demonagirl6 Publish time 14-9-2008 04:34 PM

Solat Duduk and Solat Baring...

Cam ner buat Solat Dudok and Solat Baring...
Ada Sapa2 bley ajar cara nya ka?
Thanx

indah1285 Publish time 14-9-2008 04:48 PM

Reply #1 demonagirl6's post

susah ler nk ajar cara tulis neh meow... kena cari gamba....

indah1285 Publish time 14-9-2008 05:09 PM

Cara Sembahyang Duduk

Keadaan dan cara dudukvbagi orang yang tidak berdaya berdiri dalam sembahyang fardhu atau berdaya untukberdiri dalam sembahyang sunat tetapi melakukannya dengan duduk, tidaklahvditentukan cara dan keadaan duduknya itu. Bahkan adalah memadai dengan kesemuavcara dan keadaan duduk itu, akan tetapi makruh dengan duduk iq'a (bertinggung)

Manakala duduk bagi menggantikan berdiri:
Mengikut yang adalah afdhal duduk dengan keadaan iftirasy (seperti duduk ketika tahiyyah awal) kerana duduk iftirasyitu adalah salah satu duduk ibadat, maka ianya lebih awla (utama).

Sementara qaul yang kedua, afdhal duduk dalam keadaan mutarabbi慳n (duduk bersila). Cara sedemikian ini ialah bagi menggantikan cara sembahyang berdiri, oleh yang demikian hendaklah dibezakan duduk menggantikan berdiri itu daripada duduk-duduk yang lainnya iaitu duduk dengan bersila.

Adapun cara duduk ketika hendak melakukan tahiyyah awal, tahiyyah akhir dan duduk antara dua sujud dalam sembahyang duduk, adalah afdhal dan sunat dilakukan dengan duduk yang sama sebagaimana sembahyang orang sihat. Iaitu duduk tawarruk bagi tahiyyahakhir dan duduk iftirasy bagi duduk antara dua sujud dan tahiyyah awal.

Cara Rukuk Dan Sujud Dalam Sembahyang Duduk
Rukuk dan sujud merupakan salah satu daripada rukun sembahyang, sebagimana firman Allah Subhanahuwa Ta慳la

Tafsirnya: "Rukuklah kamu dan sujudlah kamu." (Surah Al-Hajj: 77)

Adapun cara rukuk orang yang bersembahyang duduk, ialah sekurang-kurangnya dengan membongkokkan badan sedikit bersetentangan dengan kedua-dua lututnya. Manakala cara yang sempurna adalah dengan membongkokkan badan melebihi daripada kadar di atas hingga berbetulan ke tempat sujud. Dan cara sujudnya pula sama seperti sujud biasa.

Apabila orang yang bersembahyang duduk itu tidak berdaya juga melakukan rukuk dan sujud dalam keadaan duduk seperti cara-cara yang dijelaskan di atas, maka hendaklah dia berbuat yang terdaya olehnya dengan cara membongkok seberapa yang boleh. Tetapi hendaklah sujudnya itu lebih rendah daripada rukuknya bagi membezakan antara sujud dan rukuk, dan melakukannya wajib bagi mereka yang mampu membezakannya.

Jika orang yang bersembahyang duduk itu tidak berdaya juga untuk melakukan rukuk dan sujud dengan seberapa yang boleh, maka dia hendaklah melakukan rukuk dan sujud tersebut dalam keadaan duduk itu secara isyarat. (Majmuk: 4/201-203) Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 慳laihi wasallam :
Maksudnya:"Dan jika aku memerintahkan kamu untuk mengerjakan sesuatu, maka kerjakanlah ia dengan apa yang kamu terdaya."(Hadis riwayat Bukhari)

Demikianlah cara dan keadaan bagi mereka yang melakukan sembahyang duduk disebabkan ada keuzuran yang bersangatan untuk berdiri.

Tidak Berdaya Untuk Rukuk Dan Sujud

Apabila seseorang itutidak berdaya melakukan rukuk dan sujud kerana ada keuzuran yang bersangatan, tetapi dia berdaya untuk berdiri dan duduk, maka dalam keadaan ini wajiblah dia bersembahyang dalam keadaan berdiri dan tidak sah jika dia bersembahyang dalam keadaan duduk.

Cara rukuk dan sujud bagi orang yang tidak berdaya melakukannya, hendaklah dalam keadaan dia rukuk,dia membongkokkan badannya sekadar yang terdaya. Sementara ketika sujud, makacara sujudnya adalah dalam keadaan badannya membongkok dengan kedudukan lebih rendah daripada rukuknya, bagi membezakan kedua-duanya.
Jika dia terdaya untuk melakukan rukuk, tetapi tidak terdaya untuk sujud, maka dalam hal ini tertakluk pada tiga keadaan dan ianya serupa dengan keadaan rukuk dan sujud dalam sembahyang duduk:
Apabila dia terdaya untuk melakukan sekurang-kurang kadar had rukuk dan tidak pula melebihi daripada kadar itu, maka bolehlah dia melakukan perbuatan yang serupa bagi rukuk dan sujud dengan membongkokkan badan dengan kadar yang dia terdaya itu (kadar had sekurang-kurang rukuk).

Adapun jika dia terdaya untuk melakukan kadar had rukuk yang sempurna dan tidak melebihi daripada kadar itu, maka bolehlah juga dia melakukan perbuatan yang serupa bagi rukuk dan sujud dengan membongkokkan badan dengan kadar yang dia terdaya itu (kadar had sempurna rukuk). Akan tetapi janganlah dia melakukan rukuk itu kurang daripada kadar had sempurna rukuk sedangkan dia terdaya untuk melakukannya, supaya tidak menghilangkan perbuatan yang sunat bagi rukuk (kadar had sempurna rukuk).

Jika dia terdaya untuk melakukan rukuk dengan melebihi kadar had sempurna rukuk, maka hendaklah dia melakukan rukuk dengan tidak melebihi kadar had sempurna itu. Manakala sujudnya pula hendaklah melebihi daripada kadar had sempurna rukuk itu. Ini kerana membezakan antara kedua-dua perbuatan tersebut (membongkok kerana rukuk dan membongkok kerana sujud).

Adapun bagi orang yang tidak berdaya untuk membongkokkan badannya bagi menggantikan perbuatan rukuk dan sujud, maka hendaklah dia melakukannya dengan menundukkan leher dan kepala. Jika tidak termampu juga dengan demikian itu maka hendaklah melakukannya dengan isyarat. (Hasyiyatan Qalyubi 慤mairah: 1/165, Majmuk: 4/204)

Tidak Berdaya UntukBerdiri Dan Duduk :

Dalam keadaan masyaqqah dan keuzuran yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengerjakan sembahyang dengan berdiri dan duduk, maka harus baginya mengerjakan sembahyang dengan cara berbaring, iaitu disunatkan berbaring pada rusuk sebelah kanan dan menghadapkan muka dan badannya ke arah kiblat seperti keadaan mayat di liang lahad.

Adapun jika dia berbaring pada rusuk sebelah kiri, adalah makruh perbuatannya itu selagi dia berdaya untuk berbaring pada rusuk sebelah kanan. Walau bagaimanapun sembahyangnya dalam keadaan sedemikian adalah sah. Jika terdapat keuzuran (tidakberdaya) sembahyang berbaring di sebelah rusuk kanan, maka wajiblah dia berbaring di sebelah rusuk kiri dengan menghadapkan muka dan badannya ke arah kiblat. Jikalau menjadi kesukaran juga dalam melakukan kedua-dua keadaan ini, maka haruslah dia mengerjakan sembahyang baring secara menelentang dengan menghadapkan muka serta telapak kakinya ke arah kiblat. Bagi orang yang sembahyang dalam keadaan ini,hendaklah diletakkan sesuatu di bawah kepalanya seperti bantal supaya dapat meninggikan mukanya bagi menghadap kiblat bukannya menghadap ke arah langit. (I慳nahAt-Thalibin: 1/160-161, Hasyiyatan Qalyubi 慤mairah: 1/166)

Orang sakit yang tidak berdaya untuk menghadap kiblat seperti orang yang lumpuh anggota badan yang terlentang di atas katil sedangkan ianya tidak menghala ke arah kiblat. Jika tiada ada orang yang dapat menolong untuk memalingkannya agar dapat menghadap kiblat sama ada orang tersebut diupah atau sebagainya, maka haruslah dia bersembahyang dalam keadaannya itu walaupun tidak menghadap kiblat. Akan tetapi diwajibkan baginya untuk mengulangi sembahyang tersebut. (Majmuk: 3/223)

seroja Publish time 14-9-2008 05:59 PM

Reply #3 indah1285's post

pjgnye karangan kaka tiwi...:L

senang jek solat duduk n baring ni. ikut kemampuan takat mane kite dpt wat. and semuanye bermula dgn niat. mcm mama oja.. dia solat dok tas kusi. kdg if larat dia solat berdiri and part sujud jek dia duduk tas kusi. masalah lutut taley di lipat :(

indah1285 Publish time 14-9-2008 06:20 PM

Reply #4 seroja's post

kena ada dalil sekali yang, baru kemas hukum...

seroja Publish time 14-9-2008 07:06 PM

Reply #5 indah1285's post

betui3 http://eforum6.cari.com.my/images/smilies/loveliness.gif

indah1285 Publish time 14-9-2008 08:05 PM

Reply #6 seroja's post

mama oja ada ghout ker...:o

ibnur Publish time 15-9-2008 01:45 AM

ni kena minta ustaz buat satu kuliah khusus untuk solat-solat baring, mengiring, duduk, dan juga mengambilkan wudhu' utk orang sakit.kat setengah-setengah mesjid pernah buat ni.

demonagirl6 Publish time 15-9-2008 02:37 AM

Originally posted by indah1285 at 14-9-2008 05:09 PM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
Cara Sembahyang Duduk

Keadaan dan cara dudukvbagi orang yang tidak berdaya berdiri dalam sembahyang fardhu atau berdaya untukberdiri dalam sembahyang sunat tetapi melakukannya dengan duduk, t ...

aku tak der problem...macam mak oja tuh...sakit lutut....
but ader penyakit jah...buat badan aku lemah longlai..
bleh kan ikot cara baring klu nak solat...
kekadang susah nak berjln or berdiri...cos ader masanya..badan aku benar2 lemah sampai tak pat angkat diri...

indah1285 Publish time 15-9-2008 02:40 AM

Reply #9 demonagirl6's post

kalo boleh lakukan dalam duduk, lakukan dalam duduk dulu...


kalo tak dapat, baring saja....:)


whatever jgn tinggal solat...

noriabdullah Publish time 15-9-2008 11:59 AM

Dah banyak kali saya baca berkenaan solat duduk atau baring dari thread yg lepas2 tapi tak sempat nak komen, sebab nak cari sumber hukum sohih tentang pekara ini. Saya pernah mengaji bab ini dulu tapi kemudian lupa jilid kitab nak rujuk. Alhamdulillah pagi tadi dah pun jumpa kitab Bahrul Mazi yg memperjelaskan dgn detail mengenai solat duduk/baring ini.

Hadis Nabi SAW mengenai berdiri/duduk/baring ini adalah hadis yg dikelarkan oleh Imam Abu Isa At-Termizi :

Diriwayatkan dari Imran bin Husin, seorang sahabat Nabi SAW yg menghidap penyakit buasir. Katanya telah aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal sesaorang yg bersembahyang fardhu atau sunat dalam keadaan duduk itu bagaimanakah pahalanya jika dibandingkan dgn sesaorang yg bersembahyang berdiri ? Apakala didengar oleh Rasulullahsoalan ku itu dijawab baginda :
Barangsiapa yg bersembahyang dalam keadaan berdiri maka itulah yang lebih afdhal pahalanya ( mempunyai pahala yg lebih berbanding dgn orang yg bersembahyang duduk atau baring ). Dan barangsiapa yg bersembahyang dlm keadaan duduk maka pahalanya setengah dari pahala orang yg bersembahyang berdiri, Dan barangsiapa yg bersembahyang dlm keadaan berbaring maka pahalanya menyamai orang yg sembahyang duduk.
( ~ Adalah hadis dari Imran bin Husin ini juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dan Anas bin Malik. Dan disifatkan hadis ini sebagai hadis yg hasan lagi sahih )

Ada juga satu riwayat lain dari Imran bin Husin yg pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai hal sembahyang orang yang sakit. Maka sabda Nabi SAW:
Maka hendaklah engkau sembahyang berdiri, maka jika tidak kuasa berdiri maka hendaklah sembahyang duduk. Maka jika tidak kuasa sembahyang duduk maka hendaklah sembahyang baring.
( ~ Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya )

Kedua2 hadis ini adalah asas yg membolehkan sesaorang yg sakit atau uzur utk bersolat dlm keadaan duduk. Imam Nawawi dlm Syarah Muslim menyimpulkan mengenai solat duduk ini spt berikut :

1.) Orang yg sakit atau uzur dibenarkan utk solat fardhu atau sunat secara duduk atau baring. Pahala solat mereka yg berbuat demikian adalah SAMA dgn orang yg bersolat dlm keadaan berdiri.

2.) Orang yg TIADA sakit atau uzur boleh SOLAT SUNAT secara duduk atau baring, namun pahala solatnya itu adalah setengah jika dibandingkan dgn orang yg solat dlm keadaan berdiri.

3.) Orang yg TIADA sakit atau uzur sekiranya sekiranya ia mendirikan solat dlm keadaan duduk atau baring sedangkan dirinya berkuasa utk berdiri nescaya TIDAK SAH solatnya, tidak mendapat apa2 pahala bahkan perbuatanya itu mendatangkan dosa utknya.

Hukum di atas ini menurut Imam Nawawi adalah tafsil mazhab Syafie dan juga diakui oleh jumhur ulamak.

**** Bagaimana pula halnya jika sesaorang yg menghalalkan solat fardhu dgn dibuat secara duduk sedangkan dirinya kuasa utk berdiri ?
Berkata Imam Nawawi : Telah berkata azhab kita Syafie bahawa jika sesaorang itu menghalalkan solat fardhu dgn duduk spt mana hukum orang yang solat berdiri nescaya jadi kafir dirinya, spt mana jatuhnya dirinya murtad atas sebab menghalalkan zina, riba dll yg diketahui haram pekara2 tersebut.

**** Keadaan orang yang berkuasa utk solat fardhu berdiri pada satu atau dua rakaat.
Imam Nawawi menjelaskan jika sesaorang itu mampu utk berdiri pada permulaan solat ( spt orang mengandung/orang yg cacat anggota dll ) kemudiannya ia tidak berkuasa meneruskan solat dgn berdiri maka bolehlah ia solat dgn duduk.

KESIMPULANNYA : orang yang mampu utk solat secara berdiri maka wajib utknya utk berdiri walaupun utk satu rakaat. Seboleh2nya gagahkan diri samada dgn bertelkan dgn menggunakan kerusi utk solat berdiri. Kelonggaran utk solat duduk atau baring adalah utk orang yg benar2 tidak berkuasa utk berdiri. Solat dgn tiada keuzuran dlm keadaan duduk atau baring akan cuma mendatangkan dosa dan tidak sah solat tersebut.

Wallahu A'lam

seroja Publish time 15-9-2008 01:07 PM

Reply #11 noriabdullah's post

sis nori, mama oja x dpt lipat lutut. so dia solat mcm bese, cuma duduk antara tAhiyat n sujud, dia wat duduk tas kosi.klu digagah gak lipat kaki tuh.. dia mmg taley bgn sendiri. kene kite tarik or dia berpegang kat mende len ke. sian mama..:'(

HOTlips Publish time 15-9-2008 02:11 PM

Balas #11 noriabdullah\ catat

Bapa me pun ajar mcm ni cuma tak tahu rujukan asal dia. Thanks a lot for the references :loveliness:

Sebaik2nya masa muda ni kita rebutlah peluang solat dgn sempurna (berdiri) sementara masih ada daya kekuatan dan kesehatan.

Bapa me dulu ada gout. Tp dia cuba sedaya upaya solat berdiri. Me kalau time preggy dah byk bulan memang selalu sgt solat duduk. Bila fikir2 balik rasa mcm saje2 tak nak usahakan berdiri. Sakit sikit duduk. :L :'( :$

Sejak kena stroke last yr, my bapa solat duduk atas katil dgn kaki terjuntai ke bawah sebab dia tak boleh langsung bengkokkan kaki. Kalau tengok dia cara solat, boleh menitis air mata. Penuh kesukaran dan kesakitan. Sungguh menginsafkan.

Rebutlah peluang beribadat sebaik dan sesempurna yg mungkin sementara usia masih muda dan diri masih sihat.

HOTlips Publish time 15-9-2008 02:17 PM

Balas #2 indah1285\ catat

Nah gambar! :)

Solat duduk:
http://media5.dropshots.com/photos/310932/20080914/222311.jpg

Maksudnya: Org yg sakit hendaklah mendirikan solat sambil berdiri, jika dia berdaya. Jika tidak berdaya solatlah sambil duduk. Jika tidak berdaya utk sujud, isyaratkan dgn kepalanya dan jadikan sujudnya lebih rendah dpd rukuk. Kalau tidak berdaya melakukan solat duduk, solatlah sambil berbaring di atas rusuk kanan, dgn muka dan dada mengadap ke arah qiblat. Kalau tidak berdayasolat di atas rusuk kanan, solatlah sambil tidur terlentang dgn kedua2 kaki dihalakan ke araha qiblat

Solat Duduk

http://media4.dropshots.com/photos/310932/20080914/220549.jpg

http://media5.dropshots.com/photos/310932/20080914/220559.jpg

http://media3.dropshots.com/photos/310932/20080914/220620.jpg

HOTlips Publish time 15-9-2008 02:19 PM

Solat Berbaring

http://media4.dropshots.com/photos/310932/20080914/220519.jpg


Solat Terlentang


http://media5.dropshots.com/photos/310932/20080914/220457.jpg

sumber: Siri Panduan Solat:Solat org Uzur dan Jenazah Buku 2
oleh: Che Shamsudin othman
Wholesale-Mart Business point Sdn Bhd
2008

noriabdullah Publish time 15-9-2008 03:59 PM

sis nori, mama oja x dpt lipat lutut. so dia solat mcm bese, cuma dudukantara tAhiyat n sujud, dia wat duduk tas kosi.klu digagah gak lipatkaki tuh.. dia mmg taley bgn sendiri. kene kite tarik or dia berpegangkat mende len ke. sian mama

Me kalau time preggy dah byk bulan memang selalu sgt solat duduk. Bilafikir2 balik rasa mcm saje2 tak nak usahakan berdiri. Sakit sikitduduk.

Sejak kena stroke last yr, my bapa solat duduk atas katil dgn kakiterjuntai ke bawah sebab dia tak boleh langsung bengkokkan kaki. Kalautengok dia cara solat, boleh menitis air mata. Penuh kesukaran dankesakitan. Sungguh menginsafkan.

Ini lanjutan dari penjelasan mengenai solat secara duduk/baring dari Kitab Barul Mazi :

Apakah hukum sembahyang dgn bantuan ( bertolongan ) dgn cara bertelkan ?
Menurut Imam Syafie : Jika sesaorang yg mempunyai sakit belakang sehingga tidak berkuasa utk rukuk atau sujud MELAINKAN dgn bantuan sesuatu maka bolehlah ia menggunakan bantuan ( spt kerusi, walking aid dsbnya ) utk membolehkan ia rukuk dan sujud.

Berdiri atas kadar rukuk sahkah sembahyang ?
Menurut Imam Syafie : Jika sesaorang itu berkuasa berdiri pada kadar rukuk ( maksud di sini tidak boleh berdiri lurus tetapi terpaksa berbongkok ) dan tiada kuasa atasnya utk berdiri betul maka adalah dianggap berdiri secara bongkok itu dianggap sebagai berdiri dlm solat. Maka apabila ia rukuk hendaklah rendahkan sedikit keadaan badannya dari posisi asal. Seterusnya ia melakukan sujud spt mana orang lain sujud.

KESIMPULANNYA : sesaorang itu cuma dibenarkan utk solat secara duduk atau berbaring dlm keadaan ia tidak mampu utk berdiri spt orang yg lumpuh atau sebarang penyakit yg tidak membolehkan ia berdiri. Selain dari itu dalam apa cara pun kita diwajibkan utk berdiri ketika menghadap Allah SWT dlm bersolat. Seboleh2nya kita cuba sedaya upaya.

Yang sedihnya kalau kita ke mesjid biasa kita jumpa sesaorang yg sebelumnya eluk boleh berjalan, boleh berdiri dan boleh bangkit dari duduk tetapi menggunakan alasan "Islam itu agama yg mudah dan memudahkan utk ummatnya" utk solat secara duduk. Benda nih semua kalau kita tak mengaji kita tak akan tahu, pakai redah buat hukum sendiri tanpa rujuk sumber yg sohih. Sedangkan akhirnya amalan yg kita buat itu tidak diterima oleh Allah SWT.

meow_nakal Publish time 16-9-2008 08:59 PM

Originally posted by HOTlips at 15-9-2008 02:19 PM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Solat Berbaring

http://media4.dropshots.com/photos/310932/20080914/220519.jpg


Solat Terlentang


http://media5.dropshots.com/photos/310932/20080914/220457.jpg

sumber: Siri Panduan S ...

Thanx In!
klu bergambar senang nak faham..
Pages: [1]
View full version: Solat Duduk and Solat Baring...


ADVERTISEMENT