yamatO Publish time 13-8-2004 06:03 PM

siyan tau org yg kenek santau ni.. depa kadang x minta pun jadik camtu
tapi akibat dengki khianat.. sanggup depa ni buat org camtu...

aku ader le bapa saudara aku tu.. memula dia sihat walafiat.. badan tegap berisi.. dia mmg rajin keje.. jadik bila rajin keje... apa lagi naik pangkat le..

x lama tu dia rasa badan dia lelemah.. puas berubat sana sini..p hospital pun depa kata dia x sakit apa....bomoh2 tu jgn cakap le.. serata p.. seme cakap tekena santau... dia pakai santau org asli.. mmg susah skit le.. kitaorg suh bomoh tu check sapa nyer keje.. dia kata ader org 1 opis kat keje dia.. mmg dia ni dari dulu x puas ati...

tp bapa sedara aku ni baik.. dia x nak amik tau sapa yg kena kan dia.. cuma dia minta disembuhkan ajer...
ari beganti ari.. makin lama badan dia makin kurus.. terlalu kurus..
mmg sedih ler nengok.. tinggal tulang.. mmg tersexa dia..:(

pastu disebabkan terlalu sexanya dia.. maka bapa sedara aku x dpt diselamatkan lagi... dia meninggal dunia ... tapi alhamdulillah dia meninggal dalam keadaan selamat & tenang.. Al-Fatihah..:pray::cry:

aku harap org yang buat arwah tu insaf... arwah pun dah x de lagi... moga puas ati org tu..:agr:...

hulubelang Publish time 16-8-2004 08:00 AM

:onf::onf: Emmm....jahat sungguh orang tu....Nie la orang
Melayu....dengki tak habis habis....Susah betul orang
melayu nie nak maju kalau camnie...
:onf::onf:

eva Publish time 16-8-2004 10:46 PM

okla nak story about my mom...

ni kes adik beradik dan harta la nie... mak aku nie nak mintak sign kat anak tiri dia (anak first bapak aku) utk pembahagian harta... yg si anak tu pulak di waktu bapak aku meninggal dia dah swear.. dia takkan bagi sedikit pon harta itu kepada kami...maksudnya dia nak bolot semua dan nak biarkan kami mati papa atau miskin... tapi alhamdulilah kami adik beradik ada rezeki masing2 walaupon tanpa harta yg dad aku tinggalkan... mak aku gi rumah dia hari tu pon bukannya nak gaduh-gaduh tapi nak mintak signature dia agar harta tu diagihkan secara Islam dgn secara bagus... elok je mak aku cakap kat dia... dan banyak2 hal mak aku paling baik kat dia... walaupon dia yg buat dajal kat family kami...

tapi lain pula jadiknya 2 minggu selepas tu..

mak aku jatuh sakit... may be demam... demam tu ok je.. tapi tak lama kemudian mak aku mendapat penyakit... kalau aku citer sure korang tak percaya... mak aku dpt kayap kat kepala! habis rambut mak aku kami cukur sbb kayap tu merebak dengan cepat... kira kayap mak aku dah tumbuh kat bahgian belakang kepala mak... dah hampir nak ke muka...

mak aku nie rajin berubat.. cari org pandai.. tapi tak satu pon yg sanggup nak ubati mak aku... pergi ke hospital, doc kata mak aku tak jaga kebersihan.. dan mak aku pantang makan tu makan nie.. walaupon dah berpantang still tak baik2 gak...

oleh kerana mak aku nie rajin gi masjid utk belajar ngaji.. satu hari tu dia tanya kengkawan dia sapa2 pandai mengubat kayap... kayap tu dah merebak kat seluruh kepala... dan adik beradikku ingat mak dah takder harapan dah... so sorang kwn dia kata... seberang rumah kat adik aku tinggal (time tu mak duduk dgn adik aku), ada sorang tu pandai mengubat... may be dia bleh tolong...

mak aku pon jumpa pakcik tu... pakcik tu mengubat dgn memandikan mak aku... mak aku pon sebenarnya seram jumpa dia... sbb dia gunakan parang panjang yg pernah memakan mangsa... tapi demi berubat mak aku pergi juga... takderla dia menyeru ke apa cuma memandikan mak aku.. time berubat tu dia ckp kat mak aku... sebenarnya kayap tu bukannya kayap sesaja tumbuh kat kepala mak aku tapi kayap yg dihantar oleh org yg sakit hati dgn mak aku... dia explain orgnya bagaimana coz mak aku kata dia tak tahu sapa ( indeed mak aku dah agak siapa).. pakcik tu kata memang org tu hantar kat mak bertujuan utk bunuh mak aku... sabar je la... demi wang ringgit dan tanah org sanggup berbunuh.. tu memang hati dah bertuhankan syaitan..

mak aku tanak balas coz dia kata dia dtg utk berubat...
dulu mak aku tak percaya org kata... tapi bila dia dah mengalami, dia dah tahu siapa punya angkara...

kami tak balas balik apa yg dia buat... coz Allah akan membalasnya dgn lebih hebat lagi..

gina Publish time 16-8-2004 11:44 PM

so sekrang mak eva camne dah sihat ke?

bawak gi jumpa org alim/ustaz la..

eva Publish time 17-8-2004 07:22 AM

Originally posted by gina at 16-8-2004 15:44:
so sekrang mak eva camne dah sihat ke?

bawak gi jumpa org alim/ustaz la..

lepas 3 kali mandi... alhamdulilah sehat... dah takder dah.. hilang mcm takder kesan...

yg kami pelik tu.. tetiba je kena..org yg ngubat dia hari tu bagi ciri2 org yg kenakan dia je.. tak ckp sapa dan apa hubungannya.. tapi my mom bleh agak la sapa yg buat tu :(

hulubelang Publish time 17-8-2004 09:09 AM

:onf::onf: Thanks again Eva for the pengalaman yang Eva lalui tu...

Penggunaan Sihir yang berkaitan dengan penyakit kulit
memang agak popular pada masa sekarang.Ini adalah
kerana pengamal sihir tersebut tahu yang kebanyakan orang
akan terus je refer kat hospital jika berlaku penyakit kulit
yang kronik.Tidak di nafikan ada sesetengah penyakit kulit
tu tak ada kaitan dengan sihir but kalau dah buat treatment
di hospital and penyakit makin menjadi jadi.....maka ada
sesuatu yang tersembunyi di situ....

Satu contoh yang saya pernah cerita,berkenaan seorang pemuda
yang kena sakit kulit sampai daging nya reput....tu memang
perbuatan sihir:onf:

hulubelang Publish time 17-8-2004 09:13 AM

:onf::onf: Okey...let's cerita tentang salah satu kaedah/cara
orang yang melakukan sihir untuk tuju agar mangsa kena
penyakit kulit.

Yang saya nak cerita nie di panggil ILMU PUTAR GELANG GELANG
di mana mangsa akan mulanya gatal gatal biasa pada seluruh
badan dan bila di garu...lama kelamaan akan tumbuh ruam
bintik bintik merah.

Selepas 6 hari....ruam ruam itu akan sedikit demi sedikit
akan menjadi seperti kudis.Selepas hari ke 8,kudis kudis
itu akan mula membusuk di samping ada evidence seperti
ulat berengga di dalam kudis itu.

Selepas hari ke 11,kudis kudis itu akan bercantum dan mulalah
daging akan mereput dan luruh sedikit demi sedikit.:onf:

hulubelang Publish time 17-8-2004 09:22 AM

:onf::onf: Sambung lagi...

Kaedah pengamal ILMU PUTAR GELANG GELANG ini
ialah dengan menggunakan ulat gonggok,air lendir
siput babi dan sedikit isi siput babi yang di keringkan.

Caranya ialah ulat ulat gonggok itu di keringkan dan
di tumbuk sehingga halus seperti tepung.Lendir
siput babi itu akan di campurkan dengan serbuk
ulat gonggok tersebut bersama sama sedikit serbuk
isi siput babi kering.

Setelah sebati yang di jampi serapah ( aku bagi yang awal
sahaja yee...tak leh semua...).HAI UNGGUH ANGGAH DARI
BUMI,DATANG BERLIMA MENYERAYA AKU,ASAL DARI GAUNG
GUNTUNG........

Selepas itu ramuan itu akan di tapakan selama 11 hari
di bawah busut jantan.

Untuk tujuan mengenakan mangsa....cukuplah hanya
gambar mangsa di bawa berjumpa pengamal sihir itu.
Bomoh itu akan mula membayangkan muka mangsa
sambil mengarahkan Jin Jin untuk membawa serbuk
itu untuk di sembur pada kain baju si mangsa.

Jadi....bila manga memakai baju itu......startlah dengan
gatal gatal.....dan seterusnya

:onf::onf:

eva Publish time 17-8-2004 09:25 AM

Originally posted by hulubelang at 17-8-2004 01:13:
:onf::onf: Okey...let's cerita tentang salah satu kaedah/cara
orang yang melakukan sihir untuk tuju agar mangsa kena
penyakit kulit.

Yang saya nak cerita nie di panggil ILMU PUTAR GELANG GELAN ...

sama2 hulu.. sama la kita share pengalaman dan pengetahuan.. baik tuk panduan... jahat sebagai peringatan kat org lain :)

gina Publish time 17-8-2004 09:51 AM

eva tak tidur lagi?

Minleter Publish time 17-8-2004 01:20 PM

Minleterdah banyak kali terkena sihir... Masa Minleter pregnant dulu this person (Minleter tau sape org ni) dah santaukan Minleter (santau angin).... hampir Minleter misscariage sebab kesan santau tersebut. According tu ustaz yang ubatkan Minleter, kalau lambat di rawat, Minleter boleh meninggal... and baby pulak may be cacat. Because of kesan santau tu, Minleter kena berpantang tak boleh makan rebung, buah salak, and beberapa bahan berbisa lagi for the rest of my life...

Yang buat we all risau and sakit hatinya, baby we all yang affected. Maklumlah, budak kecik, diorang boleh nampak makhluk halus (jin) yang kita tak nampak ni. Masa anak Minleter umur 2 bulan sampai umur dia 4 bulan, dia akan menangis setiap kali Maghrib.... episod menangis ni lasting sampai 2 hours.. kadang2 sampai kejang2 our baby tu... sebabnya ada makhluk halus yang mengacau dia. Alhamdulillah ada ustaz berjaya tolong we all halau makhluk tersebut...

Sampai sekarang ni pun masih ada lagi orang yang antarkan sihir dekat Minleter and family.Bila tetiba anak kitorang menagis without any reason tu, kitorang akan pergi jumpa one ustaz and kitorang dapat tahu the same person hantar something lagi laa kat we all. Dah puas dah Minleter and hubby berubat each time we all terkena sihir. Kitorang dah tak tahu nak buat apa to stop this person from mengganggu hidup kitorang. Kalau ikutkan hati yang marah, mahu jer kitorang balas balik apa yang dia buat kat kitorang, i.e santaukan dia, hantar jin pergi rosakkan rumahtangga dia,, etc.... tapi MInleter and hubby tak nak menanggung dosa pulak...Memang orang tu purposely hantarkan the sihir untuk menyusahkan dan matlamat akhirnya untuk pisahkan Minleter dari hubby...Semoga Allah memberi balasan yang setimpal ke atas manusia berhati busuk ni...

juya79 Publish time 17-8-2004 01:44 PM

kesiannya... hmmm... tak paham betul la manusia nih... camne la bole dia sanggup nak buat benda2 camnih...

eva Publish time 17-8-2004 01:58 PM

Originally posted by Minleter at 17-8-2004 05:20:
Minleterdah banyak kali terkena sihir... Masa Minleter pregnant dulu this person (Minleter tau sape org ni) dah santaukan Minleter (santau angin).... hampir Minleter misscariage sebab kesan santa ...
sabar minleter... org begitu memang org lemah iman tu.. tu pasal sanggup bersekutu dgn syaitan demi dendam kesumat:(

eva Publish time 17-8-2004 02:00 PM

Originally posted by gina at 17-8-2004 01:51:
eva tak tidur lagi?

baru bangun... :):P hehehe

Tok Pin Publish time 17-8-2004 03:00 PM

Ni Tok surf jumpa plak website nih... Kalu nak cuba bleh arrr.... http://www.cemaraemas.tk/

eva Publish time 17-8-2004 04:20 PM

Originally posted by Tok Pin at 17-8-2004 07:00:
Ni Tok surf jumpa plak website nih... Kalu nak cuba bleh arrr.... http://www.cemaraemas.tk/
web apa tu tok??

Tok Pin Publish time 17-8-2004 05:23 PM

Ntahlah tengok cam depa handle kes2 mistik jer... Nak try try ler..

hafizuka Publish time 17-8-2004 09:19 PM

Originally posted by hulubelang at 9-8-2004 07:55 AM:
:onf::onf:Teruk juga yee juya79 bila terkena ilmu sihir nie..

Nie la akibat bila orang yang menuntut ilmu dunia...berkawan
dengan Jin pas tu merosakkan orang lain.....

Ada sesetengah pendapa ...

setahu aku la masa aku mengaji dulu ilmu sihir ni asalnya daripada Harut dan Marut. Yg kisahnya ada dalam al-Quran...

gina Publish time 17-8-2004 09:25 PM

Minleter...sorry aa...gina pm Minleter baru baca posting Minleter..

ok...nanti gina PM minleter nombor ustaz tu yek...

hafizuka Publish time 17-8-2004 09:40 PM

Rasulullah s.a.w pun pernah disihir oleh perempuan Yahudi. Selepas tu turun Jibrail dan Mikail mengajarkan Rasulullah s.a.w supaya membaca 3 Qul dan dihembus ke tapak tangan dan disapu ke seluruh tubuh badan.

Sori la tak ingat surah yang ada sebut tentang ni dan hadith tentang Rasulullah menbaca 3 qul tu untuk sembuhkan sihir. nanti aku cuba cari2 sebab kalau ada nas2 ni sedap sikit nak amal.

Selepas tu Rasulullah tak pernah tinggal amalkannya sebelum tido. kalau ikut budaya melayu ni orang panggil mandi kalimah. Orang silat selalu la amalkan sebelum masuk gelanggang.

apa pun berguru la kalau nak beramal benda2 macam ni. bukan tak baik tapi amalan macam ni kat dalam buku2 banyak tulis terutama buku dari indonesia. ilmu tanpa guru, syaitan la gurunya. Walaupun kita belajar sepotong ayat dari buku. Wallahualam.
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun


ADVERTISEMENT