahun ni... tapi dia dah tak datang haid 6 bulan yang lalu.. dan selepas buat pelbagai checkup, baru sekarang dia disahkan menopaus... maknanya dia dah menopaus masa usia dia 27 tahun lagi.... :(

persoalannya:

1) apa punca yang menyebabkan menopaus awal ni ye?
2) kalau dah menopaus, dia akan menghadapi jugak ke simptom2 sama macam warga emas yang dah menopaus tu?
3) betul ke bila kita dah menopaus, hakikatnya badan kita dah tua walaupun kita masih muda, dan fizikal kita pun akan mengalami proses penuaan lebih cepat?
4) ada kemungkinan tak untuk ovari tu 'hidup' semula kalau amik apa2 ubat?

ada sapa2 tau tak..... :o

sayawifenikmie posted on 6-2-2010 01:14 PM

Wahh lama tak update sini.  All my symptons tu dah hilang pulak, back to normal.  So I think benda ni macam cycle, mungkin akan datang lagi tak tau bila, sampaila putus haid.

But for the time being ...
aurorae Post at 10-3-2009 11:52 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


i am 43.............palpitation + rasa berdebar2 kat dada tu (refer to ur 1st post).....and nak tanya apa kena mengena nakmenopos and minum soya  tu? kalau bagus, boleh me minum jugak....:)

sayawifenikmie posted on 6-2-2010 01:15 PM

salam.. baru terjumpa thread ni...

Just nak tanya, ada ke kes menopaus di usia awal, sebelum menginjak usia emas?

Semalam, ada kawan call aku, bagitau dia tengah down sangat2 sebab dia dah disah ...
nefertari Post at 4-2-2010 14:27 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

kalau dah menopos...maknanya dia tak boleh nak mengandung...aduhai....sian ur fren tu........dia kena ambik hormon le kut..sebab muda lagi..tapi gantian hormon can cause cancer ............:(

kamaliaalia posted on 7-2-2010 03:56 PM

Just my idea yg x seberapa nih!rasanya blh di atasi ngan ambil supplement yg berterusan.My mum umur 66 tp sgt kuat,jrg demam,br2 ni kami bawa dia g melancung kat medan,my MIL pun ikut sama tp my MIL nmpk letih sgt walau umur sama.TP my mum masih berselera mkn walaupun  mknan tu kami sndiri x blh nk habiskn.Tp yg aku pasti sejak 4 tahun ni dia sgt suka ambil vit yg aku bekalkan setiap bulan,siap simpan vit tu kat dlm handbag.Moralnya ambil apa2 supp yg sesuai utk keperluan bdn kita.

nr0811 posted on 8-2-2010 11:32 AM

alamak takutnya nak menghadapi menopos ni..
akak nak masuk 36 thn.. lately ni jantung ni rasa semacam je.. bukan sakit tp rasa cam bergetar.. camner nak terang erk..
nak g check dok.. takut lak..

nr0811 posted on 8-2-2010 11:58 AM

emosi lak asyik down jer..
kalo dulu waktu period straight 5 hari tu .. tp skrg.. ari 1-3 tu cuma tanda je yg kuar ..hari ke 4 br heavy .. hari ke 5 dah kurang , 6 & 7 tgl tanda cam 1 day..
Adakah itu tanda2 nak masuk alam pre menopos.. help me plizz

krongsang posted on 8-2-2010 02:51 PM

tapi skang ni ramai yg menopos muda or b4 age 48... adakah disebabkan pemakanan or lifestyle kita yg buat cepat menopos?

shizikato posted on 8-2-2010 04:03 PM

20# nr0811 me pon sma la...adakah itu tanda2 menopous?..jantung mcm berdebar2..

nurun04 posted on 8-2-2010 06:22 PM

i ada fren yg menopouse b4 40, dan doc ada ckp salah satu cepat berlakunya is pil perancang...

puteri_has posted on 8-2-2010 07:50 PM

risau plak
Page: [1] 2
View full: Tanda2 Pre Menopause