adekiut posted on 23-1-2009 04:53 PM

Bateri Kering dan Bateri Air

Salam semua...

Tak tau lah topik nie dah ada ke belum...

Nak minta pendapat semua yang pakar2 tentang hal2 dalaman kereta... apa bezanya menggunakan Bateri Kering dan Bateri Air.. boleh tak senaraikan keburukan dan kebaikkan kedua-dua bateri tersebut....

Terima kasih....

jofizo posted on 23-1-2009 05:05 PM

basah2 ada air la sedap......

batu_bergolek posted on 23-1-2009 05:52 PM

Reply #2 jofizo's post

haha, jawapan mengancam :lol: :lol:

t@t posted on 23-1-2009 05:55 PM

Bateri kereta ada 2 jenis
1) Sel Basah
2) Sel Kering
Kedua-duanya mempunyai cara penjagaan yang berbeza

1)Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaankenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali(Kalau selalu pakai kereta pada waktumalam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalahperiksa 2 atau 3 minggu sekali.

2)Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri.

Memandangkan cara penjagaannya berbeza sel kering lebih mahal daripada sel basah.
Harga bateri bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaanserta bilangan plate dalam bateri.Biasanya N40Z (Kancil,Kelisa,Kenaridll) harganya RM125-RM145,NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja dll) RM145-RM160.NS 70/L RM180-RM210.Ini untuk sel basah sahaja,jika selkering harganya '+' RM50 lagi.

Bateri mempunyai ketahanan yang berbeza,bergantung kepadajenis,cara penjagaan,cara penggunaan dan kekerapan penggunaan.Bateribaru biasanya mempunyai jaminan selama setahun(petrol) dan 6 bulan(diesel).

Bateri boleh "kong" disebabkan
1) sudah tua,lama,uzur,sampai masa
2) alternator( kerja dia cas bateri ), sudah rosak,belt longgar atau
3) wiring,fius (jarang2 la kalu kereta baru
4) tak tutup lampu (boleh jadi jugak)

Sistem alarm kereta tak boleh buat bateri kereta anda kong (kecualisalah wiring),disebabkan alarm akan 'draw current' kurang daripada 5Ampere(standby or lock mode).Kecuali dah lebih 3 minggu tak startkereta.
Mungkin masa anda nak start kereta,tiba-tiba alarm berbunyi.Initandanya bateri ada masalah.Sebabnya masa kita start kereta,hampir 90%tenaga bateri digunakan starter(Benda ni guna dia start kereta)

PASTIKAN juga terminal bateri anda tidak "bersalji" dan bersih

[ Last edited by  t@t at 23-1-2009 06:04 PM ]

batu_bergolek posted on 23-1-2009 06:01 PM

Reply #1 adekiut's post

sebenarnya MF battery bukannye sel kering, Cuma disebabkan dia pakai Calcium based dan kadar evaporate nyer sangat minima. Cuba goncang bateri MF keta ko, still boleh dgr air berkocak.

Cell kering, itu mcm bateri kita pakai utk lampu picit atau mp3 player (AA,AAA,C dan D)

pada aku dari segi longevity. battery biasa (yg kene top up air) lagi tahan lame, dari MF battery. tapi as technology catch up MF battery pun dah ok.

dari segi harga, beza setakat 50-70 ringgit jer.

[ Last edited by  batu_bergolek at 23-1-2009 06:06 PM ]

t@t posted on 23-1-2009 06:02 PM

tips...

Jaga bateri kereta secara berkala - Harian Metro

BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda. Justeru, penjagaan bateri perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus membantutkan aktiviti harian anda.

Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu anda mengelak kejadian tidak diingini.

- Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.

- Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.

- Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.

- Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian.

- Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.

- Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya.

- Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat.

- Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.

- Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi.

- Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.

d34n posted on 24-1-2009 01:06 AM

Reply #6 t@t's post

skemanye jawapan ko tat..;P

t@t posted on 24-1-2009 08:56 AM

Reply #7 d34n's post

pengarang skima terbaik 2008 kekdah nya.....well,apa nak buat kan,org kasi kita hambek.....wakkakkaa;P

mycos79 posted on 24-1-2009 09:00 AM

Reply #8 t@t's post

guna jeli tuh...ky jelly..ke t@t.............:lol: :lol: ;P

t@t posted on 24-1-2009 09:22 AM

tak...mcm kuih puding or agar2:$


:lol:

takumi86 posted on 24-1-2009 01:27 PM

Reply #1 adekiut's post

beza pakai MF and biasa ni..
tengok baper kali ko bukak hood bonet depan tu.. utk see see look look enjin maa..  btw, kalau kakimotor dan keter ys sejati.. pakai bateri air laaaa

zaipen posted on 24-1-2009 09:30 PM

aku dah terkena 2 kali...pakai MF ni ngam2 setahun je kong...keta hari2 drive...tp bile pakai yg biasanye tahan lak...mgkin nasib aku x baik kot

dora_sue posted on 24-1-2009 10:11 PM

baru dora tahu..selama nih tahu bawa jer kete..tak pernah check pun..kalu bateri baru biasa tahan berapa lama ek..kete dora dah masuk tahun ke3..tak pernah tukar bateri lagi..

drebartaxi posted on 24-1-2009 10:46 PM

Originally posted by dora_sue at 24-1-2009 10:11 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
baru dora tahu..selama nih tahu bawa jer kete..tak pernah check pun..kalu bateri baru biasa tahan berapa lama ek..kete dora dah masuk tahun ke3..tak pernah tukar bateri lagi..


;P ...dia belum TERkena lagi...dia belum TERkena lagiiii...tup-tup nanti kang menolak tgh2 jalan woooo:'(
baik pi check cepat, atau tukar je...dah 3 tahun tu..bahaya tuuuuu

dora_sue posted on 24-1-2009 10:54 PM

Balas #14 drebartaxi\ catat

macam mana nak check..tak tau..pastu kalu takde bateri..tengah2 jalan bleh mati ker or guna time nak start kete jer?

dora_sue posted on 24-1-2009 10:55 PM

tuh ar..bimbang gak..tayar dah tukar..bateri blom tukar...

drebartaxi posted on 24-1-2009 11:21 PM

Reply #16 dora_sue's post

tgh2 bawak masa ada momentum tu, tk la buleh mati enjen...tapi bila jem? aircon tarik kuasa muasa semua tu...ishhh dah ler, esok tukau aje...beli kat kedai spare part, bley dpt dlm RM80-100
aku dah kena dah dulu...seriau looo..
masa tu malam hari, dlm pukul 11.30pm...on d way nak balik kerja la tu...badan dah penat, kena lak mcm tu..ishhhh:L

dora_sue posted on 24-1-2009 11:32 PM

Balas #17 drebartaxi\ catat

uih..menakutkan..dah ler lusa nak balik kampung..ingatkan kalu kit anak start jer nak pakai bateri..

drebartaxi posted on 24-1-2009 11:54 PM

Reply #18 dora_sue's post

balik kampunggg....wooo wooo balik kampungg...:bye:

dora_sue posted on 24-1-2009 11:57 PM

Balas #19 drebartaxi\ catat

tawakal jelah..balik kampung baru tukar:lol: :lol: :lol:

drebartaxi posted on 25-1-2009 12:48 AM

Reply #20 dora_sue's post

alaaaaa....taxi/keta sewa pun banyak :lol:

dora_sue posted on 25-1-2009 08:55 PM

Balas #21 drebartaxi\ catat

mahal arr..tapi nak tukar ar bateri esok lusa..takut gak..

medangmru posted on 25-1-2009 09:46 PM

walaupun aku leh dapat rega murah blei Bateri MF...tp bateri air tetap jadik pilihan hatiku....selain jimat...tahan lama wooooooo...:D :D :D

t@t posted on 25-1-2009 09:50 PM

Reply #23 medangmru's post

jimat mcmna tu med..?harga x byk beza kan..?haritu tgk beza bateri air dgn sel kering beza rm30 jer....

medangmru posted on 25-1-2009 09:52 PM

Reply #24 t@t's post

Errrrrr....co aku mmg ada juai bateri...staff dpt special price....ada diskaun dlm RM40-50 drpd rega asal..:$ :$ :$
Page: [1] 2
View full: Bateri Kering dan Bateri Air