asklinux Publish time 27-10-2008 01:40 PM

buat sendir la ...kenapa perlu melabur kat org lain kalau dah ada modal ?? mintak nasihat jabatan petanian ..dan boleh peri kursus yg mereka buat sekali ...

cari tanah utk sewa ke beli ke ...aku ada tanah nak di jual ..nak tak :lol: :lol:

tom5190 Publish time 27-10-2008 08:46 PM

korang kena ingat....bila lembu mati camne jadi pelaburan....ade agreement pun kalo dah kepala lembu semua tak boleh pakai....laburlah dlm asb

puakumbu Publish time 27-10-2008 10:06 PM

sekarang ni macam-macam idea manusia kalo nak menipu duit orang kan?
kreatif betul, sampai kan lembu kambing pun jadi sasaran :shakehead3:

moonah Publish time 28-10-2008 05:17 PM

nama Hospitality Biz Network ni mcm biasa jer aku dengor...
Rasanya aku pernah kena dgn depa ni...Tapi bukan bisnes lembu..
Depa dok jual travel punya membership..Yg kena bayor 500 lebih tu..
Di baginya duduk penginapan 3d 2N kat hotel2 terpilih..Tapi ramai yg dah terkena, kata, HAMPEHbelaka....
Dah la ejen dia cakap gaya paksa2 orang, kita nak bercakap, dia potong.kita bercakap dia potong...

Pesanku, DONT GET INVOLVED! Period. Really really fishy!

OlimpiaMecouri Publish time 3-11-2008 12:58 PM

sib baik aku jumpa topik nie.. aku baru dapat call semalam dari wakil satu company nie dia sebut laju aku pun dah lupa apa nama companynya dia kata nama aku terpilih untuk diofferkan buat penternakan lembu tenusu lladangnya di Kluang dan Jasin melaka.katanya tak payah guna modal dia kata gov. ada bagi dana sebanyak 7.6 billion ke million ke aku pun dah lupa.terkejut gak sebab aku mmg suka niaga mcm mcm benda aku dah jual dan ada gak 2-3 website niaga aku yg ada kat internet nie. mungkin diorang dapat dari situ bila aku tanya dia kata dpt list nama aku dari yayasan apa ntah..

kalau boleh dia suruh aku dtg interview secepatnya yang mungkin pejabat dia kat Wisma PTV tingkat 3 kat Bangsar kalau ada yg rajin tu g la tolong tengok kan company apa yg ada kat situ.

Hampir2 gak aku nak g semlm tp pikir nye pikir rasa mcm ada yg tak betul jer sebab lepas jer dia offer aku tak tanya betul2 nama company nya lepas tu aku call balik tanya dia kata dia dari KOPERASI USAHAWAN NIAGA AGRO BERHAD.. tengok pada nama mcm betul tp dok pikir balik takkan la depa nie kerja hari minggu pas tu dia bukak ofis dari kul 12 tengahari hingga 9 mlm.. ish

elle_gogo Publish time 4-11-2008 01:17 AM

Balas #24 OlimpiaMecouri\ catat

yup! hati hati dengan nama yang digunakan sekarang tu macam "KOPERASI USAHAWAN NIAGA AGRO BERHAD" sebab yang peliknya elle pernah nampak banner ni dekat depan warung kopi di klang.
pastu lagi la bertambah muskil, banner tu tak de lesen.. pelik mmg pelik...
nama yang diaorg gunakan tu betul2 menarik minat usahawan kan.. pandai betul diaorg ni

zerocredit Publish time 6-11-2008 09:15 PM

ini akan jadi mcm kes pelaburan kambing dulu tu la...berapa ramai yg tertipu...better ko suruh adik ko melabur kat tempat lain je....tak pun usahakan sendiri ternakan lembu...lagi 2 bulan hrga lembu pon akan murah..suruh je dia beli n guna kaedah fattening...beli kurus..bela kasi gemuk dan jual....

jgn mudah ercaya skim skim mcm nieee...

suka-suka Publish time 19-11-2008 12:46 AM

Suka-suka juga hampir terkena....dengan Prestage D.Farm yg beroperasai di Bangsar. Pegi dgn hubby dengar talk dia org. Alhamdulillah mrk tak berjaya memujuk kami utk melabur.Hampir 3 jam dia org cuba pujuk.....akhirnya dio orang bengang sbb suka-suka pulak pegi ke meja org. lain dan pujuk org. lain jgn. percaya benda2 ni semua. ;P ;P

bungazaleha Publish time 25-11-2008 07:52 PM

Salam
Rasanya mende ni cuma wayang jer..hati2 la dgn zaman skrg ni, penternakan lembu la,ikan keli la,cacing la...modalnya air liur jer,korang labur duit,depa yg kononnya jalankan projek tu..kalau sikit takpe,kalau makan puluh ribu yg simpan bertahun,masak ler sure terduduk nye...

Nasihat saya, kalau nk invest pasal lembu susu ni,kena sedikit sebanyk ada pengetahuan tentang lembu atau proses2nya. Setakat ni pengeluar lembu susu terbesar adalah Malaysia Dairy Farm yang ladangnya terletak kt utara kalau tak silap..kalau projek kt Jasin tu cam wayang jer,bak sini alamat kat Jasin tu,saya bule tulun check....

Sekadar membantu...

BSundayB Publish time 8-12-2008 03:37 AM

company macam ni selalu target orang yg tamak dan dapat duit/hasil dgn mudah serta cepat...

ramai melayu dah mudah terjebak.. :L



nasihat aku, JANGAN!!


p/s- aku sendiri ternak lembu susu frisien(80 ekor) dan ladang jagung manis (10 ekar)...   dgn hasil aku sendiri, tenaga dan titik peluh aku sendiri...

dan ramai org "offer" nak invest dalam ternakan aku... SORRY... duit anda tidak diterima.. :$

muaadz Publish time 14-12-2008 03:59 PM

nk tanya ko

ko tinggal area mana?

aku ada tau satu ni ni yang betul2

ko buleh tengok sblm buat keputusan

BSundayB Publish time 16-12-2008 09:18 AM

my reply from thread Packbury..

aku bukan nak bash thread ni...

tapi aku tak paham :-

kalau nak buat bisnes livestock ni, kenapa kalau takde modal cukup, nak jugak buat?? sampai perlukan duit org lain utk invest kat company livestock ni??

aku bukan sekadar tuju kat company Packbury, tapi aku tujukan kat semua livestock company yg nak sangat duit orang lain...

my advise, kalau nak buat bisnes, biar cukup modal baru buat... buat pinjaman drp bank, agensi kerajaan, jual kereta, jual rumah, etc etc...

kalau modal tak cukup, macam mana nak convince kat org ramai yg anda sudah ada pengalaman dgn ternakan/livestock ni??nak buat bisnes, tapi duit sendiri tak cukup...jadi, kalau masih perlukan duit dari org lain, projek ladang ternakan ni sudah lama dibina ker??atau BARU NAK dibina??

kalau bisnes livestock nie bagus sangat sampai dapat keuntungan 70%-110%, mengapa anda masih perlukan duit org lain??   

just my 2 cents...jangan marah ek...

tokeycarwash Publish time 16-12-2008 04:07 PM

Originally posted by BSundayB at 16-12-2008 09:18 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
my reply from thread Packbury..



setuju dengan bro.

Biasanya syarikat yg dah establish dan berjaya tak teringin pun nak kutip investment orang ramai. Buat pe nak share profit dgn orang lain ye tak? Even kalau mereka nak kembangkan bisness dan perlu modal tambahan pun, adalah lebih baik dan jimat lagi pinjam dengan bank atau institusi2 kewangan lain.

tamingSari Publish time 9-1-2009 02:36 PM

http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=390648&extra=page%3D1

aku ada komen kat sini dan tahun2 dulu pun aku pernah komen benda nie malah hampir beperang dlm forum lain dengan dia orang nie..yo lah itu kau kira yang melabur...kita orang pulak kira apa nasib penternak yang betul2 berpotensi di bantu dengan penternak2 ghaib nie??....ekekekekee

*aku rasa zerocredit boleh kenal aku sapa kan...ekekeke kat BJ selalu jumpa..heheheehe

tokeycarwash Publish time 13-1-2009 06:48 PM

Originally posted by tamingSari at 9-1-2009 02:36 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=390648&extra=page%3D1

aku ada komen kat sini dan tahun2 dulu pun aku pernah komen benda nie malah hampir beperang dlm forum lain dengan dia orang...

bro.. boleh tolong carikan biri2 barbados tak? ingat nak try bela dalam 3,4 ekor. Thanks.

tamingSari Publish time 21-1-2009 01:06 AM

Originally posted by tokeycarwash at 13-1-2009 06:48 PM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


bro.. boleh tolong carikan biri2 barbados tak? ingat nak try bela dalam 3,4 ekor. Thanks.

baka nie lah yang banyak orang minta aku carikkan masalahnya terhad sangat...ada yang ada tak mau jual...kalau kau minta boer lain cite lah...

tokeycarwash Publish time 23-1-2009 10:59 PM

Originally posted by tamingSari at 21-1-2009 01:06 AM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


baka nie lah yang banyak orang minta aku carikkan masalahnya terhad sangat...ada yang ada tak mau jual...kalau kau minta boer lain cite lah...

ok takpe. Pak Alang Perang jiran aku kat Sg Merab nak bagi barbados kat aku.

basi Publish time 29-1-2009 01:09 PM

tak yah laa...byk nyer yg menipu jer,mula2 mmg cam betul,lepas 2 bila com dh masyuk,depa main blah jerk.Baik buat sendiri jer,kecil2 an dulu,cari pengalaman...k:D

relaxjek Publish time 3-6-2009 04:47 PM

harga anak lembu

harga anak lembu

salam korang,

sape2 anak info, berape harga anak lembu jenis brahman berat dlm 100kg ? kat mana bole dapat?

terima kasih

baby77 Publish time 4-6-2009 03:34 PM

berat dah tue anak lembu 100kg tue
Pages: 1 [2] 3 4 5
View full version: Lembu & Kambing


ADVERTISEMENT