Acong Publish time 25-2-2010 03:37 AM

iklan kat mudah.com........


brape liter pengeluaran sehari? ada sistem pasteur & packing tak? kalu ada, ushar kat pasaraya....... all da best....! :$

kipas_y2k Publish time 25-2-2010 05:40 PM

2# Acong

ermm sebenarnya base on demand... kalau nak paster kami boleh buat...

skrg nie kami bekalan pada company yg buat losyen/syampu/sabun.. cuma harga yg diambil agak rendah sikit berbanding harga pasaran

Acong Publish time 27-2-2010 02:08 AM

2# Acong

ermm sebenarnya base on demand... kalau nak paster kami boleh buat...

skrg nie kami bekalan pada company yg buat losyen/syampu/sabun.. cuma harga yg diambil agak rendah sikit berbandin ...
kipas_y2k Post at 25-2-2010 17:40 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gifwoit........ sejak bila ko jadik tauke kambing nie?



p/s - ko ada team marketing yg buat delivery tak? kira driver merangkap jurujual laa..... hantar laa yg siap dibotolkan kat kedai2 runcit (kena print poster utk peruncit/restoran tepek kat kedai)......

kipas_y2k Publish time 2-3-2010 12:40 AM

zaman dah berubah acong... dunia dah maju ekekek... kena laa majukan diri

ps: kami dah berjaya deal dgn satu company lagi utk diorg beli bekalan susu... harga dia lebih 1 ringgit dari harga yg 1st company kita owg dapat nie... so skrg nie permintaan dah tinggi dari keluaran... kira dah cukup bagus utk company kocik cam aku nie hehehe...

bab market direct tu masalah tul laa.. ekekekek kena cari satu satu kodai... pastu quantity tak banyak.... mmg leh untung bosar... tapi kot leh kitaowg nak target company yg leh amik hasil terus dari ladang kami ler.... maklumlaa baru 1st year... modal lom cukup ekekek

mYa Publish time 27-3-2010 10:46 AM

salam, saya nak cari lembu betina dalam 2-3 ekor untuk ternak area Pahang. Ada sesapa nak let go lembu murah2?

chiklie Publish time 15-7-2010 11:23 AM

maaf mencelah, pada pandangan saya tanah 10 ekar tue boleh ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan dalam masa yang sama boleh la ditanam kontan seperti pisang, cili, keledek untuk dipelbagaikan..apabila sawit tue dah besar sikit dalam 2-3 tahun baru lah saudara boleh mulakan penternakan kambing kerana pelepah dan daun sawit boleh dijadikan makanaan kambing..klu kambing makan pallet jer boleh bangkrap kiter, jadi makanan dah ader dipersekitaran, selepas tue boleh la diperluaskan lagi untuk produk seperti ayam kg, itik, ikan dan juga lembu...

projek seperti ini telah saya dan keluarga praktikkan sebelum ini tetapi secara kecil2an jer..

chiklie Publish time 15-7-2010 11:24 AM

klu ader sesiapa nak cari kambing,bebiri(barbados/blackbari), lembu, itik dan ayam kg boleh la hubungi saya...

Ucu Publish time 2-8-2010 11:08 AM

Harga kambing sekor skang baper yek?

joe_qlate Publish time 21-9-2010 03:17 PM

klu tak silap, kerajaan sediakan kambing klu nak pelihara cube tye kat jabatan haiwan...cume syarat dia kena ade kandang.

perantauKL Publish time 28-9-2010 04:40 PM

salam...sy bercadang utk menternak kambing secara komersial..skrg tgh buat research berkenaan market dan cara menternak...ada sesiapa tak yg bela kambing sekarang.
sy cb survey2 blog2 org yg bela kambing sekarang mcm tak semangat lagi dah.
adakah faktor harga kambing atau faktor harga makanan kambing yg tinggi menyebabkan ramai yg mgundurkan diri.tgk blog2 kambing pun dah jarang update blog masing2.
adakah mereka sibuk menguruskan ternakan atau pun telah mengundurkan diri.
tlg beri pandangan..sy baru belajar..hehe

selimutpurple Publish time 2-10-2010 12:45 PM

salam...sy bercadang utk menternak kambing secara komersial..skrg tgh buat research berkenaan market ...
perantauKL Post at 28-9-2010 16:40 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

yup... kawan cimut pon dah letgo semua kambing dia... faktor utama coz xder masa kot......
tu la ..kalau dah bela kambing nie kene bg komitmen 100%... kalau nak wat sambilan2 jer baik lupakan....

Tabib_haiwan Publish time 8-11-2010 12:44 PM

Salam para usahawan sekalian, sedikit maklumat mengenai penternakan kambing yang boleh saya kongsikan disini. Sebelum memulakan penternakan kambing ini, haruslah kita mempunyai tujuan utama untuk apa kita bela kambing. Ini bagi memudahkan proses pemilihan baka kambing yang bersesuaian dengan matlamat utama penternakan kita, juga ianya sedikit sebanyak dapat membantu dari segi pemasaran.

Sebagai contoh, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin mengusahakan penternakan kambing yang mana tujuan utamanya ialah untuk aqiqah dan tujuan sampingan adalah untuk konsumsi daging harian kepada pembeli, memilih baka kambing yang kecil seperti baka Katjang patut diambil perhatian. Ramai penternak mengadu kambing baka besar seperti baka Boer dan Jamnapari tidak mendapat perhatianuntuk tujuan aqiqah. Mengapa ini berlaku? Kita kena tahu bahawa harga bagi seekor kambing hidup baka Boer dan baka seangkatan dengannya adalah sangat mahal. Kadangkala hampir sama dengan harga seekor lembu tempatan baka Kedah-Kelantan. Sedangkan untuk aqiqah, yang penting ialah jenis haiwan tersebut iaitu kambing dan bukan baka kambing itu sendiri. Oleh yang demikian, ramai antara kita memilih baka kambing tempatan iaitu kambing Katjang yang ternyata jauh lebih murah harganya. Mengapa perlu dipilih kambing Boer ataupun Jamnapari sedangkan syarat utk aqiqah hanyalah seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor bagi anak lelaki. Perkara ini selalu terlepas pandang oleh para penternak kita.

Sekiranya tujuan utama adalah untuk penjualan daging bagi kegunaan harian, seharusnya baka kambing yang besar seperti kambing Boer, Jamnapari dan seangkatan dengannya perlu dijadikan baka pilihan. Saya sangat setuju dengan pendapat salah seorang ahli forum kita yang mengatakan untuk melibatkan diri dalam arena penternakan kambing ini, kita perlulah memberi 100% komitmen. Agak sukar sekiranya kita mengupah orang untuk mengawalselia kambing diladang kita sekiranya orang tersebut tidak turut sama terlibat dalam pengeluaran modal bagi memulakan penternakan ini. Sense of belonging itu mungkin kurang sekiranya kita menggaji orang.

Mengenai pasaran kambing pula, untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan semua, negara kita masih ketinggalan dari segi pengeluaran daging kambing. Peratus pengeluaran adalah dalam margin 10-15% sahaja manakala selebihnya adalah daging kambing yang diimport dari luar negara. Jadi dari pandangan saya masalah dari segi kekurangan ruang pemasaran sepatutnya tidak harus timbul sekiranya kita pandai menggunakan segala kesempatan yang ada seperti menjual sendiri di pasar-pasar tani ataupun membuat perjanjian dengan kedai-kedai mamak bagi mengambil daging kambing dari ladang kita. Ataupun memohon bantuan dari agensi kerajaan seperti FAMA untuk membantu memasarkan daging kambing kita.

Saya harap semoga penjelasan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan memajukan lagi industri ternakan kambing negara. Wassalam.

ayzed Publish time 9-11-2010 07:38 AM

good info.... tq tuan tabib.. {:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

Tabib_haiwan Publish time 9-11-2010 10:36 AM

Post Last Edit by Tabib_haiwan at 9-11-2010 13:02

Reply 15# pyrotoxin81

Salam tuan. Tanah 10 ekar tu mmg sgt luas. Untuk permulaan sekiranya berminat menceburi industri ternakan kambing kita kenalah tahu jenis tanah tersebut untuk mengetahui jenis pastura/rumput yang sesuai ditanam bagi kegunaan kambing untuk meragut atau digunakan sebagai rumput potong. Idealnya sekiranya tuan dapat mengklasifikasikan seberapa banyak bilangan ternakan yang ingin tuan bela. Ini kerana setiap ekor ternakan kambing sekiranya kita memilih untuk melepaskan utk meragut memerlukan sekurang-kurangnya 7 ekor kambing/ekar bagi memastikan ternakan tersebut mendapat cukup nutrient serta bagi mengelakkan pembaziran tanah dari berlaku. Namun ianya bergantung kepada jenis baka kambing yg dibela juga. Jumlah keluasan yang dinyatakan merupakan keluasan optimum bagi kambing yang berkualiti tinggi (seperti Boer/Jamnapari). Sekiranya baka kecil digunakan seperti kambing Katjang atau dikenali sebagai kambing kampung (baka tempatan) jumlah ternakan boleh ditingkatkan lagi.

Perlu juga diingatkan sebelum memulakan proses ternakan ini, tuan seharusnya sudah dapat mengenalpasti mengenai konsep penternakan tersebut. Di sini secara umumnya terdapat 3 jenis konsep penternakan yang biasa diamalkan di Malaysia. konsep pertama adalah konsep 'Extensive' yang mana ternakan segala aktiviti ternakan tersebut (makan, minum, biak dan segalanya) berlaku dipadang ragut atau kawasan terbuka. Konsep kedua ialah konsep 'Semi-intensive' yang membawa maksud, ternakan tersebut dilepaskan untuk meragut diawal pagi sehingga petang (jam 2-3 petang) dan kemudiannya dibawa masuk kedalam kandang. Konsep terakhir pula adalah 'Intensive' yang mana dalam konsep ini segala aktiviti ternakan tersebut berlaku dalam kandang/reban. Kita perlu membawa rumput atau pastura untuk kumpulan ternakan ini. Konsep ketiga ini selalunya diamalkan bagi mereka yang menceburi ternakan 'fidlot' ataupun menternak untuk penggemukan ternakan tersebut.


Keluasan tanah yang minimum sebagai permulaan adalah seluas 3 ekar tetapi sepertimana sy sudah jelaskan sebelum ini ianya bergantung kepada bilangan ternakan kita. Sebaik-baiknya tanah tersebut dibahagi kepada dua yang mana setengah dikhaskan untuk pembinaan reban dan selebihnya untuk penanaman rumput pastura. Harap ianya dapat membantu. Wassalam.

iszaidi Publish time 13-2-2011 07:43 PM

Reply 19# mYa


    salam bro,nak tanyer..dah jumper ker lembu betina yg bro cari....
kwn aku ader nak jual lembu betina baka australia....2 ekor...
dier jual sekor RM2k..ni harga dier..aku tak tau la mahal ke murah...
bro kol dier la..ni no dier...0172433931..uki....lokasi kuala selangor, sel.

jamshari Publish time 25-2-2011 05:22 AM

assalamualaikum

Post Last Edit by jamshari at 25-2-2011 05:26

saya mohon jasa baik tuan, puan yang mempunyai proposal penternakkan lembu secara feedlot /intergrasi kirimkanlah pada saya , di jamsharijaafar@yahoo.com agar saya dapat membantu belia2 yang menganggur didaerah saya, saya telah memohon tanah seluas 20 ekar dan pihak kerajaan inginkan kertas kerja tersebut , dan sesiapa yang ingin kertas kerja penternakkan kambing boleh hubungi sayadi alamat diatas .

munetsman Publish time 7-3-2011 06:15 PM

Hehe. Dh lama aku tinggalkan ternakan kambing ni. Syg seribu kali syg.
Harap masih lg dgn biz kambing ni tp apakan daya.

Ternakan kambing ni bukan susah n bukan senang gak.
Kena tul2 tau apa target kita - trading or breeding or both?
Dr situ lak kena kaji market or keperluan setempat.
Ingat! Kambing x jual, bisnes akan hancus. Silap ternak, beban yg dpt.

Sethn lebih aku ngn kambing. Trading n breeding. Byk pengalaman n pengetahuan yg dpt sepnjg tempoh tu.
Teori yg blaja dr kursus tu mng bagus sbg asas tp actual perlukan kita sendiri tuk dptkan dr keadaan sekeliling.
Nasihat aku, bt kajian market setempat dl b4 start bela kambing.
Dr situ bru tau baka apa yg ok. Salah baka, xleh jual la.

Bab mknn lak, aku cdgkan kalo tanah besar, tnm ja napier india or taiwan tu.
Then selang-seli ngn lain2 rumput or daun or dedak.
Ingat! Mknan antara punca kos operasi jd tinggi. Kurang kos mkn, kurang la beban.

Kalo nk cerita psl ternak kambing ni, 2-3 jam menaip pn x abih.
Kalo sape2 yg minat nk start ternak kambing or ada mslh, feel free tuk pm aku.
Insyaallah aku leh tolong. Aku bukan pandai pn cuma leh la aku share pengalaman aku dl.
Ingat! Jgn salah strategi time nk mula.

Hrp sapa yg berminat nk ternak kambing tu berjaya.
Wassalam

ajis_kg Publish time 23-3-2011 02:14 PM

Hehe. Dh lama aku tinggalkan ternakan kambing ni. Syg seribu kali syg.
Harap masih lg dgn biz kamb ...
munetsman Post at 7-3-2011 18:15 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


   

salam bro.. aku nak try bela kambing plak.. tapi xtau camno carenya.. tujuan nak dapatkan profit jer.. aku ade terjumpe ngan satu plan..


TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING SECARA FIDLOT
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Alfathnannurab resources di asaskan dan di miliki oleh duaa dik beradik.Puan Rohayu dan Cik Shakirin Abu Bakar.Syarikat adalah milik penuh bumiputra.
Bermula dengan perniagaan kecil kecilan mengedar kerepek dan jeruk.
Selari dengan asas penubuhan syarikat untuk meperkasakan ekonomi bumiputra serta berkonsepkan islam serta halal.Syarikat telah memperluaskan lagi bidang perniagaan dengan memasuki bidang ternakan.
Bidang ternakan yang di ceburi adalah menternak lembu dan kambing secara fidlot.Ternakan ayam kampong,burung puyuh,itik penelor serta daging.


PELUANG KEPADA PENTERNAK
Kepada para peminat ternakan kambing, atau mereka yang ingin menceburkan diri dalam penternakan kambing, kami sarankan... JANGAN TERBURU-BURU... Dapatkan maklumat dan latihan yang secukupnya
Tanah adalah faktor utama didalam bidang penternakan.
Tanpa tanah samada milik sendiri atau sewa penternakan sukar di lakukan.Untuk membina kandang serta pasarana ternakan lembu dan kambing fidlot memerlukan modal yang agak besar mencecah ratusan ribuan ringgit..
Walaupun industri ini mempunyai potensi yang besar, namun keuntungan tidak datang menggolek. Sumber penternakan anda itu perlu diteliti, dan dikaji sebelum membuat keputusan. Jangan sampai kita kecewa setelah menceburkan diri, mengorbankan masa dan berbelanja besar, apa yang disangka tidak menjadi kenyataan...

Diatas kesedaran ini kami di Alfatahannurab Resources ingin membuka peluang baru kepada penternak penternak baru untuk memulakan perniagaan tanpa tanah dan kandang
Alfatahannurab Resources menyediakankan kandang lembu serta kambing untuk di ternak secara fidlot untuk penternak -penternak baru .Kadar sewaan adalah seperti berikut


Ternakan Cara Ternakan Kadar Caj
Lembu Fidlot RM 5.00 @ sehari
Kambing Fidlot RM 2.00 @ sehari

â

kipas_y2k Publish time 14-4-2011 11:17 AM

Reply 32# ajis_kg


    JANJI MANIS... tujer aku leh komen pasal POST yg hang letak nie...

Sebenarnya penternak tu bagus dalam mempelbagaikan bisnes dia..
cuma..
cam peserta... sanggup ke bayar RM2 X30 sebulan utk sekor kambing.. so jadi 60 sebulan.. pastu kalau ko bela dalam 6 bulan.. cas ko adalah 60x6 = 360... NIE baru KOS MAKAN DAN JAGAAN.. buat ko beli kambing sekor 500-600.. bape pulak ko NAK JUAL.. takkan ko nak jual 1 ribu kot kambing.. KOMPEM TAK LAKU


dalam hal nie aku rasa... PENTERNAK NIE BIJAK BERNIAGA.. PESERTA FIDLOT jer tak nampak...



yg benar..
aku pun buat camnie gak kat kandang aku hahaha..

kipas_y2k Publish time 14-4-2011 11:23 AM

sebenarnya ternak kambing dgn lembu sekarang nie kena ubah dari cara tradisonal..

dulu kita bela lembu kambing sampai beranak pinak... skrg nie kena ubah...

beli.. bela sebulan 2.. pastu jual... NIE lagi menguntungkan... dan kurang kos makanan..

Cth cam lembu... beli waktu skrg nie yg umur 1 thn setengah.. pastu makesure waktu raya korban nanti cukup umur...BELI 1k-1.5k boleh jual RM 2.5k- 3k.. cuma bela 6 bulan..MANA LEBIH UNTUNG?

cam aku buat kambing skrg nie.. aku beli lelong... beli sekadang... kat owg yg nak tutup kandang.. pastu aku jual balik.. IA lebih menguntungkan.. dari cara tradisional
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Lembu & Kambing


ADVERTISEMENT