ima_snow Publish time 31-8-2008 07:59 AM

dr fatma zahra kata :

baca YA RAHMAN YA RAHIM YA ALLAH...masa petang khamis mlm jumaat smpi masuk maghrib...

mksudnya banyakkan zikir YA RAHMAN YA RAHIM YA ALLAH :)

pisang_goreng Publish time 31-8-2008 10:36 PM

Reply #1 babyorange's post

lepas solat beroda la...bt solat tahjud ker.....

:$ :$ :$ :$

tore Publish time 3-9-2008 02:51 PM

sape ade amalan yg lain
alaman zikir asma husna ade x

ima_snow Publish time 3-9-2008 07:01 PM

Originally posted by tore at 3-9-2008 02:51 PM http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
sape ade amalan yg lain
alaman zikir asma husna ade x

kalau zikir asmaul husna...senang saje..cuba pilih makna2 nama ALLAH tu....
tapi ikut dr fatma zahra utk jodoh ni...bacalah YA RAHMAN YA RAHIMYA ALLAH...
bykkan zikir ni...sbb makna dia kan YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHI....

insyaAllah:)

fatz2 Publish time 4-9-2008 03:01 AM

Originally posted by pisang_goreng at 31-8-2008 10:36 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
lepas solat beroda la...bt solat tahjud ker.....

:$ :$ :$ :$
nak beroda ke mana tu?....:$

AniSani Publish time 5-9-2008 02:00 AM

Pembuka thread ni desperate sangat ke, sori tanya je

babyorange Publish time 6-10-2008 03:51 PM

Originally posted by AniSani at 5-9-2008 02:00 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Pembuka thread ni desperate sangat ke, sori tanya je

amboi sedap nye bahasa anisani ni ye...
salah ke klo org nk tau psl doa cepat jodoh...
sbg Islam kite kena la mohon pd Allah mintak dpt jodoh yg baik, yg elok, yg beriman, brtggjwb....

bile org tny psl doa jodoh je dah kire desperate ke?
kite ni usaha sambil mohon pd Allah...
sbb kite nk yg terbaik dlm hidup...
jodoh tu da ade cuma msh x ditemukan je lagi...
kite kena la doa, mengadu pd Allah, spy didekatkn jodoh kite tu....spy ditemukan dgn org yg baik....


tak tau la cik ani ni mcm mane org nye kn....mudah2 sgt nk label org mcm tu...
kot la cik ani ni x perlu nk berdoa2 cpt jodoh, mgkin calon nye da ramai, tinggal pilih je yg mane brkenan bile2 terase da nk kawen....
sbb tu la die x risau pn....
petik jari 10 dtg ye?
yg dtg tu molek2 ke? baik2 ke? briman ke? boleh jd calon somi soleh ke?
klo calon brderet pn tp sumer nye stok2 hampeh, calon somi tak guna......bagus ke tu?

tak tau la si ani ni da kawen ke blom....
tak desperate la die tu kot, org lain yg dok usaha cari jodoh ni die nmpk desperate sgt.....

ape2 je la ani....
kite mmg patut brdoa pn...utk jodoh ke, utk kesihatan ke, utk kebahagiaan ke....
kite semua kena bergantung pd Nya....

aku rase ko ni mesti da besar pjg kn...
mesti ble brpk kn...
aku mmg x paham la mentaliti ko yg mudah je nk label org desperate.....
pelik...salah ke org bertanya psl doa cepat jodoh ni????

a.ceCCo Publish time 6-10-2008 09:17 PM

petikan dari koleksi doa salafus soleh:

"Wahai Allah, utuslah suami yang solleh untuk meminangku, condongkanlah hatinya kepadaku, berkat kebenaran kalam-Mu yang Qadim dan berkat utusan-Mu yang mulia dan berkat sejuta bacaan 'Laahaulawala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Azim' Dan semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW,dan kepada seluruh keluarga serta para sahabat baginda dan segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam."

Penjelasan : Amalkanlah doa ini terutama bagi wanita yang belum bertemu jodoh. Caranya berpuasa sunat pada hari lahirnya, dan pada malam harinya selepas selepas solat Isya' baca surah Alam Nasyrah sebanyak 333 kali, dan kemudian baca doa di atas.

semoga berjaya :)

juju_amin84 Publish time 7-10-2008 10:46 PM

Originally posted by a.ceCCo at 6-10-2008 09:17 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
"Wahai Allah, utuslah suami yang solleh untuk meminangku, condongkanlah hatinya kepadaku, berkat kebenaran kalam-Mu yang Qadim dan berkat utusan-Mu yang mulia dan berkat sejuta bacaan 'Laahaulawa ...

hari lahir tu ikut kalender islam ke kalender barat :D

noriabdullah Publish time 7-10-2008 11:08 PM

Amalkanlah doa ini terutama bagi wanita yang belum bertemu jodoh.Caranya berpuasa sunat pada hari lahirnya, dan pada malam harinyaselepas selepas solat Isya' baca surah Alam Nasyrah sebanyak 333 kali,dan kemudian baca doa di atas.

Ini dari hadis sahih ker ? Mcm mana lak halnya jika sesaorang itu lahir pada 1 Syawal atau pada 10 Zulhijjah iaitu pada hari yg diharamkan utk berpuasa mcm mana kesnya ? Atau mcm mana lak halnya jika sesaorang itu lahir pada bulan Ramadhan mcm mana dia nak buat antara puasa wajib dan puasa sunat ?

Kalau amalan ini mai dari hadis Nabi SAW mesti suruhan tu ikut kalendar Islam bukan kalendar omputih...jadi camner nak buat dlm kes2 di atas tu ? Dlm Islam bukan ker ada solat hajat serta memohon doa sesudah solat tersebut...mengapa tak mahu buat menurut spt mana yg ditunjuk dgn sahihnya oleh Nabi SAW ?

a.ceCCo Publish time 8-10-2008 11:26 PM

Reply #29 juju_amin84's post

I'm not sure lah but hurmm, tak penting kan??

a.ceCCo Publish time 8-10-2008 11:30 PM

Reply #30 noriabdullah's post

hehe.. secara jujur, cecco pun tak tahu sangat ni.
cecco just amek dari koleksi doa-doa salafus soleh karya zainuddin hj. karman.
nak share apa yang cecco tahu aja.

kepada yang pakar, sila tolong jawabkan :)
nanti takut ceco salah beri jawapan.

baroque Publish time 9-10-2008 10:29 AM

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.:D

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

~baju_dalam~ Publish time 9-10-2008 11:39 AM

bace la ayat or surah ape2pun yg penting yakin...insyaallah...

mejik Publish time 11-10-2008 05:46 AM

just my 2 cents...

kalau mampu... amalkan solat dhuha dan tahajjud...

*moga Allah permudahkan urusan kita bersama:$

kiree080208 Publish time 11-10-2008 07:17 AM

Balas #22 pisang_goreng\ catat

salam...
yang kte tau....
klu salah btul kan ye...bise org wat solat tahajud nie...ble tejaga dr tdur..mksud nye..dah tidur..tp,tejaga dlm kul 2 3 ke..tak kesah la kul bpe pun...b4 subuh la...cmtue la yg kte tau...

minahmanja Publish time 11-10-2008 09:16 AM

this is a very good thread...
terutaman skali utk org2 cam min ni hah...

minahmanja Publish time 11-10-2008 09:16 AM

g masih lg tercari2...sesuatu/seseorg dlm idup..

minahmanja Publish time 11-10-2008 09:22 AM

entah bile la agaknye min akan bertemu dgn apa yg dicari..

liyana_nahar Publish time 2-4-2009 12:50 PM

DOA-DOA YANG DAPAT DIAMALKAN

Jika ingin mendapat Jodoh, bacalah Doa ”Allahummaab’ats ba’lan shaalihan li khithbatii wa ’aththif qalbahu ’alayya bi haqqi kalaamikal qadiim” (Ya Allah, utuslah suami/istri yang shaleh untuk melamarku, condongkan hatinya kepadaku berkat kebenaran kalamMu yang qodim)

Jika ingin dikaruniai Anak, bacalah ”Bismillaahirrahmanirrahim. Rabbi laa tadzarnii fardan wa anta khairul waaritsiina” (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup sendirian, dan Engkau Pewaris yang paling baik)

Jika ingin menjadikan perkawinan kembali harmonis, bacalah ”Waalqaitu ’alaika mahabbatan minniii wali tushna’a ’alaa ’ainii” (Dan akan Ku-limpahkan kepadamu kasih sayang-Ku dan agar diperbuat oleh kamu di bawah penglihatanKu)

wallahualam
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Surah @ Doa percepat jodoh


ADVERTISEMENT