shahx Publish time 4-7-2009 04:24 PM

search la guna goole...

donut_1752 Publish time 4-7-2009 10:49 PM

sesape d gambo taman tergantung babylon yg ori?
aku jmp gambo yg dilukis jew

gelupur Publish time 5-7-2009 12:20 AM

babylon kat iraq kan?

MeeSai Publish time 6-7-2009 11:06 AM

http://3.bp.blogspot.com/_yT33kWutB2I/SayMTf8rtMI/AAAAAAAAALY/4nL1Z8IQ_1c/s200/403124288_71e172cb5d.jpg

MeeSai Publish time 6-7-2009 11:12 AM

http://2.bp.blogspot.com/_2nohtZcXOnw/SSAiihe5JbI/AAAAAAAAAjo/q-DgGizj8Aw/s1600/babylon.jpg

http://media.kapanlagi.com/p/02-babylon.jpg

Ia adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara.

Paling mengagumkan, bandar itu menghasilkan Taman Tergantung Babylon.

Bagaimanapun, pada hari ini, tiada yang tertinggal di tapak bandar bersejarah itu kecuali sangat sedikit.

Ketika tinjauan dilakukan ke Babylon baru-baru ini - hasil permit dikeluarkan kerajaan Iraq - tapak itu lebih kelihatan sebagai taman tema dengan kesan pengaruh impian Saddam Hussein.

Turut dikesan, kawasan siar kaki bersebelahan runtuhan dinding purba, panggung Greek yang diubah suai serta istana Saddam dibina di atas bukit buatan manusia.

Untuk kali pertama, sejumlah institusi antarabangsa dengan diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan penelitian menyeluruh terhadap kerosakan pada bandar purba itu, serta mengkaji kaedah memuliharanya.

Satu laporan Unesco dijangka dikeluarkan awal tahun depan dengan memberi tumpuan - atas permintaan kerajaan Iraq - kepada kerosakan dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS) sepanjang tempoh April hingga September 2003.

Tidak ketinggalan, kesan akibat pendudukan tentera Poland yang ditempatkan di situ pada 2004.

Menurut tentera AS, walaupun tapak bersejarah itu dijadikan pangkalan mereka, kerosakan di situ mungkin menjadi lebih dahsyat jika mereka membiarkannya begitu saja.

AS juga berjanji membantu proses pemuliharaan Babylon dengan dana daripada Tabung Monumen Dunia (TMD) dan Lembaga Antikuiti dan Warisan Iraq.

Masalahnya, tiada angka rasmi mengenai jumlah dikeluarkan untuk proses itu.

Pakar arkeologi berharap, dengan peruntukan itu, mereka mampu menjalankan proses pemuliharaan susulan selepas dilakukan pasukan dari Jerman pada awal 1900 dulu.

Pegawai TMD berpangkalan di New York, Gaetano Palumbo, berkata tapak itu sangat penting untuk dikaji.

“Dalam keadaan sekarang, tapak menyimpan pelbagai sejarah penting dunia itu terlalu sukar dikaji untuk difahami,” katanya.

Projek pemuliharaan terdahulu, kata Palumbo, hanya ditumpukan kepada monumen tertentu, seperti kuil Babylon.

MeeSai Publish time 6-7-2009 11:13 AM

Ia menyebabkan banyak tapak domestik terbiar,” katanya.

Melalui penggunaan kaedah terkini, katanya, mungkin lebih banyak fakta dapat diperoleh berbanding maklumat berusia 100 tahun lalu.

Selama beberapa dekad, Babylon menjadi mangsa kepada peradaban pernah dicetuskannya.

Mula-mula, Saddam menjadikan tapak itu sebagai tarikan utama pelancongan dengan harapan ia dapat menaikkan imejnya di mata dunia.

Justeru, pemimpin Iraq itu menjalankan pelbagai projek pembangunan di sekitar tapak Babylon, seperti restoran dan kemudahan lain pada 1980-an.

Kebanyakan pakar arkeologi antarabangsa mengelak untuk campur tangan kerana reputasi rejim Saddam, selain kesan perang Iran - Iraq dan sekatan PBB.

Selepas kerajaan Saddam tumbang pada 2003, datang pula era perang.

Ketika Muzium Kebangsaan Baghdad dipecah masuk dan artifak bernilai tinggi dicuri, penjenayah melarikan pelbagai barangan tinggalan Babylon.

Banyak kertas laporan dan kajian mengenai Babylon turut dibakar.

Tidak lama kemudian, tentera AS dan Poland mendudukinya.

Penggunaan jentera berat tentera merosakkan struktur binaan yang masih tinggal, atau lapangan sekitarnya yang kaya dengan serpihan peralatan pernah digunakan masyarakat Babylon.

Tentera membina tapak pendaratan helikopter dan kawasan meletak kenderaan di situ tanpa mengambil kira kemusnahan tinggalan bandar purba itu.

Dalam keadaan begitu, sebenarnya tiada sebarang kerja-kerja pemuliharaan dilakukan secara menyeluruh hampir satu abad.

Tiada kesan Taman Tergantung yang didakwa dibina untuk isteri Raja Nebuchadnezzar II, atau menara mencetuskan kisah Babel dalam Bible.

Juga tidak ditemui kesan batu bersurat raksasa mencatatkan undang-undang dicipta Raja Hammurabi, dianggarkan berusia hampir 4,000 tahun lalu.

Ketika keadaan di Iraq agak aman secara relatifnya, ada ruang untuk pihak berkenaan menebus kesilapan lalu terhadap tapak purba berkenaan.

Namun, cabaran tetap ada.

Kawalan keselamatan dan kemudahan infrastruktur di Babylon sangat minimum - sama seperti 12,000 tapak arkeologi lain di negara itu.

Hanya ada 1,500 polis ditugaskan mengawal semua tapak bersejarah di Iraq.

Kebanyakan tempat itu juga terlalu berbahaya untuk dilawati, sama ada di kalangan pelancong atau pakar arkeologi.

Walaupun kerajaan Iraq memang terbabit secara langsung dalam projek pemuliharaan tapak Babylon, pegawai berkata, masih terlalu banyak isu lebih penting lain yang memerlukan perhatian segera.

Katanya, masa bertahun-tahun diperlukan untuk menyenarai Babylon sebagai Tapak Warisan Unesco, pengiktirafan yang hanya boleh diberi selepas kerajaan melakukan kerja-kerja pemuliharaan.

ctaz Publish time 6-7-2009 11:25 AM

wahhhhh....

{:3_98:}

saga2717 Publish time 7-7-2009 01:17 PM

aku penah dengar, ms kecik2, ade satu bnde ni, tp xtau kat mane lokasi die, die tergantung...die terapung2 kat udara...then org islam nk buat die xnmpk terapung2, dorg pon letak lah batu and kayu kat bwh bnde ni... dorg buat cmni sbb nk elak org kafir musnahkan bnde tu...aku xtau bnde ape kah itu....korg ade penah dgr x???kalo ade tersalah info, sorry ye beb...

odz2243 Publish time 10-7-2009 07:31 PM

{:2_66:}{:2_66:}{:2_67:}{:2_66:}

king's Publish time 11-7-2009 08:39 PM

dalam banyak banyak kejadian samada semula jadi atau buatan manusia ...kerajaan langit tak termasuk ke dalam keajaiban dunia....

cecari Publish time 12-7-2009 04:52 AM

Post Last Edit by cecari at 12-7-2009 05:08

aku penah dengar, ms kecik2, ade satu bnde ni, tp xtau kat mane lokasi die, die tergantung...die terapung2 kat udara...then org islam nk buat die xnmpk terapung2, dorg pon letak lah batu and kayu kat...
saga2717 Post at 7-7-2009 13:17 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Ini ka yg hang maksudkan ?
http://4.bp.blogspot.com/_LyAXBX_S1Z0/SMPq9gWoq-I/AAAAAAAAADs/wmCYouhgSko/s320/10774950.jpg

batu yg dikatakan ingin mengikut Rasullah S.A.W dlm
peristiwa isra'& mikraj.. tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah
saw dan malaikat Jibrail. Dan sejak itu batu itu terus terapung
sehingga kini.....

... aku pun tak dapat nak pastikan sbb belum tengok secara live.

Tapi kisah yg dikatakan dia nak ikut nabi tu adalah tiada dalil yg sahih. Mmg banyak ustaz2 dok cerita, tapi sebenarnya tiada nilai ilmiyyah sedikit pun.

Adapun adakah benar dia tergantung sekarang? aku jumpa kat forum ada sorag palestin tu dia kata dia tahu batu tuh... dia kata sebenarnya tak tergantung pun, bawah dia macam ada pemangku 4 batang tiang. Yg kita nampak kat gambar tu adalah yg telah diphotshoped. jadi tak nampak tiang2tuh.


Pages: 1 [2]
View full version: kEAJAIBAN dUNIA


ADVERTISEMENT