emOtsuXX Publish time 11-10-2008 02:00 PM

aku rasa kematian alOng spOOn paling tragis skali..

nicrye Publish time 11-10-2008 03:22 PM

yela....bpk dia xdpt trime kan....

-loloq
-yg grup a to z tuh
-bat latipp

rmi benor....

al-fatihah

rebecca_nur Publish time 11-10-2008 03:48 PM

param ada lagi ke tak?

roulz_7 Publish time 11-10-2008 05:57 PM

al-fatihah kepada semua yang telah kembali ke rahmatullah...

tapi kalau nak diikutkan, ni dah bukan dikira gossip... ni dah betul2 realiti...

so... tak boleh la kita nak panggil sebagai gossip kan?

lain la kalau kematian dia masih lagi menjadi persoalan kew... hilang tak muncul2 kew...

tu boleh la nak jadikan gossip....

betul tak uols???:$ :$ :$

nashrudean Publish time 11-10-2008 06:58 PM

Tanda-TandA Nak Mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

[ Last edited bynashrudean at 11-10-2008 07:00 PM ]

seri_mawr Publish time 12-10-2008 06:21 PM

walaupun tajuk tread ni mbuatkan aku seram sejuk....:funk: :funk:   
.tapi lawak gak korang nie....;P ;P

sephia510 Publish time 14-10-2008 06:18 PM

Hi kengkawan tak kiraler Newbie, King, Lord, or Forum Legend (eventhough baru register tp dah sampai ke tahap ni...)

Eventho I ni newbie but I dah lama observe board ni.... Jgnlar mare kalau I bukak topic ni. Saja nak tgk sape yg agressive, vocal & soft.

dewi_sakura Publish time 14-10-2008 07:47 PM

Originally posted by selipar_hijau at 10-10-2008 09:44 AM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
terkesima skejap aku baca tajuk benang ni

aku pun... terkesima... :L
sbb xtercapai akal betul 'benang'
knp perlu? smpi wat senarai lak
bknnya msuk pekse pun... :$

Fazliyana^Afira Publish time 14-10-2008 10:03 PM

Originally posted by lipsofanangel at 11-10-2008 05:26 AM http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
rafeah buang
moon (moon & dee)
penyanyi kumpulan MASA
yusni jaafar (maaf kalau aku silap)
wife m.nasir, x hingat nama (penyanyi gak kan dulu)
nuraina emir (pelakon)
ada sorang ahli group m' ...


cuppppp,, moon yg sitkom jgn ketawa tu ke..bile die mninggal????
xsilap,ade gosip gak dulu2,,hmm xpela,,x guna diungkit.

yg team m'steen tu ,yg mane??

supernaturalee Publish time 15-10-2008 09:17 AM

rafie hussin, mlm tadi.yg berlakon dlm filem azura watak razif, badan berbulu tu...
innalillah...

supernaturalee Publish time 15-10-2008 09:21 AM

Reply #36 makhluk's post

akak neh....tergelak sayer.buat dosa je.al-fatihah gak utk yg muslim.

[ Last edited bysupernaturalee at 15-10-2008 09:27 AM ]

danedzya Publish time 15-10-2008 09:39 AM

Originally posted by teacher_shakira at 11-10-2008 11:52 AM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif


bukan RAJA AHMAD ALAUDIN la...RAJA ISMAIL...pelakon lama2 tahun 70 an dulu. raja ahmad alaudin tu pengarah filem..sihat walafiat lagi..ko ni, kalo raja ahmad tu baca tergezut tau..dah le skit ...


OWHHH :$ :$AKU SILAP RUPANYA... RAJA AHMAD ALAUDIN... MINTAK AMPUN.... SAYA SUDAH SILAP ORANG....:victory:

danedzya Publish time 15-10-2008 09:43 AM

Originally posted by monreyes at 11-10-2008 01:04 PM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
Aspalela Abdullah tu bukan ke isteri Raja Ismail...
bila pulak dia menikah dengan Raja Ahmad Alauddin..
confuse..

Ha.. ini yang aku nak tanya nii.... Raja Ismail tuuu lepas meninggal dapat title Dato' ke??????
ataupun.. Aspalela dah kahwin baru... sbb dlm rancangan raya minggu lepas.. orang mentioned nama dia as Datin Aspalela.... Tu yang aku nak taw tuu kalau betul Aspalela tuuu dapat kawin Dato.; wowwww... hebat sekaliiiii

encikdodol Publish time 15-10-2008 12:01 PM

penyanyi msteen tuh name mira la..
bile lak rafi husin ninggal?
fendi a to z..
wife m nasir tuh ade junainah ke junaidah tah... tak ingat sbb die ade kembo..
kama reza (model/pelakon)

jaja Publish time 15-10-2008 12:12 PM

dah ada yang listkan Seha?

ira_229 Publish time 15-10-2008 12:13 PM

Originally posted by reddots at 11-10-2008 08:59 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
- Pak Ibrahim Pendek
- r. Jaafar
- A.R. tompel
- Ibrahim DIn (ME, dlm DOREME)
- Pak Jailani Kengkang (ahli mesyuarat tingkap)
- Ahmad Nisfu
- Cigku Norkiah ( bini P.ramlee dlm masam2 manis) ...

tambah lagi..
Salim I

monreyes Publish time 27-10-2008 10:37 PM

Norma Yuzie...meninggal eksiden kan

samshik Publish time 28-10-2008 10:24 AM

Yang penting doakan agar arwah aman di alam barzarkh.

yujin Publish time 28-10-2008 10:57 AM

baru2 nie pelakon drama rmh kedai yg pegang watak tapa tu,allahyarham sudiro sukirman

cronicle86 Publish time 28-10-2008 11:03 AM

sume akn mati..:P
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: SENARAIKAN ARTIS-ARTIS YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


ADVERTISEMENT