super_nova posted on 28-11-2008 03:19 PM

sekolah tentera

salam..
saya nak tanya lar..apa beza sekolah pertukangan tentera ngan maktab tentera diraja? lulusan dari kedua-dua ni kalo kuar slalunya pangkat aper?

tenteng posted on 28-11-2008 04:12 PM

Reply #1 super_nova's post

sekolah pertukangan tentera (AFAT - x tau cam mana eja) nie ala2 mcm sek teknik la...bleh apply lepas PMR jugak. tp yg surenya..lepasan SPM sini bleh terus msk perkhidmatan la...kalau result SPM bagus bleh amik degree cam biasa la...

MTD plak cam sek asrama biasa tp military base. Nak apply MTD result PMR kena bagus. Abis SPM bleh pilih nak msk tentera ke tak, or terus amik degree.


kalau salah mintak ampun yek...

[ Last edited by  tenteng at 28-11-2008 04:26 PM ]

tok_rimau87 posted on 28-11-2008 04:34 PM

yup apa yg bro tenteng cakap tu betul..

SPTD atau AFAT mmg klu masuk kena keja ngan ATM/TD

tp RMC tak wajib masuk askar except student dari cadet wing's

ramai je bdk2 sptd yg smbung ke KTD utk jadi pegawai TD..

kwn2 saya ada 2-3 org yg msk lepas pmr kat sptd nih

malarky posted on 28-11-2008 04:49 PM

Reply #1 super_nova's post

kalau nak banding kan dengan sekolah biasa ..... sekolah perantis pertukangan tentera ni cam sekolah vokasional.....MTD@RMC ni macam boarding school......kedua dua lulusan ni adalah tarf SPM dan setara dengannya

malarky posted on 28-11-2008 04:49 PM

Reply #2 tenteng's post

betul la tu.....

thamrong posted on 28-11-2008 05:37 PM

Swadee kap!

The Long Grey Line baby.....West Point . The best  yeah
.http://%5BURL=http://imageshack.us%5D%5BIMG%5Dhttp://img123.imageshack.us/img123/3677/wwstpointsk3.jpg%5B/IMG%5D%5B/URL%5D%20By%20%5BURL=http://profile.imageshack.us/user/thamrong%5Dthamrong%5B/URL%5D
http://img75.imageshack.us/my.php?image=wwstpointal7.jpg

tenteng posted on 28-11-2008 05:52 PM

SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD)

Ekoran daripada program pembangunan dan pemodenan pesat yang dialami oleh ATM di sekitar tahun 60-an, keperluan untuk mempunyai tenaga teknikal yang mahir bagi menyenggarakan peralatan dan kelengkapan moden juga semakin meningkat. ATM sedar tentang perlunya mewujudkan suatu program pembangunan sumber manusia yang rapi agar boleh melahirkan tenaga mahir dengan cara yang lebih berkesan dan menjimatkan. Sehubungan dengan itu, Kor JLJ pada awal tahun 1967 telah mencadangkan supaya sebuah Sekolah Latihan Pertukangan Perantis ditubuhkan. Pada 1 April 1968, Kementerian Pertahanan dengan kuasa Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah bersetuju untuk menubuhkan Sekolah Pertukangan Perantis bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

          Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan anggota tentera yang terlatih dalam bidang teknikal dan akademik yang akan ditugaskan di Cawangan Teknikal TD, TLDM dan TUDM. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT). Memandangkan keperluan latihan dan peralatan SPPAT lebih mirip dengan Kor JLJ, Kementerian Pertahanan juga telah menetapkan agar sekolah ini didirikan di lokasi Sekolah JLJ di Kem SiRusa, Port Dickson. Untuk tujuan pentadbiran, SPPAT dijadikan sebahagian dari organisasi Sekolah JLJ (atas nama Cawangan Putera Perantis dan Latihan Rejimen). SPPAT telah dirasmikan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin pada 9 Nov 1968. Jumlah pengambilan pertama perantis SPPAT ialah seramai 60 orang dan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun pada 3 Apr 1971.

          Kursus selama 3 tahun ini bagaimanapun hanya diadakan sehingga pengambilan ke-10 sahaja. Mulai pengambilan ke-11 pada bulan April 1978, tempoh latihan telah dipendekan kepada 2 tahun sahaja dan perantis tidak diperlukan mengambil peperiksaan Sijil Pelajarna Malaysia (SPM) seperti sebelumnya. Mereka dikenali sebagai Perantis Kategori A. Sistem ini diteruskan sehingga pengambilan ke 14 pada tahun 1981. Pada tahun 1981, pengambilan pertama perantis putera untuk menjalani latihan selama satu tahun. Mereka dikenali sebagai perantis Kategori B. Walau bagaimanapun pengambilan hanya dibuat dua kali sahaja, iaitu sehingga tahun 1982. Selepas itu, latihan perantis SPPAT telah diubah lagi dan penuntut dibenarkan belajar untuk menduduki peperiksaan SPM semula. Latihan ini dilaksanakan bagi pengambilan ke-15 hingga ke-21. Pada awal tahun 1982, SPPAT telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10, Jalan Port Dickson-Pasir Panjang. Pengambilan Perantis Putera untuk ketiga-tiga perkhidmatan ini diteruskan sehingga tahun 1986. Pada tahun 1987, TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil perantis dari sekolah ini kerana kedua-dua perkhidmatan ini telah menubuhkan Institut Teknikal mereka sendiri. Oleh  yang demikian, Kementerian Pertahanan telah mengkaji semula kedudukan SPPAT dan akhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima yang ke-250 telah membuat keputusan SPPAT ditukar menjadi Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD). Pada 12 Ogos 1988, sekolah ini dengan rasminya dikenali dengan nama SPPTD dan hanya melatih perantis untuk pasukan teknikal bagi TD sahaja.

          Pada bulan Ogos 1992, SPPTD telah dipindahkan semula ke lokasi asalnya di Kem Si Rusa. Pada tahun ini juga, latihan akademik bagi SPPTD telah dilaksanakan melalui dua kaedah. Sebahagian dari perantis pengambilan ke-25 telah mengambil skim pelajaran SPM dan sebahagian lagi mengambil skim pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Bermula pada tahun 1994, skim SPM telah dimansuhkan sepenuhnya di SPPTD dan semua perantis hanya mengambil peperiksaan SPMV sama ada dalam bidang Automotif, Fabrikasi Logam atau Pengamalan Mesin. Sehingga kini, SPPTD telah melahirkan seramai 1931 orang tenaga mahir dalam pelbagai bidang ketukangan bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

sumber : x-afats25.tripod.com

tenteng posted on 28-11-2008 05:56 PM

MTD

Maktab Tentera Diraja (MTD) telah terbukti berjaya melahirkan pemimpin unggul dan ulung dalam Angkatan Tentera Malaysia,  sektor perkhidmatan awam, korporat, politik dan segenap bidang yang  diceburi.  Ini kerana konsep dan pendekatan pembangunan insan di MTD adalah unik yang  berdasarkan kepada gabungan   pendidikan  berteraskan  akedemik  kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dan  modul latihan asas ketenteraan.  



Walau bagaimanapun peredaran masa telah mengakibatkan kita lewati beberapa anjakan.  Pembaharuan dalam Revolution in Military Affairs mahupun Revolution in Educational Affairs telah banyak mengubah pola pemikiran  dan pola tindak kita dalam menangani isu  serta cabaran semasa di era globalisasi tanpa sempadan  yang sangat kompetitif. Dalam suasana ini MTD turut  dan sedang mengorak langkah dengan membawa pembaharuan dan penambahbaikan untuk terus gemilang bagi menghasilkan produk Puteranya yang berkualiti bagi memenuhi kehendak stakeholder nya. Justeru itu, untuk terus relevan, MTD sentiasa akan mengimbangi dengan sebaiknya  teras pendidikan akedemik dan modul latihan ketenteraannya bagi merealisasikan misinya untuk melahirkan pemimpin berwibawa, berketerampilan dan bersahsiah mulia.


Ini merupakan satu cabaran yang sentiasa ditangani secara proaktif oleh pihak Pengurusan MTD. Ia dilaksanakan melalui penerapan best practices dalam program sedia ada bagi seterusnya menjamin competitive advantage Puteranya dan branding Maktab ini sebagai Instituisi Pendidikan yang Terunggul.   Ini menjadi aspirasi   dan matlamat kami di MTD  bagi membentukkan  Home of Future Leaders yang ingin Berkhidmat Untuk Memimpin.

Sejarah kecemerlangan putera bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera MTD diliputi oleh kitaran hidup yang telah diatur dengan jadual dan peraturan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat piagam pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan. MTD telah ditubuhkan untuk merealisasikan piagamnya iaitu

PIAGAM

Untuk Menyediakan Belia-Belia Malaysia Mengambil Tempat Sebagai Pegawai-Pegawai Dalam Angkatan Tentera Malaysia, Menjadi Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam, Menjadi Pemimpin-Peminpin dalam bidang Ikhtisas, Perdagangan dan Perusahan Negara



Piagam ini telah ilhamkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dengan tujuan apabila MTD ditubuhkan pada tahun 1952, maka ianya dapat membantu Negara melahirkan bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui Negara apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 1957 nanti. Bagi menyambung matlamat dan inspirasi piagam tersebut sehingga hari ini, MTD telah meletak sebuah Visi dan Misi bagi menyokong matlamat piagam tersebut.


VISI

Maktab Tentera Diraja Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Bestari yang Terunggul


MISI

Menyediakan Pendidikan Bestari Berkualiti Secara Menyeluruh Untuk Melahirkan Pemimpin Berwibawa, Berketrampilan dan Bersasiah Mulia Dalam Sektor Perkhidmatan Awam, Korporat dan Angkatan Tentera Malaysia

COGANKATA

Berkhidmat Memimpin

SEJARAH MTD

Sejarah MTD bermula tanggal 3 Julai 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ketika itu ia dikenali sebagai Malay Regiment Training Centre yang terdiri
daripada Pre Officer Cadet Training Unit dan Boys Company.  MTD mengambil pelajar pertamanya pada September 1952 dengan menyaksikan 74 pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun terpilih dari 1000 permohonan untuk mengikuti pengajian.  



Pada 17 Disember 1953, nama sedia ada ditukar kepada Federation Military College (FMC) yang mana piagamnya adalah cetusan inspirasi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Field Marshall Tun Sir Gerald Templer.


Selepas lapan tahun di Port Dickson, pada 20 Jun 1961, FMC dipindahkan ke
lokasi kini di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dan pada 1 Januari 1966, nama FMC  ditukar kepada Maktab Tentera Diraja (MTD) atau Royal Military College (RMC). MTD telah menerima anugerah Panji Diraja oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Haji Ahmad Shah pada 3 Jun 1981 di Stadium Merdeka.


Pada waktu itu, MTD terdiri daripada dua Cawangan iaitu Cawangan Kadet dan Cawangan Putera. Pada 1995, Divisyen Kadet dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor dan dikenali sebagai Kolej Tentera Darat. Pada tahun 1996, Akademik Tentera Malaysia (ATMA) telah menduduki sementara bangunan di padang kawad sehinggalah bangunan ATMA siap sepenuhnya pada 2001. Sekarang MTD telah mengambil alih kesemua bangunan di padang kawad dari ATMA. Pusat pentadbiran MTD telah berpindah ke bangunan markas dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2005. Maka kini hanya tinggal Cawangan Putera yang terdiri daripada putera tingkatan 3, 4 dan 5. Pada masa sekarang MTD hanya menumpukan tugas sebagai sebuah institusi yang mendidik pelajar di peringkat menengah sama sahaja dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain. Sekarang MTD mempunyai kekuatan seramai 500 putera.

sumber : website MTD

super_nova posted on 28-11-2008 08:08 PM

fuhh...
teringat pulak citer TAPS tahun  1981 lakonan tom cruise

marsox posted on 28-11-2008 11:14 PM

allopzz....
newbie here...:funk:
nyampuk sket...
dlu MTD ni dibuka/ambil dr budak2 form 2....kire tapisan nk msuk MTD ni diambil dr budak2 yg apply time form 1 la....tp start 2006/2007 kalo xsilap, diorang dh xambil budak2 dr form 2 dh.....
diorang ambil budak2 lepasan PMR lak....kire start msuk MTD ni dr form 4 la...ni sb nye utk kembalikan blk zaman2 kegemilanagn MTD ni( kate mbr aku yg x-boy).....


AFATS lak (armed forces apprentice training school) lebih kepada pertuakangan nye skool....kire cm vokasional nye thread la...n kebanyakan dr AFATS ni diorang msuk KTD, ATMA (now UPNM la), or msuk servis trus...msuk kJLJD or RAJD....

tok_rimau87 posted on 30-11-2008 12:16 AM

kat afats ni klu tak salah belaja mcam kat skola teknik kpm la...

nama je sekolah pertukangan tp ramai je yang jadi pegawai msk ktd   atau atma..

kawan saya dulu amik mekanikal..x tau la skang nih dia kat mana...da lama tak nampak

azz_azza posted on 30-11-2008 12:32 AM

dgr cite kalau budak MTD result spm bagus, depa terus anta g rusia wat medik ek, under arms forces scholarship, sbb katenya dokter lelaki sikit...

t[p xtau la, maaf le kalau salah...

tok_rimau87 posted on 30-11-2008 12:46 AM

aritu ada kuar paper pasal benda nih..so betul la

dorang dapat biasiswa angkatan tentera..so balik nanti jadi doktor tentera la pangkat kapten

sebelum ni pun da ada biasiswa nih..

bgus gak wat cam nih..atleast bdk2 ni mmg ada basic ketenteraan

marsox posted on 30-11-2008 03:54 AM

ooo cmtu ke...
tp mbr ambo (x-boy) ckp budak2 x-boy lpas dh abes kt MTD, rmai yg minat nk g pilot course, especially pilot MAS n yg still minat askar smbung msuk UPNM/KTD/KTL/KTU...n rmai gk mbr kpd mbr ambo ni g UTP..budak2 diorang yg wt medik course mmg senang la dpt sponsorship from ATM tp kena la berkhidmat dgn ATM pastu....

azz_azza posted on 30-11-2008 10:20 AM

Reply #13 tok_rimau87's post

sbb reasonnye dokter perempuan ramai;P

ok la kalau cmtu, best le dp[t g rusia, huhu...

mmg lepas tu berkhidmat 10 years...

bolt posted on 30-11-2008 04:27 PM

Maklumat tambahan untuk:-

a) Maktab Tentera Diraja (Royal Military College)

http://www.rmc.edu.my/mtd/

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Military_College_(Malaysia)


b) Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (Armed Forces Apprentice Training School)

http://x-afats25.tripod.com/id1.html

tok_rimau87 posted on 1-12-2008 12:42 AM

yeke dokter ATM skang ni ramai perempuan?

haha tp penah baca la, pasal dokter2 perempuan dlm atm nih..

stakat ni semua masuk kor kesihatan diraja kan..

azz_azza posted on 1-12-2008 12:48 AM

Reply #17 tok_rimau87's post

maybew sbb yg dpt biasiswa before ni medikal student pompuan,masa g interview ramai pompuan gak/...

tp ramai je dokter lelaki yg bukan biasiswa tentera tp masuk tentera...


mmg depa dalam kor kesihatan la kan...

cikamoi posted on 1-12-2008 01:19 AM

AFATS - ARMY FORCE APPRENTICE TRADE SCHOOL
sape2 yg grdauan dari sana akn masuk IJED - INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT
byk lagik yg aku taw pasal afats ni sbb skola tu dkt je dgn umah aku..:lol:

jkkkj posted on 1-12-2008 08:23 AM

Tiga orang bekas pelajar RMC dari kalangan orang kenamaan yang aku tau ler :-

1) DYMM Sultan Hasanal Bolkiah

2) Tun Dr. Ling Liong Sik

3) Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad.

zulupapa posted on 1-12-2008 04:16 PM

Dahulunya RAD jugak ada wujudkan Perantis RAD dan lebih digelar sebagai askar susu........

tenteng posted on 1-12-2008 05:01 PM

Reply #21 zulupapa's post

a'ah LLP dr AFATs di gelar askar susu...no pun ada lain skit..

super_nova posted on 1-12-2008 09:49 PM

Balas #22 tenteng\ catat

askar susu...naper panggil susu?

tok_rimau87 posted on 2-12-2008 12:20 AM

sebab dorang kena minum susu masa kat army school haha

ex putera rmc yg lain:

1) Ramli Ibrahim - penari klasikal india
2) Mirnawan Nawawi - pemain hoki kebangsaan, model iklan skang nih
3) AC Mizal rasanya..

kebanyakan Panglima ATM adalah ex boy rmc, kebanyakan KSN adalah ex boy rmc gak

dengar cite dak rmc nih ada cincin alumuni..sbagai bukti dorang ex boy

marsox posted on 5-12-2008 09:03 AM

Originally posted by cikamoi at 1-12-2008 01:19 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
AFATS - ARMY FORCE APPRENTICE TRADE SCHOOL
sape2 yg grdauan dari sana akn masuk IJED - INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT
byk lagik yg aku taw pasal afats ni sbb skola tu dkt je dgn umah aku..:lol:

bro AFATS bukan Army Force bro...tp Armed Forces Apprentice Training School....:P

iyee...kebnyakan bebudak AFATS yg xmsuk pegwai but still nk msuk tentera akan diserapkan ke dlm KJLJD n RAJD.....kebnyakan nye la...
Page: [1] 2
View full: sekolah tentera