kurik posted on 27-12-2008 04:30 PM

Pernahkah Nabi Muhammad membunuh pihak musuh dalam peperangan?

Salam semua,

Sempena awal Muharram ni ada la sedikit perbincangan dengan rakan2 mengenai sejarah peperangan semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W...  Tiba2 terlintas pulak pertanyaan daripada salah seorang rakan yang bertanyakan dalam banyak2 peperangan yang Nabi Muhammad sertai, ada pernah jumpa tak kat mana2 kitab or pendapat yang menyatakan Nabi Muhammad pernah membunuh pihak musuh? Setakat ni tak pernah jumpa pulak ada kenyataan mengenai perkara ini..

Mohon saudara dan saudari yang bijak pandai kat sini yang tahu mengenai perkara ini tolong clearkan sikit persoalan ini... terima kasih..

jason_king posted on 27-12-2008 07:11 PM

aku pon nk taw gak

antiQue posted on 27-12-2008 07:55 PM

Dalam satu hadith, ada disebut yg Sa'd bin Mu'adh kata Nabi ada expressed that he wanted to kill somebody - Umayyah bin Khallaf. But dalam peperangan Badar, it was Bilal bin Rabah who killed Umayyah bin Khallaf. Umayyah ni dulu tuan Bilal masa Bilal jadi hamba, yg letak batu atas dada Bilal tu.

So no.. he never killed anybody with his own hands in the battlefield.

Wallahu 'alam.

[ Last edited by  antiQue at 27-12-2008 07:58 PM ]

intanterpilih posted on 28-12-2008 12:41 AM

Originally posted by kurik at 27-12-2008 04:30 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Salam semua,

Sempena awal Muharram ni ada la sedikit perbincangan dengan rakan2 mengenai sejarah peperangan semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W...  Tiba2 terlintas pulak pertanyaan daripada salah ...

Jawapannya tidak pernah RSAW membunuh sesiapa walaupun beliau terlibat di dalam perang lebih dari 70 kali.
CONFIRMED.

kroit92 posted on 28-12-2008 12:22 PM

maksudnya, baginda berperang dengan musuh hanya membuat musuh kepenatan atau mengaku kalah kah? :o

maaf kalau soalan tidak rasional.. :(

temptation80 posted on 30-12-2008 03:56 AM

Reply #5 kroit92's post

aku pun musykil ni :shakehead3:

x ada penjelasan terperinci ke?

toledo posted on 30-12-2008 09:41 AM

hmmm... interesting..

thedude posted on 30-12-2008 05:46 PM

Originally posted by kurik at 27-12-2008 04:30 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Salam semua,

Sempena awal Muharram ni ada la sedikit perbincangan dengan rakan2 mengenai sejarah peperangan semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W...  Tiba2 terlintas pulak pertanyaan daripada salah ...

Pernah. Seumur hidup Naib saw, baginda hanya pernah membunuh seorang lelaki dalam peperangan. Tak ingat perang mana dan sape nama dia.
Nanti saya carikan sumber. :loveliness:  Tunggu ya.

[ Last edited by  thedude at 30-12-2008 05:51 PM ]

ibnur posted on 30-12-2008 09:34 PM

Balas #8 thedude\ catat

perintah membunuh kot?

indah1285 posted on 30-12-2008 11:32 PM

Originally posted by kroit92 at 28-12-2008 12:22 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
maksudnya, baginda berperang dengan musuh hanya membuat musuh kepenatan atau mengaku kalah kah? :o

maaf kalau soalan tidak rasional.. :(

;P

rasional sungguh soklan tu kroit...:lol:

kroit92 posted on 30-12-2008 11:42 PM

Balas #10 indah1285\ catat

kenapa kaka in gelak.. :L

tengah perah otak ni..

indah1285 posted on 30-12-2008 11:52 PM

Reply #11 kroit92's post

kaka In pun sebenarnya duk pikir adakah tuan umah duk maksudkan nabi pi perang smpai cabut gigi n luka badan baginda saw hnyalah duk sekeh2 pale n hempuk2 jek ker.... adeh..:lol:

kroit92 posted on 31-12-2008 12:26 AM

Balas #12 indah1285\ catat

someone kena selak semula kitab begini.. :(

antiQue posted on 31-12-2008 08:31 AM

Originally posted by kroit92 at 28-12-2008 12:22 PM http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
maksudnya, baginda berperang dengan musuh hanya membuat musuh kepenatan atau mengaku kalah kah? :o

maaf kalau soalan tidak rasional.. :(

Hehe.. okey lah tu soalan kroit tu :)

Tapi ini perkara pertama saya selalu fikir.. adakah tujuan peperangan semata-mata untuk memastikan pihak musuh mati? Adakah tujuannya serupa dengan ethnic cleansing sehinggakan hanya dengan membunuh sahaja maka matlamat peperangan telah tercapai?

pressor posted on 31-12-2008 08:34 AM

me also musykil...but selama nih belajar agama tk penah sekalipun dgr cikgu mengisahkan perkara nih...

really curious want to know..

hantu_poyos posted on 31-12-2008 09:21 AM

wallahualam:$ :$

kurik posted on 31-12-2008 09:48 AM

Terima kasih semua.. :loveliness:

nampaknya ada pro dan kontra..

tengah tunggu sumber daripada thedude... :)

nursha posted on 31-12-2008 10:07 AM

x pasti la..
tp...kalau utk mempertahan Islam dlu..nabi x bunuh ke??
time perang tu??

bukan kan kite boley memerangi mrk yg menentang ISlam??
erm..ntah la..
wallahu a'lam..

sirri_khafi posted on 31-12-2008 12:59 PM

Reply #8 thedude's post

ubayy bin khalaf ... sebab dia cabar nabi SAW ... maka nabi SAW bersabda : " IN SYA ALLAH SAYA AKAN MEMBUNUH KAMU ... "  


sebenarnya si kafir ini hanya luka melecet di leher shj akibat lembing yg di lemparkan oleh nabi SAW  ... tapi si kafir telah meraung2 & berteriak2 dgn luka yg kecil itu ...

kaum musyrikin serta abu sufyan menenangkan si kafir itu supaya jangan panik ...

tapi si kafir itu menjawab : " demi TUHAN , muhammad telah membunuh ku "

" demi TUHAN , kalau muhammad meludahi ku shj .. pasti aku akan mati "  

" tahukah kamu siapa yg telah melukakan ku  ?  dialah muhammad !  demi latt & uzza ... jika penderitaanku ini menimpa seluruh org hijaz ... nescaya mereka akan musnah .   di makkah , muhammad telah berkata kpd ku bahawa dia akan membunuh ku .   pd saat itu juga aku telah meyakini sepenuh nya bahawa aku akan mati di tangannya .  aku tidak boleh lepas dari nya .  seandainya setelah berkata seperti itu muhammad meludahi ku shj , matilah aku ...  "  

akhirnya dlm perjalanan pulang ke makkah ... si kafir itu menemui ajal nya ...  


seorg kafir yg menentang nabi SAW pun YAQIN dgn kebenaran sabda nabi SAW ...

ADAKAH KITA YG MENGAKU SEBAGAI PENGIKUT & UMMAT NABI MUHAMMAD SAW ,  BENAR2 MEYAQINI SEGALA SABDAAN NABI SAW ? FIKIR2KAN ...





para ulamak pernah mengatakan bahawa kekuatan seorg nabi itu bersamaan dgn kekuatan 10 org ahli syurga & kekuatan seorg ahli syurga bersamaan dgn kekuatan 1000 org di dunia ...








WALLAHU A'LAM ....

[ Last edited by  sirri_khafi at 31-12-2008 01:54 PM ]

sirri_khafi posted on 31-12-2008 01:27 PM

peperangan yg yg di sertai oleh nabi SAW hanyalah 20 x ...

operasi keamanan yg di laksanakan oleh nabi SAW berjumlah 60 x ....



semua perang dan usaha keamanan yg di laksanakan oleh nabi SAW bersama dgn kekuatan para sohabah RA hanya membawa korban 1018 org dari kedua2 belah pihak ( pihak nabi SAW & pihak musuh )  menurut penetapan seorg ahli sejarah yaitu qodhi muhammad sulaiman al mansur fauri dlm juzuk ke2 dari kitab beliau yaitu " ROHMATAL LIL 'AAAA LAMIEEEN " ...   


perang2 itu benar2 telah menyelamatkan bukan shj jiwa manusia , tetapi juga harta benda yg x terhitung jumlah nya .


kerana pengaruh perang2 itu , seluruh semenanjung arab menjadi aman se aman2 nya sehingga seorg wanita boleh mengembara dgn unta seorg diri dari hiiroh ( hujung utara semenanjung arab )  menuju makkah tanpa ada perasaan takut sedikit pun selain ALLAH SWT ....



kejayaan rasuluLLAH SAW mencapai keamanan di semenanjung arab dapat di lihat dgn perbandingan berikut :

10 tahun pertama , keluasan daerah yg dipengaruhi ajaran beliau SAW adalah 274 mil persegi , dgn terkorbannya jiwa seorg para sahabat RA dlm sebulan .  

kerugian jiwa pihak musuh tidak lebih dari 150 org .  


10 tahun terakhir , beliau SAW menguasai daerah yg luasnya lebih 1. 000 . 000 mil persegi , daerah yg tunduk dgn hukum islam ...





CUBA BANDINGKAN DGN KEMUSNAHAN YG DAHSYAT YG BERLAKU DI DLM PERANG DUNIA 1 & 2 ?   








WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 31-12-2008 01:55 PM ]

sirri_khafi posted on 31-12-2008 02:11 PM

harus di ketahui jugak bahawa tidak semua peperangan itu terjadi pertempuran ...


contohnya peristiwa FATHUL MAKKAH ( penaklukan makkah ) ...

peristiwa itu terjadi pd pagi hari jumaat 10 ramadhan tahun 8 hijrah ...



nabi SAW masuk ke kota makkah dgn penuh rasa tawadhu' & syukur sambil membaca surah ALFATH ....

berbeza dgn penakluk2 lain di dunia ini ...   


hebatnya kewibawaan nabi SAW di peristiwa FATHUL MAKKAH ini sehingga abu sufyan berkata  :

" tidak ada seorg pun dapat melawan tentera ini .   demi ALLAH hai abal fadhl ( gelaran bagi abbas ) ... kini kekuasaan ( kerajaan ) anak saudara mu telah menjadi besar . "

jawab abbas :

" HAI ABU SUFYAN , ITU ADALAH  " KENABIAN " ...   

jawab abu sufyan : " sungguh hebat sekali "   ...   









WALLAHU A'LAM ...

kroit92 posted on 31-12-2008 03:41 PM

mak oii.. tampar pakai 2 jari boleh pengsan wooo.. :funk:

sirri_khafi posted on 31-12-2008 04:27 PM

Reply #22 kroit92's post

seorg qibthi mati di tumbuk nabi musa AS ...   


ketika peristiwa perang khandaq ... yaitu ketika menggali parit , para sohabah RA yg menderita kelaparan  hanya mengikat 1 ketul batu di perut mereka  ...

sedangkan nabi SAW mengikat perutnya dengan 2 ketul batu di perutnya ... makna nya penderitaan kelaparan yg di tanggung oleh nabi SAW double berbanding para sohabah RA ...   


pun begitu nabi SAW steady jer gali parit di samping memecah seketul batu yg besar yg mana BATU ITU X DAPAT DI PECAHKAN OLEH PARA SOHABAH RA ...

hanya dgn 3 pukulan shj , batu itu pun pecah sambil mengeluarkan 3 cahaya ...

dan antara tafsiran nabi SAW berkaitan 3 cahaya itu ialah : KERAJAAN ROM & PARSI TELAH DI SERAH KAN OLEH ALLAH SWT KPD ORG2 ISLAM ... DAN TERNYATA RAMALAN ITU TELAH TERJADI DI ZMN SAYYIDINA UMAR RA ..  



maka ummat islam harus mengambil iktibar dari peristiwa ini ... yaitu sentiasa bersangka baik dgn ALLAH SWT serta sabar di dlm segala perjuangan ...


mengenang nasib ummat islam skrg masakini yg di perangi  & di hinakan serta di tuduh oleh musuh2 islam sebgai terrorist dll ...





ketika peristiwa PERJANJIAN HUDAYBIYAH , nabi SAW & para sohabah RA di halangi dari memasuki makkah ...


ketika peristiwa perang khandaq , nabi SAW & para sohabah RA di musuhi oleh seluruh org arab di hijjaz ...


kelihatan  peristiwa & situasi itu tidak seperti menyebelahi islam  ... perjuangan islam seolah2 beku & tertutup ...


sebenarnya manusia tidak tahu ... secara zahir kelihatan seperti kalah/TERTUTUP ...


TETAPI SECARA GHAIB  , KEMENANGAN/PEMBUKAAN YG TELAH DI PUTUSKAN OLEH ALLAH  ...  


di dlm peristiwa HIJRAH ( sempena ma'al hijrah ini kita muzakarah sikit pasal sirah nabi SAW ) , nabi SAW & para sohabah RA itu seolah2 terusir secara zahirnya ...

TETAPI SECARA GHOIB , DI BERIKAN KEMULIAAN OLEH ALLAH ...  "  THOLA'AL BADRU 'ALAYNAA  " ...  
  




INI PELAJARAN BAGI ORG2 YG BERJUANG ...


YG PENTING DI DLM PERJUANGAN ITU KAMU TAAT PERINTAH ALLAH SUNGGUH2 ...   



NANTI YG TAMPAK KALAH SECARA ZOHIR , PD HAL ITU SEBENARNYA KEMENANGAN YG KITA X TAHU ...   




seperti peristiwa hudaybiyah , nabi SAW tidak di benarkan masuk makkah ... pdhal pd waktu itu , sudah ada keputusan dari langit yaitu makkah akan di serah kan kpd nabi SAW ....    INNA FATAHNAAA LAKA FATHAM MUBINAAA  ....  pd hal pd waktu itu bukan FATHUL MAKKAH ...   


YG ZAHIRNYA KELIHATAN KALAH , TETAPI SECARA GHAIB SUDAH ADA KEPUTUSAN KEMENANGAN BAGI ORG2 ISLAM ...  








WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 31-12-2008 05:28 PM ]

pesona1 posted on 31-12-2008 10:34 PM

ermm... tak dapat info lagi ke tentang siapa dan berapa ramai yang telah dibunuh oleh Rasulullah SAW dalam peperangan?? atau tiada??

kalau belum ada jawapan, nak kena cari offline mode ni...:o

rasanya baca abih dah sirah nabi, tapi tak jumpa pulak bhg ni....:L

Al-Patih posted on 27-3-2011 06:51 AM

Itulah masalah hadis itu. Pada sy, Baginda yang kita kasihi, tidak akan membunuh, mendera, memaksa dan sebagainya dalam beliau mendawahkan Agama Islam. Seorang Rasul Allah akan pegang teguh kepada Bismillah Hirahman Nirrahim. Maka pada sy, Baginda kita ada seorang yang penuh kasih sayang caranya mendawah. Bukan macam hadis itu story. Ini pak arab yang sangat ganas dalam hidupan mereka, mengatakan Baginda kita bergitu supaya mereka boleh buat dan lepas.   
Page: [1] 2
View full: Pernahkah Nabi Muhammad membunuh pihak musuh dalam peperangan?