m.areff posted on 1-8-2008 12:49 AM

Ceramic Business Club

ada sesapa tak yg tau psl biznes ni??? konsep trading & franchise yg mana kita dpt cek tiap2 bln setelah register....
sesapa yg ada info bleh la share kt sini....

arenis posted on 5-9-2008 04:30 PM

Originally posted by m.areff at 1-8-2008 12:49 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
ada sesapa tak yg tau psl biznes ni??? konsep trading & franchise yg mana kita dpt cek tiap2 bln setelah register....
sesapa yg ada info bleh la share kt sini....

hmm ...aku pun baru je dpt kol dari adik tanya pasal bisnes ni...

dari pemahaman aku tgk dlm dia punya website....
bila kita register jadi ahli dgn bayaran RM155 kita kena beli barang2 ceramic tu dgn pakej2 yg dah disediakan...dgn cash
kemudian terpulanglah nak pakai sendiri atau nak jual sendiri atau juga nak jual balik pd syarikat tp tu la bila jual balik pada syarikat ....syarikat akan bayar balik pada kita secara ansuran....ha itula cek2 nya....

ajib2018 posted on 5-9-2008 06:09 PM

itu la.. kiranya konsep sell back policy...:P

chayuk posted on 6-9-2008 10:30 AM

Originally posted by ajib2018 at 5-9-2008 06:09 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
itu la.. kiranya konsep sell back policy...:P

konsep apekebende nh??? lawak la konsep nh.
sekali sebut macam syedap bunyiknya ;P.

sekali pandang apa yg aku nampak...bukan nak jual barang pun.
itu barang just dummy la...yg betulnye nak amik duit dari orang ramai.
kalau takde barang dummy...sah kena cekup ngan Bank Negara..
aku bayangkan camnh...
A bagi duit kat Sykt. B secara cash sebanyak RM**
dan Sykt B tu pulang balik duit tu dgn sikit untung secara ansuran dlm bentuk cek.
tak payah barang2 la.....

oraittt jgn ada yg marah2 eak...nh pendapat peribadi aku je :lol:

porek posted on 6-9-2008 01:47 PM

masyukkk sesangat!

ctredzuan posted on 6-9-2008 05:51 PM

jangan iklan, sila bincang sahaja, ok!

ahmad78 posted on 17-9-2008 07:13 AM

ingat lagi JAI Network?

aku rasa MLM ni lebih kurang sama mcm JAI network, sell back alat penjimat minyak.
after few years, ramai terperangkap, then Dr Jailani, the owner of JAI network telah dihadapkan ke Mahkamah.

for me, nak join MLM ni, kena tengok betul2 kestabilan syarikat tu, dah berapa lama bertahan, local or international. sebab tu ramai orang malaysia yang terpedaya, sebab dijanjikan dengan cara mudah utk menjadi kaya.

rebung posted on 17-9-2008 12:36 PM

barang yg dijual dah la mahal...cara buat bisness mcm tak lojik je

New_Access posted on 8-10-2008 02:26 PM

ada gak pasal ceramic club kt sini..;P

aku dah join..masyuk gak duit masuk:D

raya lepas dapat voucher pizza..maka time raya aku hidangkan pizza kat tetamu yg datang;P

lady_lily posted on 8-10-2008 04:12 PM

Originally posted by New_Access at 8-10-2008 02:26 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
ada gak pasal ceramic club kt sini..;P

aku dah join..masyuk gak duit masuk:D

raya lepas dapat voucher pizza..maka time raya aku hidangkan pizza kat tetamu yg datang;P

Dpt voucher pizza jerrr???????????..........Kalau macam tuh aku tak yah masuk club nih pun boleh pegi pizza bayar sendirik....Sapa nak gie pizza jom aku belanja.....:lol:

mieraedoera posted on 20-11-2008 02:42 PM

di antara kelebihan menjadi ahli:

*  Disamping bergaya dengan Tea Set dan Warmer Set
*  Memperolehi CEK dan Bonus (dari hasil jualan)
*  Bantuan Khairat Kematian
*  Perlindungan Insurans Peribadi
*  Program Kebajikan Masyarakat
*  Menukar Mata Ganjaran Dengan Barangan E-Mall
*  Menyertai Pakej Pelancongan dan Umrah
*  Baucer Giant, Parkson, KFC dan Pizza Hut
*  Kemeja & T-Shirt
*  DLL

Yang penting, ini bukannya MLM kerana anda boleh menjalankannya sendirian dan kekalkan cara perniagaan anda atau menambah investment jika ada duit lebih...

ctredzuan posted on 20-11-2008 02:50 PM

ceramic club rasanya tgh kena siasat skrg ni

kamilghani posted on 20-11-2008 03:05 PM

Balas #12 ctredzuan\ catat

tgh siasat sal pe tu??:o

lelaki_terakhir posted on 20-11-2008 03:45 PM

tobat menda2 yg mragukan mcm nie:@

mieraedoera posted on 20-11-2008 04:11 PM

beberapa info yang member aku forward..

....
ok camni...pasal AJL tu memang dah lama aply.... tapi proses nak dapat tu memang lama.... nak dapat cepat tu memang boleh.... kene cucuk $$$$$ la..... dah banyak kali dieorang cakap kalau nak cepat kene cucuk dieorang la dengan $$$$$ faham2 la dunia sekarang.... tapi steven dan steve tak nak......dieorang nak dapatkan gak secara prosedur... tak nak main cucuk-cucuk... sebab nanti akhirnya akan merugikan syarikat dan nama baik syarikat pun tak bersih.... daripada dia cucuk denga $$$$ tu... baik dia bagi $$$$$ tu pada ahli2 ceramic.....

kita bebas dari BNM tu adalah tuduhan terhadap member2 kita kat umah sebelah tu yang tak kena dengan kita.... kita takde kena mengena langsung.... dan alasan yang sama kalau BNM nak jatuhkan tuduhan pada kita atas alasan yang sama tak boleh.....

kalau kita bersalah....dah lama company kena serbu.... dan kalau kita skim cepat kaya gak.... tentu kita dah kena gak saing-saing company2 yang kene tu.....kita adalah bisnes..... ada jual ada beli....

suke hatilah company nak beli balik barang yang korang beli tu.... dan perkara itu memang dibenarkan dalam akta jualan....TAK PUAS HATI PEGI BELI BUKU AKTA TU.... BACA SENDIRI company bukan beli balik dan bayar terus.... kan ada masa menunggu.... cek korang tu.dua atau tiga bulan baru clear semua kan.... itu kemampuan syarikat dalam memasarkan produk mereka

steve dah bagitau.... kalau company nanti dah makin maju... mungkin post dated cek tu akan lagi cepat tarikhnya.... mungkin sebulan.... mana kita tau.... kan kita masih develope....

mieraedoera posted on 20-11-2008 04:12 PM

http://image.prepaidcard2u.net/images/d211vb6syjsusf9qtx1f.jpg

mieraedoera posted on 20-11-2008 04:14 PM

http://alibabagroups.com/saudagarceramic/iklan/cbcmetro9okt.jpg

ctredzuan posted on 21-11-2008 12:25 AM

boleh tak bincangkan mengenai apa ceramic ni buat, apa produk dan apa2 yg berkaitan perniagaan shj , tolong.. tolong dan tolong jangan paste gambar2 kereta @ schedule seminar utk attract jadi ahli

khai149 posted on 21-11-2008 06:44 AM

aku pun masuk gak ceramic nie...dah balik modal dah pun Alhamdulillah.....

aku masuk mungkin sebab aku minat gak main networking nie, dan aku masuk tepat pada waktunya...peluang depan mata kena rebut le huhuhuhu....

tp sapa yg nak masuk tu...kena la berani tanggung risiko...nie korang nie, nak masuk, tapi nak jaminan dari aku benda nie takkan rugi, tapi bila korang untung banyak....takde plak nak teringat nak belanja aku makan ke apa :@

komen ikhlas aku....mmg betul pun bnm tgh siasat, dan mmg betul pun modus operandi mirip jai network... aku punyer prediction, before 2010 company ni akan bungkus... tapi nie predicition aku jer... sama macam uptrend, org predict setahun dua jer company nie..tp dengar citer sampai skang masih lagi hidup...

korangkan usahawan...berani buat berani tanggung laa..

mieraedoera posted on 21-11-2008 12:30 PM

Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Club ini?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan trading produk-produk ceramic keluaran Vantage. Selain menjalankan perniagaan secara trading, syarikat ini memperkenalkan Program Keahlian Privilege melalui sebuah jenama perniagaan yang dipanggil Ceramic Business Club. Melalui program keahlian ini, Ceramic Business Club menawarkan ganjaran dan keuntungan kepada Distributor-distributornya. Setiap Distributor yang mendaftar akan menerima satu kad keahlian Ceramic Business Club dan akan membawa jenama Ceramic Business Club dalam perniagaan mereka.

Konsep ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan berdasarkan pembelian dan kesetiaan ahli tersebut. Jenis-jenis hadiah dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang menganjurkannya.

Konsep bisnes ini adalah sama juga dengan apa yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Anda akan menerima kad keahlian Ceramic Business Club dan akan menerima ganjaran dan keuntungan yang anda sahaja sebagai Distributor berpeluang mendapatnya, orang lain yang tidak mendaftar tidak akan memperolehinya. Jenis-jenis keuntungan dan ganjaran yang diberikan adalah tertakluk kepada Ceramic Business Club itu sendiri. Anda boleh memahami lebih jelas mengenai konsep perniagaan Ceramic Business Club ini di laman Konsep Perniagaan.

mieraedoera posted on 21-11-2008 12:32 PM

Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT ?

Penting diingatkan bahawa Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menjalankan perniagaan trading produk-produk ceramic keluaran vantage. Mempunyai rangkaian Dealershipnya di seluruh negara yang menjual produk-produk tersebut secara trading. Anda boleh mendapatkan senarai rangkaian Dealership tersebut DI SINI. Adakah perniagaan trading ini SAH dan SELAMAT? Anda tentu sudah tahu jawapannya. Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit di tempat anda. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.
   
Manakala Ceramic Business Club pula adalah satu Program Keahlian Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk keluaran Vantage tersebut.

Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma kita tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah perniagaan mereka SAH dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu anda mengetahuinya! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara Malaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ceramic Business Club juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama Ceramic Business Club dan akan membawa jenama tersebut dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang tidak mendaftar.

mieraedoera posted on 21-11-2008 12:33 PM

Apakah Maksud Franchise?

Franchise menurut Kamus Dewan bermaksud "Satu Hak Yang Diberikan Oleh Sesebuah Syarikat Untuk Menjual Atau Memasarkan Produk Melalui Sistem Yang Ditentukan".

Jika kita lihat pada contoh-contoh perniagaan yang menjalankan sistem franchise ini seperti KFC, McD dan Seven E, mereka begitu berjaya dalam mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke seluruh dunia.

Cuba lihat McD, dengan hanya sebiji Burger mereka berjaya membuka market ke seluruh dunia. Berlumba-lumba individu yang ingin membuka franchise ini kerana sistem mereka telah terbukti berjaya. Jika dilihat pada sistem mereka, pemilik Franchise McD ini didapati tidak pernah sekali pun menjual, membungkus atau menjadi juruwang di kaunter franchise mereka. Sebaliknya yang melakukan tugas-tugas tersebut adalah SISTEM FRANCHISE itu sendiri! Syarikat McD telah menyediakan sistem (tugas mempromosi, kursus untuk pekerja, menu hidangan, harga hidangan) yang akan membuat jualan untuk pemilik McD tadi.

Perkara ini sama juga seperti yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Apabila anda memilih Pakej Booster dan memilih option sell back kepada syarikat untuk tugas membuat jualan, pihak Ceramic Business Club yang akan menjualkan produk tersebut untuk anda dan anda akan diberikan keuntungan hasil jualan tadi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Melalui kaedah Franchise ini, bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya Sistem Franchise Ceramic Business Club yang akan membuat jualan untuk anda!

mieraedoera posted on 21-11-2008 12:35 PM

Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?

Anda ditawarkan dengan 3 pilihan Pakej Booster iaitu Pakej A: RM900, Pakej B: RM1,800 dan Pakej C: RM3,800. Setiap Pakej Booster ini sebenarnya mengandungi pilihan produk tertentu iaitu Pakej A (Tea Set Ceramic), Pakej B (Dinner Set Ceramic) dan Pakej C (Tea Set + Warmer Set + Dinner Set Ceramic).

Untuk Pakej Booster ini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut secara Trading (beli untuk membuat jualan sendiri atau untuk kegunaan sendiri), ataupun anda membelinya secara Franchise (syarikat akan menjualkan produk tersebut untuk anda) sebagai wakil jualan anda melalui program yang dinamakan "The CeramicClub Sell Back Franchise System".

Sekiranya anda membeli secara trading, anda berhak untuk menjualkan produk tersebut pada sebarang harga yang anda suka, dan keuntungan jualan tersebut adalah keuntungan runcit anda. Harga tidak ditetapkan kerana dalam bisnes trading, setiap Distributor berhak menentukan hanga jualannya sendiri.

Sekiranya anda memilih option sell back kepada syarikat, syarikat telah menetapkan harga jualan produk tersebut dan seterusnya membuat pembayaran kepada anda mengikut harga jualan itu. Syarikat membuat pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran ataupun bertangguh melalui pemberian "post dated cek" sebaik sahaja pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan) dan Pakej C (3 bulan). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran ini melalui Laman Konsep Perniagaan.

mieraedoera posted on 21-11-2008 12:35 PM

Boleh ke syarikat menjual produk-produk tersebut dalam masa 2 atau 3 bulan dan memberikan keuntungan kepada ahli?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi kilangnya Vantage, sememangnya sudah mempunyai pasaran produk ceramic sedia ada dan mereka mampu menjual produk-produk tersebut dalam masa yang ditetapkan. Mereka mempunyai rangkaian Dealership sendiri di seluruh negara. Anda boleh melihat rangkaian Dealership tersebut DI SINI.

Perniagaan Haji Ismail

Syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri yang terletak di Petaling Jaya dan telah beroperasi sejak 1980 lagi. Syarikat banyak membekalkan produk-produk ini di dalam mahupun luar negara dan produknya yang anda sendiri boleh lihat adalah cawan kopi di Starbuck yang merupakan hasil keluaran kilang ini. Produk Ceramic keluaran Vantage ini telah beberapa kali memasuki televisyen menerusi Rancangan Nona di TV3.

ctredzuan posted on 21-11-2008 05:21 PM

bagus mira, ini info yg kami nak bace
Page: [1] 2 3 4 5
View full: Ceramic Business Club