dexa posted on 4-11-2008 07:57 PM

Sukan Commonwealth New Delhi 2010 -

http://img185.imageshack.us/img185/5116/delogojk5.jpg



There are 17 disciplines planned for the 2010 Commonwealth Games.

* Aquatics
* Archery
* Athletics
* Badminton
* Boxing
* Cycling
* Gymnastics
* Hockey
* Lawn Bowls
* Netball
* Rugby 7s
* Shooting
* Squash
* Table Tennis
* Tennis
* Weightlifting
* Wrestling

+ Kabaddi will also be a demonstration sport at the 2010 Games.

+ The triathlon appears likely to be excluded from these games as there is no suitable location for the swimming stage. The organisers have also proposed removing basketball, but want to include archery, tennis, and billiards and snooker for men.

Cricket, although in strong demand, may not make a come-back as the Board of Control for Cricket in India were not keen on a Twenty20 tournament, but the organisers did not want a one day tournament.


[ Last edited by  dexa at 19-1-2009 11:00 PM ]

dexa posted on 4-11-2008 11:40 PM


The logo for the 2010 Commonwealth Games was revealed on 6 January 2008 at an event taking place at the India Gate. The logo is inspired by the Ashoka Chakra, a symbol of freedom, unity, and power. Its spiraling upwards symbolizes India's rise as a global power and its transition from tradition to modernity. The colours symbolize India's vibrant and diverse culture and people, and each part of the logo symbolizes India welcoming the 71 Commonwealth nations and territories.

Host city - Delhi, India

Nations participating - 85 Commonwealth Teams

Athletes participating - TBA

Events - 17 disciplines

Opening ceremony - 3 October 2010

Closing ceremony - 14 October 2010

Queen's Baton Final Runner - TBA

Main Stadium - Jawaharlal Nehru Stadium

Motto - "COME OUT AND PLAY"

M.a.s.c.o.t - "Shera"

http://img55.imageshack.us/img55/5539/commas1sn3.jpg


http://img55.imageshack.us/img55/4273/commas2vp4.jpg

[ Last edited by  dexa at 19-1-2009 10:33 PM ]

seribulan posted on 12-1-2009 03:34 PM

update: Sukan Komanwel

-will update-

dexa posted on 19-1-2009 10:54 PM


Jawaharlal Nehru Stadium - Opening and Closing ceremonies, Athletics, Lawn bowls, Weightlifting

http://img404.imageshack.us/img404/5669/comd01ra6.jpg



SPM Swimming Pool Complex - Aquatics

http://img404.imageshack.us/img404/224/comd02qm5.jpg


Indira Gandhi Arena - Archery, Cycling, Gymnastics, Wrestling

http://img404.imageshack.us/img404/8827/comd04bt2.jpg


Delhi University sports complex - Rugby 7s

http://img404.imageshack.us/img404/9771/comd05up0.jpg




[ Last edited by  dexa at 19-1-2009 11:36 PM ]

dexa posted on 19-1-2009 11:37 PM




Tyagaraj Sports Complex - Netball

http://img404.imageshack.us/img404/1549/comd06tm2.jpg



Major Dhyan Chand National Stadium - Hockey

http://img404.imageshack.us/img404/2769/comd3wl4.jpg




* Siri Fort Sports Complex - Badminton, Squash
* Dr. Karni Singh Shooting Range - Shooting
* Talkatora Stadium - Boxing
* RK Khanna Tennis Complex - Tennis
* Yamuna Sports Complex - Table tennis

dexa posted on 20-1-2009 11:11 PM

http://img232.imageshack.us/img232/6361/delschedulejq5.jpg

amazed posted on 25-2-2009 07:17 PM

25 Februari, 2009

  Persiapan Sukan Komanwel 2010 Lemah, Kata Panel

Oleh P. Vijian


NEW DELHI, 25 Feb (Bernama) -- Tidak sampai 20 bulan menjelang kejohanan Sukan Komanwel 2010, sebuah panel anggota parlimen India mendedahkan bahawa ibu negara India ini tidak dilengkapi secukupnya daripada segi kemudahan, untuk menjadi tuan rumah kejohanan sukan antarabangsa itu mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengangkutan, Pelancongan dan Kebudayaan Sitaram Yechury mendedahkan fakta yang mengejutkan mengenai kelemahan dalam membuat persiapan itu dan penganjur pula sama sekali tidak bersedia untuk menganjurkan kejohanan berkenaan.

"Jawatankuasa ini cemas memikirkan bahawa kiraan detik menjelang Sukan Komanwel telahpun bermula namun nampaknya infrastruktur masih belum mencukupi dalam semua sektor seperti jalan raya, lapangan terbang, penginapan, pengangkutan, hiburan, kemudahan asas, parkir, pusat maklumat, keselamatan, stadium dan bekalan tenaga," kata Yechury, yang merupakan Anggota Parlimen CPM (Communist Party of India-Marxist) kepada media.

Kejohanan 12 hari itu, yang dijangka disertai 71 negara dan wilayah yang menganggotai Komanwel, dijadual berlangsung di Delhi mulai 3 hingga 14 Okt, 2010.

Laporan itu menyebut bahawa sungguhpun peruntukan sedia diperoleh daripada Kementerian Pelancongan, tiada cadangan dibuat untuk pembangunan infrastruktur bagi kejohanan berkenaan, malah bilik hotel juga tidak mencukupi.

"Memandangkan Sukan Komanwel 2010 semakin hampir, terlalu banyak projek masih belum dimulakan, apatah lagi disiapkan. Dalam keadaan seperti itu, ketiadaan apa-apa cadangan oleh NCT (Wilayah Ibu Negara) Delhi memeranjatkan jawatankuasa ini," kata Yechury.

Panel itu menyatakan jika pembangunan dilaksanakan pada tahap semasa, akan berlaku kekurangan 16,000 bilik memandangkan jumlah hotel juga terhad.

-- BERNAMA

amazed posted on 25-2-2009 07:18 PM

25 Februari, 2009   Amirul Hamizan Sasar Emas Sukan Komanwel New Delhi 2010


KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Atlet angkat berat negara Amirul Hamizan Ibrahim berazam untuk memberi lebih tumpuan kepada persiapan menghadapi temasya Sukan Komanwel di New Delhi pada 2010 berbanding kejohanan lain.

"Keutaman saya adalah untuk memperoleh pingat emas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Amirul Hamizan adalah pemenang tiga pingat emas pada Sukan Komanwel Manchester pada 2002.

Beliau kini menunggu keputusan Majlis Sukan Negara sama ada untuk menghantarnya ke Kejohanan Dunia IWF di New Caledonia ataupun ke Kejohanan Angkat Berat Asia di Kazakhstan pada Mei nanti.

"Saya tidak kisah sama ada dihantar ke New Caledonia ataupun Kazakhstan tetapi yang paling penting ialah saya dapat memperbaiki kedudukan saya dalam senarai terbaik dunia," katanya.

Amirul Hamizan, yang berasal dari Pahang, kini berada dalam kedudukan kelapan dalam senarai terbaik dunia bagi kategori 56kg.

-- BERNAMA

naen posted on 2-3-2009 03:30 AM

MOM yakin India mampu anjur Sukan Komanwel
+ berita harian

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) yakin India mampu menganjurkan Sukan Komanwel yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 14 Oktober 2010 di New Delhi, serta menyediakan prasarana yang diperlukan mengikut jadual.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, apa yang dialami New Delhi sebagai penganjur Sukan Komanwel adalah sama seperti yang dialami Malaysia ketika menganjurkan temasya sama pada 1998 yang pada masa itu mengalami krisis ekonomi dunia tetapi masih mampu menyediakan kemudahan dan menganjurkannya.

"Sekarang, keadaan ekonomi dunia tidak stabil. Mungkin mereka juga mengalami krisis ekonomi. (Namun) saya rasa soal cepat atau lambat sesuatu kemudahan sukan bukan satu masalah kerana mereka mempunyai tenaga kerja yang ramai dan murah," katanya.

Media melaporkan sebuah panel anggota parlimen India mendedahkan ibu negara India itu, kemudahan sukan yang dibina untuk temasya sukan antarabangsa itu gagal mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengangkutan, Pelancongan dan Kebudayaan, Sitaram Yechury mendedahkan fakta yang mengejutkan mengenai kelemahan dalam membuat persiapan itu dan penganjur pula sama sekali tidak bersedia untuk menganjurkan kejohanan berkenaan.

Kok Chi berkata kerajaan India berupaya menganjurkan sukan bertaraf dunia itu memandangkan negara berkenaan berpengalaman menganjurkan Sukan Asia sebelum ini.

India pernah menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia pada 1951 dan 1982, dan pemilihan New Delhi menjadikan India negara rantau Asia kedua selepas Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.

Temasya sukan kedua terbesar dunia itu dijangka disertai atlit dari 71 negara bekas tanah jajahan British, dan mempertanding 17 jenis sukan.

amazed posted on 8-3-2009 11:06 AM

Sukan Komanwel dijamin selamat
Oleh Lukman Salleh
http://www.bharian.com.my/Sunday/Sukan/20090308070316/mainpix1.jpg



New Delhi beri jaminan temasya 2010 berlangsung ikut jadual

NEW Delhi memberi jaminan kepada negara anggota Komanwel bahawa temasya Sukan Komanwel 2010 yang bakal diadakan di ibu negara India itu akan berlangsung mengikut jadual dan semua hal berkaitan pembinaan prasarana sukan akan dapat disiapkan sepenuhnya.

Jawatankuasa penganjur juga memberi jaminan faktor keselamatan bakal menjadi keutamaan tatkala lebih 40 negara Komanwel dengan kira-kira 7,000 atlit dan pegawai berhimpun selama 10 hari di New Delhi.

Surat yang diedarkan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Komanwel New Delhi, Suresh Kamadi kepada semua negara anggota Komanwel bertujuan untuk meredakan kebimbangan mengenai keupayaan bandar raya itu menganjurkan temasya berkenaan.

“Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ada menerima surat daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel New Dehli kelmarin, yang memaklumkan temasya itu akan berlangsung mengikut jadual tanpa ada sebarang kelewatan,

amazed posted on 16-9-2009 11:35 PM

16 September, 2009

India Yakin Venue Sukan Komanwel 2010 Siap Ikut Jadual

Oleh P.Vijian

NEW DELHI, 16 Sept (Bernama)-- Tuan rumah Sukan Komanwel 2010 mempertahankan kedudukan mereka dengan berkata India mampu menganjurkan sukan itu sehingga menjadi edisi terbaik pernah dianjurkan dalam sejarah sukan komanwel, sekali gus membalas kritikan yang dilemparkan Presiden Persekutuan Sukan Komanwel Michael Fennell.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Suresh Kalmadi yang kini tertekan akibat kelewatan pembinaan kemudahan infrastruktur dan keseluruhan persediaan untuk sukan itu mempertahankan komitmen India untuk menganjurkan sukan itu dengan mengatakan semua kerja berada pada landasannya.

"Sukan Komanwel akan diadakan mengikut jadual dan ia akan berjaya. Kami mengakui sesetengah kerja-kerja awal agak lewat tetapi kami mempunyai tempoh setahun lagi untuk menganjurkannya, semua stadium akan siap sedia," kata Kalmadi dalam sidang media khas di sini Rabu.

Ahad lepas, Fennell menyuarakan kesangsiannya terhadap pihak penganjur dan meminta campur tangan Perdana Menteri India Manmohan Singh bagi menyelamatkan temasya sukan itu.

Fennell menyuarakan kebimbangan itu selepas jawatankuasa penyelaras persekutuan itu mengeluarkan satu laporan yang mengatakan bahawa India masih jauh di belakang dari segi persediaan dan sangsi sama ada sukan itu mampu dianjurkan pada tarikh yang ditetapkan dari 3 hingga 14 Okt 2010.

Kalmadi memberitahu media bahawa laporan jawatankuasa itu dibuat enam bulan yang lepas dan dalam tempoh itu telah banyak kerja yang telah disiapkan.

"Tiga laporan audit dalaman dibuat tanpa komen yang buruk mengenai persiapan sukan itu," katanya.

Kalmadi berkata pihak kerajaan dan pembangkang mempertahankan penganjuran sukan antarabangsa itu yang dianjurkan buat kali kedua di rantau Asia dengan melibatkan lebih 7,000 atlet dari 70 negara.

-- BERNAMA
Page: [1]
View full: Sukan Commonwealth New Delhi 2010 -