mieraedoera Publish time 21-11-2008 12:32 PM

Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT ?

Penting diingatkan bahawa Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menjalankan perniagaan trading produk-produk ceramic keluaran vantage. Mempunyai rangkaian Dealershipnya di seluruh negara yang menjual produk-produk tersebut secara trading. Anda boleh mendapatkan senarai rangkaian Dealership tersebut DI SINI. Adakah perniagaan trading ini SAH dan SELAMAT? Anda tentu sudah tahu jawapannya. Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit di tempat anda. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.
   
Manakala Ceramic Business Club pula adalah satu Program Keahlian Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk keluaran Vantage tersebut.

Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma kita tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah perniagaan mereka SAH dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu anda mengetahuinya! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara Malaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ceramic Business Club juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama Ceramic Business Club dan akan membawa jenama tersebut dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang tidak mendaftar.

mieraedoera Publish time 21-11-2008 12:33 PM

Apakah Maksud Franchise?

Franchise menurut Kamus Dewan bermaksud "Satu Hak Yang Diberikan Oleh Sesebuah Syarikat Untuk Menjual Atau Memasarkan Produk Melalui Sistem Yang Ditentukan".

Jika kita lihat pada contoh-contoh perniagaan yang menjalankan sistem franchise ini seperti KFC, McD dan Seven E, mereka begitu berjaya dalam mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke seluruh dunia.

Cuba lihat McD, dengan hanya sebiji Burger mereka berjaya membuka market ke seluruh dunia. Berlumba-lumba individu yang ingin membuka franchise ini kerana sistem mereka telah terbukti berjaya. Jika dilihat pada sistem mereka, pemilik Franchise McD ini didapati tidak pernah sekali pun menjual, membungkus atau menjadi juruwang di kaunter franchise mereka. Sebaliknya yang melakukan tugas-tugas tersebut adalah SISTEM FRANCHISE itu sendiri! Syarikat McD telah menyediakan sistem (tugas mempromosi, kursus untuk pekerja, menu hidangan, harga hidangan) yang akan membuat jualan untuk pemilik McD tadi.

Perkara ini sama juga seperti yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Apabila anda memilih Pakej Booster dan memilih option sell back kepada syarikat untuk tugas membuat jualan, pihak Ceramic Business Club yang akan menjualkan produk tersebut untuk anda dan anda akan diberikan keuntungan hasil jualan tadi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Melalui kaedah Franchise ini, bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya Sistem Franchise Ceramic Business Club yang akan membuat jualan untuk anda!

mieraedoera Publish time 21-11-2008 12:35 PM

Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?

Anda ditawarkan dengan 3 pilihan Pakej Booster iaitu Pakej A: RM900, Pakej B: RM1,800 dan Pakej C: RM3,800. Setiap Pakej Booster ini sebenarnya mengandungi pilihan produk tertentu iaitu Pakej A (Tea Set Ceramic), Pakej B (Dinner Set Ceramic) dan Pakej C (Tea Set + Warmer Set + Dinner Set Ceramic).

Untuk Pakej Booster ini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut secara Trading (beli untuk membuat jualan sendiri atau untuk kegunaan sendiri), ataupun anda membelinya secara Franchise (syarikat akan menjualkan produk tersebut untuk anda) sebagai wakil jualan anda melalui program yang dinamakan "The CeramicClub Sell Back Franchise System".

Sekiranya anda membeli secara trading, anda berhak untuk menjualkan produk tersebut pada sebarang harga yang anda suka, dan keuntungan jualan tersebut adalah keuntungan runcit anda. Harga tidak ditetapkan kerana dalam bisnes trading, setiap Distributor berhak menentukan hanga jualannya sendiri.

Sekiranya anda memilih option sell back kepada syarikat, syarikat telah menetapkan harga jualan produk tersebut dan seterusnya membuat pembayaran kepada anda mengikut harga jualan itu. Syarikat membuat pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran ataupun bertangguh melalui pemberian "post dated cek" sebaik sahaja pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan) dan Pakej C (3 bulan). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran ini melalui Laman Konsep Perniagaan.

mieraedoera Publish time 21-11-2008 12:35 PM

Boleh ke syarikat menjual produk-produk tersebut dalam masa 2 atau 3 bulan dan memberikan keuntungan kepada ahli?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi kilangnya Vantage, sememangnya sudah mempunyai pasaran produk ceramic sedia ada dan mereka mampu menjual produk-produk tersebut dalam masa yang ditetapkan. Mereka mempunyai rangkaian Dealership sendiri di seluruh negara. Anda boleh melihat rangkaian Dealership tersebut DI SINI.

Perniagaan Haji Ismail

Syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri yang terletak di Petaling Jaya dan telah beroperasi sejak 1980 lagi. Syarikat banyak membekalkan produk-produk ini di dalam mahupun luar negara dan produknya yang anda sendiri boleh lihat adalah cawan kopi di Starbuck yang merupakan hasil keluaran kilang ini. Produk Ceramic keluaran Vantage ini telah beberapa kali memasuki televisyen menerusi Rancangan Nona di TV3.

ctredzuan Publish time 21-11-2008 05:21 PM

bagus mira, ini info yg kami nak bace

syaq Publish time 28-11-2008 02:34 PM

GO CERAMIC GO... ;)

esbestos Publish time 30-12-2008 01:10 AM

up...

aku dlm pertimbangan nk join bnda ni ni huhuhu

thedude Publish time 30-12-2008 07:54 AM

Originally posted by arenis at 5-9-2008 04:30 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


hmm ...aku pun baru je dpt kol dari adik tanya pasal bisnes ni...

dari pemahaman aku tgk dlm dia punya website....
bila kita register jadi ahli dgn bayaran RM155 kita kena beli barang2 ce ...

Bila sykt tu beli balik dari kita .. adakah mereka beli pada harga lebih tinggi ?
Anehnya .. mana diorg nak cari duit ?

articulate Publish time 7-2-2009 12:32 AM

member aku ajak dengar besok..macam tak berminat je..ape cerita ceramic ni skrg?

jeppa Publish time 7-2-2009 01:13 AM

hurm.. member ak ramai yg masuk... ak jer x terbuka hati nak masuk (takda fulus).. ada yg ambil pakej RM900..
x lama pastu dapat RM1000..., ak pun kureng paham sbenarnya... tp ceramik ni juz jual ceramik yg kita beli (ikut pakej yg kita deal) pastu bagi keuntungan kat kita brapa percent ntah.... biasanya dia akan ada tulis trus brapa untung kita dapat..

220796 Publish time 17-3-2009 05:51 PM

xde sambutan topik ni....hehehe!

joerzoe Publish time 24-3-2009 07:23 PM

Ceramic ni adalah satu kompeni yg berdaftar yg menjalankan perniagaan produk berdasarkan ceramic.Anda boleh membeli ceramic untuk kegunaan sendiri atau di jual kembali.Walaubagaimana pun ceramic business club diwujudkan untuk membantu ahli yang tidak dapat menjual ceramic ini.Iaitu dengan menjual semula kepada syarikat.

Sebagai menghargai ahli, maka pihak ceramic akan memberi bonus seperti voucer dan sebagainya.Yang membezakan antara ceramic dengan syarikat MLM yg lain adalah sell back policy.Jadi anda nampak bentuk perniagaan jual beli antara syarikat dan ahli.Maka ia di panggil perniagaan trading.

chayuk Publish time 25-3-2009 09:44 AM

Originally posted by joerzoe at 24-3-2009 19:23 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Ceramic ni adalah satu kompeni yg berdaftar yg menjalankan perniagaan produk berdasarkan ceramic.Anda boleh membeli ceramic untuk kegunaan sendiri atau di jual kembali.Walaubagaimana pun ceramic...

mintak mahap cakap ye....
bagi aku klu betul la kompeni nh jual ceramik pastu beli semula
dgn harga lebih tinggi....maka kompeni nh mmg BODO...
sellback policy nh hanya mengaburi mata orang
supaya tak nampak mcm amik deposit haram...
the truth is......Deposit Secara Harammm
Ko bagi duit...then kompeni pulang balik secara ansuran
takpayah ada ceramik pun takpe...
look around guys...baaanyakk sangat dh yg mcm nh
berapa byk yg dah lingkopppp....
aku sedih btl tengok melayu kayakan cina senang2 mcm nh...
just my doposen...

anyway....klu korang anggap ini satu pelaburan, bisnes etc..
aku hormati pilihan korang...
peacee......

chayuk Publish time 25-3-2009 09:49 AM

Bila sykt tu beli balik dari kita .. adakah mereka beli pada harga lebih tinggi ?
Anehnya .. mana diorg nak cari duit ?

takde yg anehnya bro...
pembeli bayar kat sykt nh TUNAI....
sykt beli semula dgn harga tinggi tapi bayar balik secara ANSURAN...
apa lagiiii....ROLLING laa.....

bertopengkan skim cepat kaya

sekali lagi....
JIKA KORANG ANGGAP INI ADALAH PELABURAN, BISNES ETC...
AKU HORMATI PILIHAN KORANG okayyy....

[ Last edited bychayuk at 25-3-2009 09:51 ]

joerzoe Publish time 26-3-2009 10:21 PM

ok,sebenarnya takde paksaan pun untuk sell back pada company.So kalau pandai meniaga beli produk padakompeni then jual lah sendiri dengan customer kat luar.Adakah semua orang mampu? Kalau sistem ni di praktikkan so dah samelah dengan program mlm yang lain.Last2 ahli yang bawah terkangkang sebab tak dapat nak jual barang yg di beri oleh syarikat.

Ceramik ni membantu dalam menyelesaikan masalah produk terkumpul dengan membeli balik produk dengan harga yang di tetapkan.So,memang betul nampak macam takde produk dengan sell back policy.Tapi kalau nak produk ceramik tu, pilih option produk di hantar ke rumah melalui courier.so,then kalau nak jual balik leh bawak barang2 seramik ni ke opis syarikat.Tak ke susah tu nak bawak barang2 seramik ni.Kalau jatuh pecah dah rugi kan.So,dengan option sell back ni,lebih kurang macam tak payah lah amik barang.So pilih lah yang mane ahli nak.Takde paksa2 pun.

Lagi satu,setiap pembelian seramik ni ada resit.dan sell back policy pun ada agreement.Kedua-dua pihak kene setuju dan turunkan tandatangan setiap kali nak repurchase.So memang satu trading yang sah lah.Siap ada borang white and white lagi.Sebab tu bank negara malaysia BNM pun tak bleh nak wat papel.Kalau salah, masa BNM dulu wat rush dah tentu ceramic pun kantoi gak.Bukan macam syarikat lain yang amik deposit haram takde black and white tanpa produk.So pikir-pikirkan lah adakah ini di namakan deposit haram?Pikir2kan lah ek....

Juju Publish time 28-3-2009 12:18 AM

juju baru je join - so tak banya boleh share - tunggu dan lihat jelah :)

lagipun invest tak banyak

joerzoe Publish time 28-3-2009 01:10 AM

Tahniah juju, kepada sesape yang nak join.leh contact aku melalui sms 019-3435091 atau add ym : syok_bisnes

Pertanyaan amatlah di alu-alukan.Tak masuk pun takpe.tanye tak payah bayar pun :)

Juju Publish time 28-3-2009 01:13 PM

diskuss je kat sini lagi senang - ilmu untuk dikongsi bersama :P

joerzoe Publish time 28-3-2009 10:26 PM

Sebelum nak join ceramic ni, mesti ramai orang ingat mende ni MLM kan.Aku penah join Luxor dulu....Tapi sekejap je dah out sebab aku tak pndai nak carik orang suh join.

Tapi ceramic berbeza.walaupun aku tak rekrut orang,setiap bulan aku still dapat bonus tetap selagi aku repurchase.Sistem repurchase ni lah yang membezakan cbc ni.Selagi korang repurchase takde masalah nak dapat bonus.Lebih kurang macam bonus loyalty lah yang company bagi untuk ahli-ahli yg join ceramik ni.

gremlins82 Publish time 29-3-2009 11:20 PM

aku masuk ceramic dah hampir 6 bulan..dulu aku masuk segala jenis MLM..tapi bagi aku,ceramic the best...
yangMLM dulu yang aku masuk,semua kena tabur janji manis dek upline...naktolong le..etc..bila dah masuk,terkangkang sorang-sorang...nak dapatrm30 pun separuh mati..masuk ceramic alhamdullilah, pendapatan aku dah5 angka..
Ceramic berbeza...WIN WIN situation...orang yang ajak kitamasuk pun dapat untung..kita yang baru masuk pun leh untung...if kitatak carik downline pun,dgn sell back policy,dapat gak profitbulan-bulan...nak stop..bila bila masa bleh...modal maintain plusprofit..kita nak ajak orang masuk pun takle rasa bersalah sangat..sebabif dia nak stop bila bila pun leh...modal masih dapat balik plus untung
Mmgnampak macam rolling duit tapi sebab dah kita nak pakai sell backpolicy..mmgle benda tu tak sampai rumah...ada sorang yang masa nakorder lupa nak tick kat sell back policy...barang sampai umah le...kenajual sndiri le barang
Bagi aku,if nak serbu..g serbu MLM lain...brape ramai yang dah blanja beribu ribu tapi rugi gitu je...lagi teruk macam tu..
SELLBACK POLICY ni mmg termaktub dalam akta jualan langsung malaysia..akudah beli buku tu n mmg ada...cuma masa kita masuk MLM yang dulu,kitatak dimaklumkan perkara nie..if kita tau..habisla sykt...PLUS mana syktnak bagi refund kat kita..dah duit semua dapat kat upline...
so bagiaku...ceramic guna SELL BACK POLICY ni tak salah n tak langgarundang-undang sebab dah termaktub dalam akta..sykt tak paksa kita gunaSELL BACK POLICY nie...atas permintaan kita..
cuma satu kita nakkena ingat..bila kita join ceramic..kita BELI n bukan INVEST...pentingkita tekankan perkara nie takut orangsalah phm...
apapun...bagi korang yang berminat nak join ceramic..aku syorkan korang g ke website nih...www.teratakjutawan.com..
akuterserempak masa surf baru-baru nih..if aku jumpa website ni sebelumaku join at least untung skit...bagus promosi yang ditawarkan...
apapun..ni pendapat aku..aku pasti ada yang tak setuju...so no hal...duit masing masing...

[ Last edited bygremlins82 at 29-3-2009 23:23 ]
Pages: 1 [2] 3 4 5 6
View full version: Ceramic Business Club


ADVERTISEMENT