WonBin posted on 4-12-2008 04:39 PM

Untung RM20 Ribu Sebulan - Jual Pisang Goreng Kat gerai Aja !!

'Hobi' lelaki beri rasuah berakhir

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kerjanya hanyalah sebagai penjual pisang goreng tetapi pendapatannya mencecah RM20,000 sebulan sehingga dia mampu menyogok penguat kuasa setiap kali gerai-gerainya yang mengaji pekerja asing diperiksa.

Dia yang dikatakan mempunyai lebih 10 buah gerai pisang goreng di sekitar ibu negara dengan purata setiap kedai mampu menjana pendapatan RM500 sehari.

Jadi setiap kali gerainya diperiksa, dia dikatakan mampu memberi wang rasuah lumayan kepada mana-mana penguat kuasa.

Lelaki itu dikatakan telah menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini dan mempunyai hampir 15 pekerja lelaki dan wanita Indonesia.

Kesemua pekerjanya dibenar mendiami rumahnya di sini.

Bagaimanapun, kegiatan licik lelaki itu tidak ke mana apabila dia ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika mahu memberi sogokan kepada seorang anggota polis yang menyerbu rumahnya kelmarin.

Sebelum ditahan BPR juga telah melaku risikan dan intipan sejak beberapa bulan lalu.

Satu sumber berkata, sebaik pasti hasil risikan sahih, anggota BPR bersama polis telah membuat serbuan di rumahnya ketika dia sedang beristirehat antara pukul 11 dan 12 malam.

"Ketika diserbu, lelaki itu memberikan layan yang baik dengan harapan segala kesalahannya dapat ditutup seperti sebelum ini dengan menyogok anggota penguat kuasa.

shortie posted on 4-12-2008 05:33 PM

Perghhhh dasat betul....

Jadik bos siap hade 10 gerai ngn 15 foreign workers.. dasat!!!!

dahla xyah byr sewa, sogok jer...

MORAL OF THE STORY - sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur jua....

kekbelacan posted on 4-12-2008 05:52 PM

cara berniaga style LANGGAR cam cina ni yg kita perlu ikuti....

ctredzuan posted on 4-12-2008 05:53 PM

berniaga tak berkat ni kejap jer, mcm tokei dadah , daun ketum, kaya kejap jer

elle_gogo posted on 4-12-2008 06:12 PM

kesian mamat tu...
awat la dia tak mintak lesen penjaja macam otai burger tu..

hazel23 posted on 4-12-2008 06:15 PM

mmmm... aku ingat kontraktor jer yg di cap PERASUAH..:'(

sinar_inspirasi posted on 4-12-2008 06:16 PM

bisnes man ramai terdedah dengan rasuah..... huhuhu

ezly9212 posted on 4-12-2008 06:21 PM

skang terbukti jual horeng pisang pisang pun leh idup mewah...simple bisnes...

jenggoo posted on 4-12-2008 06:22 PM

tu la niaga jangan tamak..selalu tak berkat.

badai007 posted on 5-12-2008 09:37 AM

Lelaki itu dikatakan telah menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini dan mempunyai hampir 15 pekerja lelaki dan wanita Indonesia.


..just nak tanya bolehkah upah pekerja indonesia jadi pekerja utk sektor makanan..sbb setahu saya..sesiapa yg nak jadi penjaja makanan kena melakukan suntikan thypod....

mcmana tu?

cendana posted on 5-12-2008 11:20 AM

meniaga goreng pisang je ..boleh dapat 20k...

cendana posted on 5-12-2008 11:21 AM

Originally posted by elle_gogo at 4-12-2008 06:12 PM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
kesian mamat tu...
awat la dia tak mintak lesen penjaja macam otai burger tu..


aku rasa mesti dia ada sbb2 nye tu....

thedude posted on 5-12-2008 12:25 PM

addehh ...kenape lah perlu berasuah2 nih ....

kekbelacan posted on 5-12-2008 01:25 PM

Originally posted by badai007 at 5-12-2008 09:37 AM http://eforum8.cari.com.my/images/common/back.gif
Lelaki itu dikatakan telah menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini dan mempunyai hampir 15 pekerja lelaki dan wanita Indonesia.


..just nak tanya bolehkah upah pekerja indonesia ja ...
jutawan senyap...pakai selipar jepun:$

monashis posted on 5-12-2008 02:09 PM

hmmm

aku pun xleh salahkan orang yang jual tu...sebab pernah satu ketika depan mata aku sendiri masa bulan pose lepas..

2 orang bon g tekan sorang peniaga handicappe depan mata aku dengan alasan dia jual barang larangan...jual mercun la tu..tapi yang pelik..memang la salah si penjual tapi yang paling tacing nye...si pak bon tu sedut lebih2 plaks duit...orang tu bagi 20 hengget je...si bon tu kata "ai...takkan 2 je...."

aku time tu xamik pot sangat takot nanti kureng pahala poce aku :$

tapi ayat yang aku dengar tu..tu lah dia

so...take it,or leave it or remp it...?;P

ann_9027 posted on 5-12-2008 05:44 PM

pasni per lagik..jom jual goreng pisang kat KL bukak branch tepi jln2 bebanyak..tp make sure cara tu betoii..hehee;P

saya mmg penggemar utaman gorenggg pisang...tiap2 hari sure nak beli:loveliness:

Iman_Baby posted on 6-12-2008 02:11 AM

tak mustahil boleh dpt RM20k sebulan...

baru2 ni.. Nani pi kursus di PUNB.. kena sorang kakak ni.. dia meniaga Jambu Pak Chu 916.. gerai dia dkt HKL... satu hari dia dpt 2K.. so

2K X 30 hari = RM60k/sebulan

gaji pekerja dia.. lebih kurang RM1,500.00 or RM30/sehari bagi yg baru keje..

1 hari.. lebih kurang 5 bakul/300kg Jambu...

hamikai posted on 6-12-2008 11:57 AM

saya ingat rahsia dia tu ada
1). replikasi

macam KFC, satu gerai untung 2k sebulan, kalau replicate sampai 10 gerai dah dapat 20K

tapi ilmu untuk handle 10 gerai tu yang susah kerana kena handle banyak pekerja

RedDevils posted on 6-12-2008 05:28 PM

Originally posted by badai007 at 5-12-2008 09:37 AM http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
Lelaki itu dikatakan telah menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini dan mempunyai hampir 15 pekerja lelaki dan wanita Indonesia.


..just nak tanya bolehkah upah pekerja indonesia ja ...

dah tu dia ni beniaga pun tarak lesen..
bila bandaraya ambush, di beri rasuah..
apa payah pikir pasal Typhoid vaccination, lesen pun tarak!;P

Bi7Sari posted on 6-12-2008 10:17 PM

saorang usahawan yg bijak
yg bodoh kerajaan
kata nak kan melayu maju
perkara macam ni kerajaan tak leh tolong ke.

Menteri Usahawan sekolah kat mana?

shahirul_danish posted on 9-12-2008 12:37 AM

Balas #20 Bi7Sari\ catat

betul tuh...aku sokong...
byk sgt mslh birokrasi la...politik la...ntah apa lagi ntah...
patutnya org cmnih la kita tlg dia supaya dia bt cara yg betul...
mcm jambu pak chu tuh aku pun br notis gak lately nih...
pergh hebat tul dia ek smpai 2k sehari...
aku penah nmpak gerai jambu pak chu tuh kena saman ngn MBSA kt glenmarie dulu...
tp klu setakat 2k sehari tuh tak heran la nk byr sman MBSA tuh...
MBSA pun satu hal, org nk meniaga elok2 cmtuh bukan nk bg lesen...
byk karenah plak...

elle_gogo posted on 9-12-2008 07:54 AM

Balas #21 shahirul_danish\ catat

elle rasa jambu pakcu tu tgh sakit gak business dia skg ni.
ramai sgt org meniru idea dia.
org kita pun satu. pantang nampak org berjaya sikit. semua nak tiru.
punyalah banyak idea2 business lain.. kesian mereka tak nampak.
kalau dah sorang tu jual jambu.. satu kawasan semua nak jual jambu.
dekat area kelana jaya je dekaat dengan CIMB, UNITAR AND MCD dah ada 4 gerai kedai jambu berlainan tuan. pakcu kena cari resepi lain pulak pas ni. resepi asam nya terlalu mudah.. :) Tapi, walau ape pun elle still pergi beli dekat org yang 1st mencipta idea ni. tak mungkin pergi dekat gerai2 jambu yang meniru. org peniru macam ni boleh buat org lain gulung tikar. bengang. :L  
macam manalah ekonomi bangsa kita nak berkembang.
cipta la pau panas sendiri ke. rojak buah ke.. pastu buat style pakcu. bukak banyak2 cawangan.

elle_gogo posted on 9-12-2008 07:59 AM

Balas #21 shahirul_danish\ catat

yang dekat glenmarie tu sebenarnya tokey dia bukan pakcu. tokey dia goreng pisang glenmarie yang duduk kat sebelah gerai dia. elle tau ni pun sebab rajin beli goreng pisang tu. n adik kepada pekerja goreng pisang tu bekerja dengan elle. dia la yang cerita. kesian pakcu, nama nya ditiru utk kepentigan mereka yang nak mengaut keuntungan dengan jalan kotor. :(






(p/s: kalau akak goreng pisang tu reka2 cerita. its means fakta ni salah yerr.. kita pun dengar cerita org je.. tak tau mana yang betul :))

[ Last edited by  elle_gogo at 9-12-2008 08:01 AM ]

WonBin posted on 9-12-2008 09:01 PM

Ada orang tu kan dah bocorkan rahsia Jambu Paksu terutama macam mana nak buat asam boi dan nak kasi jambu rangup

kirawang posted on 9-12-2008 09:35 PM

Pakcik goreng pisang ni kena belajar dengan mamak restoran.
Dah lah pekerja pekerja india yg mereka hire ada yang hindu, busuk pulak tu..
Yang buat roti canai dengan tangan berbulu, berpeluh menguli tepung dengan dua dua tangan..

Tapi yang palng best, malam malam mereka boleh ambil parking untuk orang ramai .
Pukul 5 je, dah taruk meja meja mereka, macam mak pak india dia punya,..
dah keselamatan customer terabai, merata rata mereka duduk..

Tapi mengapa benda ni tak dijadikan isu...
Adakah mereka punya habuan lagi besar...?
Hingga mengaburi pihak berkuasa ..
kesian pakcik goreng pisang yang  yang briilliant tu..
Page: [1] 2
View full: Untung RM20 Ribu Sebulan - Jual Pisang Goreng Kat gerai Aja !!