yana1003 posted on 17-2-2009 09:06 AM

kesan Implan

saya nak tanya sesiapa yg memakai implan sebagai perancang keluarga, adakah berat badan naik, saya dah pakai implan selama setahun, berat badan naik mendadak, sekarang kena diet, tak tahulah cam ne, naik tang perut  n punggung,

CEO's2001-2009 posted on 17-2-2009 09:26 AM

Reply #1 yana1003's post

CEO tak pakai..implan tu apa yer? :o yang plastic surgery tu ker?

maksubita posted on 17-2-2009 09:36 AM

bagus gak topic ni, baru cadang nak guna implan nak tgk feedback dulu. member sy pakai implan mmg berat dia naik pastu time dia period pening2 kepala... Biras saya kata klu seseorg tu serasi ngan suntik perancang kuarga dia juga akan serasi ngan implan.

matryoshka7 posted on 17-2-2009 10:04 AM

tak tau..takde pengalaman lg....

BabeYSHa posted on 17-2-2009 10:57 AM

:) lom tawen agie... takleh nak komen apa... rasanya kalo ko mukak kat bod PARENTING isu neh.. insya-allah ramai yg leh tolong :D

srisaujana posted on 17-2-2009 11:47 AM

Originally posted by yana1003 at 17-2-2009 09:06 AM http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif
saya nak tanya sesiapa yg memakai implan sebagai perancang keluarga, adakah berat badan naik, saya dah pakai implan selama setahun, berat badan naik mendadak, sekarang kena diet, tak tahulah cam  ...

I merancang sendiri:loveliness:  x pernah pakai impian ,injection atau mkn pil perancang:loveliness:

ziela81 posted on 17-2-2009 11:56 AM

klu pakai injection setiap 3 bln tu ok ke?

maksubita posted on 17-2-2009 02:07 PM

Originally posted by ziela81 at 17-2-2009 11:56 AM http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
klu pakai injection setiap 3 bln tu ok ke?

baru ni amik suntikan kat klinik putrajaya, suntik tu dah 2 bulan sekali, dulu 3 bln skali. tapi suntikan sy bengkak dan gatal, nurse kata depa tukar ubat lain, mmg ramai komplen bengkak

sosimple posted on 18-2-2009 12:30 AM

apa bende nie :o :o :o

share2 la ngan kami anak dara nie :$ :$

alphalfa posted on 18-2-2009 12:54 AM

breast implant tau le..;P

implan kat mane tu?

ziela81 posted on 18-2-2009 12:54 PM

ni suntikan cegah hamil..

libra_gurlz posted on 18-2-2009 03:19 PM

Originally posted by sosimple at 18-2-2009 12:30 AM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
apa bende nie :o :o :o

share2 la ngan kami anak dara nie :$ :$

implan @ implanon nie adalah alat utk merancang keluarga...
senang citer, nak elak pregnant (org blum kawin jgn gatai nak pakai ek)..
implan akan dimasukkan di bawah lengan......

http://img132.imageshack.us/img132/6465/impneeuo9.jpg
ni rupa implanon tu........

http://img22.imageshack.us/img22/9397/insertionicowc0.th.gif

ni cara implanon di pasang.......

alphalfa posted on 18-2-2009 05:14 PM

owhhh...benda ni mcm perisik gune je..hati2..tah2 FBI leh pantau n leh mind control lak...sape tau..:o

sosimple posted on 18-2-2009 05:46 PM

Reply #12 libra_gurlz's post

pasang kat lengan??... pastuh cemana dia cegah kehamilan tuh :o :o :o :funk: :funk: :funk:

libra_gurlz posted on 19-2-2009 07:25 AM

Originally posted by sosimple at 18-2-2009 05:46 PM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif
pasang kat lengan??... pastuh cemana dia cegah kehamilan tuh :o :o :o :funk: :funk: :funk:

ni LG quote dari internet........

Jika masyarakat dahulu menggunakan kaedah tradisional sepertimemakan air rebusan akar kayu atau jamu untuk mengelak hamil,kemunculan pil kontrasepsi dan kondom turut memberi ¡®kelegaan¡¯ bagipasangan yang ingin merancang keluarga. Dan kini dengan hadirnyapelbagai lagi jenis kontrasepsi yang selamat, berkesan, mudah digunakandan murah menjadikan perancangan keluarga bukan lagi perkara yang sukar.


Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum digunakan secara menyeluruh adalah implanon.
¡°Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasanghanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.


Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidakmemerlukan sebarang tindakan harian,¡± kata Dr. Hamizah Mohd. Hassandari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan PembangunanKeluarga Negara (LPPKN).
Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangatberkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan.Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanonyang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semulaselepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidakmengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.


¡°Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,¡± jelasnya.
Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkanmukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan spermake dalam tiub fallopian.
Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yangmana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.


Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perludimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr.Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjangpemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.


¡°Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,¡± katanya.
Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka.


Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlakukesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tigahingga empat bulan penggunaan.


Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid ataumengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yangnormal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan.Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanonditanggalkan.
Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempatsebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam disekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanoningin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.


Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsilain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga bolehberlaku kepada pemakai implanon.
Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.


Siapa yang boleh menggunakan implanon?


Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang danditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana iadipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yangdipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepadaestrogen sintetik.
Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?


Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogendependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyaisejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsihati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant,carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.
Fakta mengenai implanon:


l berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
l implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.
l mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudiandiluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai olehlebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.


Cara pemakaian:


Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alattrokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawahlapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanyadoktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagimengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yangtidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini.Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempattermasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.

sosimple posted on 19-2-2009 10:30 AM

implanon adalah kaedah halangan yang sangatberkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan.Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanonyang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semulaselepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidakmengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.

wah! mcm bagus jerk

thanks libra bg input :loveliness: :loveliness:

libra_gurlz posted on 19-2-2009 12:42 PM

Balas #16 sosimple\ catat

sama2........ sharing is caring maaa....... :$ :$ :$ :$

dea_nylea posted on 19-2-2009 03:53 PM

Reply #1 yana1003's post

kakak dea pakai ni..nampak dia cam ok jek..xde plak naik berat badan ke apa..

yana1003 posted on 19-2-2009 10:07 PM

berat badan saya naik, n selalu sakit kepala, kalau period lamalahhh hampir 2 minggui, tapi kuar sikit2 je,tu yg x best, doktor ada ckap dulu, semasa blum pasang implan, dia bg tau memang kita selalu akan sakit kepala, emosi tak menentu gak, x bleh salah sikitlaaa, mula lah naik angin, biasanya husbandlah jdi mangsa. mungkin ikut hormon juga agaknya

yana1003 posted on 19-2-2009 10:11 PM

kalau suntik ok juga kot, tapi nak kena p klinik 2 or 3 bln sekali tu yg malas, kalau yg tak nak naik bdan pakai IUD, tu memang tak melibatkan hormon, merancang sendiri memang bagus n menjimatkan tapi takut juga kot2 terlekat plak :D :D :D :D

maksubita posted on 20-2-2009 12:08 PM

berapa kos nak guna implan ni ek?

yana1003 posted on 22-2-2009 02:27 AM

klu g klinik swasta dalam rm 400 ++ laaa, kalau g kat kerajaan dalam rm 300,

melor! posted on 22-2-2009 07:32 AM

> tk tau nk jwb , cuba yana jumpa doctor pakar perancang keluarga dan tanya yg terbaik untuk yana :)

siputsedut posted on 9-11-2012 02:09 PM

ada sapa2 yang pakai implanon ni? share la lg pengalaman...pastu nk tanya..kalu first time merancang terus pakai implanon takpe ke? ke nk kene start pakai injection ke..makan pil dlu...later2 amik implanon? pastu bila bleh pasang implanon selepas bersalin? sakit dak bila inject tu? kesan2 lain selain naik jerawat, naik berat badan, pening kepala...apa lg ek?
Page: [1]
View full: kesan Implan