Eisya Publish time 8-3-2007 02:21 PM

Pokok Buluh

Haiiii

Eisya minat sangat ngan pokok buluh hiasan yang hidup tu...batangnye kecil2 je...ingat nak tanam kat rumah..

pada sesiapa yang minat...boleh la share macam mana cara penjagaannya ye...

kalau ada gambar pun ok gak...

Org cina...suka tanam pokok buluh, katanya akan membawa tuah..

petua org lama lak...kalau tanam pokok buluh di halaman rumah...ular takut nak masuk...

Mas916 Publish time 8-3-2007 02:44 PM

kat umah ada 2 jenis....beza kat corak daun dia...
cara penjagaan tatau la...tgk kat umah beser je la...cuma taruk kat tempat teduh je la...bukan direct kena matahari...

Eisya Publish time 8-3-2007 02:51 PM

MAS

rumah eisya tu...panas sikit kat lama...takut lak tak hidup...

mas tanam dalam pasu ke?

Mas916 Publish time 8-3-2007 03:06 PM

Reply #3 Eisya's post

yup.. tanam lam pasu...
penah letak kat panas..dia macam tak berapa sesuai...pindah tempat redup baru ok..

Bell Publish time 8-3-2007 05:52 PM

Dekat Alamanda, jln dari luar nak masuk ke entrance hala ke Carrefour, cantik sesangat buluh nie. Jadi jiwang kalau duduk di bawahnya...

razifah Publish time 8-3-2007 07:40 PM

http://www.tropicalbamboo.org/subspecies/Schizostachyum/brachycladumEHsm.jpg

razifah Publish time 8-3-2007 07:42 PM

http://www.filemkita.com/poster/anak_buluh_betung_01.jpg

;Pjangan marah yer....

razifah Publish time 8-3-2007 07:46 PM

Jenis-jenis Buluh

Genus schizostachyum

Buluh Lemang

Buluh Sumpitan

Buluh Nipis

Genus Gigantochloa

Buluh Beti

Buluh Tumpat

Buluh Semantan

Buluh Beting

Genus Thyrosostachys

Buluh Siam

Genus Bambusa

Buluh Galah

Buluh Duri

Buluh Botol

Buluh Pagar



Genus Dendrocalamus

Buluh Betong

Buluh Akar

Buluh Betong Burma



Kegunaan Buluh

Bahan Binaan

Barangan Kraftangan

Barangan Kegunaan Dapur

Alat Penternakan

Perabut

Alat Muzik

Kertas dan Pulpa



KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI







"Dia yang menurunkan air dari langit (awan), kemudian Kami tumbuhkan dengan air itu bermacam-macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya daun-daun yang menghijau, Kami keluarkan daripadanya biji-biji yang bersusun, dari mayang pokok kurma, (Kami keluarkan) buah kurma dari tangkainya yang berdekatan dan lagi (Kami tumbuhkan) kebun-kebun dari pokok anggur, zaitun dan delima, yang serupa dan tiada yang serupa. Kamu perhatikanlah buahnya yang telah masak. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang mahu beriman"



(Surah Al An aam Ayat 99)





HEBATNYA BULUH

Buluh sebenarnya lebih hebat daripada besi dan dapat menampung berat tambahan sebanyak lima kali ganda beratnya sendiri

Gentian buluh lebih fleksibel dan kuat daripada kayu. Di Jepun dan China misalnya, kertas tisu, bond dan alat tulis yang berkualiti dihasilkan daripada buluh

Hampir keseluruhan Jambatan Sinchuan, iaitu sebuah jambatan gantung di China, diperbuat daripada buluh. Jambatan ini masih digunakan lagi selepas 1000 tahun.

Pada puratanya sebatang buluh yang panjangnya 6 meter, boleh menghasilkan 950 bilah lidi sate dan 2850 bilah cungkil gigi.
Rebung buluh boleh dibentuk untuk mendapatkan buluh berbentuk tiga dan empat segi.

Di India, akar buluh digunakan untuk membuat bola polo.






BIBLIOGRAFI

Azmy Mohammed, Pokok Buluh, Dewan Kosmik, September 1994.

Azmy Mohammed, Abdul Razak Othman, Razak Wahab, Abdul Razak Othman, Pokok Buluh, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1995

haniman Publish time 8-3-2007 10:32 PM

http://www.filemkita.com/poster/anak_buluh_betung_01.jpg

Ifah, manalah dapat gambar ni.

[ Last edited byhaniman at 8-3-2007 10:34 PM ]

razifah Publish time 9-3-2007 11:52 AM

Reply #9 haniman's post

:P ...dalam satu lawan web kak iman.....tak ingatlah macamana jalan cite nie;P
kak iman tahu ker?

haniman Publish time 9-3-2007 01:52 PM

Ingat, banyak kali tunjuk ditv.
Cerita dia mengenai raja yang tidak ada anak.Pelakon rosnani jadi permaisurinya kalau tak silap.Rajanya tak ingat sapa belakon.Satu hari raja ni pegi berburu, tiba-tiba dia terdengar ada suara budak menangis.Selidik punya selidik, rupanya suara tu dari pokok buluh betong.Dibelahlah buluh, ada baby.Raja ni ambiklah pelihara.

Rupanya budak ni jahat (syetanlah).Bila dia dewasa dia jahat sangat sehingga raja dan permaisuri pun nak dibunuh.Tapi raja dan permaisuri sempat lari.Last-last dia mati dibunuh oleh Ahmad Mahmud tu guna buluh runcing.Sebab pada dia semua senjata tak boleh bunuh dia.

Begitulah ceritanya ifah.Wah mat selupit pulak hari ni. :lol:

amamiya5674 Publish time 9-3-2007 02:58 PM

Originally posted by haniman at 9-3-2007 01:52 PM
Ingat, banyak kali tunjuk ditv.
Cerita dia mengenai raja yang tidak ada anak.Pelakon rosnani jadi permaisurinya kalau tak silap.Rajanya tak ingat sapa belakon.Satu hari raja ni pegi berbur ...

kan best klo boleh dpt baby mcm ni kan..? ekekke...

nway..one of my neighbours ade tanam pokok buluh yg daun dia halus2x sgt...
cepat betol naiknye...
nnt petang saya try snap...

tinggin nak tanam ..tapi nan ado tanah ..:'(

mok_nik Publish time 9-3-2007 03:01 PM

lorr dah masuk asal cerita anak buluh betungg pulakkkk :stp: macam2 ifa ni

kat umah mok nik ada satu pokok bukuh nie ..dah lama dahh ...bawah daun lebat, atas tak ada daun ... hehhe anak tiri sungguh dia jadinya

chempaka_ku Publish time 9-3-2007 06:27 PM

sangat suka buluh sebab dulu belakang dan tepi rumah banyak buluh sebelum tanah tu kena developed.....

setakat ni chemp dah tanam buluh kuning, sudah tinggi dan satu hijau jenis banyak daun....
nak cari yang batangnya kecil, daunnya cuma di atas dan yang jenis daun halus-halus, burung boleh buat sarang.....

holmes Publish time 12-3-2007 01:09 AM

Originally posted by Mas916 at 8-3-2007 02:44 PM
kat umah ada 2 jenis....beza kat corak daun dia...
cara penjagaan tatau la...tgk kat umah beser je la...cuma taruk kat tempat teduh je la...bukan direct kena matahari...

betul... kat rumah hom pong ada pokok buluh yg kecik2 tu..mak hom tanam le dlm pasu..

memang tak leh kena direct sunlight...letak kat shady areas..mudah tumbuh ...

senang jaga gak.. rajin siram ngan air jerkk kot..



http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif

http://i23.photobucket.com/albums/b351/holmes15/tech/newMISC0.png

Gunner Publish time 12-3-2007 02:39 AM

buluh2 utk perhiasan laman rumah nie ada dijual ker?atau kena cari sendiri?

Mas916 Publish time 12-3-2007 08:12 AM

Reply #16 Gunner's post

ada...kat umah yg satu tu beli kat Carre4 jer...

Gunner Publish time 12-3-2007 08:35 AM

Reply #17 Mas916's post

ok..thanks..leh la cari nnt..dah lama teringin nak tanam kat laman..

jati Publish time 12-3-2007 08:40 AM

Ada lagi.....buluh jepun

Mas916 Publish time 12-3-2007 08:53 AM

Reply #15 holmes's post

hom...kat umah ada sepasu tuh...selepas dipecah kan dari mak diyer...la..
alahai...hidup malas mati tak mau jer...dah taruk baja...tgh moskil ni...silap tang mana..mak diyer rimbun jer....
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Pokok Buluh


ADVERTISEMENT