tangopapa Publish time 20-1-2009 12:37 AM

Balas #30 ahpek\ catat

ade sesetengah orang pakai anak ikan kap merah. Tak pernah try lagi...

Syd Publish time 20-1-2009 09:35 AM

Bagaimanakah untuk membuat Umpan Dedak dengan betul dan apakah bahan-bahan yang perlu dicampukan?

Tiga (3) bahan asas untuk membuat umpan dedak ialah dedak ( seelok-eloknya jenis hong, dedak paling halus), tepung gandum dan air. Sebelum memulakan proses ini, kadar dedak yang diperlukan dicampur sedikit air dan diuli sehingga liat. Jangan campurkan terlalu banyak atau terlalu kurang air, sekadar memadai sahaja supaya dedak menjadi liat dangan terasa sedikit lembap. Kemudian tambah sedikit tepung gandum dan di uli supaya umpan ini menjadi sebati, kental dan tidak rapuh. Untuk memastikan ia sesuai digunakan, ambil segenggam dedak yang sudah di uli tadi dan cuba kopakkan kepada dua (2) bahagian. Sekiranya ia tidak mudah terkopak bermakna umpan dedak sudah sedia untuk digunakan. Bahan-bahan perisa yang boleh ditambah mengikut citarasa ikan setempat seperti serbuk kunyit, perencah kurma, belacan, perahan air kelapa sawit dan sebagainya.

Syd Publish time 20-1-2009 10:04 AM

Ubi gadung bakar umpan udang galah
Oleh Sabaruddin Abd Ghani



http://joran.bharian.com.my/News/Berita/20081219095611/mainpix.jpg
BAKIN (kanan) dan Zakaria menunjukkan ubi gadung mentah yang sesuai dijadikan umpan udang galah.

KUALA KETIL: Dua beranak di Kampung Guar Chempedak di sini, mempunyai cara tersendiri menjinakkan udang galah.

Bakin Hussain, 87, dan anaknya, Zakaria, 52, lebih gemar menggunakan ubi gadung.

“Untuk menarik perhatian udang galah, ubi ara atau di sesetengah tempat dipanggil ubi gadung sesuai dijadikan umpan. Ia cuma perlu dibakar hingga masak sebelum diletakkan dalam bubu,” katanya.

Ubi gadung (sejenis tumbuhan yang batangnya berduri dan hidup menjalar serta melilit batang pokok) bakar itu sukar terlerai walaupun terendam dalam air untuk beberapa hari. Ini menyebabkan ia menjadi rebutan udang galah meratahnya.

Bagi memastikan bubu tidak dihanyutkan arus, bahagian hujungnya perlu diikat tali (lebih baik gunakan dawai) supaya mudah diangkat dari dalam sungai.

Bakin berkata, pada masa dulu seronok menahan bubu kerana hasil tangkapannya biasa berbaloi, berbanding sekarang yang cuma mampu membawa pulang seekor atau dua ekor udang.

Zakaria pula lebih berminat menggunakan jaring yang didapati sesuai dipasang dalam kedudukan melawan arus sungai di kawasan cetek dan berarus deras.

Katanya, bahagian bawah jaring perlu dipasang rapat mencecah dasar sungai supaya udang tidak meloloskan diri daripada terperangkap pada jaring.

“Berdasarkan pengalaman, udang berkumpul di kawasan lubuk yang dipenuhi reba selain berbatu.

“Udang galah di sungai kampung ini dan Sungai Muda, Kuala Ketil pada zaman 60-an hingga pertengahan 70-an cukup banyak serta bersaiz sebesar lengan budak,” katanya sambil memberitahu harga di pasaran kini mencecah antara RM35 dan RM40 sekilogram.

kfc Publish time 20-1-2009 02:43 PM

Originally posted by ahpek at 16-1-2009 10:53 PM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
klau korang nk ngail udang biasa umpan ape plg efektif?:o


Salam............



Ape2 umpan pun boleh.......
Saya lebih suka guna anak udang atau ikan longkang.Kat Kedai Ikan pasti ade...Yang pasti kalau nak Ngail dapat banyak udang banyak Faktor yg perlu di ambil kira.. Bukan setakat umpan saja.......

Kita berusaha sebaik mungkin ..........Rezki kita............

CEO's2001-2009 Publish time 22-1-2009 10:20 AM

Teknik susun umpan

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.

Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

http://joran.bharian.com.my/News/InfoGrafik/20080505141926/mainpix.jpg

CEO's2001-2009 Publish time 22-1-2009 10:22 AM

Cara pintal umpan

CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untuk memastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluar apabila diragut mangsa.

Oleh itu, cara memasukkan umpan juga perlu dilakukan dengan teknik yang sesuai termasuk memintal seperti bahagian sotong yang dipotong ataupun cacing, ruat, perumpun sarang ataupun ulat lundu.

http://joran.bharian.com.my/News/InfoGrafik/20080222160524/mainpix.jpg

CEO's2001-2009 Publish time 22-1-2009 10:23 AM

Simpulan untuk umpan lembut

Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan umpan habis begitu saja.

1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkan baunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kail ke isi ikan berkenaan.

2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi.

3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarang simpulan.

http://joran.bharian.com.my/News/InfoGrafik/20080215174023/mainpix.jpg

CEO's2001-2009 Publish time 22-1-2009 10:25 AM

Simpulan Bulatan Tuna

SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat umpan sama ada hirisan sotong ataupun keratan ikan dalam keadaan air yang berarus tidak kira di laut ataupun sungai.

1. Umpan yang dipotong dimasukkan menerusi mata kail namun kaedah ini ada keburukan sekiranya menggunakan umpan yang lembut kerana ia berkemungkinan akan dimakan ikan yang tidak dikehendaki ataupun bersaiz lebih kecil.

2. Bagaimanapun, umpan akan lebih selamat jika dimasukkan menerusi tali pancing terutama pada tahap air yang lebih dalam.

3. Kemudian lipat umpan dan sekali lagi masukkan mata kail menerusinya untuk memastikan keberkesanan mata kail.

4. Bahagian lebihan umpan mampu menjadi daya penarik apabila ia bergerak dibawa arus.

5. Sekali lagi masukkan mata kail menerusi bahagian terakhir untuk memastikan mata kail terkeluar dari umpan.

6. Ambil sepotong lagi umpan dan lipat kemudian masukkan menerusi mata kail.

7. Tolak bahagian umpan yang terlipat untuk memastikan mata terkeluar dan mengenakan mangsa dengan baik.

http://joran.bharian.com.my/News/InfoGrafik/20080118113659/mainpix.jpg

ahpek Publish time 23-1-2009 02:33 AM

Reply #43 Syd's post

syd..ubi gadung ni ubi ape erk?kat sini mungkin panggilan lain:L :L
nampak cam ubi badak je..xtau la ye ke x:funk:

Syd Publish time 31-1-2009 04:51 PM

Biji kekabu pikat udang galah


SOAL:

1. Adakah warna tali utama mempengaruhi ikan makan umpan.

2. Puyu paling suka umpan apa?

3. Umpan yang paling sesuai untuk udang galah.

4. Bagaimana cara memasang umpan isi kerang dan anak udang?

5. Bagaimana menggunakan biji kekabu

6. Umpan paling berkensan untuk lampam merah.

7. Apakah warna janggut sesuai untuk ikan haruan?

8. Apakah itu umpun-umpun?

HAFIZ AIMAN Abdullah,
Sik, Kedah.

JAWAB:

1. Warna tali utama tidak penting buat ikan tetapi penting untuk sesetengah pemancing melihat kedudukan dan tahap pergerakan tali utama berkenaan.

2. Larva kerengga boleh disifatkan satu umpan terbaik memancing puyu. Selain itu, cacing kecil dan rumpai juga digemari puyu.

3. Perumpun, anak udang sungai dan cacing.

4. Isi kerang dicangkuk pada bahagian perut (tengah) atau isi atas yang pejal. Untuk memancing udang galah, kita perlu membuang hujung ekor anak udang dan sedikit bahagian kepala bersama taji udang. Pasang mata kail dari ekor hingga ke bahagian kepala.

5. Gunakan mata kail kecil, halus dan tajam. Cangkuk keseluruhan biji kekabu dan pakai pelampung supaya biji kekabu berada di permukaan air.

6. Semua umpan yang digemari lampam boleh anda anggap sebagai umpan 憄ower

Syd Publish time 31-1-2009 04:54 PM

Umpan untuk pelbagai jenis ikan


SOAL: Apakah umpan sesuai untuk ikan kuku, semilang, kelah, toman, belida, jenahak, sepat, haruan, belanak, ketutu, baung, keli, tapah, sebarau.

Soalan terkumpul daripada pemancing

JAWAB: Saya huraikan secara ringkas mengikut senarai dan pilihan kaki pancing. Umpan yang diterangkan adalah merujuk kepada umpan biasa (kaedah tradisional) tanpa menyentuh pengunaan atau umpan tiruan. Untuk udang galah umpan yang sesuai ialah perumpun, anak udang beras, anak ikan guppy, isi ikan, hati dan jantung ayam, isi remis, isi kerang, adunan dedak campur belacan. Kuku (ketam angin, anak ketam pasir, udang sungai, udang kayu, udang kantong, roti canai, ayam goreng). Semilang (Udang sama ada hidup dan mati lintah sungai, perumpun, sotong kurita, isi ikan, ikan belanak, bebolos, isi siput, anak ketam. Kelah (kelapa sawit peram, buah merih, udang sungai, buah nerang). Toman (anak ikan hidup lampan, tengas, sebarau, keli), belida (ikan anak ikan hidup seperti parang, terbul, tengas, talapia susur batang). Jenahak (udang hidup, cumit hidup, udang lipan, sotong kurita, belanak, anak gelama, anak bebolos, perumpun, hirisan isi ikan segar). Sepat (lumut, cacing kecil, telur kerengga, nasi). Haruan (katak, anak ikan, udang sungai, cacing, belalang, cengkerik). Belanak/tamok/andeng (roti yang digumpal kecil). Ketutu (anak ikan, hirisan / ketulan isi ikan, udang sungai). Baung (umpan peram, ulat lundi, udang sungai, isi ikan, cacing, dedak, perut, usus atau hati ayam). Keli (cacing, cengkerik, udang sawah). Tapah (hampir semua anak ikan sungai, anak keli, udang galah, ulat lundi). Sebarau (anak seluang atau ikan parang kedai akuarium, tebal sisik, anak lampan, anak terbul, anak ikan tengas, udang sungai).

Syd Publish time 31-1-2009 06:43 PM

Buah merih, ara, sawit perangkap kelah


SOAL: Apakah umpan terbaik memancing di hulu sungai?

RAFI, Hulu Langat.

JAWAB: Saya rumuskan antara umpan pilihan kaki pancing ketika berkunjung hulu sungai adalah kelapa sawit yang direndam semalaman, cengkerik, cacing, lipan, buah merih, buah ara, ulat sagu, udang sungai dan anak ikan. Diet dan umpan yang digunakan hasilnya adalah bergantung kepada jenis ikan yang hendak dipancing. Kelah, tengas dan sebarau adalah buruan utama di kawasan ini.

Syd Publish time 31-1-2009 06:43 PM

Perambut pancing pantai memadai 1 meter


SOAL: Berapa panjang perambut yang sesuai untuk memancing pari dan jenis umpan untuk pikat pari dari pesisir pantai.

RAZALI, Jalan Kuching, KL.


http://joran.bharian.com.my/News/PokMud/20090123175006/mainpix.jpg


JAWAB: Panjang perambut untuk memancing di pantai memadai satu meter kerana jika terlalu panjang maka anda akan mengalami kesukaran untuk lontaran nanti (rujuk lakaran gambar untuk teknik perambut untuk pancing pantai).

Antara umpan pilihan untuk memancing pari ialah udang hidup, ketam angin, anak bebolos sebesar jari manis, sotong kurita, hirisan ikan selayang atau selar kuning, anak gelama, sotong dan udang pasar.

Syd Publish time 31-1-2009 06:44 PM

Teknik pancing bulan di bekas lombong


SOAL: Bagaimana teknik memancing ikan bulan di kawasan bekas lombong? Apakah umpan paling sesuai dan cara mengelak tersangkut apabila kita menggunakan teknik dasar?

JULE, Bandar Melaka.

JAWAB: Ikan bulan memburu hampir semua krutesia kecil dan anak ikan. Seperti ikan siakap, ikan bulan dapat menyesuaikan diri di habitat air tawar dan mampu membiak dengan baik berbanding siakap. Untuk ikan bulan yang mendiami air tawar, saiznya atau tahap pembesaran lebih kecil berbanding ikan bulan air masin.

Untuk memancing ikan bulan di kawasan bekas lombong, udang air tawar paling sesuai digunakan. Jika ingin kepuasan yang lebih teknik casting, gewang kecil berukuran 5 sentimeter adalah teknik paling popular masa kini. Begitu juga kalau menggunakan pancing layang, anda akan mengalami kepuasan lebih teruja kerana ikan menyambar ketika joran dalam genggaman.

Kalau dasar yang dilawati adalah kawasan reba dan terdapat halangan maka teknik pancing apollo adalah kaedah terbaik. Sebaik saja ladung mencecah dasar, angkat dan karau tali pancing mengikut panjang perambut paling kurang tiga depa. Ini bertujuan supaya umpan yang dilabuhkan tergantung keadaan dasar. Jika kita dapat menghindari umpan terlalu hampir dengan dasar yang banyak reba, kemungkinan tali sangkut adalah minimum.

Syd Publish time 31-1-2009 09:33 PM

Simpulan Bulatan Tuna


http://joran.bharian.com.my/News/InfoGrafik/20080118113659/mainpix.jpg



SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat umpan sama ada hirisan sotong ataupun keratan ikan dalam keadaan air yang berarus tidak kira di laut ataupun sungai.

1. Umpan yang dipotong dimasukkan menerusi mata kail namun kaedah ini ada keburukan sekiranya menggunakan umpan yang lembut kerana ia berkemungkinan akan dimakan ikan yang tidak dikehendaki ataupun bersaiz lebih kecil.

2. Bagaimanapun, umpan akan lebih selamat jika dimasukkan menerusi tali pancing terutama pada tahap air yang lebih dalam.

3. Kemudian lipat umpan dan sekali lagi masukkan mata kail menerusinya untuk memastikan keberkesanan mata kail.

4. Bahagian lebihan umpan mampu menjadi daya penarik apabila ia bergerak dibawa arus.

5. Sekali lagi masukkan mata kail menerusi bahagian terakhir untuk memastikan mata kail terkeluar dari umpan.

6. Ambil sepotong lagi umpan dan lipat kemudian masukkan menerusi mata kail.

7. Tolak bahagian umpan yang terlipat untuk memastikan mata terkeluar dan mengenakan mangsa dengan baik.

Syd Publish time 31-1-2009 09:36 PM

Simpulan untuk umpan lembut



http://joran.bharian.com.my/News/InfoGrafik/20080215174023/mainpix.jpg


Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan umpan habis begitu saja.

1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkan baunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kail ke isi ikan berkenaan.

2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi.

3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarang simpulan.

Syd Publish time 31-1-2009 09:37 PM

Cara pintal umpan


http://joran.bharian.com.my/News/InfoGrafik/20080222160524/mainpix.jpg


CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untuk memastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluar apabila diragut mangsa.

Oleh itu, cara memasukkan umpan juga perlu dilakukan dengan teknik yang sesuai termasuk memintal seperti bahagian sotong yang dipotong ataupun cacing, ruat, perumpun sarang ataupun ulat lundu.
emel Emel Artikel cetak Cetak Artikel

Syd Publish time 31-1-2009 09:37 PM

Teknik susun umpan

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.

Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.


http://joran.bharian.com.my/News/InfoGrafik/20080505141926/mainpix.jpg

spitfire007 Publish time 3-2-2009 03:44 PM

attee, wehh!!!

teman pakae umpan roti gardenia dgn perambut mata banyak tapi bukan rambai. sesuai utk lamapam, terbui, sia, tengalan dll ikan yg makan roti. bilangan mata ikut suka hati laa. teman pronah naikkan 7 ekor lampam sebesor tapak tangan serentak tapi masa tu dema mmg tgh feeding frenzy :lol: :lol:

http://i547.photobucket.com/albums/hh451/pacman007foto/AA_Misc/MC090203_LayangUmpRoti.jpg

Syd Publish time 23-2-2009 04:37 PM

Rahsia umpun-umpun
Oleh Amran Abdullah


http://joran.bharian.com.my/News/Berita/20080314101116/mainpix.jpg
LARIS: Mohd Amin (tengah) menjual umpun-umpun kepada pelanggan.

MELAKA: Mati ikan kerana umpan. Ini termasuk umpan yang dikenali sebagai umpun-umpun atau disebut dengan pelbagai nama lainnya seperti perumpun, pun-pun, perompong, cacing hitam dan cacing belut yang terbukti ada keistimewaan tersendiri.

Umpun-umpun yang bersaiz besar dan dikerat beberapa bahagian sebelum dicangkukkan pada mata kail, memiliki tarikan tersendiri kepada ikan yang dipancing di laut.

Masakan tidak, ikan bersaiz besar turut tewas di mata kail yang berumpankan umpun-umpun ini.

Dua sahabat, Zaidi Kamarudin, dan Mohd Amin Abdullah, mencari umpan di persekitaran pantai berpasir sekali gus bersama sebilangan kecil pemancing di Pangkalan Balak di sini menjual umpun-umpun ini pada setiap masa.

Semua ini bagi memenuhi minat pemancing untuk menggunakan umpan semula jadi itu.

Zaidi berkata, pemancing bukan tidak boleh mencari sendiri umpan di pantai, sebaliknya mereka tidak mahu bergelumang dengan selut atau tanah kotor sewaktu mencari umpun-umpun.

“Pencari umpun-umpun juga perlu tahu tempat atau lubuknya yang betul.

“Lagi besar saiz umpun-umpun, lagi tinggi permintaannya. Sebaliknya, penjual umpun-umpun juga meletakkan harga yang tinggi yang turut bergantung pada saiz dan jenis umpun-umpun,” katanya.

Katanya, faktor harga tidak menjadi masalah kepada pemancing yang benar-benar berkehendakkan umpun-umpun besar dan hidup pula.

Mohd Amin pula berkata, mereka mencari sekurang-kurangnya tiga jenis umpun-umpun iaitu pasir, merah dan jangkau.

Umpun-umpun pasir dan merah dijual RM4 sebungkus yang mengandungi 10 hingga 15 ekor.

Umpun-umpun pasir pula sesuai untuk memancing ikan bolos, gelama dan sembilan, kata Mohd Amin.

Umpun-umpun jangkau pula dijual antara RM5 hingga RM6 sebungkus. Umpan ini digunakan khusus bagi memancing ikan duri, jenahak, jengah dan gubal.
emel Emel Artikel cetak Cetak Artikel
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: Umpan & simpulan ikat umpan


ADVERTISEMENT