cikmonlala posted on 1-8-2008 12:12 AM

Vitamin untuk kulit cantik

Ada x sesiapa kat sini makan vitamin untuk kulit jadi cantik? Kalau pergi farmasi,macam2 yang diorang suggest. So,saje nak survey kat sini...

pinko posted on 2-8-2008 09:53 AM

haitt

makan Poly C..

comei posted on 3-8-2008 12:14 AM

Reply #2 pinko's post

poly c tu apa?

KartaNegara posted on 3-8-2008 05:10 AM

Kulit manusia terdiri dari kolagen, apabila melebihi 25thn, kolagen dalam badan berkurangan tiap2 tahun(mulalah kulit kendur, wrinkle dll).. kolagen dalam bentuk tablet dari makanan laut www.etsu.cc dijual di semua farmasi.. RM149 utk 120biji... cubalah..

drm posted on 3-8-2008 10:33 AM

Menjaga Kecantikan Kulit

Kecantikan Kulit perlu dijaga dari luaran dan dalaman.
Kerosakan pada kulit selalunya disebabkan oleh kesan sinar Ultraviolet cahaya matahari. Sinar UV menyebabkan tanda tanda seperti tompok-tompok hitam, warna kulit tidak seragam, kedut dan kadang-kadang boleh menyebabkan kanser kulit. Kesan-kesan UV pada kulit dapat dielakkan dengan menggunakan produk yang mempunyai SPF (sun protection factor). Selain ini perlindungan dari dalam juga penting. Pengambilan Vitamin C 1000mg, Vitamin E 400 IU, Beta-Carotene 10000iu, dan anti-oksidan  seperti Quercetin, lycopene, glutathione, Alpha-lipoic acid, dan co-enzyme Q10 dalam jumlah optimum sangat penting untuk kecantikan kulit. Saya mengesyorkan Vitamin Essential USANA kepada pesakit saya yang inginkan vitamin yang paling berkesan untuk kulit pada harga berpatutan. Disamping menjaga kecantikan kulit kesihatan tubuh pun bertambah baik.

sudutgamat posted on 3-8-2008 07:16 PM

Reply #1 cikmonlala's post

Gamat Healin Gamogen jawabnya

mafioso2782 posted on 5-8-2008 02:39 AM

amik je vitamin E n vitamin C

ahtentuya posted on 5-8-2008 05:53 PM

VITAMIN E dan C je cukup...nak power lagi amalkan minum GREEN TEA dan ambik EPO atau FLAXSEED OIL.

michelleilla posted on 6-8-2008 02:18 PM

ambik evening primrose oil .. baik untuk hormon pompuan dan menlicinkan kulit....cubala ..:lol:

mesmerize posted on 6-8-2008 11:34 PM

makan sayur, buah-buahan, ikan banyak2..

beruducute posted on 7-8-2008 04:03 PM

Originally posted by mesmerize at 6-8-2008 11:34 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
makan sayur, buah-buahan, ikan banyak2..


yup...setuju!!!

mafioso2782 posted on 7-8-2008 08:37 PM

pastu minum air secukupnye untuk flush out toxin dlm badan

sudutgamat posted on 10-8-2008 07:38 AM

Gamat Healin Gamogen mengandungi adunan Gamodulin

wgd4082 posted on 11-8-2008 12:47 PM

Originally posted by cikmonlala at 1-8-2008 12:12 AM http://forum1.cari.com.my/images/common/back.gif
Ada x sesiapa kat sini makan vitamin untuk kulit jadi cantik? Kalau pergi farmasi,macam2 yang diorang suggest. So,saje nak survey kat sini...

Nasihat aku ialah makan banyak buah-buahan, minum air suam dan elak makan makanan berminyak. Aku bagi kat ngko buah-buahan yang affordable lah, kalu buah apprikot, peach, cranberry dan blackberry tu mahal sangat.

1)  Buah apel hijau, oren (navel), tomato dan plum (raw prunes). Setiap satu ko bedal dua biji setiap hari.

2)  Sebelum tidor, ko minum perahan buah lemon sebiji. Kalu badan tu kena demam/selsema/batuk, belasah 2 biji...insyaAllah, cepat sembuh...takyah gi farmasi atau jumpa doktor. Kalau lidah ko boleh tahan benda2 yg extreme masam, ambik limau nipis.

3)  Makan sayur bayam, brokoli & timun.

Kalau boleh, jangan ambik sebarang pil, vitamin, ubat, krim atau aper2 jer lah yang jual kat farmasi. Produk2 yang dijual bertujuan untuk kesihatan pun jangan ambik....tu semua dah kena "proses", banyak sgt "abstrak" dan bahan kimia. Kalau ada yg mengaku produk tu non-chemical ker....100% pure sana...pure sini..., ko lempang jer muka dia.

pongkes posted on 12-8-2008 07:49 AM

Reply #14 wgd4082's post

:lol: :lol: :lol: :lol: wgd4082 ...........................
nasihat ker amaran ni????
suka suka jer nak lempang orang!!!!!

wgd4082 posted on 12-8-2008 08:15 AM

Originally posted by pongkes at 12-8-2008 07:49 AM http://forum1.cari.com.my/images/common/back.gif
:lol: :lol: :lol: :lol: wgd4082 ...........................
nasihat ker amaran ni????
suka suka jer nak lempang orang!!!!!

Memang patut kena pun.......takyah ko nak defen org2 cam ni.

Boleh katakan semua direct seller yang aku jumpa atau surf kat internet, beriya2 buat marketing.....goreng sana...goreng sini...pusing atas...pusing bawah...nak suruh org beli produk, tapi bila tanya benda basic, contoh kandungan atau benefit antioksida, yg mana penting untuk menghalang kanser, penjagaan kulit, stroke dll....terutama sekali kpd smokers; haram sekor pun tak leh jawab....tercengang macam bengong dan biji mata pun mula taler ke kiri (nak menipu).....padahal nak promote & menjual produk tu. Pharmacist pun ada yg boleh pakai dan ada yg tak....bila tanya semua soklan, semua bagi jawapan "ya".

Start drpd tu aku go for natural....cuba elak ambik semua produk2 yang dah "diproses" ni....banyak temberang dan tak bagus untuk jangkamasa panjang.

chirpyhouse posted on 12-8-2008 11:44 PM

aku ambik vit c n e & anti oxidant utk cegah kanser (betul ke).

redsinner posted on 14-8-2008 10:20 PM

makan buah2an beri...strawberi ke, blueberry ke, blackberry ke...
itu mmg antara anti-oxidant yg bagus. pastu ada doktor claim that putih mata akan jadi clear... tapi aku mmg hantu berries! blueberry, raspberry sume bedal, penyakit beri2 je tak de kena mengena.

hepimoon posted on 22-6-2009 12:28 PM

makan buah2an beri...strawberi ke, blueberry ke, blackberry ke...
itu mmg antara anti-oxidant yg bagus. pastu ada doktor claim that putih mata akan jadi clear... tapi aku mmg hantu berries! blueberry ...
redsinner Post at 14-8-2008 22:20 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

penah tgk rancangan ape ntah dorg btau kalau nak tau buah yg ade kandungan anti oxidant tinggi tgk pade kaler buah tuh..makin pekat buah tuh makin tinggi la kandungan..cam buah naga tuh..memang tinggi anti oxidant dlm buah tuh...

tebuanharimau posted on 22-6-2009 12:45 PM

TH alergik ngan gamat ni...try makan Vit C+ Zink , Vit E 400, Grapeseed Extract..ada efek positif kt TH tapi bajet mahal:'(

makcikmengamok posted on 22-6-2009 01:13 PM



Nasihat aku ialah makan banyak buah-buahan, minum air suam dan elak makan makanan berminyak. Aku bagi kat ngko buah-buahan yang affordable lah, kalu buah apprikot, peach, cranberry dan blackberry  ...
wgd4082 Post at 11-8-2008 12:47 http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif

good advice...tak yah lah..
aku dok sibok2 buang duit aku beli supplement..

makcikmengamok posted on 22-6-2009 01:16 PM

TH alergik ngan gamat ni...try makan Vit C+ Zink , Vit E 400, Grapeseed Extract..ada efek positif kt TH tapi bajet mahal:'(
tebuanharimau Post at 22-6-2009 12:45 http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif

dulu2...aku salu beli GSE....lam bentuk oil form..
sebab aku malas nak kuar duit salu..
tiap kali parents aku beli grape..
aku makan grape...then simpan biji dier...:D

myahakeem posted on 22-6-2009 01:40 PM

makan poisse, makan poly c, minum air kosong 3 liter sehari...mkn sayur dan buah....comel ah tu{:2_70:}

wulanz posted on 22-6-2009 02:09 PM

Saya guna ISO3 Campuran Kolagen MArin Terhdrolisis dengan Ekstrak Bah-buahan

Dengan peningkatan usia, serat kolagen kehilangan tekstur lembapannya, menjadi tidak kenyal dan seterusnya mengakibatkan pembentukan kedutan dan kehilangan kekenyalan kulit. Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis dengan Ekstrak Buah-buahan Iso.3 membantu menstimulasikan penghasilan kolagen baru pada kulit dan memastikan metabolisme kolagen dikekalkan di tahap yang optimum. Kolagen Marin Terhidrolisis di dalam ISO.3 diperolehi daripada kulit ikan berkualiti tinggi - membenarkan penyerapan yang lebih pantas ke dalam tubuh kerana a telah dicernakan terlebih dahulu melalui proses 'hidrolisis'.

Selain dari Kolagen Marin Terhidrolisis formulasi unik ISO.3 juga terdiri daripda bahan botani bio-aktif yang diperkaya degan antioksida dan fitokimia seperti ekstrak ceri acelora, ekstrak biji kiwi, serbuk mutiara, serbuk gel aloe vera, kompleks karotenoid da serbuk buah-buahan campuran yng bertindak sejajar dengan objektif penjanaan kecantikan dari dalam ke luar.

RIngkasan kebaikan CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO.3

- Membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolisme
- Membantu menggalakkan pembaharuan  kulit dan mengurangkanpengecutan otot
- Membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran
- Membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit
- Membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata
- Membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan mmemulihkan akne
- Membantu meneutralkan radikal bebas
- Membantu menyahtoksik kulit
- Membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu
- Membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit
- Membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku
- Membantu meningkatkan sistem imun tubuh

Saya sarankan kepada sesiapa yang ingin mencantikan kulit, cubalah ISO.3. Kesannya dapat dilihat dalam masa kurang dari seminggu. Kawan saya yang mempunyai masalah kulit wajah, hanya boleh melihat kesannya dalam masa 3 hari.....

ungu_violet191 posted on 22-6-2009 10:49 PM

amik vitamin e baik utk kulit.
Page: [1] 2 3 4 5
View full: Vitamin untuk kulit cantik